Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Mahram atau tumpang mahram

gambar pacik gugel - Kaabah yang melambai-lambai diriku Inilah isu yang aku sedang fikirkan bila Kaabah melambai-lambai diriku. Perasaan sedih, hampa, kecewa dan pelbagai perasaan bermain difikiran aku selepas dapat tahu (aku mungkin baru tahu) yang kerajaan negara Arab tidak membenarkan perempuan yang tanpa mahram memasuki Kota Mekah. Apa yang aku ketahui, hanya mahram yang sah seperti ayah, abang, adik lelaki, bapa saudara sebelah ayah atau suami yang boleh menjadi mahram aku. Ayah? Ayahku sudah lama meninggal. Adik? Adikku baru saja umrah baru-baru ini. Abang? Aku tiada abang. Bapa saudara? Bapa saudara sebelah ayah (wali emas) hanya tinggal seorang saja. Suami? Aku masih belum berumah tangga. Sememangnya aku dah lama merancang untuk kesana tapi keadaan, masa dan wang kurang mengizinkan namun apabila semuanya dapat disediakan perkara sebaliknya berlaku. Mahram? Inilah masalah utama aku kini. Kalau yang lain insya Allah aku cuba usahakan. Rasanya dah berhari-hari aku asyi

Amazing Thailand - Krabi Hari Ketiga - Pagi

Sebenarnya semalam kami sempat survey pakej-pakej untuk jungle tour. Kami ingin memilih nak ambil pakej yang ada naik gajah dan water raffting tapi malangnya pakej tu berharga lebih kurang 2000 baht. Alamak dengan wang yang dah semakin susut ni aku tak rasa boleh buat jadi kami sepakat ambil pakej jungle tour yang ada elepant riding, emerald pool, hot spring pool, baby elepant show, dan tiger cave - 100 baht. Sebelum start tour ni kami breakfast dulu. Hotel yang kami stay ni ada sediakan breakfast dan kebanyakan makanan dia western food. Bila aku dok belek-belek,round-round kat area hotel ni mostly penghuni dia dari Eropah. Kami jer dari Asia sesat stay kat hotel ni. Tapi macam biasa ia tak jadi masalahkan? Hehe..  Gambar sekitar Green View Village   Dan hari ni kami sekali lagi jadi orang nomad bertukar bilik di Adam Bungalow pula. Bila van datang pick up kiteorang, perasaan eksaited tu membuak-buak tapi oleh kerana perjalanan ia agak jauh lebih kurang 2 jam kot se

Amazing Thailand - Krabi Hari Kedua Petang

Kami sampai ke daratan dalam pukul 5 petang. Free return ke hotel-hotel yang kami duduk. Owh pagi tadi kami dah check outkan sekarang kami perlu ambil bag dan check in kat Green View Village. Makanya menapaklah kami ke hotel tu dengan membawa beban dibahu. Erk.. saja je kan pilih cara hidup nomad. Hehe. Sorry ini atas permintaanku sendiri yang nakkan tempat tinggal ada swimming pool.. Mengada-gada la pulak.. Bukan sempat mandi pun.. Sampai di hotel/chalet tu rasanya macam tiba dikampung. Susasana kampung, sunyi dari hirup pikuk bandar dan paling best decor chaletnya yang unik. Setiap katil dikhaskan kelambu kahwin, decor dalamannya mengekalkan dekorasi kampung jenis lama dan tiada air cond. Bajet tapi malam masih sejuk beb. Malah pintu bilik airnya pun tidak diletakkan sebarang tombol cuma pakai selak. Cuma yang kurang sikit ialah ada tirai/tingkap menghubungkan tandas dan bilik. Kira boleh see thru la apa orang dalam tandas buat. Nasib baik ada langsir tutup tingkap tu. Huhu

Amazing Thailand - Krabi Hari Kedua Pagi

Bangun pagi,  gosok gigi  cuci muka dan mandi, Kemas bag lepas check out nak round island... Hehe.. nyanyi pulak. Okeh sebab tulah aku dan kenkawan kalau pergi mana-mana memang akan sewa hotel/chalet yang paling murah sebab tau kiteorang takkan tinggal lama dalam bilik tu. Tengoklah semalam sampai dalam pukul 10.30 malam dah dah check out pukul 7.30 pagi. Untuk tidur, sembahyang dan mandi saja gunanya bilik tu jadi buat apa nak membazir benda yang tak akan kita gunakan? Betul tak? KL House Hotel Kami tumpang bag kat reception kaunter sebab kalau nak check in hotel yang seterusnya pun belum masanya. Kini masanya kami akan ke Phi Phi Islands!!! Wah eksaited terlebih ni...  Sebelum tu kami makan bekalan yang dibawa dari rumah. Lai..lai ada serunding, roti, sambal ikan bilis, roti lagi, jajan, dan nasi yang sempat dibeli dirembat oleh partner in crime aku sebelum tido. Sila..sila makan.. Makan pula di meja restoren yang berlambak ditepi jalan. Tumpang meja