Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Berjimba Di Mabul - Boleh Bah Kalau Kau Part 5

Seawal 4 pagi aku dah bangun. Semporna dah subuh gitu. Aku mencari sunrise di Semporna dan alhamdulillah berjaya. Nilah view sunrise dari pintu hostel kami. Pakai henpon je so nampak pecah sikit gambor tu. Usai kami breakfast dan transport pun dah sampai maka tibalah masa kami meninggalkan Semporna untuk ke Tawau dan kemudiannya kembali ke Kuala Lumpur. Meh refresh balik apa yang aku buat disana. Aku suka gambar-gambar dibawah ni.  Sampai di airport Tawau, kenkawan lain sibuk membeli belah. Sori kawan-kawan jadual agak pack sampai kamu semua tak sempat membeli belah. Disebabkan nasib pesawat MH 370 masih lagi tidak diketahui atau di airport Tawau kawalan agak ketat. Setiap orang diperiksa dengan teliti dan si A tidak lepas security check bila IC tebuknya dipersoal. Overall aku puas hati dengan trip ni sebab semua dibuat seperti dirancang.   Bajet keseluruhan RM 830 tak termasuk tiket flight dan shopping -Pakej 3 hari 2 malam -Transport da

Berjimba Di Mabul - Boleh Bah Kalau Kau Part 4

MAAF POSTING NI BANYAK GAMBAR Awal pagi kami dah bangun. Bukan bersiap-siap nak balik tapi nak menghayati pemandangan pagi dari Sipadan Mabul Lodge. Menikmati pemandangan budak-budak kampung air mendayung sini sana dan teruja gitu lihat penyu berenang-renang sekitar perairan Mabul.   Ya Allah lemah rasanya bila memikirkan perlu pulang hari ni. Huwaaa... Pukul 7 aku dan kawan-kawan baru bersiap. Akulah antara orang yang lambat bersiap. Hihihi.. Selepas bersalam-salam dengan Kak Ros dan pekerja Sipadan Mabul Lodge yang best kami dengan berat hati meninggalkan Mabul. Yerp kami datang dengan impian melihat keindahan alam yang masih belum tercemar dan yang penting bajet. Hiks! Dan BERJAYA Bye Mabul, sampai ketemu lagi... Kami tiba di jeti awam lebih kurang pukul 8 pagi dan kedatangan kami disambut oleh Ewan. Ewan ni coursemate masa di USM cuma lain major. Aku sebenarnya ajak dia sekali join aktiviti selepas ini. Masa mula-mula sampai di jeti tempoh hari, aku r

Berjimba di Mabul - Boleh Bah Kalau Kau (part 3)

Hari Yang Pack! Awal pagi dalam pukul 4 pagi gitu, kak Ros menggerakkan kami. Cepat katanya. Kata nak layan sunrise. Gosok gigi dan menunaikan apa yang perlu kami mengikut kak ros dan Ben ke Sipadan Mabul Resort. Ni antara resort yang mewah di Mabul selain Sipadan Water Village. Melihat panorama Sipadan Mabul Resort sekali lagi kami hanya mampu bermimpi untuk tinggal disini. Tapi kami hanya mampu melayan sunrise disini.  Meh tengok gambar  Best penghuni disini. Bukak pintu resort terus boleh buat terjun tiruk. Sepadan dengan harganya. Kolam renang tanpa sempadan. Best orang-orang disini. Dari sudut lain, inilah Mabul. Cantik, menenangkan, glemer.. Yup memang cantik ciptaan Allah SWT dan diolah dan digubah oleh manusia untuk mencantikkannya lagi. Semoga ciptaan ini utuh hingga ke generasi akan datang.  Macam biasa, awal pagi kami sudah bersedia membeli belah ketam, lobster, udang lipan dan sebagainya. Harga yang kami dapat tempoh hari Ket