Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

Ada Je Nih Part 2

Sambungan Denai Puteri Kota Damansara Selepas Arong, aku meluangkan masa ke Denai Puteri Kota Damansara pula. Tapi bukan dalam minggu yang berturut-turut la. Macam biasa aku berdating dengan Abam Lara. Group wasap aku semua nak ke Nuang bercamping. Aku lak ada keje pada hari Ahad. So kenelah switch tempat yang senang dan tidak memerlukan masa yang terlalu banyak. Kami memulakan perjalanan dalam renyai-renyai hujan. Pada mulanya kami diikuti dengan seorang budak lelaki ni. Tapi disebabkan keslowan aku, dia pun bukak langkah panjang selepas beberapa puluh minit ikut aku. Kikiki.. Trek Denai Puteri Kota Damansara ni agak berbelit-belit dan mengelirukan walaupun ada maps. Sebab warna trek yang digunakan agak sama iaitu biru cair, biru pekat, ungu dan sebagainya. Jadi kalau tak perhatikan betul-betul boleh ke jalan asal. Aku sebenarnya masa ni kedemaman. Hmm hujan tambah demam bersatu baik sekali. Jadi aku makin slow bila melangkah. Nasib baiklah sweeper tu tak bising. Hahaha So

Ade Je Nih

Yes aku masih kekal bernyawa di bumi dan masih meneruskan aktiviti lagho aku iaitu jenjalan. Tapi taklah segempak orang lain setiap bulan travel merata benua. Benua yang aku terokai lebih pada negara jiran jer. Kikiki itu pun sudah syukur alhamdulillah. Tapi tahun ini aku lebih kepada aktiviti outdoor. Mula menjebakkan diri sebab nak training Kinabalu (aku dah booking dan bayar semua) tapi takdir tak menentukan saya memijakkan kaki kesana. Mungkin ada hikmahnya. #nangisbucukatil Aktiviti Hiking Bukit Kutu + Camping Pertak (2h1m) Bukit Kutu ni terletak di Kuala Kubu Bharu dan perlu permit untuk mendakinya. Aku rasa ia sepatutnya dipanggil Gunung Kutu sebab jarak dan ketinggianya. Disini ada chimney dan rumah penjajah British (rumah ni aku tak pergi). Puncaknya di batu dan korang perlu meniti sedikit tangga untuk sampai ke puncak. Tapi janganlah lama-lama sebab ramai lagi tunggu giliran nak bergambar. Aku sukakan treknya yang berapa pacak dan banyak landai. Er