Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Tuesday, January 31, 2012

Yuna - Terukir Di Bintang (Unofficial MTV With Lyrics)




Saya suka ngn VC ni sebab VC ni bt kat salah satu tempat yang cantik walaupun VC ni bentuk itam putih jerrr...

Saturday, January 28, 2012

Tahun Melawat Perak 2012- Teluk Batik

Salam..
Aktiviti tahunan aku dimulakan dengan melawat Perak negeri kelahiranku... Baruku tahu banyak juga tempat menarik di sekitar Perak ini.. Akan kuexplore habis-habisan nanti
TELUK BATIK dan LUMUT

Tahun baru 2012 aku bermula dengan melawat Teluk Batik dan Lumut.. perjalanan sekejab sahaja kerana aktiviti makan2 lebih diutamakan.. hehe..
Selepas usai makan2 ikan bakar, kami ke Teluk Batik untuk melihat-lihat aktiviti malam disana.. Ia  merupakan pemandangan biasa yang kita dapat lihat di pesisir laut namun sedikit berbeza kerana disini banyak menjual makanan kering hasil laut seperti sotong, udang, ikan bilis, ikan masin dan sebagainya namun harganya agak .......... (fill in the blank).. hehe

Route ke Teluk Batik/Lumut/ Pulau Pangkor jika melalui jalan lama
Dari Sungai Buloh ke Kuang ke Batang Berjuntai/Ijok ke Kuala Selangor ke Tanjung Karang ke Sg Besar ke Sabak Bernam (hanya ikut signboard ke Teluk Intan) kemudian korang akan menjumpai signboard ke Pulau Pangkor (belok kiri) teruskan perjalanan sehingga ke Teluk Batik/Lumut... Jika ingin ke Pulau Pangkor, medan tempat letak kereta ada disediakan....
saya lebih pakar jalan lama berbanding highway
tempoh masa perjalanan lebih kurang 4-5 jam....jimat duit kekdahnya
sepanjang perjalanan boleh berjumpa dengan (tempat menarik untuk dilawati) Kg Kelip2,Bukit Melawati,tempat pemprosesan kerepek, pekan Teluk Intan (tidak dilalui tapi kalau lajak depan sedikit boleh berjumpa dengannya), dan lain2 lagi...

Route ke Teluk Batik/Lumut/ Pulau Pangkor jika melalui highway
Dari Tapah/Bidor/Gopeng.. ramai yang suka turun di tol Gopeng..
Di tol gopeng, ada signboard menuju ke Pulau Pangkor.. cuma jika memilih tol ini, anda sebenarnya berpatah ke belakang kembali...
tempoh masa perjalanan lebih kurang 5 jam....
















Tuesday, January 17, 2012

Azam 2012

Salam..
Selamat Tahun Baru..maaf aku jarang update blog aku....

Setiap tahun aku memasang azam. Ada yang tertunai dan ada juga kurang tertunai...
Tahun ini aku berazam

Diet - BMI aku 32.5.. yang bermaksud aku ni OBES.. oh tidak... aku tidak mahu dimasa hadapan aku hidup dengan anggota yang tidak lengkap dibadan.. aku tak mahu badan aku sakit kerana perbuatan sendiri

Membuat Umrah - Aku dah lama menanamkan satu keinginan menunaikan UMRAH.. aku sangat2 teringin untuk mengucup Hajaratul Aswad, mendaki Jabal Rahmah (tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa), menunaikan solat 5 waktu di Masjidil Haram, melawat Raudah dan sebagainya... Oleh itu aku perlu menanam sikap menabung dan sikap menyimpan cuti agar aku boleh menjejakkan kaki disana..

Menemui pasanganku - Ya..jodoh pertemuan ditanganNya dan aku redha dengan qada dan qadar dan apa yang sudah tertulis di Loh Mahfuz ku... Namun aku wanita biasa yang mengharapkan kehadiran seorang lelaki sebagai suami,peneman,dan kawan berkongsi segala-galanya denganku... dan sekaligus menjadi bapa kepada anak-anakku... Semoga aku menemuinya secepat mungkin.. Amin...

Pekerjaan yang lebih baik dari semalam -  Aku sangat-sangat mengharapkan agar ijazahku diberikan peluang untuk memberikan khidmat bakti kepada masyarakat. Bukan aku tidak bersyukur dengan kerjayaku sekarang..ya.. aku sangat-sangat bersyukur dengan pekerjaanku sekarang tapi aku perlu yang baik lagi terbaik untuk diriku...         

Rezeki yang melimpah ruah - Alhamdulillah..rezekiku sentiasa ada dan ada setiap masa.. bahkan bila aku kekurangan wang.. rezeki ada yang datang tanpa diduga..syukur alhamdulillah... Namun aku mengharapkan rezekiku seperti air sungai yang mengalir tidak berhenti-henti dimuka bumiMu ini...dan aku mengharapkan aku mendapat rezeki yang halal, dari sumber yang halal dan dari cara yang halal... aku tidak mahu darahku dikotorkan daripada rezeki yang haram... Amin...

Melancong - Tahun ni aku berharap aku dapat menjejakkan kaki ke kaki gunung kinabalu, Beijing China, Medan Indonesia dan Brunei

Belajar memasak - Aku perlu menajamkan kemahiran memasakku lagi. Aku ingin mempelajari teknik memasak Western Food, Chinese Food dan Aneka Kueh Tradisional Melayu... Ia untuk projek yang sudah lama kurancang