Skip to main content

Rayani oh Rayani

Sungguh aku pun terjebak bila ada tiket murah dari Rayani. Aku nak juga merasa naik belon dari Rayani. Sebelum ni cuma pernah naik Mas dan Airasia jek (TT) (TT). So aku pun beli beberapa tiket ke beberapa destinasi dengan sumbangan pinjaman credit card kenkawan. Aku tak de card credit. So hanya mengharapkan belas ihsan kenkawan yang baik hati untuk menggunakan CC mereka.

Ingin merasa penerbangan Patuh Syariah mereka. Ingin merasa makanan free mereka, ingin melihat pramugara dan pramugari yang cantik dan bersopan, ingin melihat sedikit perubahan yang diperkatakan mereka.

Walaupun masih baru, aku kira tidak sampai tiga bulan beroperasi, aku sudah ada tiket ke Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching dan Kota Bharu. Nampak tak, tamak sungguh memburu tiket murah. Aku dan penumpang yang lain yakin dengan Rayani Air. Yakin dengan motonya Patuh Syariah.


Namun tiket hanyalah tiket saja. Tidak menandakan anda layak terbang! Bermula dengan delay, cermin pecah, juruterbang mogok dan sebagainya dan akhirnya operasi penerbangan Rayani Air dihentikan. Aku tentulah sedih dan kesal. Tapi paling aku kesalkan sekali tiket ke Kota Kinabalu. Ia merupakan projek mega (ye ker) untuk aku bulan September nanti.

Bila Rayani Air mengumumkan menghentikan operasinya, aku meminta kawan-kawanku email company Rayani Air untuk meminta refund. Dan boleh dikatakan setiap bulan aku update dengan kawan-kawanku berkenaan refund namun jawapan masih mendukacitakan. Tiada maklum balas atau reply dari Rayani Air.

Sampailah satu hari, kawanku wasap dimana kawannya sudah dapat cek namun perlu ke pejabat Rayani Air untuk mengisi form. Aduh perkara mudah disusahkan. Benarlah kata orang jika duit sudah ke tangan orang lain, susah nak dapat kembali. Tak pe kita cuba.

Perkara pertama perluku buat ialah minta perlepasan dengan majikan. Seterusnya sampai disana

Naik ke tingkat atas sekali, Anda akan berjumpa beberapa orang disana dan



1. Isi form
Perlu isi no akaun. Sebaiknya isi no akaun orang yang sama dengan kad pengenalan yang disertakan.

2. Jika bawa itinerary boleh sertakan sekali. Jika tidak, sila print. DIY dipejabat mereka.
Sebaiknya itinerary print siap-siap dari rumah. Sebab printer mereka sedikit problem. Dan jika email kepada pengurusan Rayani Air pun aku rasa mereka ignore jer email korang tu.

3. Salinan kad pengenalan

4. Jumpa dengan pegawai dalam bilik tu.
Aku baru sampai stage ni je. Isnin dan Selasa yang beritahu suruh ambil cek, aku tak de masa. Nanti aku update balik.

5. Nanti mereka akan beritahu bila boleh ambil cek. Tapi hanya boleh diclearkan selepas 31/7/2016
-Nanti aku update balik


Sebaiknya korang pergi lah lepas waktu lunch hour. Tak berapa ramai orang.


Alamat Rayani Air

Head Quarters

Rayani Air Sdn. Bhd.
No.22-1A Blok 2, Jalan Pahat G-15G
Dataran Otomobil Seksyen 15
40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Email: info@rayaniair.com,
Tel: 603 5518 5786

Operating Hours: 9am - 6pm (GTM+8) Monday - Sunday

sedih melihat company Malaysia tutup

  

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...

Blog travel ke blog pertanian

Saya sudah bertukar minat mungkin. Saya lebih fokus pada projek pertanian saya diatas tanah sekangkang kera. Memandangkan tidak ramai share tentang info-info pertanian baiklah saya share 0.1 persen info yang saya ada. ia juga jadi info untuk saya untuk hari-hari kemudian. Meh share sikit kenapa pertanian. Tak popular kot.  Minat kepada pertanian tercetus bila Malaysia banjir besar 2014. Percutian di Korea tak boleh buat saya bergembira risaukan pokok-pokok durian ratusan tahun terendam dek air banjir. Rumah sewa pun habis, rumah kampung habis. Habis ditenggelami air. Banjir surut saya segera periksa pokok-pokok durian tapi malangnya semua bagaikan sakit. Daun berguguran, dan ada saja dahan tumbang setiap hari. Bagaikan menanti rebah. Risaukan pokok rebah menimpa rumah tinggalan arwah ayah, saya dengan berat hati membenarkan pokok-pokok durian ditebang. Sobs. Pelbagai kecaman diterima masa tu. Saya redha. Hohoho Kalau nak tengok keadaan pokok durian tu leh zoom sikit gambar dibawah....