Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Sesuatu yang menarik di Kanchanaburi- Hellfire Pass

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Okey hari ni agenda kami ialah menyelusuri sejarah pembinaan landasan keretapi maut dari Thailand ke Burma (Burma) yang panjangnya 415 kilometer dari Stesen Tha Rua Noi ke Stesen Thanbyuzayat, Myanmmar. Oleh kerana hari ini hari last kami di Kanchanaburi, kami check out awal pagi dan mengangkut beg ke stesen bas Kanchanaburi. Tuk-tuk dari guesthouse kami mengenakan 20 baht/per person untuk ke stesen bas dari guesthouse. Rasanya tak sanggup nak mengangkut beg kami merata-rata jadi kami sepakat mencari tempat meletakkan beg. Owh ada yang mahal dan ada yang murah. Yang murah ialah di Tourist Information disana iaitu 20baht. Oklah kot sebab kami akan letak sepanjang hari. Lepas letak beg, misi kami ialah cari tuk-tuk yang sanggup bawa kami ke Hellfire Pass. Inilah dia tuk-tuk kami Dengan kadar bayaran 70 bath/perperson kami dapat ke Hellfire Pass dan Saiyok Waterfall. Kami bersembilan hari ini berjalan mencari tinggalan sejarah yang men

White Water Rafting di Sedim Kedah

Masa ke Bangkok, Nani ada menyuarkan ingin membuat White Water Rafting dan ia dikira menjadi bila ramai yang bersetuju.Tapi macam biasa kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Nani tak dapat ikut disebabkan perlu memberi sepenuh komitmen dengan cita-citanya. Nani kita doakan awak lulus! Amin! Rancangan awal lebih kurang 11 orang akan ikut tapi disebabkan pelbagai komitmen hanya kami bertujuh saja dapat join WWR kali ini. Kami diberitahu kos untuk rafting (2km), night walk, abseiling, jungle trekking, makan 4 kali dan camping adalah RM180/per pax minimum 12 orang tapi nasib baik menyebelahi kami bila harga pakej tetap sama walaupun kekurangan ahli. Terima kasih team WWR Arus Deras Sedim pak long, Nazirul, Chery dan lain-lain.. Tak lupa juga kumpulan kayak dari Langkawi yang join kami berafting. Korang memang terbaik. Walaupun Sedim merupakan arus deras tapi dimusim kemarau ni, air jadi cetek. Kurang tiga kaki. Maka kederasannya kurang kick. TAPI kami tetap enjoy tau.

Sesuatu yang menarik di Kanchanaburi (part 2)

Entry lepas aku ceritakan kiteorang pilih pakej ke Erawan. Kami akan bergerak dalam pukul 8 pagi. Lepas sarapan ala kadar kami pun bergerak. Seramai 9 orang kali ini. Pertambahan ahli Pete apa ntah dari Wellington, New Zealand. Rasanya sampai sekarang dia masih berlegar-legar di Asia (tengok status dia di FB). Seronokkan berjalan camtu. Oh ya, guide kami hari ni ialah Niu. Im Niu here and this is my first day praktikal. Hah macam tulah dia perkenalkan diri. Dari guesthouse (err guesthouse kami jauh tau dari bandar/pekan Kanchanaburi), kami dibawa ke destinasi pertama iaitu Erawan Waterfall. Dekat 2 jam jugalah perjalanannya sebab aku sempat membuter. Kikiki.. Sebenarnya korang boleh naik bas dari Terminal Bas/Van Kanchanaburi -> Erawan Waterfall Erawan waterfall --> Terminal Bas/VanKanchanaburi  TAPI kalau terjah macam ni lebih tinggi belanjanya dari ambil pakej. So sebab tu kami pilih pakej.  Erawan Waterfall National Park Erawan (Taman Negara Erawan, Kanchanaburi) da