Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Monday, December 15, 2014

Wishlist 2015 - Berangan dan terus berangan

Berangan tak salah kan? 
Berangan free kan
Tapi bila jadi kenyataan mesti best!
Ok ni hasil berangan aku untuk tahun 2015
Siapa nak follow andai termakbul angan2 tu?

Istanbul  - Bursa - Pamukkale - Cappadocia - Bolu 
Belum details, belum ada iti, belum ada bajet 
Cuma BERANGAN saja


Gambar dibawah ni semua ihsan unkel gogel
Hot Ballon in Cappadocia

Hot Ballon in Cappadocia
Hot Ballon in Cappadocia
                                                                               
Kolam air panas di Pamukkale cotton castle

Sunday, October 26, 2014

Hong Kong - Here We Come part 1 (pengenalan)

Trip ni kami (aku dan Laila) rancang tahun lepas dan baru tahun ni beli tiket dan berjaya dilaksanakan pada bulan enam lepas. Hehehe macam biasa post aku semuanya pending-pending dan pending. Dasar pemalas gitu.

Kami merancang berdua (Guangzhou) tapi kesudahannya trip kami bertukar kepada 20 orang. Hah ambik ko. Siapa nak handle ni? Sememangnya aku tak sanggup. Dah setaraf agensi travel dah ni. Pengsan!!! Dan kami mengambil flight ke Hong Kong dan balik melalui Guangzhou.

Dah bertambah orang secara berjemaah, nak tak nak perlulah mecari pelbagai info yang menyenangkan kerja kami. Macam biasa task membook hostel kuserahkan pada Laila dan aku selebihnya dan dalam masa yang sama aku turut mencari travel ejen yang berpatutan.

Ok disebabkan kami akan memasuki China, kami memerlukan visa.Korang boleh tengok di sini visa for China dan harga visa tapi laman web tu tak update alamatnya. Korang kena cari  Bangunan 157 Hampshire Place berdekatan dengan JalanTun Razak dan Bangunan Tokio Marine/UTM Space


Level 5 (Application) & Level 6 (Collection). 
Hamsphire Place Office, 
Jalan Mayang Sari, 
50450 Kuala Lumpur. 
Business Hours : Mon-Fri. Submission : (9am -3pm)
Collection : (9am-4pm). 
Tutup pada cuti umum Malaysia.

Dokumen yang diperlukan semasa memohon adalah seperti berikut :

(i) Borang Visa Application boleh didapati secara percuma di kaunter Chinese Visa Application Service Center atau download dari www.visaforchina.org. 
ii) Sediakan sekeping gambar berlatar cerah (contohnya, warna putih) bersaiz pasport. 
iii) Bawa passport asal yang sah sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas.
iv) Perlu salinan untuk passport kita. Salinan yang ada muka depan kita. Kalau tak ada perkhidmatan photocopy dengan sekeping 20 sen.
v) Cetak tiket penerbangan atau hotel booking. Booking hotel untuk sehari memadai.
Sekarang tidak perlu lagi bukti booking hotel lagi, cukup sekadar menyebut tempat penginapan kita di borang.
Bagi aku yang tak suka nak menghadap pc. Aku lebih prefer ke sini berbanding isi online lepas tu perlu kesini semula untuk submit borang.  
Visa yang ada ialah
Visa single entry - aku pilih ni sebab aku dari Hong Kong dan akan masuk China melalui Shezhen dan keluar dari China melalui Cuangzhou
Visa Double Entries  - Ni pilihan contoh naik flights ke Guangzhou pastu nak ke Hong Kong lepas tu nak masuk balik ikut Guangzhou
Visa Multiple Entries (6 bulan) - Sering berulang alik ke China
Visa Multiple Entries (12 bulan) - Sering berulang alik ke china

Bermulalah kisah kami membuat visa. Senang dan cepat je proses dia. Kalau korang macam tak berapa reti, korang boleh tanya pada receptionist tu yang penting sediakan dokemen diatas dan wang visa masa nak ambil nanti. 



Aku, Laila dan Razat buat visa untuk kami sendiri. Yang selebihnya (17 orang lagi) ade yang cakap visa yang kami dapat mahal dan dia boleh dapat RM 30 saja untuk buat visa. So silakan buat visa masing-masing. Aku tak sure harga visa mereka tapi yang pasti dah mula nampak perbezaan so aku secara senyap-senyap dengan gigihnya mencari travel ejen untuk mereka. 

Mood terasa sebab mungkin dorang fikir kami mark up. Puh!



Saturday, October 25, 2014

Sushi King. Halal ke?

Jumaat lepas aku sekali lagi melangkah masuk ke Sushi King bersama BFFku. Biasanya kami mengunjungi Sushi King di Selayang Mall atau AU2. Tapi kali ni aku ke KL Festival City.

Agak terbeliak mataku melihat menu-menunya yang lain sikit dengan branch yang biasa kukunjungi. Ok amik ni..amik ni..amik ni...

Hari ni dok ajak familyku makan di Sushi King.

Kak Long : Sushi King tak halal la. Mana ada halal certifiednya.
Aku : Ramai je orang Melayu makan.
Kak Long : Jangan ikut orang. Kena baca dan fahami balik.
Aku :  Tipulah! Serius situ sedap. 
Kak Long : Sedap ke tak sedap, tapi tetap tak halal. Cuba google.

Malam ni siaplah aku mengoogle. Jawapannya mendukacitakan. Meh aku copy yer.. 
leh refer link ni Sushi King


 Halal Issue
Are Sushi King Restaurants Halal certified by JAKIM?
We are not Halal certified restaurant. No Mirin is used for food preparation in our restaurants. Our poultry products such as chicken and beef are Halal-certified.

Are the food products served suitable for Muslim’s consumption?
All our foods are pork-free (no pork or pork derivatives used) and no added alcohol (No Mirin).

Detailnya boleh refer disini kisahemasputih

 
Jawapan Status Halal Sushi King | Siapa suka makan Sushi King kat sini? Haa ni uzu nak kongsi artikel yang uzu jumpa kat google yang menyatakan bahawa Sushi King bukanlah restoran halal. Jom baca lanjut kat bawah :
Question:
Dear Marilyn,
Another element of halal is on the use of alcohol in food preparation / cooking or the presence of alcohol in the ingredient use such as sauces etc.
Can you tell me whether Sushi King use alcohol or use materials
(such as sauces) that content alcohol?
Answer:
Dear Mr. Abdul Rahman Omar,
Thank you for your email. For your information, we are not a Halal restaurant as we do not have certification from JAKIM, but we only can claim us as Pork free. All our meat based products like chicken and beef are Halal Certified and we do not use any pork or pork derivatives in our restaurant.
Sushi King is not certified ‘Halal’. This is due to some of our food contains ‘Mirin’.
Mirin is derived from fermentation of rice and it is commonly used in Japanese cooking to enhance the taste of food.
Following are products that contains Mirin:
1. Unagi Kabayaki
2. Unagi Slice
3. Karei Nitsuke
4. Saba Misoni
5. Mamakari
6. Ikura
On top of that, some of our restaurants do sell beer
However, our meat materials such as chicken, beef and seafood are from Halal Certified source.
Hope this clarifies your concern.
Thank you.
Warmest Regards,
Marilyn Lim
Marketing Department
Sushi Kin Sdn. Bhd.
Tel: 03-56319060 Ext: 283

Korang leh google gambar makanan Sushi King yang mengandungi mirin.. Sobs Sobs... sebab ada yang aku penah makan dalam senarai tu... Siapa nak salahkan? Diri sendirila sebab main sumbat jer.. Hehehe..

Okei tugas aku share dah habis. Terpulang pada semua nak menilainya.  

Mana Yang Baik Dijadikan Teladan, Yang Buruk Dijadikan Sempadan.

Salam Maal Hijrah 1435/2014


 

Saturday, September 20, 2014

Berjimba Di Mabul - Boleh Bah Kalau Kau Part 5

Seawal 4 pagi aku dah bangun. Semporna dah subuh gitu. Aku mencari sunrise di Semporna dan alhamdulillah berjaya.

Nilah view sunrise dari pintu hostel kami. Pakai henpon je so nampak pecah sikit gambor tu.

Usai kami breakfast dan transport pun dah sampai maka tibalah masa kami meninggalkan Semporna untuk ke Tawau dan kemudiannya kembali ke Kuala Lumpur.

Meh refresh balik apa yang aku buat disana. Aku suka gambar-gambar dibawah ni. 











Sampai di airport Tawau, kenkawan lain sibuk membeli belah. Sori kawan-kawan jadual agak pack sampai kamu semua tak sempat membeli belah.

Disebabkan nasib pesawat MH 370 masih lagi tidak diketahui atau di airport Tawau kawalan agak ketat. Setiap orang diperiksa dengan teliti dan si A tidak lepas security check bila IC tebuknya dipersoal.

Overall aku puas hati dengan trip ni sebab semua dibuat seperti dirancang.  

Bajet keseluruhan

RM 830 tak termasuk tiket flight dan shopping

-Pakej 3 hari 2 malam
-Transport dari Tawau-Semporna-Tawau
-Bot ke Bohey Dulang
-Discovery Scuba Diving
-Makanan tambahan di Mabul
-Barbeque
-Hostel di Semporna
-T-shirt (ni aku sakit hati sebab salah size)
-Fridge magnet untuk semua orang tapi aku buat kat Kuala Lumpur
-Jajan 

-apa lagi eh? dah luper.. Hiks


 

Friday, September 19, 2014

Berjimba Di Mabul - Boleh Bah Kalau Kau Part 4

MAAF POSTING NI BANYAK GAMBAR

Awal pagi kami dah bangun. Bukan bersiap-siap nak balik tapi nak menghayati pemandangan pagi dari Sipadan Mabul Lodge. Menikmati pemandangan budak-budak kampung air mendayung sini sana dan teruja gitu lihat penyu berenang-renang sekitar perairan Mabul.
 




Ya Allah lemah rasanya bila memikirkan perlu pulang hari ni. Huwaaa...

Pukul 7 aku dan kawan-kawan baru bersiap. Akulah antara orang yang lambat bersiap. Hihihi..

Selepas bersalam-salam dengan Kak Ros dan pekerja Sipadan Mabul Lodge yang best kami dengan berat hati meninggalkan Mabul. Yerp kami datang dengan impian melihat keindahan alam yang masih belum tercemar dan yang penting bajet. Hiks! Dan BERJAYA
Bye Mabul, sampai ketemu lagi...



Kami tiba di jeti awam lebih kurang pukul 8 pagi dan kedatangan kami disambut oleh Ewan. Ewan ni coursemate masa di USM cuma lain major. Aku sebenarnya ajak dia sekali join aktiviti selepas ini.

Masa mula-mula sampai di jeti tempoh hari, aku realize yang penginapan kami selepas ini agak jauh dengan jeti. Melihatkan kawan-kawan lain macam susah jer nak mengendong bagpack mereka, aku meminta pertolongan Ewan agar menghantar kami ke hostel Borneo Global Sipadan Backpackers
kami bagi meletakkan bagpack kami. Thanks Ewan. :)

Kemudian kami sekali lagi ke jeti awam dan aku perlu bertemu dengan Lyana (seorang kenalan yang aku kenali dalam satu group) untuk sessi beramah mesra. Hehehe takdelah. Ekceli aku berlapan, Lyana dan suami serta Ewan akan ke ??

Maka bermulalah perjalanan kami ber11 selama 40 minit mendaki bukit yang dikenali sebagai ??

~~~~~~~~~~

Hari ni kami akan melawat kawasan Taman Marin Tun Sakaran merangkumi Bohey Dulang-Maiga-Sibuan. Aku citer satu-satu yer...


Bohey Dulang

Yeay Bohey Dulang kami dah sampai!!
Bohey Dulang
Di Bohey Dulang ni korang boleh jumpa Pusat Pembenihan Kima Gergasi. Pakcik gambar dibawah tu memberi penerangan lanjut tentang kima dan menjadi guide kami untuk mendaki Bohey Dulang.








Sebelum mendaki, pakcik tu memberikan sedikit penerangan mengenai Bohey Dulang tapi macam biasa aku hanyut... hehehe..  Boehy Dulang ni berketinggian 300m +-. Trek sepanjang 600m+-. Ada trek yang sedikit curam tapi sekarang dah elok sikit sebab dah dibuatkan tangga dibeberapa bahagian yang curam dan memudahkan naik atas puncak. Sila pakai pakaian yang bersesuaian untuk mendaki.

Dalam 11 orang, 4 orang taknak naik. Ruginya dah sampai kot kat sini. Inikan salah satu tujuan kami ke Mabul. Dah jangan merapu. Ok jom mendaki. Perlu diingatkan sebelum mendaki dinasihatkan membuang air terlebih dahulu sebab tiada tandas diatas sana. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Macam biasa aku mula-mula jer mendahului perjalanan lepas tu akulah orang yang terbelakang tertinggal. Aku pancitssss. Hihihi. Mujur ada kawan-kawan sanggup menunggu aku. Thanks uools..

Dalam setengah mati nak naik ke atas sana, bila dengar je dah nak sampai... aku la pelari pecut berlari naik ke atas. Hahaha.. Lupa diri kau. Hasilnya




KAMI BERJAYA!!

Subhanallah!!!
Alhamdulillah!!!
Ya Allah cantiknya ciptaanMu Ya Allah.


Bohey Dulang ni antara tempat yang perlu dan mesti pergi kalau dah sampai Semporna. Serius cantik!! Rupanya dalam Malaysia masih ada tempat yang cantik tanpa berbelanja besar. 

~~~~~~~~~~
Pulau Maiga


Ketibaan kami disini disambut oleh adik dibawah ni dan kemudiannya segerombolan budak-budak pulau ni datang menyambut kami. Lupakan PS2, lupakan I-Pad, lupakan kereta control. Rasanya permainan mereka hanyalah sampan yang diperbuat dari kayu ni.
 

Lihat keadaan rata-rata penduduk disini. Kesemuanya daif. Aku tersentap sekejab dengan kehidupan mereka.



Dipulau ni kami macam blur nak ke mana. Pakcik boat pula berhentikan kami ditengah laut Pulau Maiga. Aku tertanya-tanya jugak apa yang nak dibuat dipulau ni. Takkan nak berhenti di tengah-tengah ni. Kami kemudiannya mengajak pakcik boat berhentikan bot di pesisir pantai Pulau Maiga. Ha..masa nilah Ewan memainkan peranan sebagai jurucakap. Kikiki. Pakai bahasa dorang. Terkejut aku bah. Hehehe...

Disini kami minta budak-budak tadi bagi kami air kelapa. Terus mereka bawa kami jumpa mak pak dorang. Ingatkan dorang yang nak panjat rupanya.....ayah dorang yang panjat pokok kelapa. Dalam banyak-banyak penduduk pulau ni, inilah paling hensem. KPOP gitu.



Kami agak dia hanyut dari Filipina dan tersesat ke pulau Maiga. Kuang-kuang kuang
Kelapa ni mereka caj RM 3/biji. Oklah kan menghilangkan dahaga kami. 

Kami dengan anak-anak Pulau Maiga
  ~~~~~~~~~~
Pulau Sibuan
 

Aktiviti utama di pulau ini ialah snoorkeling, snoorkeling dan snoorkeling. Pulaunya kecik jer. Ada sedikit penduduk dan penempatan tentera. Ekceli snoorkeling disini kurang menarik tapi jadilah untuk aktiviti menghitamkan badan snoorkeling terakhir kami.

Sebelum aku meninggalkan pulau ni, aku sempat round setempat dan jom tengok gambar.









tentera uools




Pukul 4.30 petang kami dihantar semula ke jeti awam dan sesi berpisah dengan semua. Hmm bye sampai ketemu lagi. Memandangkan kami yang basah kuyup ni memang tak lah nak ke pekan Semporna. So kami decide malam nanti baru nak ke Pekan Semporna sempena hari terakhir sambutan Regatta Lepa. 

Malamnya, aku bertiga ke Pekan Semporna. Sempatlah shopping-shopping cenderahati di Dragon Inn dan pasar Regatta Lepa. Oh ya, ATM terdekat di Pekan Semporna ada di Giant Hypermart dan masa kami kesana, atm tu kehabisan wang jadi kami sempatlah meround-round pekan Semporna mencari Bank yang ada ATM. Dekat dengan masjid disana.
  
Kamera DSLR Nikon D3100
Kamera Compact Nikon Coolpix S32
~Gambar tidak diedit cuma diresize dan diletakkan watermark~
Perbelanjaan Hari ni
Bot RM 550/ 11 orang

(Bot/guide/jetty fee/permit dan snorkelling gear)

Hostel RM 40 ++ pax
Shopping RM 100


Sedikit info
-Untuk ke Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) perlukan permit. Dan tidak boleh main terjah saja. Kalau berminat korang boleh contact dengan Din. Dia terbaiklah bagi aku.

Pakej bot (Bohey Dulang, Pulau Maiga dan Sibuan)
01129881080 - Din (Kembara Pulau Semporna/fb)

-Ni pakej 1 hari. Jadi rancang masa anda sebelum book tiket flight dan book boat.

-Sila bawa makanan berat seperti nasi dari Pekan Semporna sebab tiada sebarang penjualan di TMTS

-Kalau mahu berjimat, pandai-pandailah cari kawan untuk share kos bot. Satu bot boleh muat 12 orang.

Saturday, September 6, 2014

Berjimba di Mabul - Boleh Bah Kalau Kau (part 3)

Hari Yang Pack!

Awal pagi dalam pukul 4 pagi gitu, kak Ros menggerakkan kami. Cepat katanya. Kata nak layan sunrise. Gosok gigi dan menunaikan apa yang perlu kami mengikut kak ros dan Ben ke Sipadan Mabul Resort. Ni antara resort yang mewah di Mabul selain Sipadan Water Village.
Melihat panorama Sipadan Mabul Resort sekali lagi kami hanya mampu bermimpi untuk tinggal disini. Tapi kami hanya mampu melayan sunrise disini.  Meh tengok gambar









 Best penghuni disini. Bukak pintu resort terus boleh buat terjun tiruk. Sepadan dengan harganya.








Kolam renang tanpa sempadan. Best orang-orang disini.

Dari sudut lain, inilah Mabul. Cantik, menenangkan, glemer.. Yup memang cantik ciptaan Allah SWT dan diolah dan digubah oleh manusia untuk mencantikkannya lagi. Semoga ciptaan ini utuh hingga ke generasi akan datang. 

Macam biasa, awal pagi kami sudah bersedia membeli belah ketam, lobster, udang lipan dan sebagainya.

Harga yang kami dapat tempoh hari

Ketam 5 ekor = Rm20 
Lobster slipper = Rm10
seekor lobster = Rm50++/seekor ---depends pada saiz 
ikan kerapu merah rm20 utk 5 ekor

TAPI sebesar-besar lautan tu sotong tak de.. Dahla KAMI (aku dan laila) je pun kikiki peminat sotong.




Ni semua untuk makan tengah hari kami dan barbeque malam karang... Nyum!!

ikan ni beracun kata Ben. Hati-hati kalau nak membeli
Macam biasa lepas tu kami sarapan dan kemudian dibawa ke Kapalai untuk bersnoorkeling. Yeay!!

This is KAPALAI...
Untungnya duduk di Sipadan Mabul Lodge ni sebab pakejnya termasuk sekali ke Kapalai.






Sesudah berKAPALAI, kami dibawa ke penginapan kami untuk makan tengah hari dan berehat. Untuk sesiapa yang join DSD pula, Ben (gambar dibawah  ni) buat sedikit kelas dan sessi fitting baju DSD.. hikss.. Sessi memilih mask, berat berapa kilo, tank, kaki itik dan sebagainya.

DSD tu Discovery Scuba Diving (cenggitu la namanya). Bayaran RM 200 perpax. DSD ni kita akan dibawa melihat pemandangan dalam air dengan bantuan guide. Dia ala-ala diving cuma tak perlukan lesen diving dan ada guide yang akan temankan kita sepanjang didalam air tu.

Aku pilih DSD sebab aku nak merasa pengalaman dalam air. Kalau bersnoorkel memang leh nampak tapi kita hanya dipermukaan air saja. Berbeza dengan DSD.

Inilah Ben. Dia nyanyi lagu Aliff Aziz lagi sedap dari Aliff Aziz

Dengan pakaian sebegini (berat dibelakang, berat di pinggang lagi, berkaki itik dan berat diri sendiri) dan cara jatuhan yang reverse ke belakang, aku fikirkan aku akan terendam jatuh kedasar laut tapi.........







Aku boleh duduk lagi dalam air. Kikiki... Cuma instrutor tu terpaksa menyedekahkan sedikit beratnya pada aku sebab aku asyik terapung ke atas. Erm sebenarnya dalam air orang yang berat akan menjadi ringan manakala orang yang ringan akan menjadi berat. Cenggitulah. 

Hah, tengok aku kena duduk dendiam dalam air sementara menunggu Kak Liza menjalani sedikit ujian dalam air. Lepas tu giliran aku pulak. 



Inilah DSD. Amik DSD ni tak perlu pandai berenang. Semua instruktor buat. Hehehe. Ekceli pemandangan dalam air ni sangat best!! Ade perkampungan ikan, rumah ikan dibuat sebijik seperti rumah kita, ada bot karam dan sebagainya. Aku hanya menjamu mata



Petangnya kami bersnoorkel di Panglima Reef pula.
Hah satu hari full bersnoorkel. Memang terbaik....


KAMI!! yang dijaga oleh Ben dan Kak Ros.