Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Tuesday, March 15, 2016

Lombok? Hati-hati ya - Part 2

Hari ni kami dibawa ke desa yang tersembunyi iaitu Desa Sembalun.
Macam biasa janji Melayu, kami terbangun lambat hari ni. Nak kejar sunrise entah kemana aku lebih kejarkan free breakfast aku. Kalau tak turun pada masanya tak merasalah free breakfast aku. Huhu.. 
Boleh gitu? Mas Ari dan Sufian dah menunggu kami masih terkedek2 nak makan.

Perjalanan ke Desa Sembalun mengambil masa hampir 2 jam kerana keadaan jalan yang macet dan sempit. Untuk pergi kami mengambil jalur berbeza dengan balik. Hehe tak ingat namanya.. 
Dari Senggigi kami melalui perjalanan dan akhirnya kenderaan kami mendaki jalan sempit.  Ala-ala Cameron Highland gitu.  Dipertengahan jalan kami ada juga singgah untuk membeli durian, dan nanas.. Dan bila kenderaan kami mula menuruni bukit barulah kami menjumpai desa yang tersembunyi itu. Subhanallah.. Sungguh cantik.. aku nasihatkan korang agar lalu di jalan ini kalau nak terpegun dengan kecantikan Lombok. hehehe

Nah tgk gambar. Eh gambar dalam DSLR. Nanti ada masa aku transfer masuk sini.. :P

Sempat juga kami menyinggah untuk beli strawberry. dalam rm1.50 camtu. Mana nak dapat wei!! Manis buah gitu.. Kalah strawberry Korea yang diwar-warkan sedap tu.
Kami singgah di rumah   dedi http://theluxuryrinjani.com.. owh ya supir kami mengambil guide dari sini ya dan kemudian kami dibawa ke bukit pergasingan.

Masa ni bila melihat bukit yang gagah berdiri tu  hati aku mula berkata-kata. Nak ke tak, nak ke tak.. Hati kata pergi tapi semangat kata eh tak payahlah. So aku ikut kata hati.. Langkah aku teruskan perlahan-lahan. Lagipun tak lari bukit yang dikejar. Owh ya aku suka mengamati pemandangan bukan mahu cepat nak tunjukkan kehandalan. :p cukup aku katakan tak pe pergi dulu nanti aku sampai.


Bukit Pergasingan ini walaupun hanya bukit tapi dekat dimata tapi jauh dikaki. Track 70 degree kot. Penat seh ! nasib baik berlatih jugak sebelum kesini.



Macam biasa aku ketinggalan kat belakang. Mas Anton, Anne, Mas Ari dan Sufyan dah jauh ke depan. nasib baik Dedi sudi jadi peneman setia.. dan berkali-kali juga aku tanyakan pada Dedi (porter) kami jauh lagi ker? Dedi siap pasang lagu untuk menghiburkan hati. hehehe.. Dedi budaknya tak banyak cakap..
Bila dah sampai puncak.. yang terungkap hanyalah subhanallah! cantiknya lukisan alam. meh tonton gambar...




Belakangku Rinjani si gagah Lombok, depanku Sumbawa, Gunung Agung Bali nampak sesekali dilitupi awan dan Rinjani dan dibawahku Desa Sembalun yang sangat cantik!
Lepas lepak-lepak sekejab, aku mengikut mereka ke mata air untuk menunaikan apa yang wajib. Agak jauhla juga dari campsite kami.. Kena turun bukit sikit.


inilah mata airnya.. bolehlah dijadikan bekalan dan berwuduk

Sunset petang ni kurang menjadi. Dunia diselimuti awan. dan aktiviti kami dipetang ni hanyalah makan, selpie, tgk sunset dll..

inilah Dedi.. dia antara yang pikul nanas, durian, makanan kami disini.. 
rasa strawberry  ni manis dan berbaloi dengan harganya.. dalam RM 1.50 jer
haaaa ambik durian berlatarbelakangkan si gagah Lombok


Khemah kami dipasang. Agak gerun juga sebenarnya bila melihat tapak khemah aku berhampiran dengan gaung. Mujur Mas Ari dapat membaca fikiran kami dan meminta mereka memindahkan khemah kami di tempat yang lebih selamat. puh lega...

Aktiviti malam juga sama.. makan dan bercerita didepan unggun api. Sejuknya bukan main. Anton menjadi penyeri kami. Kesejukan menerjah aku meminta diri untuk tidur. Bermilkyway dalam khemah la jawabnya.


Aku terbangun sekitar jam 3 pagi. Mencari stoking, glove dan tudung membungkus diri. Sebenarnya aku pernah menawarkan sleeping bag pada porter sebab dorang macam tak cukup equipment diri sendiri tapi mereka tolak dengan lembut. Nasib baik gak kalau tak mau ada yang cramp sepanjang malam.. hahaha.. Aku mendengar angin bertiup kencang.. derap tapak kaki bagaikan ramai yang melangkah ke puncak... ramai yang bersembang... argghh abaikan..  😱😱😱 Aku sambung tidur..

Monink Lombok, Monink Rinjani, Monink Sumbawa, Monink Gunung Agung
Latar belakang Sumbawa.. Awan tebal
Monink Si gagah Lombok!!

nota  kaki: Post ni aku buat guna HP. Maafkan segala kekurangan gambar yang cantik  mengambarkan kecantikan Bukit Pergasingan dan ketypooan dalam ni. Masih belajar post guna HP

7 comments:

  1. SubhanAllah sangat amazing, memang berbaloi ikut kata hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah walaupun gambar guna hp cabuk pun cantik.. nnti ada masa saya upload gambar dari kamera sebenar :P

      Delete
  2. Replies
    1. tak gagah mana pun.. turun bukit sambil seret kaki.. :(

      Delete
  3. Kenapa nama dia pengasingan? Tempat asingkan orang ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau xsilap hasil mengoogle sblm pergi ke lombok.. tpt org bermain gasing.. sy pun tak berapa nak pasti.. :)

      Delete
    2. kalau xsilap hasil mengoogle sblm pergi ke lombok.. tpt org bermain gasing.. sy pun tak berapa nak pasti.. :)

      Delete