Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Short Trip - Langkawi

Dah lama masuk draft, aku keluarkan sikit-sikit yer Betul-betul short trip.. Rasanya trip yang makan masa 24 jam jer aku berada di Langkawi. Aku kesana temankan pengerusi tetap tidak berpencen komputer rumah (adik aku). Tarikh bolehlah korang tengok di tiket feri aku tu. Semua dah detail dah.  Aku sampai ke Pulau Langkawi dalam pukul 11 pagi gitu. Aktiviti pertama mestilah mencari hote l/chalet/rumah tumpangan atau resort   untuk tumpang berteduh aku sekeluarga. Sungguh aku tak sangka kebanyakannya full. Ah lupa pula Malaysia juga salah satu negara yang jadi tumpuan pelancong asing (mat salleh) nek bercuti sebab negara mereka super duper sejuk. Jadi kami bertabah tidur di hotel erm...erm...alamak lupa namanya di pekan Kuah. Aku sampai di Langkawi, Anne dah whatsapp aku tanya aku dimana. Oh ya Anne pun bercuti di Langkawi cuma beza cuti aku dengannya aku mengejut dia berplan. Hihihi.. Tempat pertama kami terokai bersama ialah Mardi Agro Technology Park L

MH370 : Inikah pengakhirannya?

Press Conference dalam pukul 9.30 malam (24/3/2014) 17 hari misi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan. Pelbagai lautan diterokai bermula dengan lautan China Selatan, Gulf of Thailand kemudian ke Selat Melaka. Dan pengakhirannya ke laut yang kita tidak duga rupanya pesawat pergi.  Lautan Hindi lautan yang paling sepi dalam dunia. Lautan yang ombaknya setinggi gunung rupanya tempat ia 'bersembunyi'.  Andai ini pengakhirannya, andai ini kesudahannya marilah sama-sama kita menyedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa yang beragama Islam. Aku masih berharap kotak hitam ditemui untuk merungkai segala persoalan. Aku masih berharap ada penumpang pesawat terselamat.   sumber fb Ustaz Zul Ramli M.Razali Al-Fatihah...Sebak dan Hiba..Dari Allah kita datang..Kepada Allah kita kembali...Amin..

#prayformh370

Aku tahu aku agak lewat untuk buat post ni tapi jiwa aku seakan hilang sama seperti hilangnya pesawat ni. Pada mulanya hatiku sedikit gembira bila dapat perkhabaran pesawat di temui di Nanning (berita dalam pukul 8 pagi) namun rupanya palsu. Jiwa aku hilang sekali lagi. Walaupun baru dua kali terbang bersama MAS aku sedih dengan kehilangannya. Aku sedih dengan kehilangan rakan seperjuangan ditempat kerja lama. Air mata menitis apabila mengenangkan baby dan anak kecil yang belum diketahui nasib mereka. Air mata menitis lagi bila mengenangkan orang-orang tua dalam pesawat itu. Apa nasib mereka? Makankah mereka? Cukupkah makanan dalam pesawat? Aku tidak kenal mereka dan ada sebahagian mereka bukanlah beragama Islam dan bukan senegara denganku TAPI sebagai manusia biasa aku tetap sedih dengan nasib yang menimpa mereka. Seandainya pesawat benar-benar terhempas sama ada di daratan atau lautan, aku mendoakan mereka ditemui sama ada hidup atau mati. Seandainya mereka benar dihi