Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Monday, April 28, 2014

Sangkhalaburi Hari kedua petang - Hati berbolak balik

Habis jer buat aktiviti air kami balik ke bilik. Owh lupa pula nak bagitahu sebenarnya masa kami sampai di guesthouse ni, kami jumpa uncle lonely tu.. Ala yang naik van sama-sama dengan kami tempoh hari. Sempat la berhai hai pagi tadi sebelum berpisah.

Petangnya kami jumpa sekali lagi dengan uncle lonely tu. hihih.. Suka-suka jer bagi nama. Bersembang lebih kurang dengan uncle tu siap buat date dan nak berdinner bagai dengan uncle tu. Hahaha.. 

P guesthouse


Uncle Alain. Erk dia tak tiru picprofile sesiapa tapi ni gambar tangkap curi-curi
 
Sunset di P Gueshouse


 Ha! Kiteorang berjanji nak berdinner bagai dengan uncle Alain tapi macam mana nak ke pekan? Uncle naik motor. Kami berempat memang taklah nak naik dengan dia. Nak sewa basikal tak ada pula perkhidmatan sewa basikal. Akhirnya kami decide jalan kaki meredah suasana malam yang sejuk dan anjing-anjing banyak berkeliaran.

Mula-mula nak patah balik je sebab anjing asyik follow kite orang. Aku dengan Nani sampai berzikir masa berjalan. Bertambah betul pahala kami malam tu. Makin anjing follow dekat-dekat makin kuat kami berzikir. Huhuhu.. Inilah janji Melayu kami. Janji ditepati walaupun meredah bahaya. Jauh beb dekat 1.5km tau sampai uncle pusing balik cari kami. Hahaha...

Sampai di pekan, Nani, Anne dan Nik beli makanan halal di gerai berhampiran dan aku pula berjumpa chinta hatiku 7 Eleven Thailand. Air Teh dan biskut Ovaltine. Sedapppppp!! Dinner di tepi jalan memang terbaiklah bagi kami.

Malam makin tua, jom balik kenkawan. Nak meredah kawasan anjing-anjing tu memang menangislahkan. Aku tak berapa ingat siapa yang bertanya pada warga Myanmar tu cara nak balik ke P Guesthouse dan akhirnya mereka panggil motor adik beradik dorang untuk hantar kami balik ke hostel. Terbaiklah warga myanmar ni. Hehehe.. Kalau tak silap charge 20 baht camtulah.

Balik ke hostel, terus buka WiFi nak tahu keadaan di Bangkok. Pergh..tengah huru hara. Kawan-kawan di Malaya wasap ada geng baju pink, merah, kuning di Bangkok. Bangkok huru hara!!... Ah sudah! Esok rencana awal kami nak ke Bangkok. Lepak di cafe P Guesthouse, terus kami buka laptop, email kedutaan, susun ittinerary semula untuk elakkan suasana huru hara disana. Uncle Alain pun join sekaki dan beri pendapatnya...

Planning bertukar sama ada
-Proceed dengan Bangkok - Maeklong Market
-Tidur semalam lagi di P Guesthouse- Boleh melawat Three Pagoda
-Langsung ke Ayuthya

 Malam kami berlalu tanpa keputusan....    


Thursday, April 24, 2014

Ke Mana Kita?

Wishlist?
Harap-harap tercapai


Wednesday, April 23, 2014

Sangkhlaburi - Tempat yang lain dari yang lain (Hari kedua)

Sambungan hari kedua di Sangkhalaburi
Sori post ni banyak gambar. Sila bertabah

Awal pagi kami gagah meredah cuaca sejuk (16 darjah celcius) ke Broken Bridge semalam. Nak tengok sunrise pula dan berjalan sekitar Mon Village. Meh tengok gambar... =)




Awal pagi semua bersedia nak menembak





Kabus yang tebal dan sejuk. Kami tidak bersedia dengan cuaca sejuk ni. Memang tak sangka baju sejuk diperlukan... Bertabahlah...



Rumah air disekitar Broken Bridge.. Sebab apa ia patah, korang boleh gogel yer...





Suasana disini sudah lebih kepada budaya Myanmar. Tengok aunty bawah ni. Orang Myammar memang suka tepek bedak Thanaka (macam bedak sejuk) tak kira dimana-mana mereka berada termasuklah di Malaysia.. Tapi kulit mereka memang cantik...



Bedak thanaka... Nora Danish merupakan insan yang bertanggungjawab memperkenalkan bedak ni di Malaysia... Best tau pakai bedak ni sebenarnya. Aku suka pakai yang warna cream tu..


Ini Mon Village. Seberang sungai tadi..
Kebanyakan rumah disini dua lapis. Aku rasa kemungkinan besar kawasan ni mudah dinaiki air sebab tu mereka membina rumah tinggi-tinggi. Kalaulah aku boleh masuk dalam rumah nikan best. Boleh tengok budaya mereka.






Nik sempat beli ice blended disini. Sedap juga...


Cafe Coffee Berry

Hah.. ada tripadvisor tau... Serius suasana disini memang best..
Website Coffee Berry 
http://www.coffeeberrysangklaburi.com/index.html


Ekceli kami di Coffee Berry semalam saja kemudian kami berpindah ke P Guesthouse yang terletak tidak jauh dari Coffee Berry. Dalam 40 minit jugaklah kalau berjalan. Ekceli aku rasa hospitality Coffe Berry terbaik sebab dia sediakan servis pick up dan transfer. Oklah kotkan.. Owner dia siap hantar kami ke P Guesthouse lagi.

P Guesthouse

P.Guest House resort
81/2 Moo1. Tumbom Nonglu
Sankhlaburi, Kanchanaburi 71240
Tel. 66(0)81-450-2783 , 66(0)34-595-061
Fax. 66(0)34-595-139
GPS : 15.143827 , 98.456623


Overall persekitaran disini superb. Cantik. Boleh tengok sunrise dan sunset bila buka je pintu bilik. Paling best sebab ia letaknya tepi sungai. Kalau korang nak buat terjun tiruk memang bolehlah. No hal..

Hiasan dalaman guesthouse ni lebih kepada konsep batu batan dan kayu kayan. Hihihi.. Boleh tengok gambar dibawah yer... Owh sebelum terlupa konsep bathroom ialah share yer.. Tapi tak jadi hal sebab bilik air dia superb.. Cantik cuma takde hot water. Errrrr SEJUK!! Mandi sambil menjerit. Wah giteww..




P Guesthouse

 



Sebenarnya tujuan kami ke P Guesthouse sebab ia ada menyediakan pakej hostel dan Adventure on elephant’s and bamboo rafting (1000 baht)..  Oklah kot pakej sehari.  

 Underwater Temple rasanya. Hehehe.. Nak tanya dorang tak tau cakap English. Tapi mungkinlah kot atau gambar lagi satu.  Aku tak pasti
Aku pernah terbaca sebenarnya kalau musim kemarau temple ni boleh dilawati dan boleh masuk sampai kedalam temple... 




Tengok pokok dia. Maksudnya memang kalau kemarau kawasan ni subur...





Life jacket aku tu sengaja aku pilih yang besar sebab boleh tumpang berteduh kalau panas. Heheh nasib baik...
KAMI






Tuesday, April 22, 2014

Sangkhlaburi - Tempat yang lain dari yang lain (Hari pertama)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Maaf yer post Bangkok ni pending lama sangat. Macam biasa mood tak menjelma..

Semalam selepas berpisah, kami berempat meneruskan perjalanan ke Sangkhlaburi. Kami pergi menaiki van (RM 17.00) dan mengambil masa dalam 3 jam perjalanan. Sepanjang perjalanan aku lebih suka membuter dari tengok pemandangan. Tapi kadang kala terjaga bila van berhenti untuk pemeriksaan. Agaknya bila mahu memasuki kawasan sempadan kawalan tentera agak ketat dan kami diminta untuk memberikan passport. Mereka mengembalikan passport selepas berpuas hati dan tersenyum lebar bila kami cakap kami dari Malaysia. Alhamdulillah perjalanan kami smooth saja.
 
Dalam perjalanan tu aku dan Anne sempat membuat teori pasal sorang uncle Mat Saleh depan kiteorang. Jenuhla kami tak gunakan English sebagai mengumpat dia. Dia pula asyik senyum je pandang kami. Hahaha... Walaupun tersenyum tapi nampak ke'lonely'an dia. Aunty sebelah dia pulak suka-suka hati macam marah uncle tu. Sebab tu pelbagai speku lahir yang akhirnya semuanya SALAH!!... Hahaha


Van kami berhenti disini di terminal van pekan Sangkhalaburi. Uncle tadi rupanya berpisah dengan aunty tu. Maksudnya bukan social escort la aunty tu? Hahaha...salah satu speku kami. Hah nilah pekan Sangkhalaburi. Kami tunggu owner Coffee Berry datang ambil kami.  Sementara menanti dia, kami sempat berjalan ke pasar malam tu.

Berkenaan Coffee Berry ni adalah last choice kami sebenarnya sebab harga pernite dia agak pricey. Dalam RM70/per nite. Tapi apa nak buat boleh dikatakan kesemua hostel/guest house/hostel dan sebagainya di situ fully booked. Masa aku search di Agoda.Com details pasal Coffee Berry ni rasanya macam kurang cantik dan macam pelik tapi tulah dont judge book by the cover. Hah!! Tak henti-henti tangkap gambar tau...









 





Kebanyakan dalam guesthouse ni gunakan barang recycle tau. Cantik dan save enviroment gitu. Saya suka.. saya suka..
 
Kemudian kami meluangkan masa menyelusuri Wooden Bridge yang letaknya 300 meter dari Coffee Berry. Suhu ketika itu mencecah lebih kurang 20 darjah celcius. Kalau boleh cycling best ni. Tapi malangnya perkhidmatan tu tak ada. Huhuhu

Wooden Bridge ni merupakan jambatan kayu yang menghubungkan ke kampung sebelah yang rata-ratanya masyarakat Myanmar. Ia terpatah/terputus di tengah-tengah tapi masih utuh dilawati pelancong. Tapi jika berlaku ribut, pelancong dilarang menaiki jambatan ni.


 Menyelusuri jambatan ini tidak dikenakan sebarang charge tapi jika baik hati bolehlah memberikan sedikit sumbangan pada tabung mereka.

Aku sedikit terpaku disini ramai pelancong Mat Salleh. Pilih je semua ada..
Ni semua gambar masa dekat-dekat senja. Cantik sangat.. Padanlah ramai photographer tengah dok buat ujian menembak. 
 




Gambar bawah ni jambatan yang baru dibina oleh penduduk disana. Ia diperbuat dari rotan. Kadang-kadang rasa terhuyung hayang juga masa melangkah tapi kuteruskan juga jebat demi keriangan berganda. Wah gitu.





Bagi aku, Sangkhalaburi ni menarik salah satu sebabnya banyak cafe. Gambar bawah salah satu darinya dan tempat penginapan kami pun ada menjual cafe. Dan tak lupa juga kebanyakan hiasan di Sangkhalaburi ni comel-comel... walaupun banyak anjing.. huhuhu



Malam tu kami sepakat berjalan ke pasar malam. Tak jauh tak dekat sedang-sedang saja. Oklah sebab tak berpeluh..sejuk menikam jiwa gitu. 16 darjah celcius tu..

Oh ya di pasar malam tu ada menjual makanan halal dari masyarakat Myanmar. Aku pula lebih memilih untuk berjumpa kekasih hatiku iaitu 7 eleven. Hahahaha.. Sedap woo biskut ovaltine dan air teh dia. 

Sebelum tidur, kami sempat berbincang pelbagai perkara di atas rooftop Coffee Berry dengan harapan (aku je kot) ada tahi bintang melintas. Suasana makin sejuk, jom balik bilik... SEJUK!!