Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Saturday, February 25, 2012

Pulau Sibu dan Pulau Tinggi, Johor - Berangan

Salam..Semalam aku dok memblogwalking kebanyakan travelogue-travelogue...dan aku terjumpa pulak dengan entry berkenaan Pulau Tinggi kat Johor.. berkenan lak nak g sana tapi tak banyak info so aku google n mengoogle lagi...juga tak banyak info..cuma banyak info mengenai Pulau Sibu

Pulau Sibu – Untuk kesini melalu jeti Tanjong Leman. Terkenal dengan aktiviti skuba diving
Pulau Tinggi – Juga dari Tanjung Leman (dalam daerah Mersing, 72 kilometer ke selatan pekan Mersing)
Pulau Tinggi - Sebuah pulau peranginan berbentuk bujur yang terletak kira-kira 20 batu nautika (37km) dari selatan tenggara Mersing di pantai timur Johor, Malaysia. Pada zaman dahulu pulau ini dikenali sebagai Pulau Topi Jeneral(General`s Hat Island) oleh Kelasi Cina.
Perjalanan ke Pulau ini memakan masa 45 minit daripada Mersing. Pedalaman pulau diselaputi oleh hutan pamah yang dipterokarpa.Titik tinggi pulau ini ialah 2000 kaki (600m) dari aras laut. Selain itu, Pulau tinggi juga kaya dengan buah-buahan, rotan, kayu balak, serta gua dan terumbu karang di samping kepelbagaian hidupan laut.Ia juga mempunyai sebuah pelabuhan perlindungan di garis lautnya yang panjang.

 
 tapi hati aku dah tertarik nak ke sana.. juga ke Pulau Sibu, Pulau Pemanggil.. huhu

Saturday, February 18, 2012

Butter Cookies - mood ke laut

Hari ni saya meluangkan masa saya belajar Butter Cookies di sebuah kolej kerajaan. Dengan bayaran serendah RM 20 saya dapat belajar cara membuat Butter Cookies.

Bagaimanapun keterujaan saya membuat Butter Cookies bertukar kepada mood  (TT). Mana taknya, tenaga pengajar pakai instant mix yang boleh didapati dimana-mana kedai bakery. Bagi saya kalau setakat nak pakai instant mix, insya Allah saya pun agak pandai. Dan biasanya hasil yang dibuat memberangsangkan. Tujuan utama saya ke kelas tentunya untuk mengetahui cara membuat butter cookies yang sedap lagi crunchy tanpa menggunakan sebarang bahan segera.

Setelah penerangan diberi.. saya dan rakan sekelas kami cuba membuat seperti yang diajar. Inilah hasil usaha saya dan kawan sekumpulan.. hehe.. adunan sebelum dimasak... nilah gmbarnya






-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
adunan dimasak lebih kurang 30 minit namun hasilnya......TADA....
Maaf tade gambar kerana perasaan bercampur baur. Butter Cookiesku dan rakan sekelas kembang sekembang kembangnya. Patutlah bila kuperhatikan dalam oven,ingatkan muffin rupanya cookies kami kembang.. ada cookies yang sampai melitupi keseluruhan tray.. 
Aduh hai.. hampeh hatiku... Ini baru betul dikatakan Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi.. hehe.. betul tak penggunaan perumpamaan ni.

psst.. cookies cikgu pun kembang juga..

Sunday, February 12, 2012

Tahun Melawat Perak 2012 - Kellie Castle part 1

Kellie Castle

Nasib baik member saya sempoi, selepas Gua Tempurung, dengan pakaian basah, kami tuju Kellie Castle pula. Destinasi yang tidak berapa jauh dengan Gua Tempurung. Kalau nak tahu sejarah Kellie Castle ni silalah guna pacik Google. Sebenarnya Kellie Castle ini biasa-biasa saja cuma ia merupakan salah satu tinggalan sejarah lebih 100 tahun.


Kellie Castle terzahir daripada cinta pemiliknya Mr Smith kepada isterinya untuk memujuk isterinya ke Malaya pada zaman kebangkitan getah. Namun ia menjadi tukun/gajah putih/terbengkalai selepas Mr Smith meninggal dunia akibat radang paru-paru semasa pulang ke negaranya untuk mengambil lifnya. Ia dikatakan agak seram sedikit selepas terbengkalai namun usaha kerajaan negeri Perak membangunnya semula telah menarik perhatian berkunjung ke Kellie Castle.

Namun, usaha ini mungkin dianggap bagaikan melepaskan batuk ditangga. Ini kerana maklumat yang ditampal hanya menggunakan kertas A4 berlaminate dan bertahi2 cicak diatasnya. Mungkin ia buat sementara saja, saya tidak tahu.

Bayaran masuk bagi dewasa RM 4. Kalau sesiapa yang nak buat outdoor wedding kene RM 50. Selepas melintasi jejambat, kami bagaikan berada di dunia lain. Yang pasti bangunan Kellie Castle yang berusia lebih 100 tahun bagaikan mengamit-gamit kehadiran kami agar cepat menerokai bangunannya.

 Layan gambar saja boleh? Hehe


Saturday, February 11, 2012

Tahun Melawat Perak 2012 - Gua Tempurung

Gua Tempurung


Actually plan ke Gua Tempurung ni dirancang oleh sepupu ku. Suaminya yang memberi idea untuk kami meneroka keindahan Gua Tempurung tapi apakan daya sepupu ku pula sakit. Erm tak apalah, saya tidak mahu memaksa takut nanti jadi perkara yang tidak diingini. Jadinya trip yang dirancang cuma disertai oleh 3 orang saja.


Route melalui jalan lama leh refer tajuk Cameron Highlands saya..
Route melalui highway dr KL-Gopeng disana akan belok ke kiri dan dalam 10 minit berjalan berkereta akan nampak signboard ke Gua Tempurung. Sesungguhnya signboard tu memang nampak sepi sesepi pemandangan sekeliling tempat yang bakal kami tujui.


Perjalanan masuk ke sana akan melalu iExtreme Motorsport Park tapi ia rasanya dah terbiar bertahun berlalang. Jalan-jalan lagi pastu barulah jumpa Incik Gua Tempurung. Ramai rupanya umat manusia. Semua bangsa ada sebut je.

Bincang-bincang ngan member, memula saya mengsuggestkan amik pakej ke-2 jer. Versi kering.. Round-round gua pastu kuar...Takde basah-basahan. Nanti masalah lak nak menukar baju sebab semua tak bawa stok baju. Pastu pikir-pikir balik kami sepakat mengambil pakej ke-3 (Top of The World & Short River Advanture). Versi wet punya.Dah alang-alang dah sampai baik basah terus. Baju jangan riso keringlah nanti. Haha sempoikan. Rege pakej ni RM 11/pax dan tour dia makan masa dalam 2 jam 30 minit. Pakej ni minimum 8 org. Dan perlu membawa torch lite. Jangan risau kedai kan ada..

Rasa agak sedihlah gak amik pakej ni sebab takleh bawak kamera. Warghh.. patut la ramai omputih bawak kamera waterproff bagai.. So percayalah saya takde gambar dalam gua untuk dikongsi sebab takut kamera basah. Sayang woo.. Info.. barangan berharga bolehlah diletak di kaunter tiket atau dalam kete (yang ni cam bahaya je).

Masa saya pegi tu kan ramai umat manusia dan rupanya kebanyakan umat manusia ni amik pakej 3 siap ada rombongan universiti lagi. Pergghh amik ko, hampir 50 orang peserta 1 guide. Apa penerangan dia pun saya tak dengar. Yelah semua sibuk bercakap jer. Huhu..
Tapi adalah dengar dia sebut monalisa, osama laden,stalagmite dan stalagtite yang mana masih hidup, yang mana dah mati, pastu ade satu tempat tu batu dia penuh ngan kristal. Bebudak university tu cakap batu ni orang perempuan mesti suker sebab leh tampal kat tudung.. hehe..

Walaupun meredah gua, namun bayang incik kelawar langsung tiada. Dah pupus kot dalam gua ni. Ramai sangat melawat sampai ganggu dia bertapa. Gua ni lengkap dengan tangga,lampu kelam dan tong sampah. So tak payahla bawak kelengkapan nak mendaki gunung pula.

Sebelum sampai ke puncak, kita akan berjumpa tempat angin bertembung dan angin tu tak boleh kemana. So dia berpusing-pusing kat tempat ni saja. Tempat lain takkan terasa angin ni. Walaupun jalan skit keluar, dah takde angin tu. Alah macam belajar sains dedulu.. angin akan berkumpul ditempat yang rendah walaupun sekeliling dia bangunan tinggi-tinggi. Kat sini kami dilepaskan untuk meninjau keadaan sekeliling. Saya cuba juga meninjau mana tau ada kipas ker lubang angin ker.. hehe..takde la pula kipasnya 

Perjalanan kami teruskan sampai ke puncak Gua Tempurung. Tinggi tau. Pankreas saya berlari dengan lebih kencang. Hehe.. Kawan dah siap warning dah kalau tak lalu jangan teruskan. Eh mane boleh... dah sampai kene teruskan.. hihi..
Sampai ke puncaknya.. Masya Allah gayatnya nak pandang ke bawah... team university tu siap tanya tour guide.. "abang tade eksklator ker bang??" adeh...hai...

Turun jer tangga tu sampailah kami ditempat yang agak mencabar. Kat sinilah perlunya kasut yg grip.. rupanya kita akan mengelongsor turun untuk sampai ke sungai. Gelongsor dia bukan cam gelongsor kat taman permainan smooth jer.. gelongsor dia ade check point dulu.. benti kejab pastu gelongsor balik.. hehe terhenyak gak  montot  punggung dibuatnya. Pastu kat bawah kene ada orang sambut kalau tidak kebarangkalian tersembam tu adalah tinggi. Kat sini juga merupakan kawasan pembuangan botol2 air pengunjung. Kayo pakcik recyle kalau dia tau.. hehe

Naik tangga, turun tangga, mengelongsor pun dah. Sekarang kami perlu melalui lubang kecil untuk sampai ke sungai. Lubang kecil ni ade penjaga dia.. dia sangat penting... haha... penjaga dia meminjamkan paha dia untuk pengunjung pijak semasa melalui lubang ni. Ibarat tangga. Pakcik ni mungkin ingat peha dia besi dan besi adalah peha dia. Adeh buatla tangga ke,letak kerusi ker.. huhu... bukan nak kutuk tapi sayangilah peha anda.. hehe

Keluar je lubang, kami berjumpa dengan anak sungai. Masa nilah tugas encik torch lite memainkan peranan penting. Suasana gelap,kelam dan gulita. Jeritan tour guide menemani kami. Jaga kepala..jaga kepala.. Sebelum berjalan ke anak sungai, tour guide berpesan agar jaga keselamatan diri sendiri.
"Kita nak semua selamat pegi dan selamat keluar, tak nak ada sesape cedera.."

Selepas taklimat diberi, kami perlu meranduk/meredah air sungai. Bestnya pengalaman ni. Rugi siapa tak ikut tour ni. Air sangat sejuk, meranduk air sambil meniarap..habis basah semua.. haha..Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Memang best..
Ada beberapa check point yang membolehkan pengunjung berhenti dan mandi-manda. Saya tidak berhenti kerana agak rimas dengan kasut saya yang dah bertambah muatan. Bila agaknya pasir-pasir ni masuk ke dalam kasut saya. Saya cuma berhenti di penghujung anak sungai. Bermain dikaki anak sungai, membersihkan diri, mengcapture 1-2 gambar menggunakan handphone dan pulang ke kereta mengeringkan baju/badan.

Oleh kerana pagi masih muda, saya ajak kawan saya ke gua untuk mengcapture 1-2 gambar gua. Untuk kenangan dan untuk dikongsi dalam blog yang muda ini. Saya cuma sampai ke checkpoint 1 saja. Checkpoint seterusnya kene daki tangga. Saya tak sanggup. Jadi gambar2 dibawah ini lah saja yang saya ada.


Monday, February 6, 2012

Tahun Melawat Perak 2012 - Gunung Lang

Gunung Lang

Keesokkan harinya kami menuju ke Gunung Lang terletak diJalan Kuala Kangsar, Perak.. Saya sebenarnya menginap di rumah sepupu di Tambun.. psstt Tambun pun tempat menarik juga tau.. nnti kalau berkesempatan saya akan kongsikan..

Perjalanan kami tidak membawa apa2 bekalan. Saya sangkakan Gunung Lang ni seperti Taman Tasik Taiping/Taman Tasik Titiwangsa.. round2 balik...

Rupanya sangkaan saya jauh meleset.. nak ke Gunung Lang, pelawat perlu menaiki bot yang berharga kurang RM 5 seorang. Ada tiga buah bot disediakan namun hanya satu saja beroperasi. Perjalanan menaiki bot itu hanya mengambil masa lebih kurang 3 minit tapi nak menunggu botnya yang lama.. kerana permintaan melebihi penawaran maksudnya pelawat terlalu ramai. kan CNY raya ke2..

Sepanjang perjalanan kami menaiki bot, pengunjung disajikan dengan pemandangan yang mengasyikkan.. benar.. walaupun tempatnya tidaklah sebesar tasik yang saya sebutkan tadi..

Disini pengunjung disajikan dengan 3 buah rumah kayu yang cantik buatannya..anda boleh membuat apa saja didalam rumah itu asalkan jangan buat benda terlarang sudah, dua menara tinjau, haiwan peliharaan seperti burung unta, rusa, dan sebagainya dan macam macam lagi..

Ayuh, jom tgk gambar... malas nak bercerita kekdahnya




Tahun Melawat Perak 2012 - Cameron Highlands

Cameron Highlands

Aik apsal lak Cameron masuk dalam list Perak ek? hehe
Ini kerana saya pergi ke Cameron menggunakan jalan dari Perak so saya pun consider ia salah satu tempat menarik di Pahang yang perlu melalui jalan di Perak... hehe

Perjalanan dimulakan melalui Simpang Pulai ke Cameron
Saya ke sini hanya sehari pada CNY 1st day... erm selalunya kalau di tempat2 lain semua kedai cik cina tutup tapi disini semua bukak kerana masa nilah mereka nak buat duit... ramainya umat manusia disini.. bayangkan tempat terpencil macam ni semua jalan jem, penuh dengan umat manusia, semua parking pun penuh dan paling takleh blah tetiba ada polis traffik menjalankan kerja saman menyaman...ahaha... salah parking saman..
Oleh kerana pergi sehari saja.. makcik saya menyiapkan bekal makanan.. hehe.. semua lengkap.. macam nak pergi berkelah pula cuma masalahnya tak de tempat parking nak makan2.. nasib baik kami singgah di sebuah padang permainan dan disana kami makan... laparnya..dengan suasana sejuk dan jam sudah melebihi pukul 2, kami makan disitu..
makan ditepi sungai, bertemankan pemandangan memukau perasaan dan angin2 sepoi2 bahasa,kami makan....rupanya ramai orang lain seperti kami.. makan berkelah.. hmm sedapnyaaaa.... dah lama saya tidak merasai suasana sebegitu...

Sebenarnya sebelum makan, kami terlebih dahulu menjamu mata dengan hasil jualan di Cameron Highlands... kebanyakan hasil jualan mereka ialah sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan.. dan lain-lain lagi.. penuh bonet kereta kami dengan hasil rampasan kami... semua ada.. harga? jangan ditanya.. biasalah public holiday...

Usai makan, kami ke masjid menunaikan apa yang tertunggak. Alhamdulillah ramai umat memenuhi masjid.. air yang mengalir ditubuh ini..masya Allah indahnya ciptaan Allah.. Sejuknya tuhan yang tahu.... cuma saya rasa ralat tidak mensedekahkan sedikit wang kerana menggunakan kemudahan di masjidnya...
kami turun ke Perak melalui Tapah

Route ke Cameron Highlands jika melalui jalan lama
Dari Rawang ke Kuala Kubu Bharu ke Tg Malim ke Slim River ke Bidor ke Tapah ke Cameron Highlands.
Jika memilih ke Cameron Highlands melalui Tapah... anda akan menjumpai pelbagai bentuk rumah orang asli, hasil kutipan orang asli, Lata Iskandar (air terjun) dan jalannya bengkang bengkok dan banyak tanah runtuh.. berhati-hati ketika memandu
tempoh masa perjalanan lebih kurang 5-6 jam....
sepanjang perjalanan sebelum ke Tapah anda boleh berjumpa dengan (tempat menarik untuk dilawati) UPSI, Sungkai Hot Spring...

 Route ke Cameron Highlands jika melalui jalan lama
Dari Rawang ke Kuala Kubu Bharu ke Tg Malim ke Slim River ke Bidor ke Tapah ke Gopeng ke Kampar ke Simpang Pulai ke Cameron Highlands.
Jika memilih ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai... anda akan menjumpai pelbagai bentuk rumah orang asli yang moden, pemandangan diatas bukit yang sangat mengasikkan, hasil kutipan orang asli, dan jalannya sedikit cantik dan tidak banyak bengkang bengkok seperti route di Tapah
tempoh masa perjalanan lebih kurang 5-6 jam....
sepanjang perjalanan sebelum ke Simpang Pulai anda boleh berjumpa dengan (tempat menarik untuk dilawati) UPSI, Sungkai Hot Spring, Gopeng, Gua Tempurung, Kellie Castle dan sebagainya...

Jika memilih menggunakan Highway.. bolehla turun di Tol Tapah atau Tol Simpang Pulai tepuk dada tanya selera..