Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Monday, December 28, 2015

Passport Hilang

Passport hilang

Next travel hari jumaat (18/12/2015) tp baru semalam (15/12/2015) aku mencari passport. tapi malangnya passport tak dijumpai... arghhh sudah
cari info dlm internet nampaknya tak berapa membantu kecuali bab buat polis report.
Disebabkan aku perlu fly pd 18/12, aku kena bt passport secepat mungkin. Sesudah bosan mencari tempat harta karun kusimpan passport aku try pula godek-godek laman web imigresen Malaysia. Namun jawapan mendukacitakan katanya 5 hari bekerja. Arghhh parah!!

Hari ni (15/12/2015) aku keluar seawal 7.00 pagi dan aku bermula dengan report police dulu. Kemudian aku buat keputusan nak ke tempat kerja sebentar dan akan ke imigresen Wangsa Maju. On the way ke tempat kerja aku try juga call hotline imigresen. Malangnya jawapan diberikan mendukacitakan. kaunter melayan kehilangan passport hanya di Putrajaya dan Jalan Duta.

Dalam kes aku ni, aku ke Imigeresen Jalan Duta. Disebabkan aku terlupa 'short term memory lost' jalan ke imigresen Jalan Duta. aku tryla bukak google maps. Rupanya imigresen di Damansara dah ditutup! Nampak tak punyalah berabab tak ke imigresen situ. Aku call balik hotline dan diberi direction ke jalan yang benar. Kompleks Kementerian Dalam Negeri. Parking dan ke tingkat satu selepas eskulator dan belok kiri. akan nampak kaunter kehilangan passport. Sesuatu yang aku kagum disini ialah bangunannya besar, kaunter banyak dan orangnya tak sombong! thumbs ups

Aku ambil nombor dan menunggu giliran dipanggil. takdan aihh duduk dah dipanggil. aku menerangkan masalah aku. Mengikut apa yang kubaca aku dah boleh agak jawapan yang kuterima. yes! aku hanya boleh ambil passpoart 23/12 saja. So nak tak nak aku redha jerlah kan. Takkan nk menangis disitu.. Walaupun redha, aku tetap isi borang, chop pesuruhjaya sumpah dan buat beberapa salinan yang dikehendaki.

90% kata redha jerlah 10% kata tak salah mencubakan..

Aku kembali ke kaunter dan bertemu pegawai lain. Aku bagilah apa yang dikehendaki dan beberapa soalan ditanya dikaunter dan akumenunggu lagi.... rasanya tak sampai 1/2 jam aku dipanggil kembali.

pegawai bertugas cakap bla..bla.. fikiran aku jauh terbang. nampak kapal terbang jauh terbang meninggalkan aku.. tapi aku sedikit terkedu bila pegawai tu cakap ok td awak kasi borang pada ketua saya dan ketua kami setuju beri passport awak pada 18/12 pagi.
Subhanallah!!
Alhamdulillah!!
 
 
terharu pulak bila dengar kata-kata pegawai tu.


18/12 pagi
aku ambil menanti passport dgn penuh debaran. mana tak debor. surat tulis tarikh lain tapi mulut kata tarikh lain. siapa ko nak caya? haaaa jawab sendiri.
aku menanti passport dekat 1 jam dan barulah lega semua setel!.
Setel??

-Tak lagi sebab baju aku pack sikit jer.. 4 pasang baju untuk 10 hari trip. Ko hadoo? Dah lah trip sejuk-sejuk berasap mulut :P

Nak balik rumah memang tak sempatlah. So bertabah dengan apa yang ada
 -Duit tak tukar langsung. Pastu bertabahlah dengan rate MC yang terlebih 'owesome' di KL Sentral

-Peralatan lain tak dibeli sebab risau tak dapat pergi.  Nanti menangis celah katil
-Cek In Flight. Kan nak cek in flight kene ada nombor passport. Masa nak check in, tetiba problem muncul. Mujur ada penyelamat! 
-Bas ke KLIA2 dari KL Sentral bergerak macam siput. Ke aku yang salah bajet masa?
- Disebabkan terlalu banyak drama, arrival gate dan departure gate pun aku salah.
dan beberapa drama yang malas nak diulang.. hahahaha


-------------------------------------------------

Apa yang aku nak highlight disini ialah
prosedurnya kalau passport hilang

1) report polis 
2) ke imigeresen terdekat Kl-Jalan Duta Putrajaya-Putrajaya 
*negeri lain aku tak sure 
3) isi borang 
4) cop pesuruhjaya sumpah 
5) salinan IC dan salinan tiket flight 
6) surat ambil passport 
7) bayar rm200 
8) ambil passport 


Hotline 03-8000 8000

#pengalamankitamungkintaksama
#topikinicumasebagaipanduan
#sudahselesaibekpacking18/12

tips lain...
Walau sepandai mana kita, walau berinfo giler ilmu didada, jangan tunjuk pandai.
Sebab orang akan menyampah. Dari nak bagi terus tak bagi. Itulah yang selalu aku amalkan.. :P

 

Friday, November 20, 2015

LALIN MOON

Malas nak update blog.. Nak share video ni jer...







Friday, October 23, 2015

Lombok? Hati-hati ya - Part 1

6/6/2015

Aku keluar dalam pukul 8.30 pagi ke KL Sentral hari ini kerana takde sesiapa yang boleh hantarku ke KL Sentral apatah lagi ke KLIA. Aku melepak dan melepek di KL Sentral sehingga jam 12. Apa yang boleh kubuat hanyalah membaca blog-blog dan main game sampai bateri flat. Lepas jam 12 tengah hari barulah gigih nak cari bas ke KLIA2. Aku lebih suka mengambil bas berbanding ERL kerana lebih murah (poket nipis kan) dan aku boleh rehat lama sikit. Hiks..

Lebih kurang 45 minit aku selamat tiba di KLIA2 dan menanti Anne. 



Menaiki Lion Air merupakan pengalaman baru aku. Kami akan transit ke Jakarta dan kemudian ke Lombok. Lion Air ni dioperated oleh Indonesia, oleh itu anak kapal ramai dari Indonesia. Sebab apa Lion Air? Itu tiket paling murah kami jumpa dalam masa terdekat. Flight kami agak delay disebabkan seorang penumpang ada masalah kesihatan. Disuruh turun tidak mahu dan kapal terbang tidak mahu mengambil apa-apa risiko menerbangkan penumpang itu. Partner sebelah aku (bukan Anne) dah rengsa sebab dia mahu melawat adiknya kemalangan di Jakarta. Kami terbang selepas hampir sejam anak kapal berbincang dengan penumpang tadi. Aku pula tiba-tiba pening yang teramat sangat. tidurlah jadi pengubatnya. Aku sedar balik semasa flight memasuki ruang udara Jakarta.

Sempatlah tangkap sekeping gambar dan mintak arrival card pada anak kapal. Anak kapal terkebil-kebil, aku pun join sama terkebil-kebil. hehehe.. rupanya arrival card ni dah dimansuhkan. Memang la aku tak tahu sebab paling last aku ke Indonesia bulan 3 ke Medan via Mas. Ala masa kes MH370 tu.. Dah berapa bulankan? Hmmm Al-fatihah kepada penumpang MH 370.


Sesuatu yang menarik dalam flight ini

Oleh kerana kami tiba agak lewat di Jakarta (terminal 2), kami cepat-cepat ke kaunter bag dan cepat-cepat mengambil shuttle bas ke terminal 3. Beg pun lambat nak keluar. Adoilaaa.. Sampai disana kaunter drop bagggage dah hampir tutup. Fuh selamat! Aku juga sempat membeli air mineral dan roti untuk berbuka puasa di Indomart. Haaa nilah padahnya buat kerja last minit. Baru nak ganti puasa.
  

Sunset di Jakarta... Kalau ingin menyaksikan sunset Jakarta, makesure pilih tempat duduk belah kiri pesawat ya.. 

Sampai di gate ke Lombok, kami beratur untuk naik boarding. Puh penuh dengan warga Lombok. Sebenarnya sebelum ni aku ada main-main click pilih seat untuk Lion Air ni tapi tak tekan ok. Saja nak pilih duduk di tepi tingkap belah kiri ke Jakarta dan belah kanan ke Lombok dan kami dapat seat yang diidamkan tapi semasa flight ke Lombok kami hanya bertabah dapat seat aisle. Penumpang lain dah chop tempat siap-siap. Bila mengadu pada anak kapal dia cakap duduk je kat memana. Isk bagi aku ni tak patut sebab kalau apa-apa jadi no seat antara perkara yang boleh direfer. Dan paling penting aku tak dapatlah tengok pemandangan tiga gili dari atas. Apalagi tidurla mengubat hati lara sambil kepit bag kuat-kuat. Mencegah kan lebih baik. Hiks..

Flight touch down dalam pukul 10.30 pm. Masa turun aku sekali lagi benggang dengan semua orang tepi tingkap. Haaa tau pulak nak turun cepat-cepat. Dok paksa-paksa suruh cepat. Sabarlah sikit. Tak lari tanah Lombok yang dikejar. Adoyai. Sebenarnya aku bengang gak bila yang duduk tepi tingkap tu tutup tirai tingkap. Aloo apa motif duduk tepi tingkap kalau taknak tengok pemandangan malam. Nampak ker? :P Dendam masih bersisa! Hahaha..



Dapat  je baggage kiteorang cepat-cepat cari Mas Azhari (tour guide kami) yang dah lama tunggu dipintu keluar. Kami dihantar ke Grand Senggigi Hotel untuk bermalam sebelum ke Sembalun keesokkan harinya. 

Perbelanjaan
1) Tiket 
Pergi RM 260
Balik RM 198
Luggage balik RM 60

2)Belanja di Indomart - 10 k Rp

3)Makan - 35 k Rp

nota lutut : mata semakin rabun jadi elok rasanya membesarkan size font dalam blog ini. :P


nota kaki : Lion Air terkenal Delay Airline di Indonesia. Ia diakui oleh tour guide kami dan pengalaman kami sendiri. Nanti ada masa aku ceritakan pula pengalaman kenalan Malaysiaku di Lombok.

Monday, October 19, 2015

Lombok? Hati-hati ya - Part pengenalan

Sedikit tentang Lombok

 


Oh ya trip kali ni cuma kami berdua saja walaupun plannya berlima pada mulanya ingin turut serta. Semuanya kerana tiket yg super duper mahal nak @#&%&..dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan. Kami berdua terpaksa proceed juga sebab sayang nak burnkan tiket yang telah kami beli. Tiket pergi saja RM260 via Lion Air  dan tiket balik RM198 via Airasia. Haish sejak Lombok populer, harganya mencanak naik. Bertabahlah... Sebenarnya ramai nak join tapi bila tengok harga tiket flight, semua tarik diri. Plan kami bertukar 100%. Nasib baik kami memang dah buat siap-siap back up plan. Hahahah gelak jahat.... Tapi awal-awal kena say bye-bye pada Rinjani.

Kami kesini hampir seminggu dan tidak mampu menjelajah keseluruh pelusuk Lombok. Kekangan masa. 






Sebelum korang ke Lombok mari kenali Lombok sedikit. Aku ada kesimpulan aku sendiri.

-Lombok juga dikenali dengan pulau seribu masjid dan boleh dikatakan 100 peratus penduduk asal Lombok beragama Islam. Setiap 1 km korang akan terjumpa masjid dan kebanyakan masjid disini dibiayai oleh penduduk setempat dengan cara mengutip wang derma dan masjid dibina melalui tanah yang diwakafkan. Namun pada pendapatan aku, semenjak Lombok populer, makin ramai orang asing/luar tinggal di Lombok. 

-Gili tu membawa maksud pulau dalam bahasa Sasak. Korang akan dengan pelbagai gili disini. Aku hanya sempat merasa beberapa gili jer. Tapi gili trawangan yang populer tu aku tak pergi. 




-Di Lombok majoriti mereka berbangsa Sasak. Mereka ni pada pengamatan aku mirip bangsa Melayu (ini aku yang kata dan tak ada kajian mengenainya). Aku katakan sebegitu kerana banyak perkataannya sama seperti bahasa Melayu, penggunaan nama-nama kuih dan sebagainya. Malah ada beberapa peribahasanya agak sama dengan orang Melayu. Jangan tanya apa sebab aku dah tak ingat. :D

-Pelbagai perusahaan dijalankan disini antaranya perusahaan keris, pandai sikek (songket camtu), jambu mete' (gajus), perusahaan mutiara dan sebagainya. Aku tak pergi semua. Aku hanya sempat ke perusahaan pandai sikek dan jambu mete (kedai je pun)

-Ada bahagian-bahagian Lombok (bagi aku) ibarat Tanah Melayu zaman tahun 1950-an. Masih mengamalkan penanaman padi secara kecil-kecilan. Kalau berjalan ditepi sawah padi korang akan nampak orang menanam padi, mengetam padi dan menampi padi. Acara tu dibuat secara beramai-ramai. Aku suka tengok yang ni terasa Lombok masih virgin bila nampak keadaan ni.

-Masa aku pergi, aku ditakutkan dengan cerita lelaki Lombok suka bawa lari anak dara. Err... aku dah study tapi perasan takut masih berbekas. Tapi alhamdulillah aman. Berdasarkan yang aku baca dan bersembang dengan orang Sasak sendiri, ini adalah budaya mereka untuk menunjukkan kejantanan mereka dan mereka membawa lari anak dara tu untuk dikahwini dan perkara tersebut diketahui oleh keluarga anak dara tu. Maafkan aku kalau tersilap. 


-Sepanjang kami di Lombok, kami aman :)
Semua yang kami temui baik-baik orangnya. Mas Ari, Sufyan, Pak tak ingat nama (hotel Grand Sengigi), Mas Anton, Mas Dedy, boatman di Gili Nanggu/Gili Kondo, Emi (isteri Supyan), Didan dan sebagainya. Maybe nasib kami baik mendapat orang yang terbaik antara yang terbaik semasa disana. :)

-Cara pemanduan kereta disana
Agak susah sedikit berbanding di Malaysia.  Jika mahu menyewa kenderaan dan drive sendiri, pastikan kenderaan anda ada Surat Tanda Nomor Kenderaan (STNK). Ia kertas yang mensahkan kita dah bayar cukai jalan dan sebutannya Es Te En Ka. Isi petrol pula masuk ke pump yang ada tulisan "Premium" .Dan perlu guna hon kalau nak jalan..nak bagitahu kendaraan di depan, nak belok
Mild je tekan.. International Licence kena tanya pada pemilik car rental. Ada yang nak, ada yang tak nak.. Hiks



nanti iols sambung balik
semua pic kredit pd anne sebab laptop iols masih tidak dihantar ke bengkel :P







Tuesday, August 25, 2015

Entry Tertunggak

Bila melihat blogger mengupdate tempat-tempat yang mereka pergi, aku pula terkira-kira berapa entry tertunggak. Walaupun tak seberapa perjalananku tapi bolehlah membantu traveller lain untuk info-info yang lain dari yang lain (mebi)

Ok lepas aku betulkan lappy aku, aku try (insya Allah) update entry


HK - Guangzhou - Shenzhen

 
Busan - Seoul 
Hatyai - Songkhla - Bangkok 
Lombok


Camping di Pulau Redang

 

Wednesday, August 12, 2015

Training ke tu?

Mode: nak sambung hupdate blog pasal Hadyai dan Songkhla tapi lappy rosak. Hard disk rasanya. So kena pospone hupdate. Watermark pun aku tak buat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Disebabkan aku terberjanji (berani mati berjanji) nak pergi ke Lombok dan hiking Rinjani, aku dengan gigihnya awal tahun ni bertraining bersungguh-sungguh (padahal selalu ke laut) untuk tidak pancit nanti di Rinjani. 

Boleh dikatakan setiap minggu aku luangkan masa berjogging berjalan sebenarnya,  daki bukit di Wangsa Maju, Broga dan sebagainya dan yang agak ekstrem kekeke yang aku buat untuk pertama kali ialah join Run 9 To 5 (10 KM) di Putrajaya dan menyeksa diri panjat KL Tower 2058 steps. Bagi aku ekstremlakan sebab tak pernah buat tiba-tiba buat. Tulah tak tau diri tu pancit boleh pula nak join. Menangislah sambil berlari!

Run Forest Run!!
Run 9 to 5
Ini penceburan pertama aku dalam aktiviti running. Terus 10 KM hambik ko.. 
 
Pelik pulak masa ambil kit ni. Dua benda je dapat. T-shirt dan running chip ni. Terkebil-kebil kejab
Aku pernah daftar Energizer Race 2013 tapi kitnya taklah sesempoi ni. 

Dihari kejadian, hujan gerimis dan aku sempat la tunggu di kawasan stage untuk tangkap gambar VVIP. Sungguh ramai peserta dan dianggarkan dekat 10 ribu peserta (dorang cakap bukan aku cakap). Siap ada drone gitu masa pelancaran. Tengok tu banyaknya penaja.
 

Mula-mula aku berjanji dengan geng berjimba untuk lari bersama tapi rupanya Ita ambil 5 KM dan Anne pula masih belum sampai dan bila sampai dia memutuskan nak ambil 5 KM. Masa tu aku dah berlari. Gigih nak try 10 KM sensorang. 

Kami dilepaskan secara serentak. 10 km dan 5 km sama kesian sebab ramai terpinga-pinga termasuk aku sebab tak tau mana lane start. 10 ribu peserta kan.

 

Lari lagi.. Berjalan pulak.. Hehehe.. Lalu jalanraya, lalu jambatan, lalu bangunan dan akhirnya aku setel berjalan ke garisan penamat. Nasib baik tak jadi antara orang-orang last dan aku berjaya menamatkan larian ketitisan napas terakhir. Sakitnya tuh disini! Sampai ke garisan penamat aku dapat sebotol drinking water dan finisher medal. Malas nak cakap lebih.. Nora kasi 2 bintang!

Nilah medal pertama aku........
 


Towerthon Menara Kuala Lumpur
421 Meter atau 2058 step



Nah kit KL Tower. Beza memang berbeza.... Baju pun branded.  :P
Tak campur lagi breakfast dan lain-lain. 



Disaat penghuni bumi membalut tubuh mereka dengan selimut tapi ada sebilangan sanggup bangun awal pagi untuk mendaki KL Tower. Cantik pula gambar henpon aku masa ni. Mula-mula kami dihidangkan dengan makanan, sessi memanaskan diri dan kami dilepaskan secara berperingkat ikut nombor yang ditetapkan. Mungkin tak mahu sesak tangga yang bakal kami daki dan kami dapat dibezakan mengikut umur, kerakyatan dan sebagainya.

Aku berlari bersama Ita ke Menara tapi kemudiannya aku ketinggalan ke belakang. Aku pancits! Berlari sambil mendaki kot. Oh ya sebelum memulakan larian, aku sempat berpesan pada kawan-kawan yang jangan tunggu aku. Aku tau aku pancits!

Pergh agak mencabar juga aktiviti ni. Dahla udara kurang, ruangan sempit dan ibarat kalau ko tak teruskan takkan ko nak turun balik ikut tanggakan. Nak tak nak teruskan. Muntah air, muntah ijo ada juga aku nampak. Tak tambah lagi yang merangkak-rangkak naik tangga. Aku pula bila nampak ada tempat boleh berehat, aku berehat. Rasanya berbotol-botol aku amik untuk minum. Peluh jantan pun keluar mencurah-curah.  Kekeke

Geng yang lambat start pun dah mendahului aku. Aku banyak berhenti. Pernapasan pendek rasanya. Tapi aku tak mengalah walaupun berura-ura berbuat sedemikian. Bila sedar eh dah nak sampai!!!! Hahahaha... Alhamdulillah sampai akhirnya aku dipuncak dan inilah finisher medal aku yang kedua tahun ni.



Nah amik close up sikit. Ada sedikit riak disitu. Erkkk... Larik!!




Bukit Panorama, Sungai Lembing, Pahang
1100 anak tangga
Seminggu sebelum ke Lombok

Geng berjimba membentangkan mahu ke Sungai Lembing. Aku memang terujalahkan tapi disebabkan kekangan kerja aku hanya mampu join hari Ahad saja untuk mendaki Bukit Panorama.
Aku tak mahu cerita macam mana nak pergi sebab boleh google je benda tu.

Kalau nampak sekolah ni, korang berada di jalan yang benar
Kami mendaki sebelum azan subuh. Masa tu dah ramai pendaki-pendaki yang kebanyakannya orang Cina mendaki. Aku cuma nak pesan pakai pakaian yang betul, bawa air dan torch light. Itu benda yang penting. Seriusly jalan menuju ke puncak ketika waktu sebelum subuh sangat cantik. Lukisan alam di awan terukir cantik. Bintang-bintang berkerdipan dan ibarat jalan menuju ke syurga. Kamera henponku tak mampu nak capture moment tu tapi serius cantik.


Nilah anak tangganya. Gambar ni masa turun..

Agak perit juga nak sampai ke puncak. Sebab mendaki anak tanggakan. Mek pancits! Kenkadang aku terfikir bolehkah Rinjani ditawan kalau macam ni? Soalan tergantung. Takde jawapan. kekeke

Aku tiba dipuncak selepas azan subuh. Geng berjimba sudah siap memilih tempat untuk bersolat. Air sembahyang sudah kami ambil semasa dibawah lagi. Aku tunggu turn dan selepas itu mengikut geng berjimba berjalan sekeliling puncak.


Inilah antara lukisan alam yang dapat kami tatap

gambar kredit to PM

Sunrise
 
Sudut lain Bukit Panorama
 


Gambar kredit to PM

Mampukah aku menawan Rinjani? Nantikan update. Mebi ada mebi tak de sebab lappy rosak. Ada sesiapa boleh betulkan? (TT)





Tuesday, July 14, 2015

Hat Yai, Thailand - Dugaan Overland (part 4)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lagi 3 hari nak raya! Aku tak buat apa-apa persiapan lagi. Pengsan. Esok baru nak buat persiapan sikit. Sebelum tu update blog kejab. Hiks


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok lepas melihat apa yang dicita-citakan kami singgah ke cafe semalam. Aku sangat sukakan dekornya. Bayangkan kawasan perkampungan ini ada cafe yang sangat menarik.
Meh tengok gambar..





Kami bersiap-siap untuk pulang selepas itu. Oleh kerana merasakan masa lama lagi. Ok kereta api kami dalam jam 10.45 (arggh aku lupa) jadi kami checkout dari guesthouse kami di Taweesuk Boutique Hotel dan sempatla menyinggah ke gerai-gerai yang ada disitu. Rupanya disana menjalankan perusahaan ikan kering dan perusahaan mengkuang. Jadi beg mengkuang dan tikar dijual dengan harga agak murah. Aku sempat beli beg mengkuang. Kami masa ni melenggang mak jemahla ke hentian songtheaw semalam sebab lama lagi kan.... 

Kami bertanya dengan songtheaw yang ada dan nak juga dengan harga 20 THB sedangkan ramai yang charge 50 THB. So sorang pemandu songtheaw (pemuda) je yang mahu mengambil kami tapi rupanya dihantarnya kami ke hentian songtheaw yang lain. Dan kami ditukarkan ke songtheaw lain. 
Arggh sudah. Train kami 10.45 dan sekarang 10.20 pagi. Pemandu songtheaw (pakcik) pula sempatlah melepak-lepak, bakar nyamuk  merokok sambil bersembang-sembang dekat hentian tu. Aduh dugaan-dugaan. Dalam hati menjerit 'pakcik!! cepatlah train kami nak sampai' sambil berdoa train delay!

10.30 pagi barulah kami dibawa. Puh lega tapi kelegaan tu tak lama bila pakcik tu bawa kami seperti bersiar-siar ditaman. Ibarat orang bercinta dibawanya songtheawnya.20 km/jam ko sapa tak hangin. Aduh pakcik! Kami sampai ke stesen Pak Khlong dalam pukul 10.50 pagi. Aku dan Hawa berlari-lari ke stesen dan sampai disana diberitakan train sudah berlepas 10 minit lepas. Next train pukul 12.00. Puh!! 

Aku bukan apa, aku telah berjanji dengan Shidi dan Mus untuk sama-sama ke Floating Market. Kalaulah boleh wasap/sms tidaklah aku jadi begini. Aku tak mahu mereka tertunggu-tunggu kami. Inilah aku kalau berjanji dengan sesiapa aku mahu tunaikan dan tidak mahu orang ternanti-nanti aku. Rasa bersalah pada mereka pula. Dalam hati berharap mereka tak marah dan faham keadaan kami ketika itu. 

Dan train yang dijanjikan pukul 12 tu pulak delay, yer DELAY hampir setengah jam. Kenapa train pukul 10.45 tak delay.. Aduh kuasa transport kali ini kuat jugakan. Hihihi

Serius masa ni mood dah ke laut. Gambar? Nan hado aku tangkap. 

Kami tiba di stesen Hadyai dalam pukul 4 petang. Cepat-cepat kami cari songtheaw ke Floating Market dan deal harga. Masa nilah kami nampak kelibat Shidi dan Mus yang baru pulang dari Floating Market. Masing-masing nak menerangkan keadaan sebenar. Sempat bersembang sekejab lepas tu kami ke Floating Market.

Oleh kerana kami agak rush kali ni so aku tak mahu menerangkan macam mana pergi ke Floating Market dan aku yakin ramai blogger boleh menerangkan jalan kesana. Tapi aku mahu bercerita tentang sedapnya makanan disana. Nyums... Reda rasa marah tadi. Hiks.. 

Aku beli cucur udang goreng (tak sure namanya). Sedap ranggup dan juicy. Begitu juga dengan minuman aku mestilah dengan air chai yen aku. Anne dan Hawa pula beli som tam, nasi ayam dan sebagainya. Semua rasanya sedap. 









Sempatlah kami ronda-ronda barang setengah jam di Floating Market sebelum kembali ke stesen Sri Maju di bandar Hadyai. Kami letakkan begpack kami dan perlu menyerahkan passport kepada uncle di kaunter untuk urusan insuran dan sebagainya. Selepas tu tengok masa masih sempat untuk berjalan lagi dan uncle tu suggestkan jalan di sekitar temple berhampiran sebab ada sambutan CNY. Pelbagai barangan dijual disana. Sebelum bergerak ke sana, berulang kali uncle tu ingatkan 

"Bas jalan pukul 7 malam. Jangan lewat. Lewat tinggal. Pukul 7.00 malam aaa..."

"Ok uncle"

Sedang asyik berjalan aku ternampak restoren kesukaan aku Kai Tod Day Cha!! Aku pernah makan sekali disini dan rasanya kena dengan tekak Melayuku. Tingin nak makan tapi masih kekenyangan. Len kali insya Allah singgah lagi akan ku jejak restoren ini. 

Hampir ke jam 7 petang kami kembali ke stesen Sri Maju dan bas kami bergerak on time melalui Sadao - Bukit Kayu Hitam - Changlun. Urusan imigresen smooth dan aku lihat banyak perbezaan melalui pintu Sadao -Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar. Lebih meriah dan smooth di Sadao - Bukit Kayu Hitam. Perjalan smooth sehingga kami berhenti makan di satu hentian. Aku tak sure dimana mungkin di Bukit Kayu Hitam. TAPI........................

Perjalanan kami diduga lagi bila menjejaki Changlun. Bus seperti terhuyung hayang dan singgah ditepi jalan. Aku di seat jauh ke belakang tak tahu apa cerita sempat whatsapp Anne. Katanya belt putus. Argh sudah. Nyamuk sudah berlari-lari anak dikakiku. Apa yang mampu ku buat kecuali berdoa selamat sampai dan tidur. Aku tersedar kembali pada pukul 4 pagi. Bunyi bising teramat. Ketung ketang ketung ketang. Rupanya bas sedang dibaiki. Masa tu di Ipoh lagi. Memang kami sampai ke Kuala Lumpur lambatlah macam ni. Hiks.... 

Dalam keadaan mamai aku sambung tidur. Malas nak pikir dan bila tersedar terik matahari memancar ke bangunan-bangunan tersergam tinggi di Kuala Lumpur. Walaupun diduga dengan pelbagai pengangkutan awam tapi alhamdulillah kami tiba dengan selamat. Syukur. 


Pengajaran trip kali ni
(1) Kadang-kadang apa yang kita mahu tak semuanya tercapai.
(2) Jangan kedekut untuk sebab akibatnya merana.. Hihihi.. Macam kes songtheaw di Thale Noi. Mungkin mereka 'mengajar' kami. 



Sunday, July 5, 2015

Hat Yai, Thailand - Dugaan Overland (part 3)

Rajin pulak update belog ni :P

Esoknya dalam pukul 5.30 pagi awal-awal kami sudah bangun. Mengejar sunrise katanya. Pakcik guesthouse membawa kami ke tempat bot. Yeay pagi-pagi kami sudah diduga. Bot kami tidak boleh dihidupkan makanya pakcik tadi pas kami ke bot lain.





Aku betul-betul teruja. Nak tengok lotus dan dolphin. Yeah menerusi pembacaan aku yang tak berapa lengkap ada Irrawaddy Dolphin dan limpahan lotus sementelah Thale Noi yang kami pergi merupakan tapak ramsar terbesar di Thailand. Dan khabarnya masa kami pergi itu merupakan masa terbaik kerana ia merupakan masa pengumpulan burung-burung dari serata dunia. Tapak ramsar apa? Sila google yer kenkawan.

Ok jom join kami membelah tasik mencari lotus dan dolphin.






 Sunrise mula melimpahi cahayanya ke Thale Noi.


Kalau kawan-kawan perasan yang berupa jambatan tu ialah highway yang menghubungkan Songkhla Lake dan Thale Noi dari 160 km jaraknya dapat dikurangkan kepada 16 km. Erkk! Patutla cyclist dari Malaysia suka menggunakan highway ni!





Rumah tinggal tepi highway ni.

 Pelbagai burung dapat dilihat disini termasuk water buffullo.




Beberapa tempat telah kami lewati namun mana lotusnya??? Aku membayangkan lotusnya sebanyak di Udon Thani, aku membayangkan dolphin bermain-main dipinggir bot aku namun ia hanya angan-angan. Handphone sudah kusimpan siap-siap dalam beg dan kamera sudah ku offkan. Dalam hati berdendang lagu My Love, Soledad, If I Let You Go dan Flying Without Wing dendangan Weslife. Anne pula start bermadah, berperibahasa dan sebagainya. Mengubat hati terluka. Huwaaaaa.... Dalam hati mula menyalahkan pemetik-pemetik lotus sampai habis lotus di tasik sebesar alam ini.



TAPI hati sedikit berbunga bila kami menghampiri daratan. 
"Anne tengok pink!!" Pekik ku.
"Izza, see save last for the best" pekik Anne.

Ha.. semua buat aksi nak menembak.

Bunga Lotus menyambut ketibaan kami didaratan. Sungguh walaupun tidak sebanyak Udon Thani namun kami bersyukur adanya lotus itu.

Meh tengok gambar



Tersenyum pacik bot melihat kami tersenyum kembali. Hiks.. memain yer pakcik





Sesampainya kami di daratan kami terus breakfast di cafe Le Noi Berry. Sungguh aku lupa menu aku.
Dalam hati aku berazam mahu kembali kesini. Mengubat apa yang tertinggal gitu. Hehehehe






BERSAMBUNG