Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Friday, March 29, 2013

Oh Dia Datang Lagi

Apa yang datang tu? Stay Tune.. Selamat membancuh kopi/nescafe untuk masuk waiting room dan menunggu kumbang-kumbang sampai ke destinasi... BUZZZZZZZZ!!




Saya tak berapa teruja sangat tapi kalau ada yang menarik hati apa salahnya...
Saya free masa (tahun 2013)
30 Ogos - 1 September
14 Sepetember - 16 September
1 November - 5 November
11 Disember - 15 Disember
21 Disember - 25 Disember

Wah gigih menelaah kalendar memalam ni...
Kalendar 2014 pun ditelaah bersama... waaaa





Wednesday, March 20, 2013

Wang Bekerja Untuk Kita.. Bukan Kita Bekerja Untuk Wang

Aku nak share satu status yang aku rasa menarik untuk dikongsi.. Penjelasan ni aku rasakan lebih jelas mengenai buku Poor Dad, Rich Dad by Robert Kiyosaki.. penulis buku bestseller bahagian kewangan..


DSR tu nama tuan punya FB.. Kiranya penasihat kewangan.. 
Soalan :: DSR sering menyatakan jangan bekerja untuk wang. Habis tu nak kerja untuk apa? Bukan ke kita kerja untuk dapat gaji? Takkan nak buat kerja free jer?

Jawapan :: Saya tak cakap suruh buat kerja free. Maksud saya, kerja bersungguh-sungguh. Then dapat duit gaji jangan fikir nak belanja saja. Cepat-cepat tukarkan duit gaji yang kita dapat itu kepada asset yang memberikan cashflow kepada kita. Kita tak tahu sampai bila kita mampu bekerja keras atau berniaga. Ekonomi ni ada naik dan ada turun. Hidup kita juga ibarat pusingan roda. Kadang kita diatas dan kadang kita dibawah. Oleh itu perlu buat persiapan. Pastikan cashflow kita dapat menampung perbelanjaan bulanan kita. Inilah yang saya katakan ilmu duit.

So tepuk dada tanya selera.. nak buat apa dengan duit gaji kita??

Monday, March 18, 2013

Amazing Thailand - Hadyai Pagi

Sebelum meninggalkan Krabi, kami sempat membeli belah makanan di 7 Eleven depan Adam Bungalow. Cuma ambil masa lebih sikit untuk memilih makanan berstatus halal. Sebenarnya 7 Eleven di Thailand lebih BEST!! hehe berbanding Malaysia cuma makanan berstatus halal agak kurang.

Perjalanan menuju ke Hadyai mengambil masa seperti tempoh hari lebih kurang empat jam dan dalam van kami dipenuhi dengan mat dan minah saleh dari Great Britain, Israel dll. Dorang tak tidur tapi asyik bercerita. Paling amaze yang sorang tu suka melawat ke Malaysia dan paling best (aku pun tak pernah pegi) deme dah pegi tengok kelip-kelip kat Kuala Selangor weh dan tempat paling dia suka Cameron Highlands. Wah!

Ok sampai jer ke Hadyai kami didropkan depan Odeon. Kami sudahpun booking Tune Hotel jadi dengan tabah kami membanting beg mencari lokasi Tune Hotel. Mungkin sudah nasib ataupun memang kami suka berjalan kami menawaf sekeliling bangunan disitu mencari destinasi kami tapi rupanya dari Odeon kami perlu pandang ke belakang bukan jalan terus ke depan. Tak mengapalah sudah nasib. Hehe.. Kalau disini masalah bahasa menjadi masalah kami. Bagai bercakap kambing dengan ayam lah kami untuk mencari hotel. Tapi akhirnya jumpa juga dengan hotel yang kami tuju. Alhamdulillah.

Buat early check in dan rehatkan diri sejam dua. Besar juga Tune Hotel ni. Biasa Tune Hotel lain agak kecik.




pastu kami ke Ice Dome. Kami ambil van dengan tour yang ada di ruang legar Tune Hotel. Kami dicharge dengan harga RM 50 per van. Kira oklah kot. Tour tu kasi kami driver yang boleh berbahasa Patani. Memula kami dibawa ke kedai makan Muslim. Erm sedap juga makanan dia. Som Tam dia wow marveles, nasi ayam dia pergh sedap.. hehehe.. Harga bole tahan murah gak. Tapi sayang seribu kali sayang aku tak tau kat mana dan apa nama kedai ni. Kekeke



Pastu kami dibawa Ice Dome. Ice Dome ni macam kat I-City bahagian snowing snowing tu, dan macam kat Harbin, China. Masa kami pergi tu ada pameran Asean. Jadinya kami meluangkan banyak-banyak-banyak masa sampai beku kat bahagian Asean tu.
Jom tengok gambar

tempat beli tiket. tapi untuk foreigner beli tempat lain.  




Disebabkan kami dah beku kat tempat ASEAN tu kami pun sepakat keluar dengan harapan boleh masuk balik tapi hampeh. Takleh pandang belakang balik. So kami miss pemandangan laut, serangga-serangga yang chumil-chumil. Erm takperlah bukan rezeki kami.

Lepas tu kami dibawa ke satu tempat membeli belah kekacang dan pelbagai produk makanan Thailand. Hehe. Partner in crime beli aku lak nengok-nengok jer..


Pastu kami didropkan di pasar hari pertama kami sampai. Dan dari situ kami kene menapak balik ke hotel.
Sebenarnya kami ke pasar ni untuk mencari souvenir. Tapi mostly kedai dah nak tutup. Maka kami cuma dapat beberapa barang yang kami idamkan.

Oh ya semasa kami tukar duit dekat kedai bag disitu, kami mendapat berita yang pengebom yang mengebom hotel Lee Garden tahun lalu telah berjaya ditangkap. Puh! Berderau kejab darah ni..

Sebelum pulang ke hotel, kami minum air kelapa dulu sebelum memerah otak,keringat dan tenaga untuk mencari lokasi hotel kami. Kira hari tu kami menawaf pelbagai pasar basah dan pasar kering sebelum sampai ke hotel kami... puh siapa sanggup? Meh join kami... Wakakaka
 

Tuesday, March 12, 2013

Sunblock semasa berpeleseran ditepian pantai

PERHATIAN POST NI BUKANLAH IKLAN BERBAYAR, TAPI CUMA NAK SHARE PENGALAMAN JEK!



Cer tengok gambar kat atas nu..
pakai kamera DSLR

(Satu) 5 hari selepas aku balik dari Pulau Langkawi. Aktiviti utama yang merentungkan kulit ialah Island Hoping dan snoorkel Berdayang Senandung di Langkawi





majlis perkahwinan ditempat yang sama..so pencahayaan sama, cuma pakai henpon saja

(Dua) 4 hari selepas aku balik dari Krabi. Aktiviti utama yang merentungkan kulit ialah Island Hoping gak. Boleh baca kat Berdayang Senandung di Krabi.

Okeh untuk gambar 1, aku memang tak pakai apa-apa sunblock, foundation, bedak, atau semua yang bertulis ada SPF. Maksudnya aku redha, pasrah dan terpaksa membiarkan kulitku (padahal dah memang berwarna) menambahkan kegelapannya. Alasan utama ingatkan tak teruk sunburnnya di sana makanya peralatan yang bernama sunblock tidak kupandang. hehehe..

Gambar kedua dan ketiga, disebabkan perlu menjadi bridemaids untuk BFF ku Aznur Ain Adnan, aku rasa aku perlu untuk melindungi kulit mukaku. Yelah takkan nak mengulangi sejarah lagi. Dahlah masa dia bertunang aku dah berdayang senandung jadi masa dia kahwin aku taknaklah berdayang senandung lagi. Maka gigihlah aku menyapu sunblock 2 -3 kali sehari.

   
nilah ghopernya penyelamat (err) mukaku untuk tidak di sunburnkan. Wah

Kebaikan dia bagiku
-Opkos tidak melegamkan muka
-Takyah tacap (touch up) banyak-banyak kali

Keburukan dia bagiku
-Berwarna putih jadi cam gomak sikit bila pakai
-Texture dia macam air tapi sedikit berminyak


Sunday, March 10, 2013

Amazing Thailand - Krabi Hari Ketiga - Petang

Ok settle pasal urusan check in di Adam Bungalow, kami terus membersihkan diri dan ingin menakluk Ao Nang dengan berjalan kaki. Kami berjalan kira-kira 1km untuk ke pantai Ao Nang. Sebenarnya kami merancang untuk makan-makan bersama kenalan yang baru dikenali disana namun kemudiannya kami berubah fikiran. Kenalan tersebut menyarankan kami ke restoren lagi sekali tak tau apa namanya. Tepi pantai Ao Nang (dalam 10 minit perjalanan) Katanya sedap.

Perjalanan yang dekat bertambah lama kerana kami kerap kali berhenti mengambil gambar dan menukar duit. Wah betullah dikatakan Krabi adalah heaven omputih. Sini sana terlihat kelibat mereka bahkan ada jalan/lorong (macam bukit bintang) dikhaskan untuk mereka. Jika melalui lorong seperti Krabi tu, boleh dikatakan setiap kedai ialah disko,pub atau cafe.






Malah kedai-kedai yang kebanyakannya (bukan semua) berstatus halal turut menjual minuman keras. Kedai yang kami terjah pun sama ramainya omputih ni. Kami perlu menunggu lebih kurang setengah jam kerana penuh.

Sementara menunggu meja kosong kami meninjau-ninjau sekitar kedai dan sempatlah menyambar beberapa barangan. Apa yang aku perasan disini, fridge magnet (aku suka beli FM) tak banyak pilihan. Kalau ada pun biasa-biasa dan kurang menarik. Yang banyak disini ialah kelengkapan berenang, kelengkapan berjemur dan yang pelik banyak kedai membuat baju kot disediakan. Souvenir kurang sikit disini.  

Kami pesan makanan seperti bihun tomyam, bihun tomyam putih, nasi goreng nenas dan nasi bersama ayam masak kari hijau. Memang marveles masakannya. Kedai patut cuba bila disana. 

makanan aku... puh marveles





Puh hari ni memang penat dan kami tak lalu nak jalan kaki lagi jadi kami balik ke hotel dengan naik bajaj. Sebelum sampai ke hotel, kami singgah ke kaunter menjual tiket van untuk pulang ke Hadyai. 350 baht. Kira okeylah kot sebab kami dari Ao Nang ke Hadyai.

Balik ke hotel, apalagi terbongkanglah kami. Owh esok kena bangun sebelum subuh ya sebab tiket kami van pukul 6.00 pagi.

Bon Voyage.. Semoga ketemu lagi Krabi...

Info
-Adam Bungalows walaupun kurang fasilities seperti tv  tapi selesa cuma bilik yang kami huni bilik airnya sedikit tersumbat
-Tiket van - 6 dan 11 pagi saja
-Minuman paling murah di restoren ialah air cola (tak termasuk air mineral) yang lain semua agak lumayan

Tuesday, March 5, 2013

Next - Surobayo

Next destinasi aku selepas ini ialah Bromo. Wah terlalu awal nak perkatakan tentang trip ni. Tapi dah terujakan...


gambar pacik gugel

Aku mula mengenali Bromo lepas mengkaji mengenai Bukit Broga dan disitu aku terjumpa tentang info Bromo dan aku mula menyimpan cita-cita ingin ke sana. Pencarian aku berakhir bila aku terjumpa blogger yang mahu kesana dan aku akan ditemani lima orang blogger daripada seluruh pelusuk Malaysia.

Aku cuma  berharap kesihatan aku mengizinkan aku menaklukinya.. Amin