Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Monday, July 29, 2013

Deactivate Facebook??

Aku sudah meng'deactivate' facebook ku. Bukan sebab lari, bukan sebab nak biar orang tercari-cari dan bukan sebab nak biar orang merindui aku. Cewah! Macam ada jer orang nak merindu.. :P

Aku deactivate facebook sebab aku baru terperasan sesuatu dekat ruangan search. Kalau click kat ruangan search tu lepas tu type nama yang ingin dicari. Lepas tu kita click sebelah kiri sekali nama yang kita search. Ruangan search tu akan appear macam ni.

Pinjam FB orang lain

Lepas tu kita click di photo of ....... (yang kita type tu). Magic, magic and magic bila orang yang privatekan gambar dia (yang ditag yea)  pun kita boleh tengok. Owh no.... Maksudnya orang ramai boleh tahu apa aktiviti kita. Dan paling magic walaupun kita bukan kawan still si dia boleh mengakses aktiviti kita.

Ini tidak bagus sebab kita kan dah setting private tapi orang luar boleh mengakses gambar kita dengan mudah. Orang luar tu mungkin pakwe lame, musuh kita dulu ler atau orang yang suka stalk kite.

Pilhan aku?? Deactivate jerlah FB sebelum jumpa penyelesaian dia. Wah!!! Terputus sudah aku dengan dunia FB... Okey FBians, pilihan ditangan anda.... Kikiki

Don wori aku masih boleh dihubungi melalui
email - izza_dude06@yahoo.com


Saturday, July 27, 2013

Trip Sempoi Ke Ganu Kite - Pengenalan

Pak Ali membeli keli 
Keli dibeli dikedai Pak Jali
TripSempoi nama diberi
Nani ketua trip sempoi ini

Errr abaikan rima yang tak berapa nak betul tu.. Malusssss larik sorok muka...




 


Idea ni dicetuskan oleh Anne masa kami di Jogja, disokong oleh saya kikiki tapi direalisasikan oleh Nani. Thanks Nani sebab bagi kami rasa pengalaman yang lain dari yang lain. Maksud lain dari yang lain ialah lupakan hotel mewah, lupakan makanan mewah, lupakan segala-gala yang mewah tapi kita belajar cara bercuti yang very-very sempoi. Best tau Nani. Lain kali buat lagi..

Nani memilih tarikh 24-26 Mei 2013 (nampak tak punyerlah malas baru bulan tujuh aku update pasal percutian ni)..Tarikh ni dipilih sebab ada cuti berderet dan permulaan cuti sekolah. Plannya pukul 9 malam bertolak dari Tol Gombak ke Terengganu.. Tapi disebabkan permulaan cuti sekolah jalan jadi jem maka rasanya kami start dalam pukul 10. Tak kisah la asalkan sampai.

Aku tumpang kereta Anne. Kira kiteorang 10 orang berkonvoi 3 buah kereta ke Terengganu. Pesertanya Nani, Anne, Su, Ita, Fathi, Kak Sham, Kava, Mei Ling, Li Tian dan aku. Peserta trip sempoi ni 1 Malaysia dan memang sempoi.. Kereta Anne, penumpangnya aku dan Su. Malangnya malam tu hanya Anne jer yang drive. Sori Anne. Hebat Anne!

Kisahnya malam kelmarin aku tak tidur langsung sebab menyiapkan tempahan coklat Ustazahku. Nak cari mood punya pasal pukul 11.30 malam baru aku start buat coklat. Hihihi. bermata panda lagi aku ni.Kemudian balik kerja ingatkan boleh tidur sejam dua, tengok-tengok coklatku rupanya sudah dijamu oleh sikecil.. Adoi.. Bersengkang mata lagi...

Okeh berbalik kepada trip sempoi, selepas sessi suai kenal kejab kami pun memulakan perjalanan. Mula-mula aku boleh tahan mata bersembang dengan Anne tapi entah macam mana masa bersembang-sembang tu aku boleh terlelap. Haha. Sedar-sedar dah masuk Kuala Terengganu lepas tu sampai rumah Nani. Aduhai teruknya aku ni...

Kami sampai ngam-ngam masa azan Subuh. Lepas solat subuh kami sambung tidur sementara menanti hari cerah. Bila dah bersiap barulah sedar yang mak Nani dan Nani sudah menyediakan sarapan pagi. Alamak malu sekejab sebab tak tolong mak nani siapkan sarapan untuk kami semua. Mak Nani jamu kiteorang dengan nasi kebuli/bolli. Wow ni first time dengar nasi kebuli ni. Yang aku tau cuma nasi dagang kuah banjir restoren Wau Bulan. Wah terpromote pula restoren tu. Kikiki... Lauknya gulai ikan tongkol dan acar timun. Perggggghh sedap sampai tambah berkali-kali...


p/s Nani saya suka dengan rumah awak. Susah nak cari rumah tinggi macam tu zaman sekarang ni.. Menyesal tak tangkap gambar :)










Wednesday, July 24, 2013

Surabaya, Indonesia - Total Expenses



Bila trip dah habis, tak lupa aku nak kongsikan total expenses yang dah digunakan sepanjang trip Surabaya, Indonesia selama 4h3m ni. Let's! 



Day 1 (26 Februari 2013)

  • Tiket Airasia : RM209/pax termasuk beg 15 kg
  • Minyak dan tol ke LCCT : RM50
  • Becak : Rp 10,000
  • Makanan seharian di Surabaya : Rp 50,000
  • Sim Kad : Rp 10,100
  • Supir, Hotel, dll : Rp 950,000
  • Jubah : Rp 145,000

Sub-total for Day 1: RM631.80





Day 2 (9 February 2013)

  • Kuda : Rp 80,000
  • Tip at Madakaripura Waterfalls : Rp 20,000
  • Makan Malam : Rp 30,000
  • Souvernier : Rp 300,000

Sub-total for Day 2: RM 137.60



Day 3 (10 February 2013)

  • Jajan Pasar Ahad Malang : Rp 50,000
  • Beli Epal : Rp 10,000
  • Tip Karyawan di Coban Rondo : Rp 10,000
  •  Makan Malam :Rp 60,000

Sub-total for Day 3: RM41.60





Day 4 (11 February 2013)

  • Souvernier : Rp 300,000
  • Lunch : Rp 30,000
  • Tips supir (ikut budi bicara masing2) : Rp 50,000
  • Tol : Rp 5000
  • Airport Tax : Rp 150,000
  • Jajan : Rp 50,000
  • Airport souvernier : 200,000
  • ERL (LCCT –KL Sentral) – RM 12.50

Sub-total for Day 4: RM263.70







Grand total : RM1074.70/pax



Tukaran untuk 1 juta= RM 320.00 (aku genapkan ikut pengiraan aku)



Surabaya - Hari Keempat last

Sambungan dari Surabaya.

Lepas melawat Masjid Sunan Ampel, Nasyid (supir) kami menghantar kami ke destinasi masing-masing. Dimana aku, Razat dan Kak Rin terus balik ke Malaysia manakala Awa, Yatt dan Ayu meneruskan penjelajahan mereka menakluk Indonesia. Route mereka Surabaya-Yogjakarta-Bandung. Perghh banyaknya cuti mereka sebelum balik mengundi. Aku yang takde cuti ni bertabahlah balik ke Malaysia dan esoknya bertabah jadi panda sebab tak cukup tidur.

Di Airport barulah aku berpeluang membeli belah.. Huhuhu sebab disitu ada money changer. Oh ya, kenapa tidak keluar duit di ATM? biasanya aku tidak akan mengaktifkan kad maybank sebab tahu aku leh habiskan duit dalam masa yang singkat. Kad kredit? Say no to kad kredit. Maka sempatlah aku mencapai beberapa barangan di airport seperti fridge magnet, t-shirt dan coklat.

Mengapa aku tak beli di JMP? Sudah puas kupusing satu JMP tapi tidak jumpa langsung fridge magnet.
Ok airport tax di Surabaya Rp 150,000 so kena asingkan siap-siap takut nanti terbelanja. Airport tax Surabaya rupanya sama dengan airport tax Jakarta mungkin statusnya yang bergelar bandaraya.

kredit to kak Rin
Bon Voyage Surabaya, moga ketemu lagi dilain masa. Misi mengejar sunset pula di Bromo. Bila? Saya pun kurang pasti

Flight tiba on time dan kami landing pun on time.





Pengalaman Cemas Masa Bercuti

Masa bercuti pun kadang-kadang terjadi sesuatu yang tidak disangka-sangka contohnya kena rompak, passport hilang, kena ragut and the worst thing is kena cabul/rogol especially pada solo traveller. Erm.. disini aku nak share beberapa tips berguna yang aku ambil dalam group FB. Maybe boleh jadi guideline pada traveller/tourist. Sharing is caring (^^)

Ni boleh dipraktikkan masa gempa bumi/kebakaran/banjir/atau sebarang bencana alam..


sumber group MBC

Komen dari pembaca MBC
passport kena get ready,
i have it in a small backpack beside me when i sleep.
im programmed to grab and run in case of emergency,and of course run with my wife and kids.
sista,good to have a small torch light.
AND REMEMBER WHERE THE EMERGENCY EXITS ARE

 Ni pula pengalaman dari female solo traveller (pun copy dari MBC group)



Just wanna share my experience on female solo backpacking. Saya pernah ada experience kena rompak dengan 2 org lelaki (remaja lingkungan 18-20). Kalau terjadi lah kan, jangan melawan ok. Bagi je la apa yg ada (depa nak beg, or apa2 barang dlm beg tu). Kalau tidak risiko untuk diceredakan tinggi. Tips saya ialah:
1) Cuba utk tidak panik atau melawan.

2) Call semua bank yg ada dlm purse/beg yg kena curi tu. Kalau menangis or layan blues tak guna sebab depa boleh use the cards within 10 mins je after kejadian berlaku. (Dia ingat dia licik, kita pun licik tau hehe!).

3) Then, baru pergi buat report police.

4) Sila pergi ke embassy malaysia terdekat utk dptkan temporary passport or any bantuan.Embassy akan tolong selalunya bagi ticket flight and duit sikit but kena ingat semua duit ini ialah advanced je, once dah selamat sampai pepandai la bayar semula kan. Oh ye, kalau IC pun kena sailang jugak... sila suruh embassy malaysia buatkan satu surat berletter head dan ditujukan kpd JPN. Mcm kes saya, IC ilang.. lesen ilang.. so saya suruh depa buatkan surat utk 2 organization yg berbeza itu. Penting!!! Sebabnya, nanti balik Malaysia or mcm kes saya balik UK, utk buat passport baru nanti tak adalah masalah... Penyelamat saya ialah surat beranak original... haha! Thanks surat beranak.... sebab surat beranak yg ori masih ada yg memudahkan process saya... sebab IC dah ilang, lesen dah ilang.....  cam ner nak ngaku malaysian kan kan? :)... kalau tak ada any of them yg original (sbb ilang jugak)... mmg agak dlm trouble, sbb kena call family kat malaysia dptkan original copy of birth cert dan certifiedkan by officer then suruh depa fax kan kat embassy yg negara kita stranded tu.... (pengsan process dia... kalau seminggu nak siap, seminggu laa tunggu kat negara yg standed tu...)

5) Selalunya, sy letak duit dalam account current according to my budget je (sikit2 transfer. sampai satu hostel or kat host courchsurfer sy bukak net and transfer brapa yg nk guna on that day), so that boleh guna debit card to pay expenses while travelling and the rest simpan kat saving account yg tak boleh keluarkan pakai kad (unless you letak kat current account)... hehe!!! (selamat duit mak uols!)....

6) Simpan contact bank, embassy, emergency. 2) make sure letak sikit duit dlm poket (sebek la sy jenis simpan duit dlm poket... so depa dpt purse kosong ler..) 3) selamat jugak hp sy dlm poket... Oh ya.. jgn ingat perompak ni ganas2 tau... perompak yg rompak sy tu sgt ler romeo... haha! This is actually, my 2nd times of bad experience after 1st one diekori stalker bertrenchcoat ok (terasa ala-ala dlm movie)....

7) oh another thing... normally sy travel solo... saya akan emailkan itinerary sy kat kedutaan negara yang sy pi tu.. kalau gi few countries, each country yg ada embassy malaysia tu sy emailkan (derang tak mintak pun.. sy yg google email embassy and just letak FYI utk depa je).... sebabnya?

1) sy travel sorang.

2) travel sy jenis gamble je lah...kdg2 suke pi tmpt yg less tourist and very well known dgn local... sbb cantik and rare places

3) worst thing kut kalau mati eksiden ke mati kena bunuh ke (in case lah) they can track us kalau family report missing... few cases happen for independent traveller and it's common. so just another tips...ini lah sy selalu sy buat for solo female traveler traveling independently (budget mak very tight uols... tp nak tgk dunia jugak...bedal lah)

8) Before travel... buat je la possible list... do's and dont's.... pros and cons... kalau kena rompak nak buat apa?... kalau kena pickpocket nak buat apa?... saya kena plak tu kat tempat yg org dia tak paham english... boleh? (mak sebat ckp melayu baru tau.. hehe!.. but i've knowledge another foreign language yg a bit similar to theirs. so another point, sebekkk laaaa kan :D) .... basic language sikit2 tmpt yg nk pi tu kena tau laa.. contoh, kiri kanan numbers alaaa yg simple2 je... i think it's useful.. really.
No matter how prepared and careful we're... kalau benda nak jadi, dia akan jadi... so take note jugak kalau worst things happen ok. Like my case, i managed to fly back on the next day sebab i got copies of my visa, passport, ic, surat beranak... attached in my email. I'd like to hightlight it's very important to have copies letak la somewhere in internet ok. Kalau tidak, you'll stranded in the country with no money, no identity... many cases yg kena duduk dlm seminggu mcm tu baru settle.. gila lama!
Of all i learnt many things... perompak di setiap benua adalah professional in some other way, ... careful macam mana pun kalau worst things nak jadi, dia jadi so face on je la... dont panic and be quick (nak menangis or drama2 adalah tidak membantu). But all worst experiences i ever had never turn down my passion and curiosity to discover the world especially on independent travelling with very tight budget. #independenttraveler #woman #solo This is only my tips based on my own experiences. Bukan nak menakutkan, but it's true.. and i'm happy to share!! ;) Thank you uols...
Dan pada pandangan saya, kalau nak melancong ke negara orang sentiasa update status dengan keluarga terdekat, perlu ada nombor kedutaan negara Malaysia dinegara yang bakal kita kunjungi, dan janganlah terlampau menunjuk-nunjuk kita tahu segalanya nanti orang meluat.. Hehehe Owh dan lagi satu simpan copy passport, IC, surat beranak dan nombor yang penting-penting dalam email. Jadi takdelah kita stuck kat negara tu lama-lama...


 

Saturday, July 6, 2013

Surabaya - Kami datang, kami sentuh dan kami rasa keindahannya - Hari keempat (pagi)

Maaf entry ni banyak info dan banyak gambor sila bertabah

Masjid Cheng Ho 

Hari ni hari terakhir kami disini. Sob..Sob.. kami sebenarnya sudah berada ditengah-tengah bandar Surabaya.Semalam kami check in di Sparkling Backpacker Hostel. Harga? Jangan ditanya sebab semua dah masuk dalam harga pakej kami. Tapi oklah hostel ni. Sering aku membayangkan hostel backpacker ni menekankan konsep sharing bilik tapi yang ni share berdua jer. Oklah kot dan paling penting ada breakfast.

Oh  masa kami breakfast ada mamat dari Ireland. Tindal namanya. Dia berbasikal hampir setahun dari Ireland dan akan menghabiskan perjalanannya di Australia. Perghhh mantop!... Katanya di Malaysia dia sukakan cendol dan sukakan suasana di Penang. Hehehe.. kalau dia dapat minum Teh Tarik.. aku rasa mau dia terus stay kat Malaysia.

Owh disebabkan hari ni hari last jadi kami gunakan sepenuhnya masa yang ada untuk melawat sekitar bandar Surabaya. Hari ni Masjid Cheng Ho dan Masjid Sunan Ampel. Masjid Cheng Ho di Surabaya ada dua ya. Satu di bandar Surabaya dan satu lagi di Pasuruan. Leh refer kat sini masjid Cheng Ho . Masa kami ke sana, ia dalam proses pembaikan. Tapi kami tetap boleh eksplore keseluruhan Masjid Cheng Ho. 


Moh layan gambor la... 

Nakhoda bawaku ke arah Timur

masjidnya kecil je...




mengintai Awa dari celahan besi..

saya amat merindui bunyi pukulan beduk ini. Di kampung saya beduk hanya dipukul sekali pabila azan maghrib dimusim puasa saja.




Yang aku perasan ialah masjid ini meriah dengan warna-warnanya. Dan warna merah banyak memainkan peranannya. 


Highlight 
Aku sukakan tempat wuduk ni. Ada tempat meletak kaki bila berwuduk. Kalaulah Malaysia boleh buat macam ni sudah tentu orang tua atau orang berbadan besar tidak susah mengambil wuduk... 



Masjid Sunan Ampel

Selepas puas mengeksplore Masjid Cheng Ho di Surabaya, kami ke Masjid Sunan Ampel. Boleh refer  disini masjid sunan ampel. Dari pembacaan aku bolehlah dikatakan bahawa masjid ini menjadi masjid paling ramai pengunjungnya dan terkenal dengan salah satu wali songo iaitu Sunan Ampel. 

Terletak dicelah kota Surabaya, supir kami menyelit-yelit jalan disekitar kawasan rumah orang akhirnya kami tembus di masjid itu. Jadi aku tak dapat ambil gambar penuh masjid ni. Tapi tak per kite boleh eksplore isi dalam Masjid Sunan Ampel.

Masjid Sunan Ampel menjadi titik pertemuan antara Masjid, Perkampungan Arab dan Kubur Wali disitu dan juga tempat pertemuan sesama Islam disini. 

Ok sinonim dengan jolokan wali songo. Aku rasa orang-orang jawa pasti faham pasal wali songo. So tak perlulah aku ceritakan pasal dia sebab aku pun tak pandai. Hehehe.. 


Kami sempat menunaikan solat dan aku sempat mengambil beberapa keping gambar disini.. Keadaan masjid ini sangat bersih...







luas dan besarkan? Tapi tidak ramai orang disini (TT)
Kami ke sekitar Sunan Ampel. Dan mendapati wah ramainya orang disini.. Kemana tujuan mereka? Siap ada link jalan sehala.

Disinilah mereka pergi. Ke kuburan Sunan Ampel. Saya rasa hampir ratusan orang disini menyedekahkan zikir dan surah pilihan. Bertuah empunya nama Sunan Ampel. Al-Fatihah



Disini juga sebenarnya ada makam seperti makam
Sunan Ampel (sinonim dengan nama wali songo) -Paling ramai pengunjungnya.
Mbah Sholeh pula riwayatnya
Mbah Sholeh adalah tukang sapu masjid Ampel. Lantai masjid sangat bersih.
Ketika Mbah Sholeh wafat, beliau dikubur di depan masjid. Masjid sejak peninggalan Mbah Sholeh menjadi kotor. Kemudian kata-kata Sunan Ampel. "Jika Mbah Sholeh masih hidup tentulah masjid ini menjadi bersih."


Mendadak Mbah Sholeh ada di pengimaman masjid sedang menyapu lantai. Seluruh lantaipun selanjutnya menjadi bersih sekali. Orang-orang pada heran melihat Mbah Sholeh hidup lagi.


Beberapa bulan kemudian Mbah Sholeh wafat lagi dan dikubur di samping kuburannya dahulu. Masjid menjadi kotor lagi, kemudian terucaplah kata-kata Sunann Ampel seperti dulu, Mbah Sholeh pun hidup lagi. Hal ini berlangsung beberapa kali sehingga kuburannya ada delapan.


Pada saat kuburan Mbah Sholeh ada delapan, Sunan Ampel meniggal dunia. Beberapa bulan kemudian Mbah Sholeh meninggal dunia, sehingga kuburan Mbah Sholeh ada sembilan. Kuburan yang terakhir di ujung paling Timur.

 
Mbah Bolong
Suatu ketika ada perselisihan saat pembangunan Masjid Ampel dalam menentukan arah kiblat. Konon saat itu Sunan Ampel dan sejumlah santri senior sedang berdebat untuk penentuan arah kiblat masjid.

Kemudian Mbah Bolong datang untuk menengahi perdebatan itu. Saat itu, Mbah Bolong langsung menunjuk tembok dan terlihat Kakbah. "Saat itulah langsung disepakati arah kiblat masjid hasil dari Mbah Bolong," kata Baidowi. - See more at: http://suar.okezone.com/read/2011/08/15/345/492076/mbah-bolong-penunjuk-arah-kiblat-masjid-sunan-ampel#sthash.5BdNH2RB.dpuf
Mbah Bolong pula terkenal kerana ketika ahli masjid berdebat mengenai penentuan arah kiblat, Mbah Bolong telah menunjukkan satu tembok dan kelihatanlah Kaabah.

salah satu makam yang ada disana. Credit to Ankel Gugel
Aku menghormati kefanatikan mereka. Bagi pendapatku biarlah mereka terus mengagungkan pemimpin mereka tapi diharap tidak sampai menyeleweng dari landasan sebenar. Disetiap makam aku sedekahkan al-fatihah. Semoga roh mereka tenang disana.

Suatu ketika ada perselisihan saat pembangunan Masjid Ampel dalam menentukan arah kiblat. Konon saat itu Sunan Ampel dan sejumlah santri senior sedang berdebat untuk penentuan arah kiblat masjid.

Kemudian Mbah Bolong datang untuk menengahi perdebatan itu. Saat itu, Mbah Bolong langsung menunjuk tembok dan terlihat Kakbah. "Saat itulah langsung disepakati arah kiblat masjid hasil dari Mbah Bolong," kata Baidowi. - See more at: http://suar.okezone.com/read/2011/08/15/345/492076/mbah-bolong-penunjuk-arah-kiblat-masjid-sunan-ampel#sthash.5BdNH2RB.dpuf
Suatu ketika ada perselisihan saat pembangunan Masjid Ampel dalam menentukan arah kiblat. Konon saat itu Sunan Ampel dan sejumlah santri senior sedang berdebat untuk penentuan arah kiblat masjid.

Kemudian Mbah Bolong datang untuk menengahi perdebatan itu. Saat itu, Mbah Bolong langsung menunjuk tembok dan terlihat Kakbah. "Saat itulah langsung disepakati arah kiblat masjid hasil dari Mbah Bolong," kata Baidowi. - See more at: http://suar.okezone.com/read/2011/08/15/345/492076/mbah-bolong-penunjuk-arah-kiblat-masjid-sunan-ampel#sthash.5BdNH2RB.dpuf
Kemudian kami ke Perkampungan Arab/Pasar Arab. 
Masa ni mata terbukak besar-besar sebab jubah-jubahnya dahlah cantik dan murah sangat. Dalam RM 40 ke atas. Tapi disebabkan aku tak menjumpai sebarang money changer (aku bawa duit dalam 2 juta rupiah jer) jadi terpaksa menahan segala nafsu serakah. Hahaha... Opps kebanyakan peniaga disini berdarah kacukan arab. So ramailah yang aku jumpa kacak-kacak dan cantik-cantik. Ya Habibi Ya Maulana, ada putih ada hitamla (sambil geleng-geleng kepala macam cerita P. Ramlee)

Kebanyakan barangan yang dijual disini seperti jubah, kain sembahyang, kopiah, jubah lelaki, tasbih, kurma dan pelbagai barangan hai boleh didapati disini.





Telekung design baru. Telekung design bali katanya













bersambung

Suatu ketika ada perselisihan saat pembangunan Masjid Ampel dalam menentukan arah kiblat. Konon saat itu Sunan Ampel dan sejumlah santri senior sedang berdebat untuk penentuan arah kiblat masjid.

Kemudian Mbah Bolong datang untuk menengahi perdebatan itu. Saat itu, Mbah Bolong langsung menunjuk tembok dan terlihat Kakbah. "Saat itulah langsung disepakati arah kiblat masjid hasil dari Mbah Bolong," kata Baidowi. - See more at: http://suar.okezone.com/read/2011/08/15/345/492076/mbah-bolong-penunjuk-arah-kiblat-masjid-sunan-ampel#sthash.5BdNH2RB.dpuf
Suatu ketika ada perselisihan saat pembangunan Masjid Ampel dalam menentukan arah kiblat. Konon saat itu Sunan Ampel dan sejumlah santri senior sedang berdebat untuk penentuan arah kiblat masjid.

Kemudian Mbah Bolong datang untuk menengahi perdebatan itu. Saat itu, Mbah Bolong langsung menunjuk tembok dan terlihat Kakbah. "Saat itulah langsung disepakati arah kiblat masjid hasil dari Mbah Bolong," kata Baidowi. - See more at: http://suar.okezone.com/read/2011/08/15/345/492076/mbah-bolong-penunjuk-arah-kiblat-masjid-sunan-ampel#sthash.5BdNH2RB.dpuf