Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Friday, August 31, 2012

Langkawi-2nd day

Hari kedua sayatidak mahu terbuang seperti semalam. Saya memasak spagetthi daging dan selepas sarapan, saya,mak,izat,makcikku dan sepupuku bergegas ke Porto Malai di pantai Cenang untuk aktiviti Island Hopping. Island hopping ni berharga RM35/pax dimana kita akan dibawa ke Pulau Dayang bunting, Pulau Beras Basah dan Eagle Feeding. Island Hopping ni memang dalam agenda aku sementelah aku tidak puas dengan aktiviti di Pulau Dayang Bunting sebelum ini, manakala sepupuku ada agendanya sendiri disini. Jikalau ada yang terbaca keramat air di pulau ini mesti dapat mengagak apakah agendanya..


Kami beruntung mendapat jurubot yang mesra alam dan tidak berkira masa disini. Kesimpulannya aku puas dengan aktiviti di pulau dayang bunting ini. Aku dapat meluangkan masa menjelajah keindahan alam Pulau Dayang Bunting ini dan berenang-renang di Tasik Dayang Bunting yang indah teramat.
Cerita banyak boring lak korang baca.. jom layan gambar..
Pulau dayang Bunting
Pulau Beras Basah
Eagle Feeding

Petang pula kami meluangkan masa makan laksa tepi laut. Maaf tak ingat dimana.. dan meneruskan perjalanan ke Gunung Raya.. Salah satu destinasi yang kurang pengunjung malah apabila ditanya kepada agen-agen dijeti pekan kuah mereka seperti blurred..

Perjalanan ke Gunung Raya memakan masa hampir 1jam dan naik turun naik dan turun kembali.. akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju.. erm apa ya yang nak dikata disini ialah ia merupakan kawasan kurang mesra pengunjung dimana semua kawasan dipagar untuk mengelakkan pengunjung masuk.. boleh juga dikatakan disini private place.. tapi disini ada hotel (saya kurang pasti).. 


Kalau tak silap saya dibelakang ialah Gunung Mat Cincang (gambar)....

Kami turun dari Gunung Raya ini dan berjalan mengelilingi pulau dengan menaiki kereta... takkan nak berjalan kaki pula kan..sampailah ke senja barulah kami pulang ke homestay..
Malamnya apalagi aktiviti cik kiah la pulak.. kami membeli belah..dan membeli belah lagi.. Langkawi kan syurga membeli-belah.....

pssttt.... gambar saya akan kongsikan dalam entry yang lain

Langkawi - 1st Day

Sebenarnya entry ini dah lama kutaip tapi terbiar menjadi darft dan bila buka balik semua entry yang ditaip sudah terdelete.....Jadi terpaksa saya menaip semula entry yang sudah dikarang macam batu karang...

Saya dan keluarga bertolak dari rumah KL pada pukul 2 pagi dan sampai ke Ipoh pada pukul 5 pagi.. Dari sini kami akan berkonvoi (konvoi ker) sebanyak dua kereta..hehe.. ke Pulau Lagenda Pulau Langkawi...

Oleh kerana saya memangku tugas membawa kereta Sang Kancil sepupu saya, saya terpaksa membawa dengan kadar yang perlahan kerana risaukan keadaan keretanya... Oleh itu kami hanya tiba ke Kuala Perlis pada pukul 9 pagi. Pergh lambat rasanya.. Banyak perkara yang dirancang akan tergendala...

Sesampainya kami di jeti Kuala Perlis, mata kami disajikan dengan jutaan ribuan pengunjung yang sedang beratur membeli tiket feri. Almaklumla cuti sekolah.. Sebenarnya inilah salah satu sebab kenapa saya tidak suka bercuti semasa musim cuti sekolah. Tapi apakan daya ini saja masa yang boleh saya pilih untuk bercuti walaupun tiada anak...

Adik saya ditugaskan membeli tiket feri dan kami hanya dapat tiket pada pukul 11 tengah hari itupun kerana kakak saya buat muka seposen potong barisan orang sambil memegang babynya. Masalah terus melanda.. Tempat duduk yang dikhaskan pula penuh. Ramainya orang ya ampun.. Aku, adikku dan sepupuku melepak di masjid berhampiran demi menunggu feri yang sarat membawa muatan. Yang lain melepakkan diri di restoren berhampiran dan di kerusi-kerusi yang hampir patah..

Feri kami tiba dalam pukul 2 petang dan kami tiba ke pulau Lagenda dalam pukul 4.30. Keterujaan kami sudah menipis sebenarnya kerana kepenatan. Di Pulau Langkawi, kami disambut oleh pemilih homestay Rabiatul Adawiyah yang berhampiran dengan Kampung Melaka di Langkawi.

Badan sudah penat, mata sudah layan jadi kami melayan mata sebentar sebelum keluar ke Padang Matsirat pada pukul 6.00..

Sebenarnya kedudukan Padang Matsirat dan homestay kami agak berdekatan hanya mengambil masa dalam 10 minit untuk ke sana... Walaupun badan penat, tapi mak saya dan makcikku matanya terbuka luas bila melihat lambakan kain yang dijual. Saya cuma duduk di parking lot sambil bermain dengan Mutaqqi..

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Idaman Suri. Sekali lagi saya kecapekan. Sesungguhnya membeli belah bukanlah agenda utama saya disini. Rasa penat sudah menular, tapi apakan daya terpaksa mengikut mereka untuk ke agenda seterusnya.

Kami singgah makan di pekan Kuah. Maaf saya tidak ingat restorennya namun makanannya dan harganya kuberikan 3bintang saja kerana agak mahal dan kurang kena dengan seleraku walaupun kami makan seafood.

Perjalanan malam kami di sekitar pekan kuah terhenti selepas jam sudah menjangkau ke jam 11.30 malam. Kami balik ke homestay dan tidur untuk aktiviti keesokkan harinya....



Pstt.. gambar saya malas upload nanti.2... ntah bila lah tu..

Aidilfitri ini 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.. maaf baru update blod padahal dah 10 hari kita beraya..


tgklah pakaian masing2.. tak mengambarkan pun kami beraya beria-ria



Kami hanya sambut secara bersederhana saja kerana hari kedua raya merupakan hari arwah abah meninggalkan kami sekeluarga.. mana mungkin kami bergembira..
Kehilangan abah merupakan kehilangan besar bagi aku dan keluargaku... Tiga tahun abah meninggalkan kami namun aku masih belum melupakannya. Kebaikannya, kebijakannya, kerajinannya, kepandaiannya tidak mungkin aku lupakan.. Kalau boleh aku mahu mencari suami yang seperti abah.. tapi ia dalam seribu. Mungkin sebab itulah aku masih belum berjumpa bakal suami ku.... =)

Abah bagiku umpama kamus bergerak kami.. beliau bijak matematik, bijak membuat keputusan malah beliau merupakan GPS bergerak kami.. Kami tidak memerlukan GPS untuk mencari jalan.. cuma tanyakan padanya semua akan dijawab dengan lengkap
Abah sangat2 baik bagiku. Baginya biarlah orang membuat hatinya terluka tapi untuk melukai hati orang lain jauh sekali. Sanggup bekorban untuk kami semua..

Al-Fatihah untuk arwah abah.. Semoga rohnya tenang di'sana'