Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Friday, September 14, 2012

Teaser

Cuti hujung minggu ni ingin berjimba-jimba disini



atau disini..




tapi tak tahu yang mana kita akan pegi.. so stay tuned!!

Sunday, September 2, 2012

Bukit Tinggi - 1st Day

Maapkan kemalasan aku.. Yerlah cerita bulan 5 tapi bulan 11 baru nak hapdate.. aje malas Iza ni..

Sebenarnya aku membeli 4 tiket ke Padang bernilah RM 159/return tapi apabila hampir tiba tarikh yang dinanti dua rakanku menarik diri kerana menghadiri majlis perkahwinan adik mereka. Sebenarnya inilah masalah jika beli tix awal dari Air Asia.. Tapi aku tidak menyalahkan mereka kerana bagiku family come first. Malah aku penah menarik diri apabila makku jatuh sakit (jantung) padahal sehari sebelum kami berlepas ke Bandung Indonesia.

Dek kerana tidak mahu menanggung lebihan perbelanjaan yang agak tinggi (sbb balance boleh ku buat membeli belah) .. hehe.. aku mencari dan mencari seorang atau dua orang peneman.. dan alhamdulillah aku berjumpa dengannya. Miza dan ibunya penyelamat kami walaupun harga tiket yang dibelinya hampir RM400..

Sebenarnya sebelum berlepas ke sana, aku tidak tidur malam kerana risaukan kawan saya dari Kelantan. Bus masih di Gua Musang pada pukul 3 sedangkan waktu check in pukul 7 pagi.. Takut, risau semua melanda dihati ini tapi saya tau rakan saya Laila itu selalu on time. Kul 5.30 pagi dia tiba dan aku terus memecut ke LCCT. Miza dan emaknya sudah lama menunggu.. Maapkan kami..maapkan kami...

Flight ontime cuma masalah semasa di imigresen Padang. Biasalah procedure setiap negara memang berbeza. Di imigresen Padang, kami akan ditangkap gambar dan scan kesemua jari kami. Bag yang masuk cargo perlu ada tag jika tidak masalah menunggu.

Kami disambut oleh supir kami bernama Henry sedangkan aku berbalas email dengan Aldi. Tak kisah sesiapa asalkan kami selesa dan dia baik. Ternyata Pak Henry sangat-sangat baik.

Our journey begin now.. pemandangan di kota Padang bagiku agak biasa-biasa saja. Padang merupakan bandar yang boleh disamakan dengan Bandar Ipoh dan cuacanya agak panas. Destinasi kami ialah Lembah Anai. Lembah Anai merupakan air terjun yang dianggap keramat oleh penduduk disekitarnya dan bayaran masuk adalah Rp3000. Aku dan Laila saja yang masuk kerana makcik tak larat untuk mendaki tangga yang agak tinggi untuk ke air terjun. Walaupun ia air terjun namun aku tidak melihat penduduk setempat mandi manda. Mungkin kerana ia dikenakan bayaran atau mereka ada air terjun yang lebih menarik yang enggan dikongsi dengan pelancong lain. Lupa kukatakan disini dikatakan air terjun keramat kerana ia boleh membuatkan seseorang yang menyapu airnya kelihatan lebih muda dan cantik. Saya? Peluang tentu tidak dilepaskan. Mana tau nampak muda lepas ni.. Heheh..



Oh.. udara sejuk sudah mula terasa disini ya.. bagi yang tidak tahan sejuk berbaju sweater la kamu.. Saya? Berdarah panas.. tidak memakai sweater langsung sepanjang di Bukit Tinggi.

Selepas melepak-lepak dan berposing-posing kami meneruskan perjalanan ke Muzium Rumah Gadang.  Owh sebelum itu saya terlupa kami bersarapan di Restoren Pak Datuk. 4 Nasi Goreng Ayam, Jus Alpukat, Jus Tom n Jerry, Teh O Panas dan satu lagi saya lupa. Boleh tahan lumayan juga harganya. Hmmm...





Di Muzium Rumah Gadang, kami dikenakan bayaran Rp 3000/pax untuk kurator menceritakan tentang Rumah Gadang. Bagi saya, ceritanya agak menarik kerana menceritakan tentang Rumah Gadang (Besar) yang boleh menghimpunkan puluhan umat dalam satu-satu masa dan setiap keluarga diberikan bilik kecil untuk dihuni. Dan jika ada wang lebih boleh memiliki rumah sendiri. Oh ya, Padang dan kawasan sekitarnya mengamalkan adat Minangkabau ya. Dimana perempuan lebih diutamakan berbanding lelaki. Malah diceritakan kaum lelaki akan dihantar menetap di musholla/masjid untuk membina kehidupan sendiri. Diceritakan juga di setiap rumah gadang akan ada rumah-rumah kecil untuk menyimpan beras. Ada yang bertiang 8, 6 dan 4. Setiap tiang ada maksudnya yang tersendiri. Aku sangat tertarik dengan binaan Rumah Gadang yang bertiang senget. Diceritakan juga ia dibina kerana disana sering dilanda gempa bumi dan binaan sebegitu akan mengukuhkan lagi rumah gadang. Pelbagai cerita yang diceritakan tapi aku sudah ingat-ingat lupa.. Bagiku bayaran Rp3000 apalah sangat dengan apa yang kudengar....



Aku suka lantai ni.. Sejuk sangat. Timbul idea nak buat lantai sebegini di rumah kampungku..

Mocik ni ala-ala kurator la.. pencerita tentang Rumah Gadang.. Penceritaannya best walaupun ada sesetengahnya kurang difahami


Selepas tu apalagi sessi bergambar la... Sempat aku memakai pakaian perantin yang disewa RM 12/sepasang. Wow lumayan tapi berbaloi bagiku...



Usai di Muzium Rumah Gadang (Pusat Dokementasi), aku membuter.. mengantuk beb.. Rasanya perjalanan memakan masa hampir 5/6 jam dengan pemanduan pak Henry yang agak cermat.

 Letih membuter aku tersedar kami semua dah di Bukit Tinggi. Mata terus segar.. segar sebab nampak banyak kedai sulam.. Setiap kali nampak kedai sulam kami menjerit.. mood sopink dah sampai beb.. Pak Henry memberhentikan kereta Innovanya disatu kedai. Hmmm.. apa yang kuboleh katakan ialah aku menabur hampir ratusan ringgit disitu. Kaki sopink gak aku ni.. Pak Henry sempat berbisik..sabar iza banyak lagi diatas..


Selepas itu kami singgah di Pandai Sikek. Aku memegang kata-kata Henry yang banyak lagi diatas. Aku hanya menyelak-yelak kain dan masa selebihnya aku mengambil kesempatan kebelakang kedai di Pandai Sikek. Aku jalan-jalan la kat belakang kedai dorang ni.


 


Dan disini inilah yang aku cari iaitu KETENANGAN walaupun ada yang lopong2.. Saujana mata memandang... Lain dari Malaysia ok.. Kat sini kebanyakan kedai/rumah deme ada kolam, tanam sayur-sayuran dan ade sawah.. best2... Dapat aku bayangkan kerajinan mereka mengusahakan tanah-tanah mereka..Boleh dikatakan setiap kangkang kera digunakan sebaik mungkin. Tanam padi, serai, lobak merah, bawang, tomato dan lain-lain lagi...








Gunung Kidul, Yogyakarta




Hasil aku mencari kawan-kawan travel, aku terjoin sorang blogger yang mahu ke gunung kidul.. Aku mulanya menyangkakan caving di gunung kidul seperti caving di Gua Tempurung saja namun ia lebih mencabar hasil bacaanku di laman sesawang travel Indonesia. Tapi ia takkan melemahkan semangatku... errrrrr
Takpe kita cuba dan lihat ya..

Saturday, September 1, 2012

Gambar-gambar Langkawi

Sila muntah ijo tengok gambar yang banyak tak banyak ni..


Padang Matsirat... Di Langkawi sudah









Aku lak wat aktiviti sendiri di sini sebab malas nak menyopink






Esoknya ni lak aktiviti aku..
Island Hopping





Pulau Dayang Bunting


Eagle feeding





Pulau Beras Basah


Gunung Raya yang kukatakan dalam post sebelum ni