Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Tuesday, September 24, 2013

Birthday di Kota Kinabalu part 2

Pekan Nabalu (sambungan dari kinabalu)

Sebelum sampai ke Kundasang, kita akan berjumpa Pekan Nabalu sebelah kanan kita. Pekan Nabalu ni sebenarnya macam RnR, tengok pemandangan Gunung Kinabalu dan tempat membeli belah. Walaupun aku selalu mengamalkan tidak membeli belah tapi aku tewas.. Pesanan aku, kalau kesini belilah banyak-banyak sebab FM, souvenir, baju dan lain-lain lebih murah berbanding tempat lain. Jangan balik nanti rasa rugi. Terkenang-kenang barang-barang di Pekan Nabalu. Nak patah balik? Jauh la pulakan. So belilah di Pekan Nabalu..




Kami sampai ke Kundasang lebih kurang 5.30 petang. Wah bertabah kami cari Desa Cattle Farm di area sana. Jalannya boleh tahan mencabar.. Maksud aku jalannya luka-luka sikit. Padanlah dengan kami yang bajet naik Viva. Mujur tak jadi apa-apa. Tapi berkat usaha ketabahan kami akhirnya kami sampai ke Desa Cattle Farm. Boleh baca info disini  dan disini. Bayaran masuk ke Desa Farm ni dalam RM 5. Dan kami dingatkan keluar dari ladang itu dalam pukul 6.30 petang.

Memasuki ke ladang ini walaupun hidung perit dengan bauan tahi lembu dan bau lembu, tapi kami disajikan dengan pemandangan yang sukar diungkapkan. Subhanallah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, lembu berkeliaran dikawasan sekitar dan paling best berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Betul-betul mini New Zealand ada didepan kami. Tapi keterujaan itu kami tahan dulu. Kami mahu melawat ke kilang pemprosesan susu lembu disini.


Kilang Pemprosesan Susu Lembu
Dalam kilang ni kita boleh melihat pelbagai hasil makanan yang diperbuat dari susu lembu dihasilkan contohnya susu lembu dan ais krim. Kita boleh melihat betapa gigihnya lembu-lembu tu beratur untuk diperah susunya dan beratur mendapatkan makanan.


Antara barang yang dijual disini..



 

Di satu sudut pula, ada tempat bagi lembu dan kambing makan. Kalau nak bagi kambing dan lembu makan, bolehlah beli rumput disana.. Wah comeynya kambing-kambing ni... Fotogenik giteeew




Awok pun fotogenik jugak!!

Inilah New Zealand di Malaysia. Kalau banyak lembu lagi cantik kot. Tak perlah ini pun cantik. 
Gunung Kinabalu view dari Mensilau Highland

 
Lepas berfoto gedik kami berangkat menuj hotel. Masa kami menuruni jalan mencari hotel, angin bertiup sangat kencang sampaikan brek kereta tak makan. Tapi aku diamkan saja kerana tak mahu menakutkan mereka. Aku pakai gear neutral, tak tekan minyak, tekan brek sekuat mungkin dan brek tangan kunaikkan. Errr.. Mujur tak apa-apa..  Bau hangit kereta dah menusuk hidung tapi kudiamkan saja sehingga kami sampai ke Kundasang Inn. (TT)

    


Owh sebelum makan malam, pihak Air Asia ada menghubungi kak Teh mengatakan bag dah dihantar semula ke Kota Kinabalu. Errrr.... kenkadang rasa Airasia ni baiklah pulak. Sebab sanggup hantar balik bag yang memang terang-terang salah kami


Info
Desa Cattle Farm

Entrance fees for adult: RM 2.00











Friday, September 13, 2013

Thanks JM

Pagi tadi sampai opis nampak sampul surat. Eh macam menarik sebab sampul surat tu kembung... Tengok-tengok nama aku. Wah!! Hmm dari siapa ek??
Cepat-cepat buka... Jeng-jeng-jeng

Yay dapat Koala Bear Miniature dari Australia




Thanks JM..

Tuesday, September 10, 2013

Birthday di Kota Kinabalu 13 Jun 2013

Flight kami berlepas dalam pukul 7. Aku tiba dalam pukul 5, Laila jadi makguard di LCCT sebab tiba pukul 12 dari Ipoh, Kak Teh dan anaknya sampai lebih kurang pukul 6. Setel check in luggage untuk kak Teh. Oh ya check in luggage ni dibuat oleh suami kak Teh sebab Laila beli luggage dibawah namanya tapi dia tak dapat ikut sebab tuntutan kerja.

Kalau tak silap aku yang selalu ambil tiket flight awal pagi sebab murah, Air Asia selalu mempercepatkan panggilan penumpangnya. Macam aku di Surabaya dan ke Kota Kinabalu pun sama. Berlepas dalam pukul 7 tapi dalam pukul 6.30 macam tu dah panggilan akhir. Waaa... cepat..cepat..

Tapi sampai pukul 7.30 pagi, kapal terbang masih tidak mahu terbang. Why??! Dah eksaited nih nak ke tempat idaman hati.

Kami touch down Kota Kinabalu agak lewat sikit. Ntahlah tak tahu kenapa. Isk..isk... Sampaikan owner kereta sewa tanya kenapa flight delay. Laila dan kakaknya pula sibuk menguruskan bag mereka.

Laila sampai kepadaku dengan muka pucat
"Wei, bag takde"
"Dah tanya dekat kaunter"
"Dah. Katanya bag dihantar balik ke KL"
"Kenapa?"
"Alasan dorang sebab dekat penumpang tak ada tapi bag ada!!" 
"Erk!!, habis macam mana?
"Nak buat macam mana lagi, kena beli baju baru lah!

Rupanya flight delay disebabkan oleh KAMI

Akhirnya kami singgah di Center Point Kota Kinabalu untuk membeli belah. Aku dan Laila bernasib baik sebab backpack. Cuma Kak Teh dan anaknya jer kena beli baju baru. Isk spoil mood. Kesian kak Teh. Kikiki. Benornya, kami sudah sedia maklum dengan masalah tu tapi buat-buat tak tahu sebab tak nak add on bag lagi dengan harapan mereka takkan turunkan bag sebab . Hahahaha memang berisiko. Dan Air Asia dah suruh suami kak Teh ambil bag di airport.

Perjalananan kami bermula!! Kundasang we're comin'.   Weehhooo!!

Rumah Terbalik, Ranau














 Masya Allah di Rumah Terbalik ni panas ya amat. Bikin pening kepala sebab tengok semua terbalik.

Lepas tu kami ke Pekan Nabalu

Sebelum tu, keadaan jalan ke Kundasang agak teruk sikit. Bukan aku tak pernah jumpa jalan yang teruk tapi hanya ingatan untuk korang yang selalu ikut highway. Hihihi.. Jalan ke Kundasang jalannya dua hala dan banyak kenderaan besar dan kadangkala jalannya luka sedikit.

Satu lagi pesananku kalau ke Kundasang baiklah ambil kenderaan seperti MPV atau kenderaan besar sikit kerana kereta sewaku, Viva bagaikan tak lalu nak mendaki. Sampaikan kak Teh cakap "nak kak teh tolak ker? kui kui.. Mungkin juga kenderaan kami sudah lama tak diservis siapa tahu..

Sepanjang perjalanan kami dihiasi pemandangan Gunung Kinabalu. Kata kawanku kalau nampak puncak Kinabalu terus snap gambar dia sebab lepas tu dia akan bersembunyi dibalik awan. Malu yer.. Hah betul tak? Cer tengok gambar ni.. Terus berkabus tau untuk gambar yang last tu.

 
Tengok nampak puncak

hah 'dia' datang

hah..'dia' sudah membelit Gunung Kinabalu

Belit lagi.. kikiki

Sudah ditakluk..
BERSAMBUNG






















Monday, September 9, 2013

Birthday di Kota Kinabalu



amacam macam Gunung Kinabalu tak?

Tiket Kota Kinabalu dibeli Laila bulan 6 tahun lepas. Sebenarnya susah tau nak dapat tiket murah ke Kinabalu kalau beli bukan masa promo. Jadi kami terutama Laila bertabah bersengkang mata bagi membeli tiket idaman aku. Hahaha.. Idaman aku tapi Laila kena bersengkang mata. Sebab kalau kita orang ke mana-mana dialah pembeli tiket kapal terbang, kereta sewa dan hotel dan aku biasanya sediakan itinerary. So kerja kami jadi senang bila dah buat macam ni.Dan plannya kami akan berlima nanti.

Dan paling best tarikh yang dipilih ialah masa hari jadiku. Wah keseronokan berganda gitu. Aku bukanlah seorang yang suka celebrate birthday tapi macam teruja jugalah sebab tak pernah sambut birthday di tempat orang. Motif?? Entah

Setahun menunggu akhirnya tibalah tarikh yang dinanti. Malangnya seorang menarik diri. Takpe still on bajet aku. Hehehe. Cuma biasalah kalau aku bersiaran bertravel dengan Laila mesti ade banyak dugaan dan cabarannya. Hehehe contohnya tarikh yang aku kene pergi ada kursus, mujur boleh tukar dengan rakan sejawat. Alhamdulillah.

Paling best penangan bag kami. Nanti aku cerita... Ni ala-ala teaser yang lapuk gitu..


 


Sunday, September 8, 2013

Muzium Coklat Di Kota Damansara

Aku berpeluang mengadakan lawatan ke Muzium Coklat Kota Damansara tidak lama dulu selepas beberapa kali berurusan dengan pemilik/person in charge (Azwan) disitu.

Kerterujaan bertambah bila diberitahu yang di Muzium Coklat nanti ada jualan coklat 30% lebih murah dari harga pasaran di Airport Duty Free. Tidak semurah harga di Langkawi atau Labuan tapi lebih murah berbanding harga di airport-airport di Malaysia. Sebenarnya company ni kiranya distributor untuk coklat-coklat import. Hah macam tulah.. Nak tanya lebih-lebih aku segan.

Kalau nak tahu, aku beberapa kali juga tersesat bila ke sini sebabnya map pertama yang diWhatApps oleh En. Azwan tu map lama rasanya. Jadi aku terpaksa google dan akhirnya map mengatakan di tempat lain.
Muzium ni rupanya dekat jer dengan uptown Damansara.

DR Group Holdings Sdn Bhd
MSB 2, Jalan Teknologi 3/4
Seksyen 3, Kota Damansara, Selangor


 Sampai disana memang penuh dengan rombongan sekolah terutama murid-murid tadika. Hehe...

Okeh jom layan gambar.












sedang memberi penerangan







demo membuat coklat












 Kalau ade masa, bolehlah berkunjung kesini. Bayaran masuk tidak dikenakan ya...


Monday, September 2, 2013

12 jam di Cherating

Yuhuuuu... Amacam gigih tak kira berapa jam aku berada di Cherating. Ni semua sebab cuti tak terancang dan tak terplan. Keluarga aku memang macam ni. Kalau nak buat terus buat. So jangan terkezut tetiba kami berada di Pahang, Melaka, Johor, Kelantan. Yerp kami memang macam ni.

1 Jun lepas masa public holiday Hari Keputeraan Agung mak aku ajak jalan. Okay kami pack baju lepas tu tuju ke Sungai Besi. Konon-konon nak ke Melaka. Tiba-tiba mak cakap alah Melaka dah selalu pergi jom pergi Bukit Tinggi, Pahang. Kami dengan gigih pusing kereta ke Lebuhraya Karak. Sampai ke simpang Bukti Tinggi, mak sekali lagi cakap jalan teruslah. Erk! Kami selaku anak-anak yang mengikut kata ikut jerlah kehendak mak.

Akhirnya kami tiba di Cherating dalam pukul 10 malam. Puh!!
Layan gambar jerlah

Ni chalet kami menginap

 Oleh kerana kami tiba lewat dan masa public holiday.. Ini sajalah chalet yang boleh kami dapat. Semua full house. Tak perlah asalkan dapat mandi-mandi, merehatkan badan dan mengerjakan apa yang sepatutnya dah syukur alhamdulillah. Hehehe




Mak kesayangan kami
 Sekitar Cherating












Sekitar chalet kami.






Tepat pukul 10 pagi kami pun pulang ke KL. Hihi... Sebabnya nak menghadiri majlis perkahwinan di Saujana. Wah memang tuang minyak dijalanan..... Takpe untuk mak, kami sanggup...