Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Tuesday, May 9, 2017

Open Trip

Salam semua... Saya nak bukak iklan kot2 ada yang berminat nak join trip kitorang ke Surabaya hujung bulan 8. Details as below:- Date : 26th August - 3rd September 2017.
Outbound/Inbound : Kuala Lumpur - Surabaya - Kuala Lumpur.
Rough plan : Bromo, Kawah Ijen, Taman Negara Baluran. Kalau sempat mungkin akan add on ke Ranu Kumbolo.

p/s :ada hiking sikit2, trip bajet mungkin tak berapa nak selesa dan trip ni masa Raya Haji. Kalau berminat leh contact partner in crime sy
anne_rmz@yahoo.com

Monday, January 2, 2017

Fitnah sedang tidur, jangan kejutkan dia

nanti iols masukkan gambar

pemandu pelancong

hari ni sy tiba-tiba rajin nak update blog.  hmm..  saya nak sentuh sikit pasal kelahiran ramai pemandu pelancong tak bertauliah.  yerp saya pun dulu ada juga buat sikit-sikit. ok kita kenali dulu pemandu pelancong tidak bertauliah,  teman travel/teman backpack,  ejan tour

1)pemandu pelancong tak bertauliah ni bagi pendapatan saya ialah dia ambil sedikit keuntungan dari bawa pelancong untuk duit poket sendiri.  cas dikenakan biasanya agak murah berbanding no. 3

2)teman travel/backpack lain tau.  itu teman yang sanggup travel bersama anda  tanpa melibatkan sebarang keuntungan. sendiri buat itinerary dan sendiri plan.  maksudnya susah senang bersama-sama. 

3) tour ejen ni sama seperti no 1 cuma ia bertauliah,  ada lesen dan ada contact yang bagus.  kire percutian korang agak proper lah. 

kelemahan dorang ni
1. disebabkan dorang ni tak bertauliah. so apa2 kemungkinan adalah dalam tanggungjawab korang sendiri. 

2. nil. hasil travel dengan mereka mungkin mendapat kawan travel terbaik atau dapat the disaster teman travel ever.  hiks...  bertabahlah. 

3. agak mahal

aku tak nak sentuh no 2 dan 3 tapi aku nak sentuh no 1. pemandu pelancong tidak bertauliah. kalau korang dapat pemandu pelancong yang ok yang tahu selok belok setiap tempat yang dituju maka baiklah nasib korang sepanjang perjalanan.  tapi kalau dapat yang KO hasilnya mebi korang akan viralkan kesekelian alam tentang mereka.  hehehe... 

bukan mudah sebenarnya jadi pemandu pelancong tak bertauliah ni.  aku bercakap pada pengalaman sendiri dan pembacaan aku.  aku penah jugak bawa orang pergi ke Vietnam,  Bandung,  Hong Kong dan sebagainya tapi aku berhenti sebab aku rasa aku tak mampu nak memuaskan hati setiap pihak.  aku tak berhati kering uolss... 

orang yang mungkin korang jumpa pertama kali, berkepit 24 jam sepanjang perjalanan dan korang bayangkan setiap orang rambut sama hitam,  hati lain-lain.  jika dibawa tempat ini mungkin tidak memuaskan hatinya sampai Malaysia dia viralkan pasal korang sedangkan korang dah cuba buat sebaik mungkin.  dalam kes aku takdelah sampai viral mende tapi ni aku lihat dari pengalaman pemandu pelancong tidak bertauliah.  hiks...  aku berhenti sebab tak dapat cuti je.. 

tapi itu kalau pemandu pelancong tak bertauliah tu bagus.  kalau tak bagus?? contoh kononnya nak bawak tempat rare tapi menyakitkan jiwa, kos semua katanya  all in tapi ada hidden cos,  dapat pula pemandu pelancong ikut kepala sendiri atau tak pernah jejak tempat tu,  itinerary tunggang langgang semua bergantung dekat dia atau lebih malang lagi dia menipu. bab duit ni bukan semua orang boleh dipercayai. harap simpan sedikit sebarang kemungkinan untuk hari muka.. hehehe..  bertabahlah jiwa. 

ada juga yang lebih bagus kawan makan kawan.  habis semua kawan travel ditipunya demi kepuasan diri sendiri yang tak berpenghujung. satu perbuatan yang sangat-sangat tak mampu diterima akal.

notes
buat sahabat tu,  harap sahabat itu insaf dan istiqamah.  jika tidak mampu tidak perlu travel mereputlah di Malaysia macam saya,  jika tidak mampu cuba usahakan side income lain mendatangkan hasil.  banyak terlalu banyak cara mendapatkan side income selain menipu.  jika tidak mampu kurangkan dahulu hutang-hutang yang tertunggak.  arggggh banyak lagi cara lain untuk memenuhi nafsu travel anda selain menipu rakan travel sendiri. modus operandi  awak kami dah kenal pasti. tepuk dada tanya iman. sesungguhnya saya masih menaruh sedikit harapan untuk awak berubah.  😊😊😊 Fitnah sedang tidur jangan dikejutkan dia. 

dan ingatlah sekarang dunia tanpa sempadan,  segala info semua dihujung jari.  sekali taip semua terkeluar pasal penipu atau mangsa. 

eh melalut pulak 😅,  pesanku kaji dan selidik sedikit tentang pemandu pelancong tidak bertauliah ini.  harap2 anda tidak terkena...

kawan-kawan boleh komen tapi diharap ditidak memetik mana2 nama.  sebab saya buat post ini bukan untuk memburukkan mana-mana pihak tapi untuk bacaan dan info untuk pembaca lain.. harap maklum..

Monday, July 11, 2016

Rayani Oh Rayani part 2

Sedikit update dari FB Rayani Air

Pelanggan yang budiman,
Kami pohon kemaafan kerana masih tidak mampu untuk membuat pembayaran balik (refund) ke atas tiket penerbangan walaupun telah mencuba sedaya upaya. Penarikan balik lesen-lesen ASL dan ASP kami dibuat ketika kami sedang memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan ini. Dengan penarikan balik lesen-lesen ini, tiada pelabur yang mahu bekerjasama dengan kami.
Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen memasukkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan refund telah menarik diri di luar jangkaan kami.
Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha keras untuk pihak DCA dan MAVCOM memberikan peluang kedua untuk kami beroperasi. Dengan peluang kedua ini, pelabur akan mengambilalih pemilikan syarikat dengan tim pengurusan baharu yang lebih baik.
Kami tidak boleh menjanjikan tarikh ianya dapat dilaksanakan, namun yang pasti keutamaan kami adalah obligasi kami terhadap pelanggan.
Adalah diharapkan agar tuan-tuan dan puan-puan bersabar dan tidak datang ke pejabat sebab Pejabat kami tutup dalam masa terdekat ini. Kami akan membuat pengumuman rasmi sebaik mendapat berita positif.

Seriusly aku tak sempat ke office mereka untuk ambil cek. Cadangnya lepas raya nak ke opis terbuka mereka untuk makan-makan ambil cek. Tapi hampa bila ada statement sebegini. 

So apa tindakan korang yang terkono macam aku nih? Report police? Tribunal pengguna? Saman? Bakor opis? Redha je lah?


- Aku stillllll pelik macam mana company yang tak berduit camni boleh dapat lesen penerbangan... bla bla.. nak cite lebih pun aku bukan orang aviation