Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Tuesday, June 21, 2016

Pine Tree Hill 1 May 2016

Minggu ni aku meluangkan sedikit masa tuk hiking. Niat yang dah lama dipendam tercapai bila Along (jiran) aku mengajak aku kesini under trip Siput Trekkers.
Aku on aje sebab nak try trail dia. Tapi dalam masa yang sama kupu-kupu berterbangan juga mengenangkan trail nya yang dikatakan hazabedah.. 
Aku kesini (Bukit Fraser) bersama Along, Anne dan kawan Along. Jumlah keseluruhan peserta untuk trip ini adalah 30 orang termasuk guide dan sweeper. Guide diketuai oleh Yam dan sweeper diketuai oleh Firdaus. 


Permulaan track aku berjalan bersama Anne dan kemudian aku berjalan sendirian. Aku berjalan mengikut nota kekura yang dijumpai. Sebenarnya nota itu banyak membantu peserta seperti aku yang pancit tapi degil nak menjelajah Pine Tree. 


Aku turun aku naik dan turun balik. Kemudian aku jumpa geng Nisa dipertengahan dan join dorang. Kenkadang aku tinggalkan mereka dibelakang kenkadang mereka potong aku. Mujur treknya tak  seteruk Irau yang berselut. Kadang kala aku sertai sekumpulan lelaki Cina dari Kepong bila geng Nisa meninggalkan aku dibelakang.

Sampai ke KM 4,(kalau korang perasan, setiap km, ada papan tandanya sendiri, kecil saja) group Cina tu decide nak pulang. Jadi aku sendirian balik. Gigihlah berjalan keseorangan tapi aku yakin ada beberapa orang dibelakangku... dan aku yakin didepanku ada beberapa orang lagi
Sampai di bukit bertali aku baru sedar yang aku dah sampai ke peak Pine Tree. Tunggu giliran untuk memanjat. Dibahagian bertali ni mengingatkan aku pada Bukit Tabur. Tak tinggi tapi nak sukar mengapainya. 4jam masa pergi kuhabiskan disini
Air anak sungai ni tak selamat untuk diminum
part ni boleh tahan susah.. Alhamdulillah berjaya


 BERJAYA! nangis


omputeh dari negara mana ntah
Cuaca sedikit berkabut. Kalau tidak berjerebu mesti cantik. Twin peak mesti lagi cantik.
 
Gambar ni cantik tapi low resolution so tak leh nak besarkan..
Aku decide taknak pergi ke Twin Peak. Perjalanan lebih kurang 40 minit. Aku nak jimat tenaga, aku rasa lelah dan aku penat. Kepada Anne dan Along ku whatsapp taknak pergi kesana. Aku fikirkan jalan pulang saja nanti. Aku menanti mereka yang lain pulang dari Twin Peak. Sempatlah berselfie bagai di Pine Tree. Kata mereka, di Twin Peak boleh lihat pemandangan 360 darjah manakala di peak Pine Tree hanyalah 180 darjah jer.. Camtulah..

Cik Lin dan Apai decide nak turun semula. Mereka pun tak ke Twin Peak. Bila nampak kelibat Anne dan Along, aku terus ajak mereka turun. Along decide nak tidur dahulu sebelum turun. Ya lah dia kepenatan hari sebelumnya kenduri kahwin adiknya. Lagipun dia lebih cepat.

Perjalanan balik aku jadi rengsa. Turun naik bukit, turun naik balik tidak sampai-sampai. Part tangga pertama dari arah balik aku dah jadi tak tentu hala. Ingatkan dah sampai rupanya belum! Anne kusuruh bergerak dulu. Aku bergerak perlahan-lahan. Tenaga sudah sikit. Dan kurasakan aku dehydrated! Ah sudah... 

Masa ni mujur Ciklin dan Apai ada. Ibarat ko potong aku dan aku potong ko. Camtulah... Aku dah takleh nak fikir dah yang penting sampai sebelum gelap. Dalam kepala ni macam-macam rasa.. nak nangis, nak marah dan semuanya.. Hihihi.. itu pengalaman aku tau. Korang yang kuad-kuad ni mesti boleh punyer...

lagi 3km ke jalan sebenar
Sampai di tangga terakhir dan bila ada penampakan pondok kecil aku rasa sebak dan mengalirkan airmata. Nasiblah Apai nampak aku menangis yang penting aku dah nak sampai.... huwaaaa...
Aku sampai di parking kereta lebih kurang jam 6.40 petang. Aku kira lebih kurang 4 jam 30 minit aku habiskan untuk balik..
Pada aku yang tak kuad ni..
14 km trek Pine Tree benar-benar menduga jiwa
Treknya langsung tiada diskaun
Treknya membuktikan hutan di Malaysia sangat gagah perkasa


Tips
1) Bawa tongkat jika rasa perlu
2) Bawa 2 liter air mineral dan air manis
3) Pakai pakaian dan kasut yang bersesuaian
4) Bawa baju hujan kerana kita tak tahu cuaca dalam hutan nanti
5) Bawa makanan manis untuk menambah tenaga
6) Bawa air garam jika rasa korang cepat dehyedrated
7) Ubat-ubatan yang perlu
8) Disini tiada sumber air. Jika ada pun tidak dibenarkan minum. Huhuhu..
9) Baca doa sebelum perjalanan

Soklan aku cuma satu.. mana pokok pine treenya? 

gambar kredit pada semua peserta.. sebab kebanyakan gambar bukan saya punya


Thursday, June 9, 2016

Skydeck KL Tower

Sebenarnya sesiapa yang menyertai Towerthon dapat merasai pengalaman naik skydeck dengan harga rm20 (biasa rm75). Aku memang teringin nak naik skydeck tu dan teringin nak lihat panorama sekitar KL waktu siang dan malam.

Tapi masa aku pergi ambil race kit tu aku belum berkeinginan nak beli sebab aku tergesa-gesa nak masuk ofis. Tapi lepas berfikir-fikir ada baiknya aku merasai pengalaman ke atas sana. Taklah orang kata luar negara leh pergi dalam negara tak tahu.. Hiks.. Jadi aku meminta Anne tolong belikan 2 keping tiket skydeck. Setiap runner hanya dibenarkan beli 7 keping tiket saja.

Bila setel larian towerthon, aku kembali semula ke Menara Kuala Lumpur pada jam 5 petang. Niat nak beli durian crepe dan lamb nachos. Pergh sedap jugak.. Aku menunggu kedatangan Ain..
Aku, Ain dan Zetty, kami bertiga kawan baik sejak dibangku sekolah namun seorang kawan kami Zetty telah dijemput menemuiNya terlebih dahulu pada bulan 3 yang lepas. Alfatihah untuk beliau. Kehilangan beliau membuatkan aku lebih sedar dengan pentingnya menjaga makan dan kesihatan. Eh masuk part lain pulak.
 

Menaiki skydeck ni korang perlu menandatangani sekeping perjanjian agar tidak akan buat perkara yang tidak elok disana.







Sesampai level 5, skydeck tu kami tak terus beratur nak bergambar dalam skybox tu tapi kami menelusuri hehehe dulu sekitar skydeck. Ada beberapa bahagian ditutup. Dengarnya nak buat skybox lebih terkeluar dari yang ni. Aku tak pasti sangat. Ampun ya kalau silap.
Lepas tu kami beratur. Dalam skybox tu pelbagai aku korang boleh tengok. Ada yang berbaring,ada yang duduk, ada yang buat gaya poco-poco dan ada yang kejung tengah-tengah tu. Hehehe meh tonton gambar...


ni pemandangan KL selepas hujan tau.. memang kabur sikit tapi oklah kan..






 







Maafla muka kami menghiasi post kali ni. Bukti dah sampai skydeck KL Tower. Kalau dibandingkan dengan Canton Tower, aku rasa KL Tower lagi best kot.. sebab lebih terkeluar, lebih berangin, lebih terbuka dan lebih gerun sikit berbanding Canton Tower. Ni pada pendapatan akulah. Kalau lain pendapatan, hampunnnn...

Ni aksi kami di malam hari. Ok kalau pakai kamera HP aku (5mp 1 dan 1 mp kamera depan) memang tak cantik weh. Ni semua dicapture dengan Oppo F1 (13mp kamera 1, 8mp kamera depan). Cantikkan! Ain ni betul-betulla.. Sanggup keluar hp baru untuk moment ni. Hahaha..



Kami dinner di restoren pizza diground floor KL Tower. err bagiku, barang-barang yang dijual disini lebih murah berbanding Pasar Seni dan sebagainya. Korang bolehlah bawa kenkawan korang untuk merasai pengalaman di KL Tower ni.

Dan aku sesungguhnya rasa bersyukur sangat-sangat sebab tak hujan semasa hari kejadian. Padahal tengah hari hujan turun lebat giler kot!. Bila kami dah turun barulah hujan kembali membasahi bumi Kuala Lumpur. Mujur Ain parking valet kalau tidak aku kebasahan meredah hujan.. hahaha...


tips 

1) nak merasa dua gambar siang dan malam baiklah pergi semasa petang dan tunggu sampai malam. Rugi woo bayar RM 75 tapi dapat sekeping dua gambar jer...

2) parking rm3 sejam. Aku kena rm18. Kalau korang lama disini baiklah parking valet jer. Baru RM 15.

3) Kalau rajin korang leh je menapak dari bawah ke atas. Ada 2 anak tangga disediakan untuk singkatkan perjalanan. Cuma satu pesanku agar korang berhati-hati semasa dipejalan kaki. Tak jadi macam aku ritu boleh tersadung dan terpeleot. Sampai sekarang aku masih sakit. Dan luka dilututku masih belum kering. Aku kira agak dalam juga luka dilututku. Huhuhu

4) Menaiki skydeck (masa aku ritu) boleh ke observation deck. Bolehlah korang keliling observation deck tu. Ada teropong leh teropong... hehehe

5)  Owh ya budak2 bawah 13 tahun tidak dibenarkan ke skydeck. Atas 13 tahun saja dibenarkan. Jadi rancang perjalanan anda.. hihihi

6) Seeloknya pilih cuaca yang cantik masa naik kat atas sana. Aku bertabah jer sebab tiket tu hanya untuk tiga hari jer. Dan aku memilih hari last untuk menaikinya. Korang jangan la pilih hari hujan (memang dilarang keras menaikinya) dan hari jerebu. Rugi korang dah melabur berpuluhan duit tapi penataan kureng...