Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Saturday, November 16, 2013

Total Lost ke Kuching Sarawak

Jumlah Perbelanjaan di Kuching

 Tiket Mas - RM 76/return
ERL - RM 70/return
Makan, minum, penginapan, transport, entrance masuk - RM 428.00
Sopink - RM 250.00

Total RM 824.00

 Erm ekceli jumlah perbelanjaan kali ni aku rasa sangat besar sebab aku tak masuk banyak tempat menarik kecuali SVC n Hutan Bako. Sebenarnya boleh save banyak untuk penginapan, transport dan makan. Tapi disebabkan tema DIVA so terimalah seadanya... Hahahaha

Thursday, November 7, 2013

Sarawak - Entry terlajak MALAS -EDIT LAGI

Update cepat-cepat dalam satu entry... Boleh?
Hehehe....

Hari Pertama - Rumah Budaya Sarawak (SVC), Sekitar Gunung Santubong dan Restoren Baroq
 
View dari De Palma Hotel

Hari pertama
Kami ke Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Village Cultural-SVC) di Santubong
Masuk RM 55 (dapat diskaun dari hotel)
Perjalanan dari hotel ke SVC dalam 1 jam.

Pesanan : Kalau ke sini make sure korang ada map atau GPS sebab di Kuching sangatlah kurang papan tanda. Kalau ada pun kecik cinonet. Pastu mulalah buat aksi pusing bulatan-bulatan di sini. Disini sangatlah banyak bulatan dan bulatannya boleh buat kawasan perumahan gitu (besar) 

Untuk ke Kampung Budaya Sarawak ni kami minta pekerja hotel lukiskan map untuk kami. Nasib baik permintaan sengal kami dilayan dengan baik. Thumbs up!..











Rumah budaya yang ada disana














Ini berhampiran dengan SVC. Udara agak gelap dan kelam. Mungkin jerebu dan sedikit hujan rintik-rintik. Aksi kami banyak dirakam oleh kenalan baru dikenali. Mungkin lebih 100 gambar kami dirakamnya tapi yang seterusnya biarlah menjadi kenangan untuk kami semua. Hehehe..



KAMI

Kami makan malam di Restoren Baroq yang terletak di penghujung seberang sungai Sarawak. Kalau korang nak kesini boleh menggunakan perahu penambang (RM0.50) dari Waterfront atau menaiki kereta. Di kawasan ni banyak kedai-kedai kek lapis seperti Mira Kek Lapis, Dayang Salhah Kek Lapis dan lain-lain. Food court pun ada jugak.. Pendek kata disini senanglah nak makan-makan. Rasanya? Erm baik cuba sendiri sebab selera masing-masing.


Hari Kedua- Mem'BAKO' diri ke Taman Negara Bako

Sarapan di gerai tepi jalan sebelum ke Bako. Maaf aku lupa nama gerai ni. Tapi bagi aku yang bertekak Melayu (nak pedas,nak rasa masin,manis semua tu) kedai ni memang terbaik. Rasa makanan dia sedap. Hihihi. Paling aku suka kat sini aksi penebar roti canai dia, tebar roti canai macam menari zapin sambil tersenyum. I loike!...Roti canai dia paling sedap!

Perjalanan kami teruskan ke Taman Negara Bako. Bot dan perbelanjaan ke Bako dalam RM 30/seorang camtu.. Hehehe luper nak amik note.Nak ke Taman Negara Bako ni bukan senang ya. Mula-mula kena daftar dulu, lepas tu naik bot ke Taman Negara dan kemudian korang kena mendaftar di HQ.

Sebelum turun dari bot, kami sempat berpesan dengan pakcik bot agar mengambil kami di Tanjung Pandan Kecil dalam pukul 2 petang. Kena pesan siap-siap kalau malas letih nak berjalan balik ke HQ.

Pesanan : Trail berbeza-ada yang susah dan ada yang senang. Terpulang nak pilih yang mana tapi make sure bawak air mineral banyak-banyak sebab disini tiada apa-apa fasiliti terutama di Tanjung Pandan. Kami pilih untuk ke Tanjung Pandan. Pakaian pilihlah pakaian bersesuaian..

Ok lets starts our journey...
Kami dinasihatkan perlu mengikut tanda merah dan kemudian mengikut tanda kuning. Perjalanan pada peringkat awal agak mencabar sikit bagi kami yang tak selalu trekking tapi kepada yang selalu hiking memang kacanglah.














Selepas bertemu dengan pokok bertanda kuning, kami perlu mengikut tanda itu sampai penghujungnya. Sampai disini trek semakin senang untuk dilalui.




 Akhirnya kami berjumpa juga dengan keindahan Bako. Inilah Tanjung Pandan ni masih dan sangat-sangat virgin. So jangan harap ada kedai atau pondok disini
Tanjung Pandan. Amacam cantikkan??

Disini kami menghilangkan lelah dibawah boleh dipanggil gua. Sebab tiada sebarang binaan disitu untuk berlindung. Hahaha.. So makan bekalan yang ada, tangkap gambar sejam dua lepas tu kami menuju ke Sea Stack.

 Satu lagi penarik disini ialah Seastack.



 Hari ketiga- Pasar Serikin, Gua Angin, Tasik Biru dan Taman Sahabat
Sebelum kesini kami makan di Restoren Kopi 'O' Corner. Ramainya orang disini. Expectationku mesti sedap tapi biasalah tekak berbeza.
Kemudian pasar Serikin kami tujui.

Info: Pasar Serikin merupakan pasar Sabtu dan Ahad dimana peniaga-peniaga dari Pontianak Indonesia turun untuk berniaga disini.

Seperti biasa kami sesat dulu sebelum tiba disini. Expectation aku tentang pasar ini tidaklah terlalu tinggi dan tidaklah terlalu rendah tapi aku tak sangka barang yang dijual agak melampau. Razat sampaikan cakap "it's ridiculous price. I can get more cheaper at Kuala Lumpur".. Bagi aku pula, harga memang melampau tapi mungkin ini tempat tumpuan pengunjung jadi harga mungkin diupkan lebih dari biasa

Info: Menurut seorang pakcik ditempat lain, lebih bagus pergi hari Ahad kerana biasanya peniaga akan menurunkan harga semaksimanya. Kesalahan kami sebab pergi hari Sabtu. 







Kemudian kami ke Gua Angin. Oklah untuk mencari pengalaman baru. Bayaran masuk RM 3.
 



Dalam keadaan kami tersesat menuju hotel, kami terjumpa Taman Sahabat. Taman Sahabat ni taman berstuktur binaan negara China. Tiada bayaran dikenakan. Info tentang taman ni korang gugel la sendiri yer..













Kalau tak silap malam tu kami sekali lagi makan di Barok. Hahaha...Tapi kali ni kami menaiki bot penambang.



Hari Keempat- Last day (Shopping Day)
Pasar Satok (Kubah Ria)
Di Pasar Satok, aku membaling duit beli cendawan kulat, pergghh sedap ni masak lemak kerang cili padi (sambil gosok perut tahan lapar).., rebung, kuinin, air gula kabong untuk buat teh C layer dan ikan terubok. Alhamdulillah, pemilik kedai ikan terubok tu baik sangat bagi aku ikan terubok kecik (dalam 5 ekor dan telur ikan terubok, padahal dia bukak harga jual telur terubok tu dekat RM 50) hehehe.. Siap packingkan sekali semua hasil rampasan aku. Wah.. 
  

Kek Lapis Mira, disini pula aku rasanya boring cashier tu tengok muka aku. Sikit-sikit top up kek, sikit-sikit top up lagi dahlah mintak packing dalam kotak.

Waterfront - Aku dan Anne menyelusuri deretan kedai-kedai di waterfront. Sempat juga kurampas satu dua barang walaupun wang sudah susut dengan jayanya. Hahaha. Disini aku terjumpa dengan kawan sekolahku  Nurashikin. Lama tak jumpa dia. Hehehe

Oklah SARAWAK, Insya Allah ada masa kita berjumpa lagi. 

 

Wednesday, November 6, 2013

Teaser - Berhari Raya Di Kuching

Teaser?? Adoilah ni iklan lapuk pok...pok....

Okeh nampaknya banyak cuti tahun ni aku tak plan. Mendadak jer datang. Sama macam percutian aku di Kuching ni. Ketua Jabatan dah jeling-jeling dah ni.. Huhuhu...

Bermula Razat post kat FB pasal MAS buat sale, aku like pastu lepas beberapa conversation dengan Razat... dia terus beli. Yerlah why not RM 76/return. Naik MAS makcik... Hohohoho. Motip tak pernah naik MAS... Larikkkkkk

So bermulalah hari kami start pikirkan tema, hotel dan sebagainya. Trip aku sebelum ni mana nak ada bertema bagai tapi sesekali boleh jugak... Hehe..Tapi malam sebelum bertolak aku cakap aku malas la nak pakai baju bertema. Rimas kot pakai baju tu..

Tapi hasilnya????


























                                                                   
Berbaju kurung