Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Tuesday, January 29, 2013

Teaser di awal tahun

Teaser jab.. Hehe
Aku akan kesini dalam masa tak sampai 5 hari lagi. Wang sudah ditukar, makanan dah dibeli, topi dah dipacking... Erm apa lagi ya? Pakaian renang? Isk takpelah aku nih muslimah so pakai seluar track jerlah.. HEheHEheHe

pic dari ankel gugel



pic dari ankel gugel

Jogjakarta the exciting places - Part 4 pagi

Kami berjanji akan bersedia dalam pukul 5pagi tapi biasalah dengan kedinginan malam yang mencengkam, aku tunggu Anne bangun, Anne pula tunggu aku bangun sudahnya jam 5.30 barulah Anne bangun. Kami bersiap-siap dan rupanya sarapan dah tersedia. Wah memang best homestay ni. Semua disediakan.

Kami naik ke Gunung Api Purba dengan ditemani Mas Lilik dan Mas Triyana. Kami meredah kegelapan malam tanpa tahu apa yang didepan. Ikut saja jalan yang dibawa mereka tanpa soal. Memula langkah kakiku kuat tapi sampai dipertengahan jalan kakiku mula lain dan deru nafas makin kuat. Oh ya akukan selesema jadi aku cuma bernafas menggunakan mulut. Ada satu persinggahan aku akhirnya tewas. Aku tak sanggup meneruskan perjalanan dan suruh rakan yang lain teruskan perjalanan mereka mengejar sunrise. Aku pula gagal dihujung puncak (kata Triyana) dan Triyana menemani aku. Sebenrarnya selepas mereka teruskan perjalanan, aku cuba untuk mendaki tapi sampai satu tahap aku hampir muntah dan aku tahu aku perlu berhentikan pendakian. Huhu sedih...

Aku dan Triyana berhenti distop point yang ada untuk merehatkan diri sambil memfoto gedix. Haha nasiblah tak sampai puncak terpaksalah memfoto gedix kat tepi-tepi gunung jer. Aku tangkap gambar Triyana pastu dia lak tangkap gambarku. Bak kata Zilla, ko tangkap gambar aku, aku tangkap gambar ko. Habis tak bawak tripod nak wat camne kan..

Ini semua pemandangan dari tempat stop point aku. Takde sunrise bagai sebab sunrise sebelah kanan sana...

Gunung Merapi.. Cantikkan




Ni aksi dorang bila turun kat tempat aku stop. Suke sangat gambar ni....
Mas Lilik.. Macam lukisankan?

Selepas kami turun dari Gunung Api Purba, kami dibawa sekitar kawasan homestay pak Murshidi. Terasa macam dikampung bila disini cuma perhatikan sawahnya bertingkat-tingkat. Rasanya di Malaysia tiada sawah bertingkat-tingkat....:)



Inilah rumah pak Murshidi

Sunday, January 27, 2013

Jogjakarta the exciting places - Part 3 petang

Selepas aktiviti menuruni gua untuk mencari cahaya dari syurga (nama tu aku yang beri sendiri), kami diambil oleh Pak Murshidi dan Mas Lilik pula untuk meneruskan penerokaan kami di Gunung Kidul. Destinasi pertama yang kami tuju ialah Goa Pindul.



Perjalanan menuju ke Gou Pindul mengambil masa lebih kurang setengah jam. Oh ya, sekarang musim liburan (musim cuti sekolah) di Jogja jadi jalan-jalan menuju ke semua wisata agak jem dan sesak. Tujuan kami ke Gua Pindul adalah untuk menempuh pergerakan air bawah tanah menggunakan tayar angin. Jangan ditanya berapa bayaran berapa bayaran yang perlu kami bayar kerana semua sudah termasuk dalam pakej Pak Murshidi dan Mas Lilik. Oh ya kami akan tinggal semalam di rumah (homestay) Pak Murshidi nanti.

Bagaikan berkunjung Mid Valley di hujung minggu, macam tulah disini. Mungkin ini adalah salah satu aktiviti mereka di waktu berlibur.

Dengan memikul beban tayar angin, kami ke destinasi yang dituju. Perjalanan ke terowong air tu pula memberi peluang kami merasa free refleksologi kaki. Nasib baik batunya tidak berapa tajam. Tapi kadang-kadang aku naik juga ke tembok kerana kesakitan. Hehehe... Dan inilah hasilnya.. Pic semua kredit kepada Anne sebab aku tak bawa kamera.


dalam gua/terowong ni kami diceritakan tentang stalagtit, stalagmit dan segala macam tentang gua itu. Menariknya disini, sebelum memasuki gua ni kami diberikan nasihat agar tidak menegur apa-apa yang kami temui, tidak mengusik apa-apa yang ganijl dan sebagainya. Malah sebelum memasuki gua ini perjalanan kami dimulakan dengan surah Al-Fatihah. 

Memang sukar untuk bergerak dengan menggunakan tayar tapi sebenarnya kami perlu memegang tayar rakan sebelah untuk memudahkan pergerakan tayar dan ketua kami akan menarik tayar kami sambil bercerita. 



Aku mengharapkan airnya secantik ini
kredit to pacik gugel
 tapi inilah hasilnya..


 tak mengapalah. Asalkan kami merasa pengalaman bercuti lain daripada yang lain... 

Pak Murshidi mencadangkan kami tukar baju bimbang dimasuki angin tapi kami tak mahu (malas benornya). Perjalanan kami seterusnya ke rumah pak Murshidi sebelum ke Bukit Bintang di malam hari. 

Tiba dirumah pak Murshidi, berlatar belakangkan Gunung Api Purba, kami disambut dengan angin-angin sepoi. Bayangkan waktu petang tapi Gunung Api Purba masih diselaputi kabus-kabus yang misteri. Wah! misteri sangat.  


Dirumah pak Murshidi (macam nama watak P.Ramlee pulak) ni kami dijamu kekacang dan air teh untuk minum petang manakala di waktu malam pula kami dijamu dengan makanan jawa seperti pecal, tauhu kecap, ikan goreng,kerupuk kulit kerbau (rasanya) dan sebagainya. Terasa macam dirumah sendiri bila dilayan dengan pelbagai makanan. 

Dimalam hari pula, kami dibawa ke Bukit Bintang. Benarnya aku takde idea apakah Bukit Bintang ni rupanya tempat remaja/belia berkumpul/bersantai untuk melihat keindahan taburan cahaya lampu di bawah Gunung Kidul. Patut lah Mas Lilik kata, mbah bintangnya dibawah ya bukan diatas. Malangnya gambar yang kutangkap tidak sanggup kukongsi kerana hasilnya sungguh buruks.. Hehe.. . Selepas itu kami dibawa ke melawat ke kaki Gunung Api Purba yang akan kami daki pada keesokan harinya......



Jogjakarta the exciting places - Part 3

Keesokkan harinya kami bangun dalam pukul 4 pagi selepas mendengar azan. Sebenarnya kami keliru sama ada sembahyang atau tidak waktu itu kerana biasanya azan subuh di Indonesia (maafkan aku kalau tersilap) dua kali. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk solat dalam pukul 6 pagi. Marah member dari Australia (seorang jer pun) sebab pasang lampu bilik. Nasiblah.

Kami bersiap-siap selepas itu untuk ke destinasi utama kami iaitu caving di Jomblang. Sebenarnya inilah aktiviti yang paling kutunggu, kunanti sejak berbulan-bulan lepas. Akhirnya masanya sudah tiba  =)

Kami ke Gunungkidul dan Wonosari merupakan bandarnya dengan menaiki MPV pak/mas Kito. Pelbagai info yang dishare olehnya. Beliau sangat berinfo dan juga baik. Beliau sanggup memberhentikan kenderaanya setiap kali kami nampak bayang Gunung Merapi. Alhamdulillah cuaca sangat baik hari tu. Cuaca tidak panas dan paling penting tidak hujan. Perjalanan kami ke Jomblang ini mengambil masa dalam 2 jam. Segala transport, info dan sebagainya, Zilla yang sediakan. Thanks Zilla sebab beri peluang kami merasa pengalaman travel lain daripada yang lain. 

Gunung Merapi. Alhamdulillah cuaca sangat baik dengan kami dan beri peluang kami melihatnya

Oh ya, Zilla tiba pagi itu. Rasanya pengalaman yang dirasainya sama perit dan sama padan dengan kami. Tapi dia mampu hadapinya. Kalau aku.... errr janganlah jumpa... hehehe

Sebelum tiba di Jomblang, kami melalui menempuh pelbagai tanaman yang sedang menghijau. Khabarnya masa inilah paling cocok untuk bercucuk tanam dan masa lainsering kering kontang.
Jalan menuju ke Jomblang. Free massage sekejab


pic kredit to Zilla.. Pintu utama ke dasar Gua Jomblang
Ok perhatikan pintu utama tu. Ternganga jerkan. Memang buat saya kecut perut. Dahlah lama tak wat aktiviti mewall climbing nikan pula nak turun ke bawah dengan keadaan yang penuh dengan pokok-pokok. Habislah aku tersangkut dicelah-celah pokok tu. Huhu.. Sebenarnya untuk turun ke dasar Gua Jomblang kita boleh pilih dua cara iaitu menggunakan tali atau terjun jer kebawah.. Tak taula siapa nak sambut kat bawah tu.. kalau pilih cara tu.. hehe..



 


Sebelum turun, kami diberi minum air teh. Boleh pulak aku minum banyak-banyak. Kalau nak membuang, nasiblah ko iza..

Masa ini, kami dilepaskan berpasangan menggunakan tali. Dan kami dibiarkan tergantung seketika untuk menikmati pemandangan purba yang jarang ada dimana-mana tempat. Nak capture gambar tapi kamera dibelakang pula. Selepas itu kami direhatkan untuk menanti kedatangan beberapa peserta dari Bandung. Cowok yang turun tu buat aku terkedu sekejab sebab rupanya sama seiras seperti temanku. Haha.. Haish...Disini pun dia menemaniku..  

Bagaikan meneroka Gua Tempurung di Perak, kami turun dan naik bukit untuk seketika kemudian mendengar sayup-sayup bunyi deras aliran sungai bawah tanah yang menghubung ke Kalisuci tapi aliran dikhabarkan terlalu deras untuk kami menerokainya. Benarnya masa itu Jogjakarta sedang musim hujan. Kalaulah dapat ke bawah sana, gerenti masa dekat 2 jam kuhabiskan disungai itu. Tapi ia bukanlah agenda utama. Yes, ada satu yang kami nantikan. Terus menanti dan menanti sambil mencapture gambar. Sebenarnya aku tak reti nak setting camera jadi back light/siluet/ray of light jadi semua gambar yang kutangkap nampak cam selulit. Ketensionan melanda. Grrr...

Menurut Mas Patek dan Mas Cahyo (kot), cahaya yang kami nantikan biasanya akan kelihatan dari 11.00am - 1.00pm. Tetapi dengan keadaan cuaca yang mendung (Jogja kan musim hujan sekarang), beliau tidak memberi jaminan cahaya dari syurga itu akan muncul. Kami cuma mampu berdoa. Aku mengharapkan sesuatu keajaiban akan muncul. Rugilah kalau sampai kesini dengan menempuh pelbagai rintangan tapi agenda utama tak tercapai. Doa punya doa tetiba cahaya dari syurga mucul!!!


Cahaya dari syurga.. Err ni bukan cahaya dari tempat kami masuk tadi tapi cahaya dari gua yang lain..dan dibawahnya sungai


Cahaya tu kejab muncul kejab menghilang. Bila ia muncul terjerit kami menyuruh master photographer (Zilla dan Mas Cahyo) menangkap gambar kami. Cowok-cowk dari Bandung pun sama join menjerit. Kami lepak di dasar gua hingga puas. Penat bergambar kami disajikan dengan makanan iaitu nasi, ayam goreng dan kuah lemak. Sedap juga makan dalam gua sambil ditemani deruan air sungai ditambah dengan perut dah berdondang sayang.

Selesai makan, kami perlu naik ke atas semula menggunakan teknik yang sama. Aku orang keempat ditarik dan PM peserta terakhir yang ditarik naik ke atas. Macam turun juga aku dibiarkan tergantung seketika. Err memang dasyat kerana masa ditarik ni sebenarnya aku keseorangan. Oh ya turun berdua tapi naik seorang-seorang ya.

Cowok pertama naik ke atas
 Lega sangat-sangat bila dah sampai kat atas.



Selepas sessi bersalam-salam bertukar-tukar gambar dengan cowok dari Bandung, kami dalam keadaan basah kuyup berangkat menuju ke Goa Pindul dengan Mas Lilik dan Pak Mursidi. Mereka inipun baik sangat. Mereka tidak kisah dengan keadaan kami yang basah kuyup.




Jogjakarta the exciting places - Part 2 malam

Puas ronda-ronda pekan Jogjakarta waktu petang dan membawa ke malam. Sememangnya Jogjakarta merupakan tempat yang selamat untuk berkunjung. Oh ya, kami round-round disini tak guna supir ya.. Dari Taman Sari kami ke tempat tumpuan (diMalaysia macam Dataran Merdeka) masyarakat Jogja yang berhampiran dengan Pejabat Pos, Benteng Vernderburg dan Jalan Malioboro.


Tapi masa kami tiba Benteng Verndeburg dah tutup dan kami meneruskan langkah ke deretan kedai dan gerai sepanjang Jalan Malioboro. Sebenarnya aku merancang nak mencari beberapa souvenir tapi disebabkan keadaan diri dah macam nak tumbang, aku tak dapat berfikir untuk membeli belah. Anne dan PM pun tidak beli apa-apa kecuali buah salak. Cuaca pula sudah hujan renyai-renyai jadi kami ambil keputusan untuk pulang ke hostel dulu. 

Dengan berpakaian teletubbies hujan kami meredah hujan dan kegelapan malam tanya mempedulikan pandangan orang lain terhadap kami. Kalau diMalaysia, mati balik hidup takku sanggup pakai poncho. Tapi ini pengalaman kedua aku dinegara orang berponcho sakan. Sebelum ini di Vietnam. Sebelum sampai ke hostel sempat pula aku membeli kartu simkad dan air cola. Teruk aku dimarahi Anne kerana asyik minum cola saja. Sori Anne. 

Sampai dihostel pula blackout. Jadi kami melepakkan diri di ruang tamu sambil menghapdate status diri dengan keluarga terchinta dan menghapdate segala belanjawan hari itu.

Lama menunggu namun lampu belum menampakkan cahayanya. Kepalaku sudah semakin berat dan selesema makin menjadi-jadi,aku minta diri balik ke bilik. Aku memang ingin berehat biarlah bergelap sebab tak larat sangat rasanya.... Telan dua biji panadol dan minum air aku terus membuter sampai kul 4.00 pagi kerana mendengar azan subuh. Tak tahu pula aku bila masanya elektrik ada semula..

 

Jogjakarta the exciting places - Part 2

Hari kedua

Kami sampai ke daerah (mungkin) Jogjakarta dalam pukul 7.00 pagi. Disini pula aktiviti penjualan makanan dan karyawan naik menghiburkan penumpang dalam bas bermula. Agak sedikit menjengkelkan apabila bagaikan dipaksa memberi wang selepas karyawan membuat persembahan. Mungkin inilah cara mereka mencari sesuap nasi.

Kami  bertiga sampai di Terminal Giwangan dalam pukul 10 pagi dan untuk ke hostel yang sudah dibooking, kami perlu mengambil bas mini bernombor 15 dengan tambang Rp 2,500. Dalam perjalanan ke hotel,sekali lagi aku rasa aneh kerana pemandu bas dan kontraktor bas boleh berehat sebentar bersama kit kat minum-minum dulu baru meneruskan perjalanan. Mungkin inilah suasana Jogjakarta yang tidak perlu rushing dan relax sepanjang masa. Pak cik konduktor turunkan kami di simpang berhampiran Eduhostel dan rupanya Casa Raffles (hostel kami) dibalik jalan sana.Kami tiba di hostel dalam pukul 11.00 pagi.





Rasa penat bagaikan hilang terus bila dapat jumpa hostel kami. Ya inilah hostel yang akan kami stay selama sehari. Hostelnya cantik dan hiasannya macam gaya english diraja malah stafnya juga sangat friendly. Selepas membersihkan diri kami terus ke ruang makan Hostel untuk menempah makanan. Bagiku tiada istilah berehat kalau ditempat orang. Akan kucuba menggunakan masa yang ada untuk meng'explore' Jogjakarta kerana kami akan berada di pekan Jogjakarta hanya sehari iaitu hari ini dan esok kami punya agenda lain dari yang lain.

Destinasi yang pertama kami tuju dengan berjalan kaki ialah Kraton (Istana). Namun malangnya Kraton sudah tutup apabila kami tiba. Owh tidak rezeki kami kesini. tak mengapalah kerana ia bukan agenda kami yang utama.


Dan kami mengambil keputusan untuk ke Taman Sari. Terima kasih Anne dan PM kerana menunaikan hajatku yang satu ini. Kasihan Anne apabila dia diserang cramp dalam perjalanan mengejar masa menuju ke Taman Sari. PM sangat baik hati kerana mengurut Anne yang cramp. Aku betul-betul tak tahu apa yang perlu dibuat kalau cramp, cuma mampu memandang saja sambil menenangkan Anne..Dalam masa yang sama aku puji dengan semangat Anne kerana masih mahu meneruskan perjalanan dalam keadaan kaki berdengkot-dengkot dan kami sempat singgah ke apotek (farmasi) untuk membeli minyak urut Anne dan ubat demam aku...selepas sessi mengurut Anne, kami sepakat mengambil beca untuk ke Taman Sari.


Masa naik becak ni, tetiba aku panas hati. Leh pula pakcik yang membawa aku nak tinggalkan kami selepas mengayuh beskal selama seminit dan bukannya pintu utama Taman Sari. Tapi apa pun nasib kami baik kerana penjaga pintu tunjukkan pintu yang sebenar pada pakcik beca. Jauh rupanya. Aduh..

Kami tiba di Taman Sari dalam pukul 2.30 petang. Nasib baik petugas disitu masih menerima kedatangan kami dan inilah hasilnya... Kami membayar lebih kurang rp 30000 untuk khidmat guide dan rp 7000 (biasa rp 8000) untuk bayaran masuk. 

Taman mandi diraja dimana raja melihat gundik-gundiknya mandi sambil memilih gundik untuk dijadikan teman



Tempat membakar alat wangi-wangian
Perigi tempat orang membuat hajat. Kami idaklah buat.. tangkap gambor jer


Istana Atas Air yang runtuh akibat germpa bumi tahun 2006

Sekitar Istana Atas Air adalah perkampungan suku sakat/ waris-waris diraja Jogja..

Masjid Bawah Tanah
Masjid Bawah Tanah.. Gambar lain-lain tiada cuma gambar tangga ini saja yang ku ada. Simbolik tangga-tangga ini mengambarkan lima rukun Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadat, sembahyang lima waktu, berpuasa dibulan Ramadhan, menunaikan zakat dan tangga teratas sekali ialah menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
 

Berjalan di Masjid Bawah Tanah bagaikan melalui satu terowong masa yang menyerupai laluan cerita Merlin.. hehehe




Info-Kebanyakan wisata seperti Kraton, Taman Sari dan sebagainya tutup awal dalam pukul 2-3 petang. 
-Dinasihatkan jika ke Taman Sari agar mendapatkan khidmat guide kerana beliau akan menunjukkan masjid bawah tanah yang penuh bersejarah


Jogjakarta the exciting places - Part 1

Hari Pertama - 21/12/2012

Nampaknya aku yang last menghapdate blog mengenai perjalanan aku ke Jogja (trip kali ni lebih kepada Gunung Kidul). Perjalanan kali ini aku ditemani oleh bloggers travel zilla, anne dan pm. Terima kasih menerima diri ini seadanya. Jika berbanding dengan pengalaman travel mereka, aku memang jauh ketinggalan. Hehe..

Sebetulnya pada awalnya aku ingin membatalkan perjalanan aku kali ini kerana aku rasa sungguh tidak sedap hati. Bak kata Zilla rerama berterbangan dalam perut bila membaca blog mengenai Gunung Kidul. Tapi aku pula rerama berterbangan dalam perut bukan saja selepas baca mengenai Gunung Kidul tp sebelum itu. Aku tidak tahu kenapa tapi mungkin inilah perjalanan aku paling panjang sekali dalam mengenal dunia (Indonesia jer pun) hahaha... Tapi aku tak batalkan juga perjalanan ini kerana merasa sesuatu yang menarik mesti menunggu..Biasalah degil. hehehe

Perjalanan kami ke Indonesia dibawa oleh Tiger Airways yang lebih dikenali dengan Mandala Airways di Indonesia. Pertama kali menaiki kapal terbang tambang murah yang lain selain AirAsia dan boleh dikatakan kesemua deko TigerAirways dan terminalnya menyerupai AirAsia. Perjalanan kami mengambil masa lebih 1 jam dan kami ke terminal 3 dengan menaiki shuttle bas.   



Sesampainya kami ke tanah Jakarta, kami terus bergegas mencari bas untuk ke Rawamangun menggunakan bas Damri. Rawamangun adalah salah sebuah hentian bas di Jakarta dan Zilla telah booking bas untuk perjalanan ke Jogjakarta.

Oh ya sebenarnya aku, Anne dan PM ke Jakarta manakala Zilla masih di Malaysia menyelesaikan tuntutan kerjanya.

Sesampainya kami ke Rawamangun dalam pukul 3 petang, kami disambut dengan derai air hujan yang semakin lama semakin mengganas. Ah, aku pula lupa membawa raincoat ku. Masak!.. Dalam hujan yang semakin mengganas, kami bertiga meredah hujan mencari kaunter bas ke Jogjakarta, di area Giant Rawamangun (dalam 5 minit perjalanan). Sementara Anne bertanya mengenai tiket aku mengambil kesempatan untuk membeli raincoat. Tidak sanggup rasanya meredah hujan tanpa raincoat kerana hujan semakin lama semakin mengganas. Aku berjaya mendapatkan raincoat Rp10,000 satu dan gratis satu. Wah tamak la pula.

Aduh!..Rupanya tiket yang dibooking oleh Zilla sudah dijual kepada orang lain. Terkedu, terdiam tak terkata. Kami sepakat kembali ke stasiun bas di Rawamangun dengan meredah banjir kilat yang berlaku. Masa tu air sudah ke paras betis. Kasut dan jeans habis basah. Nasib baik bawak backpack, kalau luggage, masak nak menjunjung.. hehe

Distasiun bas itu, kami agak bernasib baik kerana masih ada tiket ke Jogjakarta dan kami dibawa dengan menaiki kijang ke tempat bas pengusahanya POSAN (maaf saya kurang pasti dimana) namun perasaan cuak bergaul-gaul kerana keadaan tempatnya yang begitu asing bagiku. Cukuplah aku gambarkan ia seperti hentian bas yang kecil.

Semasa dalam kijang inilah saya merasa sungguh bersyukur dengan keadaan di Malaysia. Banjir kilat berlaku serta merta, penolak kenderaan bijak menggunakan keadaan untuk mendapatkan sedikit wang, dan oh ya dalam kijang itu sebenarnya dipenuhi oleh cowok-cowok yang pernah dan sedang bekerja di Malaysia. Kata mereka Malaysia bagus sekali dan ada seorang bapak yang suka ke Malaysia kerana disana makan tanggung berak cangkung (err beliau biasa dipenjara kerana tidak punyai permit). Sesampainya kami ke stasiun itu, kami terus diarahkan menaiki bas. Err aku rasa nak menangis... (TT) kerana keadaan basnya yang sangat azab. Sila bayangkan tempat duduk AirAsia yang sempit bersama lima seater dan penuh dengan umat manusia. Mana mungkin kami perlu berdiri sepanjang 16 jam perjalanan kami. Aku berharap keajaiban berlaku.

Akhirnya kami disuruh turun dan tunggu bas jam 5 nanti sampai. Sempatlah kami melepaskan lelah kami sekejab. Kami sempat berbual dengan beberapa mbah dan cowok disana dan mereka berkali-kali berpesan jaga diri dan jaga barangan kami. Mereka juga mengaku yang Indonesia ramai pencopet jika tidak berhati-hati. Mereka juga mengatakan kami persis dari Jawa, Medan, Bukit Tinggi dan sebagainya. Ya kitakan serumpun.

Bas sampai kira-kira pukul 5 petang dan kami bernasib baik kerana ditempatkan dibertiga. Kalau terpisah antara satu sama lain mahu menangis aku. Akukan insan lemah..hahaha.

Perjalanan kami 16jam kami bermula setelah menaiki bas. Masa inilah aku rasa badan dan dalamanku sudah lemah. Kerana terkena derai hujan yang menggila dan asap rokok bagaikan menghala ke arah muka saya. Dalam bas ini walaupun basnya beraircond tapi pemandunya dan penumpangnya berparty menghisap rokok sesuka hati malah mereka duduk dibetul-betul dihadapan aircond. Mungkin asapnya ingin dikongsi bersama penumpang lain..Gratis mbak!! Pfpffpfpf.. Aku memang alah asap rokok..kata lemahkan.. Malam itu juga aku selesema. Sedang kami dibuai mimpi indah ngeri, kami dikejutkan dengan VCD rentak dangdut yang dipasang sekuat hati.. aduh pftpft!! pecah gegedang telinga dan hidung aku. Aku tak boleh tidur lagi.

Seminit aku rasa bagaikan berjam lamanya. Ditambah dengan keadaan diri yang hanya boleh duduk tegak. Aku yang duduk ditengah-tengah bagaikan tak tahu duduk diam. Sekejab mengelongsor ke bawah, sekejab betulkan badan, sekejab ke kanan, sekejab ke kiri. Maaf Anne dan PM kerana tak tahu duduk diam. Benarnya badanku sudah rasa nak demam.

Dikeheningan malam, kami singgah di perhentian bas Posan. Kulihat ramai penumpang mengambil berus gigi, pakaian dan sebagainya. Aku mengekor mereka ke tandas (Rp 1000/per entry) untuk menyegarkan muka yang dah panas-panas suam. Aku masuk ke salah sebuah kamar mandi untuk membetulkan tudung tapi dalam keadaan samar-samar aku rasakan seperti ada yang memerhati dari dalam kolam. Errrkkk apakah itu?? Warnanya seperti ular air...wAAAAArghhh... Aku teliti betul-betul rupanya ikan yang berbelang kuning (mungkin digunakan untuk memakan jentik-jentik) tapi niat aku memang dah terbantut!!  Nasib baik perutku berbuat baik dengan aku untuk perjalanan ini. Kalau tidak macam mana nak ku tahan jebat!

Maaf tiada gambar yang kutangkap..
Tapi boleh ke link yang kusertakan diatas untuk melihat scenerio di Jakarta dan Jogja

Entry ini bukan untuk memburukkan mana-mana negara tapi ia lahir dari sudut hatiku..