Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Tuesday, August 13, 2013

Trip Sempoi Ke Ganu Kite - Pulau Mak Kepit Penyu, penyu dan penyu lagi

Aku rasa aku antara orang yang last bangun pagi ni. Isk..isk.. Bangun-bangun hari dah cerah dan paling best makanan dah tersedia. Sedap pulak tu. Hihihi. Mama Nani jadi antara tukang masak. Kami tukang makan. Lepas breakfast, aku dan yang lain-lain berjalan persisiran pantai. 

Kami sempat tolong renjer tu mengira jarak tempat penyu bertelur. Ilmu hisab dan pita pengukur perlu dalam mengira jarak ni. Aku tolong pegang pita pengukur tu jer. Lepas tu renjer akan meletakkan tarikh penyu bertelur untuk rujukan. Macam gambr kat bawah ni.. Ikut kiraan lagi 60 hari menetaslah anak-anak penyu.


Lepas dah tolong renjer tu, kami tolong pula pekerja disana menanam kembali telur penyu yang diperolehi di pantai sebelah. Dipantai sebelah, pantainya pendek dan senang ditenggelami air jadi mereka akan mengalihkan telur-telur penyu ke kawasan lebih tinggi supaya tidak rosak. Tapi penyu suka bertelur disana. Kalau tak silap aku hampir 8 ekor penyu mendarat dan bertelur disana. 

Jadi inilah tugas pekerja-pekerja Taman Laut untuk memelihara sumber alam daripada musnah. Ni buatkan aku salute dengan mereka. Gambar kat bawah ni antara cara mereka memelihara telur penyu. Tapi yang ni dekat dengan chalet kami. 

Bila mereka jumpa tapak penyu mereka mula mencari lubang penyu tu.. Jom ikut proses mereka

proses mencari tempat penyu bertelur.. Cucuk sini..cucuk sana tapi jangan sampai telur pecah kena cucuk

Bila dah jumpa mai kita mengali. Gagah renjer ni mengali pakai satu tangan.

Hasil telur penyu yang dijumpai

antara pekerja-pekerja Taman Laut... Sempoikan

errrkkk ni baju KAMI

Ilmu yang kami dapat ialah jangan terbalikkan telur penyu tu sebab kajian yang diperolehi kepala penyu biasanya akan menghadap diatas bukannya ditempat lain. Dan jika diterbalikkan menyukarkan proses penyu bertelur dan naik ke daratan.


Coral disini mereka kata lebih cantik berbanding di Taman Laut. Aduh menyesal tak berenang untuk kali last...













Dalam pukul 1, kami pun pulang ke daratan untuk aktiviti seterusnya.

Kami sempat juga pergi Pasar Payang untuk membeli belah. Aku sempat juga menelan air liur bila tengok telur penyu yang dijual. Nak rasa tapi kutahan jebat bila tengok kepupusan penyu kelmarin.

Owh paling best bila aku ke Pasar Payang, aku jumpa super duper ex Management Trainee Kids kak Fizah. Yang akhirnya aku terpaksa gantikan dia sebagai Section Leader Kids. Hmmmm kenangan lama di tempat kerja lama. Semua aku ingat semua aku rasakan... best, perit, gempak dan lain-lain. Hehehe.. Pengalaman kerja paling best bagi aku... (^^)

Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf jika ada terkasar bahasa, tersalah sangka atau terlanjur perilaku. Thanks sebab membaca belog saya yang tak seberapa ni. (^^)

Sunday, August 4, 2013

Trip Sempoi Ke Ganu Kite - Pulau Mak Kepit

Habis mandi manda kami dibawa ke Pulau Mat Kepit.


Ikut planningnya kami akan menuju ke Pulau Mat Kepit. Sebelum ke Terengganu, aku sempat search dalam ankel gugel dimanalah pulau Mat Kepit ni tapi malangnya tak jumpa info mengenainya. Pulau ini seakan-akan tidak wujud dalam peta ankel gugel. Ini menyebabkan aku rasa terlebih eksaited.

Sampai jer di Pulau Mat Kepit rupanya nama pulau itu Mak Kepit. Ikut signboardnyalah. Aku sendiri tak pasti sama ada Pulau Mat Kepit atau Pulau Mak Kepit.

Yang aku pasti pulau ni merupakan salah satu pulau pendaratan penyu bertelur dan ia adalah pulau private (tidak dibuka kepada umum). Ini kerana pulau ni merupakan tempat pemeliharaan dan pemuliharaan penyu-penyu yang datang mendarat. Kita pun sedia maklumkan kalau dibiarkan penyu-penyu jatuh ke tangan tidak bertanggungjawab akibatnya pupuslah haiwan ini. Kami bernasib baik kerana terpilih ke pulau ini bersama ahli Kelab Pencinta Penyu (CITRA). Entry sebelum ni aku ada ceritakan yang ada group terpaksa naik di Jeti Merang sebab kehabisan tiket kerana beri laluan kepada kami. Hah merekalah.

Sampai di pulau ni, memang sempoi sebab hanya disediakan dua buah chalet (1 lelaki dan 1 perempuan) manakala bilik air pun basic saja. Aku kira keluasan bilik tu dalam 10 kaki x 10 kaki? Kami dahlah 12 orang campur lagi ahli perempuan Kelab Pencinta Penyu dalam 6 orang. Dengan bag kami lagi yang super duper banyak... So how?

Aku sempat berjalan-jalan sekitar kawasan pulau Mat Kepit sebelum matahari melabuhkan sinarnya

setiap batang kayu itu bermakna ada lebih kurang 100-200 biji telur penyu didalamnya

Air terjun di Pulau Mat Kepit. Tingginya lebih kurang 3 ke 4 kaki. Dalamnya terdapat anak udang

Antara makanan malam kami. Makcik tu salah seorang ahli kelab CITRA




Pabila matahari sudah melabuhkan sinarnya aku dan yang lain-lain bersiap-siap untuk ke sesi taklimat.
Lepas dah bersiap-siap, renjer disini (opps aku lupa namanya) dan pengerusi kelab CITRA memberi taklimat ringkas yang perlu kami patuhi ialah :
  • electricity akan dihentikan selepas 12 tengah malam - untuk merehatkan generator
  • tidak boleh menggunakan lampu picit di malam hari - sebab lampu picit akan mengganggu penyu yang hendak naik bertelur, 
  • jika ingin ke tandas atau kemana-mana perlu berteman terutama bagi perempuan- bahaya
  •  dilarang bebas berjalan-jalan kerana dikhuatiri terpijak telur penyu atau anak penyu yang akan menetas.
  • perlu pakai baju gelap - baju cerah akan menakutkan penyu (tapi malam tu bulan mengambang, jadi pakai baju cerah lebih sesuai daripada baju gelap
 Usai sessi taklimat kami mula menyusun tempat di tepi pantai untuk menanti kepulangan penyu untuk mendarat. Menurut Fendi (salah seorang yang bawa kami ke sini) tempat yang kami duduk sekarang tidak berapa sesuai kerana malam nanti air pasang dan akan menenggelami persisiran pantai itu dan kami kemudiannya berubah tempat. Tidak lama kemudian kami dipanggil oleh pengerusi kelab CITRA untuk sesi icebreaking dan mereka menerangkan serba sedikit mengenai pendaratan penyu disini.

Kami agak bertuah sebenarnya kerana malam itu kami berpeluang merasai pengalaman penyu menetas. Ada telur penyu yang matang (2 bulan) malam ini dan renjer membenarkan kami melihatnya. Hanya satu pesannya agar tidak terpijak anak penyu.

menarikkan? anak-anak penyu baru menetas... err abaikan gambar yang super duper tak cantik tu


ini saja yang kamera aku mampu lakukan.. (TT)
Renjer juga menunjukkan yang penyu memang diancam kepupusan. Ya ia berlaku didepan mata kami. Bila anak-anak penyu masuk dalam air, anak penyu yang tidak bernasib baik akan dimakan oleh ikan yu. Ya ikan yu. Kami nampak air bergelora dan sirip ikan yu berlegar-legar digigi pantai. Penyu bukan saja diancam oleh ikan-ikan besar dilautan sana, ia juga diancam oleh nelayan-nelayan eksotik dan juga telur penyu juga dijual. Errr sebenarnya sebelum ke Terengganu,aku teringin nak makan telur penyu tapi aku dah buang perasaan teringin jauh-jauh kerana tidak mahu menjadi penyumbang kepada kepupusan penyu.

Selepas tu kami dibawa ke area penyu bertelur. Errr maaf tiada gambar untuk dikongsi kerana sedih dengan hasilnya...(TT)
 Info yang aku perolehi ialah
  1. Penyu ialah haiwan yang setia. Menurut renjer yang berpengalaman selama 20 tahun mengatakan bahawa penyu yang menetas kemudian ke berhijrah bertahun-tahun akan kembali semula untuk bertelur. Dan ia rahsia alam yang masih dikaji hingga ke hari ini
  2. Penyu tidak akan naik bertelur jika ia merasakan dirinya terancam dan akan kembali semula dalam masa 10 hari - Ini terbukti bila ada seekor penyu yang kelihatan ragu-ragu untuk naik atau tidak. Akhirnya ia turun semula kelautan
  3. Musim penyu bertelur ialah sekitar bulan Mac hingga September
  4. Kebiasaanya penyu yang akan memilih tempat bertelur dibawah pokok/tempat redup untuk bertelur anak betina dan tempat lapang bagi anak jantan (maafkan aku jika info ini salah kerana aku ingat-ingat lupa)
  5. Proses bertelur mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Proses ini bermula dengan penyu naik ke pantai, mencari lokasi bertelur, membuat jalan untuk mengelirukan pengemar-pengemar telur penyu, proses 'mandi pasir', bertelur hinggalah mengambus kembali sarangnya dan kembali ke pantai semula.
  6. Kami tidak boleh menganggu penyu-penyu yang sedang melalui proses ini tapi dibenarkan mendekati penyu semasa ia bertelur dan mengambus pasir. Proses sebelum itu tidak dibenarkan kerana penyu dikhuatiri akan kembali ke lautan semula. Penyu merupakan haiwan yang panas baran.
  7. Kedalaman sarang yang digali purata 60 cm dan seekor penyu mampu bertelur 70-120 biji dalam satu masa.
  8. Penyu yang sudah bertelur akan berkubang. Macam mandi la tapi mandi pasir sambil kambus lubangya
  9. Jika penyu naik dan cengkerangnya ada sisik. Pegawai bertugas perlu membuangnya kerana ia akan merosakkan cengkerangnya.
Pada mulanya renjer hanya membenarkan kami mendekati penyu yang sedang bertelur. Puh memang bestlahkan tambahan pengalaman tu sukar dirasai. Tapi mungkin renjer terlebih eksaited dia pun membenarkan kami mendekati penyu lain yang sedang membuat lubang. Secara senyap kami mendekati  penyu tersebut, renjer menunjukkan yang penyu menggunakan kaki depan untuk membuat lubang dan pasirnya akan dibuang ke depan. Sesekali kami mendengar penyu merengus kasar mungkin marah dengan kehadiran kami. Alhamdulillah ia tidak berhenti sekerat jalan.
So kesimpulannya malam ni kami merasai pengalaman penyu menetas, penyu bertelur, penyu berkubang dan penyu membuat lubang.

Dalam pukul 11 malam, tengok-tengok ramai dah hampar sleeping bag dan tikar di atas pantai. Oh ya, oleh kerana chalet kami tidak mampu menampung kepadatan kami, jadi kami pilih untuk tidur diatas pantai. Ya berlantaikan pasir, berbumbungkan langit dan berkipaskan angin-angin sepoi bahasa. Mujur aku bawa sleeping bag kalau tidak memang kesejukanlah aku. Oleh kerana aku terlebih tidur pagi tadi maka mata ni masih segar. Aku dan Anne sepakat kembali ke chalet untuk menunaikan apa yang tertunggak. Sempat jugalah bersembang Fathi sampai pukul 1 sebelum kembali ke katil pasir kami. Hihihi.. Mula-mula susah juga mata ni nak lelap sebab sakit-sakit badan berenang pagi tadi namun dengan angin sepoi-sepoi bahasa... aku akhirnya terlelap... hihihi..

Dalam pukul 3 pagi, kami dikejutkan oleh makcik-makcik CITRA. Hujan!!!! Semua lari masuk ke chalet. Dalam chalet semua pening sebab tak tahu nak baring ke mana. Ahli yang tidur dalam chalet yang sedang enak buat kuak lentang di atas katil terpaksa mengecikkan badan seperti udang dibakar, yang sedang enak beradu diatas sofa terpaksa tidur duduk. Ada yang terpaksa tidur didepan pintu tandas, pintu depan dan ada yang terpaksa tidur diberanda chalet. Aku tidur dihujung-hujung katil bersama enam orang lagi. Kalau aku jatuh katil, Annelah kena. Hihihi kenangan sungguh.  


Info mengenai Penyu boleh dibaca di info , sini juga,

Friday, August 2, 2013

Trip Sempoi Ke Ganu Kite - Pulau Redang

Selepas sarapan dan menapau makanan dari rumah mak Nani, kami berkonvoi ke jeti Syahbandar Kuala Terengganu untuk ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Redang. Wah memang pakej percutian kali ini memang best. Sebab kami cuma beria-ria mencandat sotong tapi Nani masukkan trip ke pulau Redang. Ini sudah menarik. 3 in 1 orang kata..

Kuala Terengganu menyambut kedatangan kami dengan hujan renyai tapi itu bukan masalah. Kami redah juga hujan renyai selepas parking kereta dan bila tiba di kaunter, tiba-tiba rasa down sebab tengok ramai sedang beratur membeli tiket feri. Adakah tempat untuk kita Nani?? Dah teruja ni. Tunggu Nani beli tiket lama juga. Hati dah berkata-kata janganlah tak jadi.. Sob, sob..

Rupanya Nani dengan temannya sedang beli tiket feri dibelakang kaunter. Hehehe.. Kes kiteorang special sikit dan harga pun special sikit. Alhamdulillah...
Harga tiket feri ialah :

Orang tempatan (orang Ganu) - RM35.00/sehala
Orang Malaysia (bkn orang Ganu) - RM55.00/sehala
Penduduk Redang/staff Taman Laut - RM25.00/sehala

Jadual feri ke Pulau Redang dari jeti ni cuma ada 3 kali sehari, 9.00 pagi, 10.30 pagi dan 12.30 tengah hari, bergantung pada keadaan cuaca. Dan pulang pula 2kali sehari iaitu 7.00 pagi dan 1.30 petang.

Untuk ke Pulau Redang, cuma ada dua jeti saja menawarkan feri kesana iaitu
* Feri ke Redang di jeti Syahbandar adalah di bawah kelolaan Taman Laut.
* Jeti Merang. Untuk bot ke Merang semua perkhidmatan bot adalah milik persendirian. Tambang bergantung pada jenis bot (average tambang ialah RM80.00/return/person) dan masa perjalanan bergantung pada penumpang itu sendiri. Group yang akan kami jumpa selepas ini terpaksa naik di Jeti Merang sebab kehabisan tiket kerana memberi laluan pada kami. Alhamdulillah..

Apa itu Taman Laut? 
Taman Laut adalah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh dua batu nautika dari tikas air surut terendah, kecuali Pulau Kapas di Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil di Labuan yang dizonkan sejauh satu batu nautika dari tikas air surut terendah. Taman Laut ditubuhkan untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik. Boleh refer link ini untuk keterangan lanjut.

Feri tiba, kami naik dan aku terus lelapkan mata. Apa tidur lagi????  Makin enak tidur bila feri meredah laut China Selatan ini.. ZzZzZ



Kira-kira dua jam kemudian kami pun sampai ke Kampung Baru Pulau Redang. Ramai pemandu pelancong sedang tunggu customer mereka. Kami? Ntahlah ikut saja ibu (Nani) bawa kami ke mana. Nani bawa kami ke gerai makan berhampiran jeti. Aku dan Anne sempatlah mencapai beberapa fridge magnet dikedai sebelah. Lepas tu baru join mereka semua minum-minum sementara tunggu seseorang. Tahun 1999 dulu aku ingat lagi masa ke Pulau Perhentian. Makanannya bukan main mahal. Breakfast saja RM 15 tapi gerai disini charge harga standard tanah besar. Hmmm.. zaman sudah berubah nampaknya.





tengok ramai tak pengunjung? Sampai pakai lori angkut beg..

kenderaan kami tiba
Oleh kerana kami tidak menggunakan sebarang pakej di Pulau Redang, kami terpaksa menagih kasih pada yang sudi. Terima kasih pada Cik Umie (kawan Nani) sebab menyambut baik kehadiran kami. Kami kemudiannya dibawa ke Taman Laut Pulau Redang.



Bayaran masuk ke taman laut ialah RM 5 dan perlu dibayar semasa di jeti Syahbandar tapi kami tak dikenakan sebarang bayaran masuk sebabnya kami bersama 'orang penting'.. Hihihi.. Alhamdulillah.. 
Tiba saja di taman laut perkara pertama yang kami lakukan ialah makan. Puh dengan tiupan angin laut yang menampar-nampar pipi kami, makanan yang dibawa terasa bertambah sedap. Selepas tu kami apa lagi siap-siap nak meneroka laut yang terbentang luas ni. Jom tengok gambar yang tak seberapa ni..







jeti kami di Taman Laut Pulau Redang






KAMI...

 Okeh lepas tu kami pun apa lagi... Siap sedia nak bersnoorkel. Oleh kerana peralatan snoorkel tak cukup kami perlu bergilir-gilir menggunakan life jacket, google dan mask. Aku adalah antara yang terawal bersnoorkel padahal tak pandai berenang. Bukan apa, nak lepas gian sebab gagal di Krabi bulan dua lepas. Hehehehe..

Wow, marveles lah pemandangan dalam laut pulau redang ni. Dengan ikan-ikan yang berwarna warni dan batu karang yang cantik, aku terasa aku berada dalam aquarium tanpa sempadan. Lebih menarik lagi kata Nani kalau aku ke kapal yang senggaja dikaramkan untuk menjadi tukun/rumah ikan-ikan tapi apakan daya aku kurang mampu mengayuh kesana. Takpe nanti cuba lagi..  Eh... Ada niat nak merepeat paper Redanglah tu. Yer betul!!

MAAF TIADA GAMBAR DALAM LAUT UNTUK DIKONGSI KERANA TIADA KAMERA WATERPROOF (TT)


ok masuk wishlist - kamera waterproof