Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Rayani Oh Rayani part 2

Sedikit update dari FB Rayani Air Pelanggan yang budiman, Kami pohon kemaafan kerana masih tidak mampu untuk membuat pembayaran balik (refund) ke atas tiket penerbangan walaupun telah mencuba sedaya upaya. Penarikan balik lesen-lesen ASL dan ASP kami dibuat ketika kami sedang memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan ini. Dengan penarikan balik lesen-lesen ini, tiada pelabur yang mahu bekerjasama dengan kami. Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen memasukkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan refund telah menarik diri di luar jangkaan kami. Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha keras untuk pihak DCA dan MAVCOM memberikan peluang kedua untuk kami beroperasi. Dengan peluang kedua ini, pelabur akan mengambilalih pemilikan syarikat dengan tim pengurusan baharu yang lebih baik. Kami tidak boleh menjanjikan tarikh ianya dapat dilaksanakan, namun yang pasti keutamaan kami adalah obligasi kami terhad

Rayani oh Rayani

Sungguh aku pun terjebak bila ada tiket murah dari Rayani. Aku nak juga merasa naik belon dari Rayani. Sebelum ni cuma pernah naik Mas dan Airasia jek (TT) (TT). So aku pun beli beberapa tiket ke beberapa destinasi dengan sumbangan pinjaman credit card kenkawan. Aku tak de card credit. So hanya mengharapkan belas ihsan kenkawan yang baik hati untuk menggunakan CC mereka. Ingin merasa penerbangan Patuh Syariah mereka. Ingin merasa makanan free mereka, ingin melihat pramugara dan pramugari yang cantik dan bersopan, ingin melihat sedikit perubahan yang diperkatakan mereka. Walaupun masih baru, aku kira tidak sampai tiga bulan beroperasi, aku sudah ada tiket ke Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching dan Kota Bharu. Nampak tak, tamak sungguh memburu tiket murah. Aku dan penumpang yang lain yakin dengan Rayani Air. Yakin dengan motonya Patuh Syariah. Namun tiket hanyalah tiket saja. Tidak menandakan anda layak terbang! Bermula dengan delay, cermin pecah, juruterbang mogok dan sebagainya dan

Pine Tree Hill 1 May 2016

Minggu ni aku meluangkan sedikit masa tuk hiking. Niat yang dah lama dipendam tercapai bila Along (jiran) aku mengajak aku kesini under trip Siput Trekkers. Aku on aje sebab nak try trail dia. Tapi dalam masa yang sama kupu-kupu berterbangan juga mengenangkan trail nya yang dikatakan hazabedah..  Aku kesini (Bukit Fraser) bersama Along, Anne dan kawan Along. Jumlah keseluruhan peserta untuk trip ini adalah 30 orang termasuk guide dan sweeper. Guide diketuai oleh Yam dan sweeper diketuai oleh Firdaus.  Permulaan track aku berjalan bersama Anne dan kemudian aku berjalan sendirian. Aku berjalan mengikut nota kekura yang dijumpai. Sebenarnya nota itu banyak membantu peserta seperti aku yang pancit tapi degil nak menjelajah Pine Tree.  Aku turun aku naik dan turun balik. Kemudian aku jumpa geng Nisa dipertengahan dan join dorang. Kenkadang aku tinggalkan mereka dibelakang kenkadang mereka potong aku. Mujur treknya tak  seteruk Irau yang berselut. Kadang kala aku

Skydeck KL Tower

Sebenarnya sesiapa yang menyertai Towerthon dapat merasai pengalaman naik skydeck dengan harga rm20 (biasa rm75). Aku memang teringin nak naik skydeck tu dan teringin nak lihat panorama sekitar KL waktu siang dan malam. Tapi masa aku pergi ambil race kit tu aku belum berkeinginan nak beli sebab aku tergesa-gesa nak masuk ofis. Tapi lepas berfikir-fikir ada baiknya aku merasai pengalaman ke atas sana. Taklah orang kata luar negara leh pergi dalam negara tak tahu.. Hiks.. Jadi aku meminta Anne tolong belikan 2 keping tiket skydeck. Setiap runner hanya dibenarkan beli 7 keping tiket saja. Bila setel larian towerthon, aku kembali semula ke Menara Kuala Lumpur pada jam 5 petang. Niat nak beli durian crepe dan lamb nachos. Pergh sedap jugak.. Aku menunggu kedatangan Ain.. Aku, Ain dan Zetty, kami bertiga kawan baik sejak dibangku sekolah namun seorang kawan kami Zetty telah dijemput menemuiNya terlebih dahulu pada bulan 3 yang lepas. Alfatihah untuk beliau. Kehilangan beliau membuatkan

Towerthon 2016 dan Skydeck KL Tower

Tahun ni sekali lagi aku menyertai aktiviti menyeksa diri. Mendaki anak tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 2058 dan berlari 1 km mendaki untuk ke menara. Semuanya demi impian mengapai sesuatu dalam hidup.. apa dia? Nantikan ia.. hiks   Sebenarnya aktiviti Towerthon ni bukanlah menyeksa diri tapi bagi aku ia lebih kepada mendidik mental dan fizikal aku supaya lebih bersabar dan tabah. Contohlah kan.. kalau ko hiking, ko boleh rehat lama sikit, tapi towerthon ko boleh rehat tapi sekejab. Kalau lama, ko akan rengsa dengan kekurangan udara dalam tu.. ko akan rengsa semua orang dah sampai puncak ko belum lagi, dan sebagainya..  So aku rasa keputusan mendaki towerthon ni keputusan yang ok bagi projek mega aku tahun ni.. huhuhu.. Seperti biasa, aku pancit berpisah tiada.. Cuma tahun ni, aku memang lambat banyak.. hihihi.. Baru tingkat 4 aku dah rasa fed up nak cari lif turun. Tapi aku teruskan juga dan boleh dikatakan setiap tingkat aku berhenti. Masa ditingkat 8, aku bere

OPEN TRIP - JOGJA,SOLO N SEMARANG

SAYA REPOST LG .. MANA TAU ADA YANG BERMINAT Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya berhajat nak tour Jogja, Semarang dan Solo 28/5-5/6 ni. Ada sesiapa tak yang nak boleh join kami... utk save kos  transport planningnya SOLO pasar klewer SEMARANG Masjid Agung dll JOGJA borobodur (perbelanjaan sendiri) merapi tour candi plaosan air terjun hiking gunung prau kawah sikadang dieng insya Allah planning akan dibuat mengikut persetujuan ramai.. setakat ni br ada 3 org jer.. nak dalam 1-2org lagi.. bajet dalam RM 700 +- TAK TERMASUK TIKET FLIGHT kalau sesiapa berminat leh email izza_dude06@yahoo.com gambar dibawah gambar google untuk tatapan anda..  Jejoms korang kite ke Jogja

open trip- JoGJa,Semarang dan Solo

Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya berhajat nak tour Jogja, Semarang dan Solo 28/5-5/6 ni. Ada sesiapa tak yang nak boleh join kami... utk save kos transport planningnya borobodur merapi tour hiking gunung prau kawah sikadang, dieng dan sebagainya semarang solo insya Allah planning akan dibuat mengikut persetujuan ramai.. setakat ni br ada 3 org jer.. nak dalam 2-3 org lagi.. bajet dalam RM 600 +- kalau sesiapa berminat leh email izza_dude06@yahoo.com gambar dibawah gambar google untuk tatapan anda..  Jejoms korang kite ke Jogja

Lombok? Hati-hati ya - Part 2

Hari ni kami dibawa ke desa yang tersembunyi iaitu Desa Sembalun. Macam biasa janji Melayu, kami terbangun lambat hari ni. Nak kejar sunrise entah kemana aku lebih kejarkan free breakfast aku. Kalau tak turun pada masanya tak merasalah free breakfast aku. Huhu..  Boleh gitu? Mas Ari dan Sufian dah menunggu kami masih terkedek2 nak makan. Perjalanan ke Desa Sembalun mengambil masa hampir 2 jam kerana keadaan jalan yang macet dan sempit. Untuk pergi kami mengambil jalur berbeza dengan balik. Hehe tak ingat namanya..  Dari Senggigi kami melalui perjalanan dan akhirnya kenderaan kami mendaki jalan sempit.  Ala-ala Cameron Highland gitu.  Dipertengahan jalan kami ada juga singgah untuk membeli durian, dan nanas.. Dan bila kenderaan kami mula menuruni bukit barulah kami menjumpai desa yang tersembunyi itu. Subhanallah.. Sungguh cantik.. aku nasihatkan korang agar lalu di jalan ini kalau nak terpegun dengan kecantikan Lombok. hehehe Nah tgk gambar. Eh gambar dalam DSLR. Nanti ad

Post entry via handphone

Aku tahu ada beberapa apps yang membolehkan blogger update entry via handphone tapi aku tak pernah ambil tahu dan tak pernah bertanya dengan sesiapa... Tapi hari ni terbukak pula pintu hati nak try apps blogger ni.. ok ke idak... kalau ok.. senanglah aku nak update entry.. hihihi... Apps blogger ni korang leh download diplay store hp korang... Harap membantu kawan-kawan semua