Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Sunday, November 18, 2012

Teaser - Universal Studios Singapore



Mula-mula perancangan ingin ke sini bulan 5.. tapi kami tangguhkan kerana memberi peluang aku ke Bukit Tinggi Indonesia dulu. dan akhirnya tarikh 16 September 2012 terpilih.  Ala-ala bachelorette holiday untuk kami sebelum Ain berkahwin dan besday dia pada tarikh tersebut yang ke?? Err biarlah kami saja yang tahu.. Hahaha....

Nanti akan kuceritakan percutian singkat kami kesana.. buat masa ni biar teaser dulu... Wah!!

Friday, November 9, 2012

Bukit Tinggi - 4th Day

Hari ini kami dikejutkan dengan wake up call dan ia tandanya kami perlu siap untuk pulang. Flight ke Malaysia akan bertolak pada pukul 8.40 pagi dan kami perlu bersiap sedia pada puul 4 pagi.. Pak Hendry menghantar kami ke airport. Dan kami tiba di Malaysia lebih kurang pukul 10.00pagi..

Kesimpulan total lost aku kesana

ticket air asia return - RM 159 plus luggage 15kg 2 person
hotel Nikita - 270,000 rupiah per night - 3star popular di kalangan tourist m'sia
rental avanza per day - 400,000 rupiah - kita org divided by 4

makan budget sendiri...
entrance fee Rumah Gadang, Lembah Anai, Lubang Jepang dan lain-lain.. bajet dlm RM 50..

perbelanjaan ini tidak masuk sopink mopink yea...

kat sini saya pakai khidmat Aldi Safri

bukit tinggi sila email : aldi_safri@yahoo.com +6281363385879 -------------------------------------------

Overall, perjalanan aku kesana menarik gak. 
-Aku leh tengok tempat orang. Berbeza dengan Malaysia
-Kerajinan masyarakat disini
-Adat Minangkabau mereka masih kuat
-Aku kurang pasti tentang ini tapi aku selalu terjaga dalam pukul 4.00pagi dan aku boleh dengar ceramah/kuliah subuh. 
-Aku sempat bersolat dimasjid di Padang. Rupanya lelaki dan perempuan sembahyang bersama dan tidak diasing-asingkan...

Bukit Tinggi - 3rd Day

Hari ni kami nak free and easy. Nak bersusah-susah bersenang senang kemudian.. Hehe leh la jimat duit supir dan penjimatan tu boleh dilaburkan pada kain-kain.

Pagi kami bermula dengan menaiki angkutan ke Lubang Jepang. Lubang Jepang ni merupakan salah satu tinggalan zaman Jepun. Ia baru dijumpai pada ....... (err tak ingat). Lubang Jepang ni berbeza dengan Chu Chi Tunnel, Vietnam. Nanti akanku buat posting mengenai perbezaannya...














Tour guide kami di Lubang Jepang. Rasanya tak salah membayarnya untuk mendapatkan penerangannya. Kalau masuk kedalam Lubang Jepang, kita akan terpinga-pinga kerana tiada info atau tulisan menerangkan tentang Lubang Jepang




Disebabkan tangganya tinggi, kami terpaksa keluar di tempat lain.Risau makcik penat. Walaupun keluar ditempat lain tapi sangat berbaloi-baloi.....


Nah inilah pintu keluar kami. Ia berkunci dan hanya diberikan pada guide.. Cantik... Dan disungai itulah mayat-mayat penggali Lubang Jepang dialirkan...

Keluar dipintu ini menyebabkan kami perlu kembali ke Lubang Jepang dengan menaiki angkutan. Agak sukar mendapatkan angkutan dikawasan ini. 

Kembalinya kami ke Lubang Jepang, kami ke Ngarai Sianok (bersebelahan dengan Lubang Jepang)..
Pemandangan Ngarai Sianok ini boleh disamakan dengan pemandangan di Black Canyon Amerika.

hah baru jelas...

Sekitar Ngarai Sianok









Usai disini kami meneruskan perjalanan ke Jam Gadang. Menurut pak Hendry Jam Gadang merupakan titik pertemuan antara uda dan dara kerana masa tu tiada henpon. Jadi mereka berjanji bertemu di Jam Gadang untuk bermadu kasih. Owh lupa ya.. Pak Hendry ini belum berkahwin. Mereka yang aku katakan tadi ialah pasangan yang sedang bercinta. Malam sebelum itu, aku dan Laila berjalan kesini dan kami berjumpa dengan pasangan omputih sedang membuat pertunjukan api disini sambil meminta sumbangan. Guess what i'm thinking.........

Di Jam Gadang kami membuang duit masa untuk melepak-lepak. Sebelum itu kami makan di Restoren Nasi Padang Simpang Raya. Marveles, sedap.... Persekitaran Jam Gadang seperti Dataran Merdeka. Ramainya orang disini dengan gaya tersendiri.





Nak bergambar? boleh aja.. Hulurin duitnya dulu...Heheheh






Di Pasar Ateh -Tempat kami membuang masa dan wang...




Kami pulang ke hotel dengan menaiki bendi



Bukit Tinggi - 2nd Day

Memandangkan hari pertama kami keletihan...letih ker? ya Miza dan emaknya berehat dirumah manakala kami pergi berjalan-jalan dengan Hendry.. tidak banyak tempat yang sempat kami cover. Boleh dikatakan banyak masa terbuang ditengah jalan dan digunakan untuk bersopink....

Hari kedua kami berempat seawal pagi bersiap dan berjalan mengikut perancangan Aldi (tour guide kami).. Ekceli aku sebenarnya tidak menyukai apa yang dirancang tapi nak buwek camno dia saja yang memberikan harga yang murah walaupun hati meronta-ronta ke Maninjau...

Planning hari ini ialah ke rumah Hajah Rosma. Dengar cerita Hajah Rosma ini penyulam yang terkenal di Bukittinggi dan boleh dikatakan ramai pelajar belajar dengannya termasuk dari Malaysia. Kalau tidak silap 6 bulan diperlukan untuk belajar sulaman dengan bayaran yang ditetapkan termasuk penginapan, makan dan minum...

Sulaman disini sememangnya cantik-cantik dan teliti tapi harganya menyebabkan aku terlalu teliti untuk membeli... Hahaha...





 Persinggahan kami kedua di Tabek Patah pula. Tabek Patah ni merupakan tempat perusahaan kopi, pisang salai dan kerepek. Malangnya semasa kami sampai kilang (IKS) ini ditutup pada umum dan kami hanya sempat merasa kopi dengan kulit kayu manis saja..




Tempat ketiga yang kami singgah ialah Istana Pagar Ruyung. Pagar Ruyung ni berdasarkan pembacaan aku Pagarruyung ni merupakan istana diraja zaman dulu-dulu yang mendaulatkan adat Minangkabau. Maaf tiada info mengenainya dan sebenarnya aku sedikit kecewa dengan Istana Pagarruyung ni kerana tidak boleh dimasuki kerana masih dalam proses pembaikpulih. Kami hanya sempat bergambar diluar istana dan bergambar bersama bendi (kuda)...



 Perjalanan kami diteruskan ke Tasik Singkarak. Tasik terbesar di sini selepas Tasik Maninjau.. Erm maap tiada gambar yang boleh dikongsikan kerana kami kepenatan dan sebenarnya rasa tak berbaloi kesini kerana tasiknya biasa-biasa saja.. heheh.. Tapi tak dapat dinafikan yang tasik ni berombak dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Best cuma bagi aku biasa-biasa saja. Mungkin sudah capek

Selepas itu kami balik dan singgah di kedai yang menyajikan kuih apam nerako. Bagiku rasanya biasa-biasa saja tapi populer di Malaysia.Mungkin cara pembuatannya yang berbeza iaitu menggunakan api atas bawah untuk memasaknya maka jadilah kuih apam nerako (lempeng utk Malaysia)



Petangnya kami singgah ke Pasar Ateh untuk sessi bertemu peminat membeli belah..hehe





Malam.. aku dan Laila mengajak Henry makan bakso.. Ternyata walaupun kedainya bagai nak runtuh buruks.. tapi full house beb.. sangat sedap dan marveles.. Rp10000 untuk semangkuk bakso dan air. Sangat sedap kurasa. Kedudukan kedainya di belakang Hotel Nikita. Kalau berjalan kaki dalam 5-7 minit. Tapi kalau pergi malam kene cepat-cepat sebab kedai ni selalu sold out. Hehehe...