Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

Rayani Oh Rayani part 2

Sedikit update dari FB Rayani Air Pelanggan yang budiman, Kami pohon kemaafan kerana masih tidak mampu untuk membuat pembayaran balik (refund) ke atas tiket penerbangan walaupun telah mencuba sedaya upaya. Penarikan balik lesen-lesen ASL dan ASP kami dibuat ketika kami sedang memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan ini. Dengan penarikan balik lesen-lesen ini, tiada pelabur yang mahu bekerjasama dengan kami. Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen memasukkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan refund telah menarik diri di luar jangkaan kami. Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha keras untuk pihak DCA dan MAVCOM memberikan peluang kedua untuk kami beroperasi. Dengan peluang kedua ini, pelabur akan mengambilalih pemilikan syarikat dengan tim pengurusan baharu yang lebih baik. Kami tidak boleh menjanjikan tarikh ianya dapat dilaksanakan, namun yang pasti keutamaan kami adalah obligasi kami terhad

Rayani oh Rayani

Sungguh aku pun terjebak bila ada tiket murah dari Rayani. Aku nak juga merasa naik belon dari Rayani. Sebelum ni cuma pernah naik Mas dan Airasia jek (TT) (TT). So aku pun beli beberapa tiket ke beberapa destinasi dengan sumbangan pinjaman credit card kenkawan. Aku tak de card credit. So hanya mengharapkan belas ihsan kenkawan yang baik hati untuk menggunakan CC mereka. Ingin merasa penerbangan Patuh Syariah mereka. Ingin merasa makanan free mereka, ingin melihat pramugara dan pramugari yang cantik dan bersopan, ingin melihat sedikit perubahan yang diperkatakan mereka. Walaupun masih baru, aku kira tidak sampai tiga bulan beroperasi, aku sudah ada tiket ke Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching dan Kota Bharu. Nampak tak, tamak sungguh memburu tiket murah. Aku dan penumpang yang lain yakin dengan Rayani Air. Yakin dengan motonya Patuh Syariah. Namun tiket hanyalah tiket saja. Tidak menandakan anda layak terbang! Bermula dengan delay, cermin pecah, juruterbang mogok dan sebagainya dan