Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Wednesday, November 30, 2011

MemBROGAkan diri

Akhirnya cita-cita aku nak ke Broga akhirnya tercapai.. memang dah lama aku teringin ke sana masalahnya tiada teman..
Alhamdulillah aku berjaya menjejakkan kaki kesana tepat pukul 7.00 pagi dan sampai ke puncak kira-kira pukul 8.30 pagi.. hehe..lamakan? Berdenyut kencang juga pankreasku untuk tiba ke sana...
Perjalanan memakan masa yang agak lama kerana jalannya licin dan aku seorang yang kekurangan stamina.. senang PANCIT.. hehe
Terus terang aku tidak sampai ke puncak sana kerana aku agak gerun melihat track yang begitu cerun/tinggi... tak dapat aku bayangkan camne nak turun nanti.. aku memilih untuk berehat di ketinggian tett dari paras laut... sowi tak ingat laaaa...

enjoy the photog.. maklumla camera cikai jer... hihi..
nak pegi lagi la nanti.....







sampai disini saja aku mampu sampai




Tuesday, November 29, 2011

Terengganu Nice Place

Percutian ke Terengganu tidak dirancang. Aku ke Kelantan bersama 2 kawanku (kak Linda & Laila) untuk menghadiri perkahwinan seorang teman rapat (Haida). Kemudian TERlajak ke Terengganu.
Disebabkan cuti ini tidak dirancang maka semuanya dibuat dlm 1 hari saja... Kami tak sempat cover pulau2 percutian yang indah di Terengganu... seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang, dan sebagainya...
tapi sempatla cover Kuala Terengganu n Perkampungan Islam Hadhari..

Kami tiba di Kuala Terengganu pukul 10.30mlm.. Kami mula mencari bajet chalet, bajet hotel dan akhirnya kami dapat bajet Homestay.. RM 50/nite... Rumah 2 tingkat, tepi laut dan tempatnya nice sgt...tepi laut, dekat bandar dgn ada segala-gala kemudahan..
Homestay ni membolehkan org yg tiba mendadak menyewanya.. kalau tak silap aku ada 3 pasangan keluarga menyewanya.. mudah dan meringankan beban..

Keesokkan paginya kami ke Perkampungan Hadhari, Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal.. dengan bayaran lebih kurang RM 15..  dan kami diberikan PASSPORT untuk datang kali kedua dengan percuma...terujanya kami kerana disajikan dgn himpunan masjid-masjid terkenal diseluruh dunia... seperti Kaabah, Masjidil Haram, dll....semua masjid ni kita boleh sentuh, rasa dan ia dibuat dengan teliti.. sangat teliti OKE..

Citer banyak tak best..meh tgk gmbr...
maaplah gambar diambil dari kamera lama.. peneman setia sejak 2004 lagi.. tapi masih boleh berkhidmat sampai sekarang

Ni semua kat Taman Tamadun Islam... nak masuk sini










nanti upload gambar lagi.. internet slow.. hehe


Pastu kami menerjah ke Masjid Kristal.. cantiknya.. subhanallah...

Sedikit gambar di Kelantan...

Diet Hancus Part 2

wah.. ade part2 lak kan...
erm.. memang minggu ni aku makan,makan dan makan tak hingat dunia.. hehe...
kalau ikut adat/peraturan/syarat ATKINS aku kene pantang makan mende2 berkarbohidrat TINGGI tapi minggu ni dan lepas-lepas... aku dah langgar pantang larangnya...
aku dah makan nasi..dah makan buah berkarbohidrat tinggi (durian) ohhhh noo... minum minuman manis manis and lemak berkrim disukai ramai..
nak wat camno.. nafsu makan den terlampau kuat.. huhu... memang tak menjadi la diet den nih..
senaman hancus terus.. haha..
camne la aku nak kurangkan kadar BMI aku ni...
dahlah aku ni salah seorang penyumbang kepada rakyat obes di Malaysia...

ade tak sesiapa yang nak menemankan saya berdiet dan bersenam? angkat keyboard ea....

Monday, November 14, 2011

Try To Be Positive

Wah..tajuk menglish tapi entrynya bahasa melayu.. haha... terus terang aku tidak berapa pandai berbahasa english...
Aku tau kebanyakan entry aku lebih kepada berbaur negatif.. aku cuba sebaik mungkin untuk bersifat positif tapi apabila aku bersifat positif aku digunakan... hehe..
so..aku berjanji pada diriku..aku perlu bersikap positif dalam semua perkara... walaupun benda tu negatif... aku akan tukarkan ia ke arah positif.. tak termasuk perkara yang merosakkan aku ea cth dadah.. hehe...
aku akan cuba berfikiran positif... thats mean aku akan try berfikiran diluar kotak... untuk mendapatkan kepositifannya..opss ade ke perkataan nie? hehe...
bersikap positif iaitu aku tidak akan pesimis dan akan selalu memaniskan muka... bkn talam dua muka ea
bersifat positif eh..eh lain ker ngan bersikap positif? bagiku lain.. bersifat positif bagiku ialah menerima keadaan yang ada dalam keadaan positif dan tidak buruk sangka...
erm bolehka?? kita cuba ea...