Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Saturday, April 14, 2012

Nafas Dihujung Nyawa

Ini adalah entry yg saya tulis dan copy paste dari FB saya.. saya masih ingat masa menaip entry ni tahun 2010, air mata saya berjurai2 mengalir turun... walaupun arwah abah saya masa tu sudah meninggal 9 hari..Pelbagai perasaan yang saya rasa.. Sedih, terharu dan gembira.. Sedih tentunya kerana kehilangan dia, terharu kerana arwah meninggal semasa malam Jumaat dan ketika kita umat Islam sedang menunaikan rukun Islam ketiga.. dan gembira kerana arwah sempat menunaikan hajat besarnya iaitu beribadat di rumah Allah iaitu umrah... Sampai ke hari ini saya masih mengingati Abah saya yang tidak mungkin ada gantinya.. Al-Fatihah untuk Arwah.. Semoga rohnya aman disana... 20 Ogos 2010

         Sejak pukul 10.00 malam nadi abah semakin menurun. Dari 100 ke 95 ke 92 dan seterusnya ke 85. Kemudian kembali normal ke 95 kembali. Namun selepas pukul 12.00 tengah malam nadi abah menurun kembali. Aku memantau keadaan nadi abah sambil mengurut-urut dada dan tangannya yang sejuk. Sambil itu aku membacakan surah Yasin dimana naskhah yasin itu kuambil daripada surau HKL. Bacaan kuterhenti-henti apabila melihat nadinya semakin lemah. Turut kusertakan lafaz mengucap. Berkali-kali kucapkan ditelinganya yang semakin sejuk. Melihatkan keadaan nadi abah semakin menurun aku memanggil nurse. Nurse memeriksa mesin denyutan nadi. Mungkin rosak baginya tapi rupanya nadi abah memang semakin menurun.

        Aku terus memanjatkan lafaz mengucap. Tapi lafazku bercampur baur dengan esakanku. Nadinya terus menurun ke 50 dan aku tidak dapat melihat dadanya berombak-ombak seperti tadi. Aku melihat sesuatu yang tidak pernah kulihat sebelum ini. Aku melihat nyawa abah diambil perlahan-lahan. Hujan renyai-renyai mengiringi pemergian abah.

         Doktor bergegas datang dan nurse menyuruhku ke tepi. Mereka memberi CPR dan pelbagai mesin digunakan untuk menyelamatkan abah. Di saat itu aku tahu ajal abah telah pun tiba. Tepat pukul 1.30 pagi tepat 20 Ogos 2010 bersamaan 10 Ramadan, abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Doktor mengesahkan pemergian abah pada pukul 1.50 selepas berhempas pulas menyelamatkannya.

        Inilah perjanjian kita dengan tuhan. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Kepada mereka kusampaikan agar mereka cepat datang ke HKL. Kuambil juga surah yasin untuk disedekahkan kepada arwah.     

        Rupanya bacaan Yassin turut dibacakan dirumah sepanjang aku dihospital. Baru kutahu, saat aku melepaskan abah dengan berkata 'Ya Allah, sekiranya Kau menyayangi ayahku, Kau ambillah dia tapi sekiranya Kau terus mahu abah beramal untukMu, Kau selamatkanlah dia'. Rupanya dirumah kaklong turut berdoa sama. Doa kami yang sebelum ini mahukan abah sembuh bertukar 360 darjah setelah melihat penderitaannya.

           Mak, Izat, Kak Ja dan Abang Zainal tiba lebih kurang pukul 2.00pagi. Ketika itu jenazah hampir siap ditutup dan hanya sekujur tubuh kaku menyambut ketibaan mereka. Didepan mak, aku kuatkan hati apabila melihat mak meraung. Aku menepuk bahu mak dan menyuruhnya menyedekahkan al-fatihah kepada arwah. Aku tahu jika aku tidak kuat, mak apatah lagi. Arwah merupakan suami dan teman baik mak. Dimana ada abah disitu ada mak begitu sebaliknya. Berdua kemana-mana bagaikan belangkas. Usai mendapat permit kematian aku menyuruh mak dan kak ja balik. Selebihnya akan kuuruskan setibanya dibilik mayat. Kami sepakat mengapankan abah di surau berhampiran HKL.

           Tepat pukul 4.00 pagi, jenazah abah selamat  dikapankan. Aku tidak pernah menyaksikan suasana sebegini rupa. Menyaksikan saat nyawa diambil, ke rumah mayat HKL, menyaksikan jenazah dimandikan dan dikapan sebaiknya dan mengiringi jenazah pulang kerumah. Keberanian aku begitu memuncak ketika itu sedangakn aku seorang yang penakut.

         Malam itu aku begitu berani. Manakan tidak.. sebelum abah meninggal, aku boleh ke tandas yang jauh. Abah ditingkat 3 tapi tandas ku pegi ditingkat 4 berdekatan dengan bilik ICU dan surau keseorangan. HKL begitu sunyi ketika itu. Berani pula kugunakan lif itu. Erm..Diwad juga keadaan sedikit mengerunkan aku. Pesakit disitu kebanyakannya kritikal dan diberi perhatian oleh pihak Hospital. Dengan kematian seorang pesakit tanpa waris selang 1 katil abah, pesakit yang meronta-ronta kesakitan, pesakit yang meraung-raung tanpa sebab, dua pesakit yang asyik memandangku, seorang pelajar UniKL sebelah katil abahku dan seorang pesakit yang menderita sakit darah cair-hemofelia kalau tak silap. Dan pesakit yang tidak kuketahui sama ada dia hidup atau tidak..  Dan sebenarnya bunyi pelbagai mesin penyambung nyawa abah juga mengerunkanku. Alhamdulillah tiada kejadian pelik aku saksikan.

           Usai semuanya, sedikit demi sedikit tetamu datang mengunjungi jenazah. Bagaikan majlis perkahwinan kata sesetengah tetamu. Semua golongan turun mengunjungi jenazah abah. Manakan tidak bosku dan bos kakakku turut mengunjungi jenazah walaupun tidak mengenali abah. Kata ustazahku, jenazah abah bagaikan tersenyum walaupun menderita pelbagai penyakit. Sebelum abah  disembahyangkan,  jenazah abah ditahlilkan oleh Imam Surau Taman Setapak Indah dan Mufti Negeri Sarawak (ustaz yang mengajarku mengaji).  Begitu juga ketika saat jenazah disembahyangkan. Kedua-dua orang terdekat ini melaksanaknanya. Syukur Alhamdulillah.
    
          Usai jenazah disembahyangkan jenazah disemadikan di tanah perkuburan Taman Setapak Indah. Momen ini begitu menyedihkan kerana kami sekeluarga bakal berpisah selama-lamanya dengan abah. Abah yang sangat kami sayangi. Saat ini juga menyaksikan pekerja dan bekas pekerja abah sama-sama bekerjasama mengebumikan jenazah abah buat kali terakhir. Sanak saudara dan jiran tetangga turut membantu. Saat talkin dibacakan, hatiku sayu kembali.

Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.

     Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Sebelum kami beredar, ustaz sempat menanam sepohon pohon kemboja dipusara abah.

    Abah, pergimu kami ratapi. Pergimu pada bulan Ramadan yang dimuliakan dan hari yang mulia. Semoga rohmu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

    Arwah abah dikejarkan ke wad kerana Hyppo (ketiadaan gula dalam darah-gula diperlukan dalam darah setiap 2 jam - bila dh suntik insulin kita kena pastikan kadar gula mesti seimbang) semasa dia sedang dialisis di Pusat Dialisis Aiman. Abah meninggal kerana kegagalan jantungnya berfungsi. Penyakit jantung ini baru dikesan oleh doktor HKL.
Sebelum ini abah menderita penyakit buah pinggang (dialisis setiap 2,4,6 - selasa, khamis dan sabtu)
15 tahun dahulu arwah disahkan menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.



Sedikit info ingin kukongsikan mengenai pesakit 3 serangkai dan buah pinggang

http://esulin4u.blogspot.com/2010/02/sayangi-buah-pinggang-anda.html

Bila kubaca artikel ini, barulah kusedar bahawa 70% penghidap penyakit Buah Pinggang bukanlah disebabkan oleh KETURUNAN tetapi disebabkan oleh Penyakit Kencing Manis.
Jadi sama-samalah kita mencegah penyakit Kencing manis. Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati...

Darah anda dibersihkan oleh buah pinggang anda. Bahan-bahan sisa buangan dan cecair akan ditapis keluar, membentuk urin, yang akan disalur keluar melalui pundi kencing. Sekiranya buah pinggang anda rosak, fungsi penting ini tidak dapat dilakukan dan ianya akan mengakibatkan anda menjadi lesu atau kadang-kala membawa maut.

Apabila anda mula mendapat diabetes, buah pinggang anda mungkin akan membesar dan mula mengeluarkan bahan-bahan sisa buangan dengan cepatnya dari badan. Ini berlaku kerana terdapat banyak glukosa yang memasuki buah pinggang dan menyebabkan banyaknya air dikeluarkan dan seterusnya mengakibatkan tekanan di dalam buah pinggang anda meningkat. Ini boleh menyebabkan membren dan struktur buah pinggang menjadi tebal dan selepas satu jangka masa, buah pinggang anda akan tidak boleh menapis darah sebanyak seperti dahulu. Apabila buah pinggang anda mula kehilangan keupayaan untuk menapis, cecair dan bahan sisa buangan akan mula berkumpul di dalam darah dan meningkat ke tahap yang membahayakan.

Ramai di antara mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang tidak sedar bahawa mereka mempunyai masalah sehingga fungsi buah pinggang mereka menurun kepada kurang 25% daripada kapasiti normal. Pada tahap akhir penyakit, fungsi buah pinggang adalah kurang daripada 10% daripada kapasiti normal. Pada ketika itu, buah pinggang anda tidak lagi boleh mengekalkan hayat dan anda terpaksa menjalani rawatan dialisis ataupun pemindahan buah pinggang untuk terus hidup.

Secara amnya, lebih kurang 30-40% pesakit diabetes yang mempunyai penyakit buah pinggang disebabkan diabetes (nefropati diabetes) akhirnya akan mengalami kegagalan buah pinggang. Kebiasaannya ia mengambil masa selama 10 hingga 20 tahun dari masa penyakit diabetes bermula. Tetapi, jangkamasa untuk buah pinggang anda gagal dari berfungsi boleh dikatakan akan menjadi singkat jika anda terlambat membuat pengesahan bahawa anda ada menghidapi penyakit diabetes. Oleh itu, adalah penting untuk anda melakukan pemeriksaan secara kerap untuk mengesan penyakit diabetes seawal yang boleh dan ambil langkah-langkah pencegahan yang sebaik-baiknya.

Dialisis buah pinggang Diabetes mellitus, terutama jika disertakan dengan tekanan darah tinggi dan juga menghisap rokok, adalah sebab utama berlakunya penyakit buah pinggang (nefropati diabetes) di kebanyakan negara. Di Malaysia sebanyak 51% kes-kes baru yang diterima untuk dialisis pada tahun 2004 adalah dikalangan pesakit diabetes.

Dialisis adalah satu rawatan perubatan untuk mengeluarkan bahan sisa buangan badan secara terus dari darah bagi mereka yang gagal fungsi buah pinggang. Dialisis akan akan hanya dapat menggantikan sebahagian daripada fungsi buah pinggang yang tidak lagi berfungsi. Terdapat 2 jenis dialisis; iaitu hemodialisis dan peritoneal dialisis.

Hemodialisis adalah sejenis dialisis yang menggunakan satu mesin buah pinggang tiruan (mesin dialisis) untuk membuangkan cecair dan bahan sisa buangan dari aliran darah. Dialisis peritoneal pula berasaskan satu tiub yang dimasukkan ke dalam rongga badan yang juga terletaknya perut, hati dan usus-usus, yang dipanggil kaviti peritoneal. Cecair dalam kuantiti yang banyak akan di alirkan ke dalam kaviti ini dan ia akan mengeluarkan sisa buangan melalui cecair yang mengalir balik ke luar daripada kaviti. Dialisis peritoneal selalunya di lakukan di rumah pada setiap hari.

Oleh kerana rawatan dialisis diperlukan secara kerap, maka ia biasanya akan menjadi beban kewangan kepada kebanyakan mereka yang memerlukannya. Kos untuk setiap sesi hemodialisis di klinik atau hospital swasta adalah dalam lingkungan RM100 ke RM300. Oleh kerana pesakit diabetes mungkin memerlukan tiga sesi seminggu, maka ia boleh menyebabkan anda berbelanja sehingga RM600 seminggu!

Anda sememangnya tidak patut menanggung beban yang seberat ini. Walaupun anda mempunyai diabetes, anda boleh mengelak atau melewatkan berlakunya kegagalan buah pinggang dengan berusaha untuk menjaga diri anda dan penyakit diabetes anda dengan baik.

Membuat perubahan dengan penjagaan diabetes yang baik

Anda boleh mengelakkan penyakit buah pinggang yang disebabkan diabetes dengan:

  • Mengawal tahap glukosa darah anda.Anda harus pastikan sebaik mungkin tahap glukosa darah anda berada di tahap yang disyorkan iaitu antara 3.8 hingga 6.1 mmol/L semasa berpuasa dan tidak lebih dari 7.8 mmol/L selepas makan. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kawalan glukosa darah yang baik dapat menurunkan risiko untuk mendapat penyakit buah pinggang disebabkan diabetes ataupun sekurang-kurangnya mengelakkannya daripada menjadi lebih teruk. Oleh itu, adalah amat baik jika anda mula berusaha untuk memakan secara sederhana dan teratur, mengawal pengambilan karbohidrat, melakukan aktiviti fizikal dengan kerap dan mengurangkan berat badan yang berlebihan. Penjagan diabetes yang baik juga termasuklah mengambil ubat-ubatan mengikut peraturan (sekiranya dipreskripsi oleh doktor), memantau tahap glukosa darah setiap hari di rumah dan kerap berjumpa dengan doktor anda. 
  • Mengawal tekanan darah anda. Adalah disarankan bahawa pesakit-pesakit diabetes mestilah sentiasa mengekal tekanan darah mereka di bawah tahap 130 mmHg sistolik (bahagian atas) dan rendah daripada 80 mmHg diastolik (bahagian bawah) . Ini mungkin agak sukar untuk dicapai dan anda mungkin memerlukan lebih daripada satu ubat tekanan darah. Adalah penting untuk tekanan darah anda dikawal secara ketatnya. Tekanan darah pada paras yang tinggi boleh mempercepatkan terjadinya penyakit buah pinggang diabetes anda dan (jika ianya telah wujud) akan mengakibatkannya menjadi lebih teruk.

  •  Pengesanan awal untuk penyakit buah pinggang disebabkan diabetes. Sekiranya anda sudah mempunyai penyakit buah pinggang, protein darah mungkin akan tertumpah ke dalam urin. Kehadiran protein dalam kuantiti yang banyak dalam urin (satu petanda lewat nefropati diabetes) boleh dikesan dengan satu ujian ringkas dengan mencelup stik pengesan ke dalam urin. Tetapi pengesanan untuk protein yang sedikit di dalam urin (mikroalbumin) - satu petanda awal kerosakan buah pinggang disebabkan diabetes- memerlukan ujian yang khas. Kehadiran mikroalbumin atau protein dalam urin menunjukkan buah pinggang anda telah rosak. Ini akan memberi amaran kepada doktor anda untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan penyakit buah pinggang anda daripada menjadi lebih teruk. 
  •  Mengambil ubat-ubatan anda mengikut peraturan. Tambahan kepada pengambilan ubat untuk mengawal diabetes (dan mungkin juga untuk tahap lipid anda), anda juga perlu mengambil ubat anti-hipertensi untuk mengekalkan tekanan darah anda di bawah tahap 130/80 mmHg. Ubat-ubat daripada kumpulan Perencat Enzim Penukar Angiotensin (ACEI) ataupun Penghalang Reseptor Angiotensin (ARB) bukan sahaja dapat merendahkan tekanan darah anda, tetapi juga dapat melindungi buah pinggang anda dengan merendahkan tekanan didalam glomeruli. Oleh demikian, ia akan membantu mengurangkan risiko kematian disebabkan nefropati diabetes dan juga dapat mengurangkan keperluan untuk dialisis ataupun pemindahan buah pinggang.
  •  Berhenti merokok. Merokok adalah membahayakan untuk apa jua keadaan sekalipun. Merokok akan mempercepatkan proses pembentukan penyakit buah pinggang dan oleh sebab itu adalah lebih baik jika anda tidak merokok. Kehidupan boleh menjadi sukar apabila buah pinggang anda telah rosak. Diabetes bukan sahaja mengancam buah pinggang anda, tetapi juga organ-organ lain seperti jantung dan mata anda. Berita baiknya ialah, anda boleh mengelakkannya atau melewatkan komplikasi-komplikasi diabetes ini daripada berlaku. Maka, ambillah langkah pertama hari ini jua untuk melindungi buah pinggang anda dengan mengamalkan pengurusan diabetes yang baik. Anda berkuasa untuk mengelakkan penyakit buah pinggang yang disebabkan diabetes anda dan sebaliknya dapat menikmati kehidupan dengan sepenuhnya, walaupun anda menghidapi diabetesKukongsikan sedikit tentang penyakit Buah Pinggang:

Pesakit buah Pinggang yang perlu menjalani proses membersihkan darah. Dua pilihan diberi oleh doktor.
Jika memilih untuk cuci darah menggunakan mesin. Cucian perlu dilakukkan setiap 3 kali seminggu selama 4 jam setiap sessi. Biasanya golongan muda disarankan mencuci darah menggunakan kaedah ini. Sebelum ke pusat dialisis adalah disarankan agar pesakit mengepam darah/menuam/mengurut-urut tempat letaknya mesin pistular untuk memudahkan perjalanan darah. (Mesin pistular ini biasanya berfungsi selepas setahun dimasukkan dipergelangan tangan- ada dua tempat pergelangan tangan dan pangkal lengan) dan sebelum mesin pistular berfungsi dengan baik, terdapat satu tiub sebesar bola tenis diletakkan dipangkal leher bagi proses mencuci darah. Adalah sangat penting menjaga kedua-dua bahagian ini untuk mengelakkan ia rosak dan sebagainya. Dialisis darah agak mudah dijalankan kerana ia dijalankan oleh pekerja terlatih dan kesihatan pesakit dipantau namun ia agak berbahaya bagi pesakit Jantung. Pesakit tidak boleh skip daripada melakukan dialisis ini kerana ia mengundang bahaya kepada pesakit seperti badan sembab. Abah memilih cucian darah.

Jika memilih dialisis air dan ia boleh dilakukan dirumah. Perkara yang menjadi keutamaan ialah kebersihan bilik pesakit (biasanya pesakit akan memasang aircond), alatan cucian dan sedikit kepandaian mencuci. Alatan mencuci, penimbang berat, mesin penguji kencing manis, mesin tekanan darah tinggi, dan paling penting air cucian yang akan dibekalkan setiap sebulan sekali. Daripada yang kudengar, air cucian akan sampai satu lori setiap bulan. Cucian perlu dijalankan setiap 4 jam setiap hari dan setiap sessi memakan masa 40 minit. Dalam hal ini sistem failing perlu betul. Catatan berat sebelum dan selepas mencuci perlu betul untuk mengelakkan masalah badan sembab. Jika badan sembab masalah lain (paru-paru berair) akan timbul. Jika kemana-mana perlu membawa alatan yang diperlukan. Kos perubatan bagi rawatan ini lebih rendah daripada kos dialisis darah. Selepas arwah abah disahkan menghidap penyakit jantung, doktor sarankan arwah abah mengikuti sessi rawatan cucian air tapi tidak sempat dilaksanakan.

-Penyakit ini memerlukan penjagaan kebersihan tahap MAKSIMUM. Jangkitan kuman mungkin berlaku jika kebersihan diabaikan.
-Ada artikel kubaca menyatakan buah belimbing perlu dielakkan oleh pesakit kerana ia boleh membawa kepada KOMA dan seterusnya membawa kematian. Sepanjang arwah abah ada, telah kuharamkan buah belimbing naik ke rumah. Aku tak pasti tentang kesahihan artikel itu tapi bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati.
Makanan berprotien seperti air kacang soya, telur dan sebagainya juga perlu dikawal. Arwah abah pernah meminta air kacang soya dan kami hanya berikan sedikit untuk tidak menghampakan harapannya tapi malangnya seteguk dia minum air kacang soya, badannya terus lemah dan berbaring saja dikatil.

-Ramai berpendapat belanja penyakit ini tinggi. Ya memang tinggi. Boleh mencecah lingkungan RM 3000 sebulan. Tapi alhamdullillah kita duduk di negara Malaysia. Kebanyakan bayaran/kos penyakit ini ditanggung sepenuhnya oleh Pusat Zakat Malaysia (jika anda beragama Islam).

-Maaf kukatakan penghidap penyakit ini ibarat orang kurang upaya.
Mereka tidak boleh melakukan kerja-kerja berat.
Perjalanan jauh perlu dielakkan.
Elakkan kaki terjuntai lama semasa duduk kerana ia akan menyebabkan kaki sembab-pengaliran darah tidak seimbang. Seeloknya bagi pesakit bersandar dan kakinya pun diletakkan diatas kerusi.
Makanan perlu dikawal sepenuhnya. Sepanjang aku menghantar arwah abah berulang alik ke pusat Dialisis, aku perhatikan ramai pesakit tidak menjaga pemakanan mereka. Rokok dihisap dan makanan tidak sihat diambil. Bukan tidak boleh tapi ia perlu dijaga.

-Berdasarkan pemerhatian, pertanyaanku pada yang arif dan pembacaan, kebanyakan pesakit buah pinggang, hidup lebih lama kadang kala berpuluh tahun sekiranya mereka menjaga apa yang kusebutkan diatas dan tidak menghidap pelbagai penyakit yang kusebutkan diatas.Tetapi jika menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan pelbagai penyakit merbahaya, peratusan untuk hidup lama agak kurang. Arwah abah menderita sakit buah pinggang hampir dua tahun

Rindukan Si Kecil -anak saudara saya

Sejak mereka ( Mutaqi dan Husna) dan family pindah ke Saujana Utama.. Saya rasa kosong sangat sebab Mutaqi khasnya menjadi peneman saya setiap waktu.. Malah saya sanggup drop training sy kt Celebrity Fitness disebabkan dia.. Apabila ditanya oleh trainer sy cakap tak sempat, tak ada masa dan lain-lain. Malah ajakan kawan-kawan keluar pun saya malas ambil kisah.. Huhu...

Setiap saat waktu pulang saya sangat berkira untuk bertemu dengan Mutaqi..

Mutaqi lahir dengan penuh kepayahan.. Saya ingat lagi dia lahir pada 23 Mac 2010 (tarikh ini juga merupakan tarikh saya mendapat gaji pertama setelah bergelar pekerja kerajaaan).. Pukul 12.05 malam Jumaat di PPUM.. Degup jantungnya mnegiringi perjalanan kami semasa Kak Long dikejarkan ke Bilik Bedah PPUM. Saya, mak dan arwah abah dan juga suami Kak Long menunggu dibilik menunggu sambil melayan cerita Bukit Kepong. Abang Hapis tidak keruan, abah sudah mundar mandir walaupun tidak sihat dan mak asyik berzikir...

Setiap pesakit tentunya wanita bersalin dilepaskan satu persatu..mana kakak saya?? Kakak saya orang yang last dibedah.. Doktor mengadu yang si kecil ni kencing ke mukanya.. hehe.. namun dia bersyukur kakak saya dibedah bukan melahirkan secara normal kerana tali pusat sudah melingkar dilehernya.. Alhamdulillah..

Mutaqi membesar sehari demi sehari dimata saya.. Cuma tidur saja tidak dimata saya... Sebab tu saya amat menyayangi dia..Namun anak orang tetap anak orang.. hehe.. Mutaqi sudah ke Saujana Utama.. Sedihnya...


Walaupun baru berusia 2 thn.. semalam saya bangga dengan dia.. kerana... dia telefon saya..maknya pun terkejut mendengarnya.. hello..hello..babbai..babbai.. macam mana dia mendail..saya tak pasti...



Husna pula lahir pada 12 September 2011.. 2/3 hari selepas raya... Kami tidak pulang ke kampung.. kerana kak long dah sarat. Husna lambat lahir dan saya tidak berada dihospital menunggu kelahirannya.

Tapi apabila dia lahir, saya bagaikan terkejut dengan fizikal dia.. rupanya mak pun berfikiran sama..
Kulitnya bagainkan orang tua.. mengelupas dan mengerekot.. hmm.. takut kata hati saya... Rupanya kerana dia tua dalam perut.. Husna juga agak agresif sedikit.. tidak mahu dibedung dan asyik menangis minta disusu.. sekarang pun sama sayik menangis bila ditinggalkan... namun dia membesar dengan cantik sekali..hehe.. Bila saya inginkan dia menangis..saya akan cubit pipinya sekuat hati.. sampai merah..dia akan menangis...sambil menjeling saya...haha tapi selepas itu lupa perbuatan saya..tersengih-sengih sampai nampak gigi..

Ya Allah rindunya dengan mereka................................................

Wednesday, April 4, 2012

Ungu - Percaya Padaku | VC Trinity




lagu ni saya tujukan untuk si Dia

Monday, April 2, 2012

Coming Soon - Bukit Tinggi, Indonesia

Hmm.. Buat masa ni saya tak tau status pemergian saya ke sana..sama ada berdua atau berempat.. dua sudah confirm dua lagi diawang-awangan. Saya hanya merangka jadual perjalanan, cuti (surat kebenaran keluar negara) supir, hotel dan pastinya bajet yang belum dapat ditentukan lagi..
Kalau berdua, perbelanjaan kami bertambah dua kali ganda tapi kali berempat banyak juga dapat dikurangkan seperti hotel dan transport.. Kalau boleh saya tidak mahu memikirkannya sangat tapi apabila memikirkan pasal bajet..10 kali taknak tapi terpaksa difikirkan...
Tapi bila mengenangkan tentang
-pakaian sulam - sulam tampal dan sulam ayak
-budaya org minangkabau
-pemandangan cantik
-Islamik sikit tp macam zaman dedulu coz dorang still pukul beduk utk menyuruh orang bersolat..
saya jadi tidak sabar ke sana... bajet sudah belakang kira...

Jadual Perjalanan saya dengan supir
ITINERARY
DAY 01 : AIRPORT : BUKITTINGGI
- penjemputan kt airport
- breakfast ( biaya sendiri )
- lembah anai ( waterfall )
- museum rumah gadang
- makan tengah hari ( biaya sendiri )
- pandai sikek ( pusat kerajinan songket , ukiran kayu dan sulaman terkenal kt sumatra barat )
- makan malam
DAY 02 : FREE PROGRAM
shopping all day
DAY 03 : MINANG KABAU TOUR - PADANG
- Breakfast kt hotel
- hj rosma ( pesulam terbaik sumatra barat ) melihat proses pembuatan sulaman
- tabek patah ( home industry pisang salai dan coffee )
- makan tengah hari
- batu sangkar ( isatana pagaruyung )
- tasik singkarak ( tasik terbesar kt sumtra barat )
- padang city tour
- makan malam
DAY 04 : PADANG - AIRPORT
-transfer to airport
-tour ending

**mungkin Tasik Singkarak akan didropkan bagi melihat keindahan Tasik Maninjau..sumber - google

tasik maninjau
tasik singkarak



Sunday, April 1, 2012

Exploring Kellie Castle

I'm sorry b'coz late update my blog. Sigh.. It's b'coz photobucket maybe hav problem when i choose basic upload.. Must choose bulk uploader but my lappy have some problem and can't install the software..

One day exploring Kellie Castle, I assume that Kellie Castle was haunted!! Hahaha.. No.. its just my impression bcoz the management not fully manage the castle..

-The place was dark, free air, no have lighting and some room very very and very dark.. for example wine room. I know wine room must put at the dark place but i think there don't have any wine so why not put electricity to people explore the place..
-The environment - just around castle ok but near them and beside near hut fully with grass..
Other than that, ok...




just my 2 cents.......................