Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Thursday, December 1, 2011

Ho Chi Minh part last

ni en3 paling lambat aku settlekan..
cakap banyak tak guna.. view gambar jerlah eh...

makan2 di Vietnam..





kopi dia memang terBAEK!

FIFA 2010..

Wednesday, November 30, 2011

MemBROGAkan diri

Akhirnya cita-cita aku nak ke Broga akhirnya tercapai.. memang dah lama aku teringin ke sana masalahnya tiada teman..
Alhamdulillah aku berjaya menjejakkan kaki kesana tepat pukul 7.00 pagi dan sampai ke puncak kira-kira pukul 8.30 pagi.. hehe..lamakan? Berdenyut kencang juga pankreasku untuk tiba ke sana...
Perjalanan memakan masa yang agak lama kerana jalannya licin dan aku seorang yang kekurangan stamina.. senang PANCIT.. hehe
Terus terang aku tidak sampai ke puncak sana kerana aku agak gerun melihat track yang begitu cerun/tinggi... tak dapat aku bayangkan camne nak turun nanti.. aku memilih untuk berehat di ketinggian tett dari paras laut... sowi tak ingat laaaa...

enjoy the photog.. maklumla camera cikai jer... hihi..
nak pegi lagi la nanti.....







sampai disini saja aku mampu sampai




Tuesday, November 29, 2011

Terengganu Nice Place

Percutian ke Terengganu tidak dirancang. Aku ke Kelantan bersama 2 kawanku (kak Linda & Laila) untuk menghadiri perkahwinan seorang teman rapat (Haida). Kemudian TERlajak ke Terengganu.
Disebabkan cuti ini tidak dirancang maka semuanya dibuat dlm 1 hari saja... Kami tak sempat cover pulau2 percutian yang indah di Terengganu... seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang, dan sebagainya...
tapi sempatla cover Kuala Terengganu n Perkampungan Islam Hadhari..

Kami tiba di Kuala Terengganu pukul 10.30mlm.. Kami mula mencari bajet chalet, bajet hotel dan akhirnya kami dapat bajet Homestay.. RM 50/nite... Rumah 2 tingkat, tepi laut dan tempatnya nice sgt...tepi laut, dekat bandar dgn ada segala-gala kemudahan..
Homestay ni membolehkan org yg tiba mendadak menyewanya.. kalau tak silap aku ada 3 pasangan keluarga menyewanya.. mudah dan meringankan beban..

Keesokkan paginya kami ke Perkampungan Hadhari, Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal.. dengan bayaran lebih kurang RM 15..  dan kami diberikan PASSPORT untuk datang kali kedua dengan percuma...terujanya kami kerana disajikan dgn himpunan masjid-masjid terkenal diseluruh dunia... seperti Kaabah, Masjidil Haram, dll....semua masjid ni kita boleh sentuh, rasa dan ia dibuat dengan teliti.. sangat teliti OKE..

Citer banyak tak best..meh tgk gmbr...
maaplah gambar diambil dari kamera lama.. peneman setia sejak 2004 lagi.. tapi masih boleh berkhidmat sampai sekarang

Ni semua kat Taman Tamadun Islam... nak masuk sini










nanti upload gambar lagi.. internet slow.. hehe


Pastu kami menerjah ke Masjid Kristal.. cantiknya.. subhanallah...

Sedikit gambar di Kelantan...

Monday, November 14, 2011

Try To Be Positive

Wah..tajuk menglish tapi entrynya bahasa melayu.. haha... terus terang aku tidak berapa pandai berbahasa english...
Aku tau kebanyakan entry aku lebih kepada berbaur negatif.. aku cuba sebaik mungkin untuk bersifat positif tapi apabila aku bersifat positif aku digunakan... hehe..
so..aku berjanji pada diriku..aku perlu bersikap positif dalam semua perkara... walaupun benda tu negatif... aku akan tukarkan ia ke arah positif.. tak termasuk perkara yang merosakkan aku ea cth dadah.. hehe...
aku akan cuba berfikiran positif... thats mean aku akan try berfikiran diluar kotak... untuk mendapatkan kepositifannya..opss ade ke perkataan nie? hehe...
bersikap positif iaitu aku tidak akan pesimis dan akan selalu memaniskan muka... bkn talam dua muka ea
bersifat positif eh..eh lain ker ngan bersikap positif? bagiku lain.. bersifat positif bagiku ialah menerima keadaan yang ada dalam keadaan positif dan tidak buruk sangka...
erm bolehka?? kita cuba ea...

Thursday, August 18, 2011

Selamat Berpuasa

Hehe.. mungkin sudah terlewat aku nak ucapkan Selamat Berpuasa.. dah half puasa dah tp nak ucap jugak..
Program Atkins aku tak baper nak berjaya...
cabaran utama aku ialah makanan n minuman manis.. huhu
rasanya tak lengkap hidup aku tak minum air manis.. huhu
nasi aku leh tahan..

ni aku cut n paste dr blog saya nak kurus http://www.taknakgemuk.com/

dimana 20 gram karbohidrat sehari sahaje dibenarkan..

Biasenye penurunan berat badan yang mendadak akan berlaku ketike induction,dan lebih bagus jike diteruskan berterusan untuk jangke mase yg lame...

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sebangsa dengannya.  - aku bole

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya. aku bole

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal,ataupun kacang je soalan exam....

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari..

6.) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..

8.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Diingatkan! Air bole cepatkan proses pembakaran kalori..jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k...
AIr mestilah lebih daripade 10 gelas sehari dan mesti diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong...

Monday, May 30, 2011

HCMC 3rd day

pssst..post ni dh lama tp termsk dlm draft aku.. haha..so enjoy.

Hari ketiga kuteruskan dgn menjelajah Chu Chi Tunnel (di Vietnam panggil Kuchi).. dlm 10USD
8.00 pagi aku bertolak ke tmpat check point menunggu pelancong2 lain dgn menaiki bas. 
Chu chi tunnel ni merupakan salah satu tempat wajib dilawati di Vietnam... Ia melambangkan salah satu momen zaman peperangan Vietnam menentang Amerika dan kesannya masih dirasai sampai kehari ini.


Perjalanan kami yang kebanyakannya disertai oleh pelancong asing (pelancong Malaysia dlm 2-3 org saja) diketuai oleh Alex. Erm Alex ni tourist guide yg bagus.. bahasa inggeris dia sgt2 bagus.. tak mcm tourist guide game over semalam.. hehe


Kebanyakan tourist guide ke Chu Chi Tunnel dikehendaki memakai uniform mereka iaitu pakaian perang dan selipar mereka. Nasib baik tak bawa senapang sekali.. hehe.. tp Alex mmg bawak sesuatu yg menyerupai senapang. ia gitar.. Alex menyanyi.. best betul tour guide nih
Di sini aku melihat pelbagai alatan kuno dorang gunakan untuk melepaskan diri. Vietnam memang kreatif n innovatif. Patutlah askar Amerika susah dan hampir-hampir menyerah kalah dengan Vietnam..


Perjalanan mengambil masa dlm 2 jam.. termasuk tunggu bus, singgah tpt handycraft (ini mcm acara wajib jer kan) n br sampai Chu chi Tunnel..
tpt handycraft..cr pemprosesan brg2 dorang
Sampai di entrance chu chi tunnel, pelawat dikenakan bayaran lain dlm 19k dong.. ampun kalau salah. Aku ni kalau figure mmg out sikit.. Sampai disana kami diterangkan tentang pembinaan terowong dan kenapa ia dibina.
entrance chu chi tunnel.. couple baju biru tuh smlm sama trip ngn aku.. kt mekong river


pintu masuk nya..
ramainya tourist..
penerangan sebelum berangkat ke terowong





antara terowong yg ada.. ada yg dibuka n ada yg ditutup krn faktor keselamatan


negara vietnam salah sebuah ngr komunis.. masih mengekalkan tinggalan sejarah mereka
Teruja beb sebab zaman tuh dorang boleh buat terowong dr Vietnam ke Hanoi dan ada lorong boleh sampai ke Kemboja untuk melarikan diri, ada kitchen, markas dorang, dll ala-ala sebuah rumah malah terowong dorang ni lengkap dengan pengudaraan n kumbahan. (Tetiba aku teringat sejarah Tamadun Dunia Form 6 ku, zaman Mesopotamia)... Untuk menyamarkan suasana n mengelirukan tentera Amerika, asap masakan mereka diletak dibawah busut dan hasil kumbahan dorang dialirkan ke sungai. 
Makan masa jugakla tentera Amerika nak kesan markas dorang ni. Markas dorang dikesan lepas anjing Amerika menghidu bau makanan yang dilepaskan di busut tadi..


alex menunjukkan cara nak masuk terowong...








minah omputih cuba masuk ke terowong.. aku pun try aper... best woo..paling best masa merangkak dlm terowong tetiba hp berbunyi.. wow..ade signal
















yeay dapat masuk blog ni balik

huhu...

sedihnya bila ade penyakit 'short term memory' ni...
semua benda lupa...
aku lupa password,nak login n login mebeng2u pun aku terlupa..tolon2...
terpaksa reset segalanya tp amik masa la jugak kan... huhu...

camne nak ngubat masalah aku ni..korang tau??

Saturday, January 1, 2011

HCMC 2nd day- mlm

Malam..
Sepupu aku balik..yeay.. memula kul 8 kiteorg terjah VNHalal tp ramai orang so sepupu mencadangkan rezeki tuh diberi pada org laen..haha
makan dulu.. yeay.. makan stimboat, nasi goreng, kopi, dll.. oklah rasa dia.. rege pun boleh la..murah!


nilah masjidnya.. sebelah dia kedai makan halal.. yeay nasi..



Balik ke otel.. kiteorg jalan kaki.. yeay misi menakluk berjalan kembali.. stop jab bergambar ngn bola..


erm..dlm perjalanan balik tgk ramai warga Vietnam nonton bola.. mcm kat kedai mamak.. tp dorang nih bertaruh.. kakak sepupu aku dipaksa n terpaksa bertaruh.. dia pilih U.......lahai short term memory la pulak.. tp yang pasti pasukan tuh tak menang.. hehe kalau tak meraban la pulak cari tpt nak menderma... duit taruhan beb..mane halal...


sampai kat area otel gerak g nite market vietnam.. erkkkk nite market mesia kot.. sebab ya ampun rasanya ramai org mesia dr vietnam.. siap pegang calculator lagi nak tawar harga.. adeh.. aku pegang hphone jelah..

Ujan lagi malam nih..adeh.. aku terpaksa n memaksa diri membeli raincoat.. ala rasanya rm1 jer... pakai2 terasa mcm teletubies la pulak.. keh keh...

peniaga sebuk menyimpan barang aku sibuk menawar rege.. keh keh amik kesempatan beb.. aku beli kasut terompah, beg, n ntah pape yg aku rasa nyesal lak beli... bukan apa aku tak suka beli brg yg tade kegunaan mcm key chain, pencil case (aku dh lama tak pakai).. terjebak..terjebak...

setelah tawaf tuk ke-10 kalinya..pewit.. aku dh tau sesuatu.. peeeewit.. rupanya dorang nih ade kepercayaan.. 1st customer dorang mesti bg rege paling murah kalau dimintak laaa.. maybe pembuka rezeki kot...


Balik otel.. alamak pakwe dah siap tunggu dipintu syurgggaaaa.. bila kiteorg balik terus dia tarik roller shutter...tutup kedai... haha.. adeh..


Sebelum naik atas, tempah kt dia tour g chu chi tunnel...

Azam thn nih

Happy New Year all.. (ade ke pembaca nih)
Setiap thn pasang azam tapi byk yg tak tercapai berbanding yang tercapai.. hehe.. so kene pasang azam balik supaya tercapai..

1. Gerenti la nak menambahbaikan dalam kerjaya sekarang. Sekarang N17.. kalau boleh nak lompat g N27/S27 atau setarap takpun lompat lebih tinggi sampai setarap ngn degree yg ada iaitu  N41/S41.. wawawa I wish....
-meh nak citer sikit pasal kerja aku skrg nih.. aku dulu kengkadang mmg rasa x puas ati ngn apa yg ade skrg sbb of kos gaji sikit berbanding keje dulu n keje x mencabar minda.. haha tp skrg aku terpaksa redha ngn keje aku sbb ia sedikit sebanyak menolong aku bila aku kesusahan.. alhamdulillah..

2. Nak menguruskan badan yg semakin mengembang.. haha.. serius keje senang, ati senang so badan pun senang mengembang.. kalau leh nak keciKK sikit.. kalau byk pun best gak.. lalALA..

3. Nak wat homestay kt kg aku.. erm.. cukuplah 3 biji jer.. 2 biji utk disewakna dan 1 utk homestay... korang rasa ade ker org nak duduk ek?
latar belakang umah tuh.. 
-dlm kebun.. adelah pokok buah cam durian, langsat, rambutan, bacang, nangka, mempelam dll.. tak igtla sbb byk sgt pokok buah..
-dkt ngn pusat pelancongan Pasir Salak
-dlm kebun jadinya jenis perkampungan berselerak.. tp adalah 4-5biji umah sedara mara aku
-depan tuh tali air.. slalu org dtg memancing dll..
-nak kata dekat ngn tpt2 belajar rasanya jauh gak kot.. adelah dlm 2-3 tpt belajar..
erm mintak2 jadi buat..

4. Nak melancong.. haha.. ini projek mesti setiap tahun tp yg penting bajetnyer percutian.. nak pegi
-luar negara luar asia tenggara- korea/jepun
-luar negara asia tenggara - singapura/bangkok/surabaya
-dlm negara - kinabalu/kundasang/pulau perhentian/hutan belum.. ermmmmm
hehehe.. apa2pun semua bergantung pada faktor kewangan.. jalan sorang2 i x kisah..