Skip to main content

Amazing Thailand - Krabi Hari Ketiga - Pagi

Sebenarnya semalam kami sempat survey pakej-pakej untuk jungle tour. Kami ingin memilih nak ambil pakej yang ada naik gajah dan water raffting tapi malangnya pakej tu berharga lebih kurang 2000 baht. Alamak dengan wang yang dah semakin susut ni aku tak rasa boleh buat jadi kami sepakat ambil pakej jungle tour yang ada elepant riding, emerald pool, hot spring pool, baby elepant show, dan tiger cave - 100 baht.

Sebelum start tour ni kami breakfast dulu. Hotel yang kami stay ni ada sediakan breakfast dan kebanyakan makanan dia western food. Bila aku dok belek-belek,round-round kat area hotel ni mostly penghuni dia dari Eropah. Kami jer dari Asia sesat stay kat hotel ni. Tapi macam biasa ia tak jadi masalahkan? Hehe..

 Gambar sekitar Green View Village





 
Dan hari ni kami sekali lagi jadi orang nomad bertukar bilik di Adam Bungalow pula.

Bila van datang pick up kiteorang, perasaan eksaited tu membuak-buak tapi oleh kerana perjalanan ia agak jauh lebih kurang 2 jam kot sebab aku sempat tido bangun balik tak sampai lagi tempat yang ditujui. Selepas empat lima kali bangun tido bangun tido barulah kami sampai ditempat yang kami tujui iaitu Emerald Pool!!

Emerald Pool 
Sampai jer di entrance pool ni kami disambut oleh Tom (guide kami) dan supirnya  driver van bernama Jerry. Tom beri penerangan serba sedikit tentang pool ni dan kami perlu berkumpul selepas 1 jam. Apa satu jam? Memang tak sempat. Huhu.. Kami pun apalagi lah berjalan cepat-cepat ke pool tu 800 meter kedalam beb. Bukan apa takut tak sempat. Sampai di pool tu hanya ucapan Subhanallah... Subhanallah terpacul. Betapa takjubnya kami dengan ciptaanNya.
Nak mandi...nak mandi... Oleh kerana kami tak bawa baju lebih, kami minta izin Tom
Tom, is it ok if we wet on your van?--Oh my menglish!!
It's ok. You can swim but please dont jump ok. Let me take your picture also

dan eksaitednya bila Tom bagi siap buat tawaran lagi.  Apalagi macam-macam aksi la kami buat. Siap menyelam lagi lepaskan gian semalam. Lepas mandi, jalan-jalan jab dekat pool tu dan balik ke van. Orang putih lain cam pelik jer tengok kiteorang basah tak tukar baju. Hehe Tom dah kasikan..so apalagikan...







Hot Spring
Sampai jer kat Hot Spring ni kami pun apa lagi. Membasahkan apa yang dah sedia basah. Berendamlah kami dalam kolam air panas pula. Puh kira pergi ke Thailand ni bukan setakat air masin, air panas pun kami rasa.

Lepas tu kami dibawa makan. Kaedah hidang ikut meja. Makanan dia sedap jugalah tapi aku makan gitu-gitu je. Orang putih kebanyakannya tak habis makan sebab makanan terlalu pedas. Ada ke patut dijamunya ayam masak kari hijau? Mau meleleh air mata dorang masa makan. Buah pula buah manggis. Ada yang buat aksi gigit kulit manggis hehehe... Sebelum ke destinasi seterusnya kami sempat menunaikan solat jamak diruangan kosong yang ada. Satu pandangan pelik dilemparkan oleh orang putih yang lain tapi tak payahlah hiraukan pandangan mereka...



Tiger Cave
Kemudian, kami dibawa ke tempat sembahyang Buddha. Ada dua pilihan sama ada nak daki 1200 anak tangga atau 250 anak tangga. Kami memilih untuk 250 tangga kerana menurut Tom, pemandangannya lebih cantik. Malangnya kami tidak berjumpa jalan yang sebenar. Jadi terpaksa daki semula 250 anak tangga itu untuk ke tempat letak van. Di situ juga ada tiger cave. Aku tak masuk tapi partner in crime aku masuk. Tak ada apa-apa pun dalam tu. Ada tempat sembahyang dan patung harimau....





:)

Elepant Riding
 Kemudannya kami dibawa semula ditempat makan tadi untuk sessi bertemu gajah. Wah! menunggang gajah pula. Aku memilih naik gajah last yang ada bawa anak gajah sekali. Anak gajah dan mak gajah ni macam kelaparan jer aku tengok. Sikit-sikit berhenti makan...sikit-sikit berhenti makan. Kesian pula aku tengok. Anak gajah pula suka main. Disimbahnya pasir pada badan dia. Heheh.. Nasib baik dalam kolam anak gajah dan mak gajah ni tak main simbah-simbah air sebab aku tengok dalam kolam tu penuh dengan najis gajah. Erkk.... Omputih lain habis kene air simbahan. Huhu...


Comelkan sang gajah tengah senyum...








Elepant Baby Show
Kemuncak tour ni adalah elepant baby show dimana gajah ni buat pelbagai persembahan. Paling tak tahan siap tiup ........... lagu oppa gangnam style lagi. Hehe





 
Kami habis tour ni dalam pukul 6 petang. Kemudian kami dihantar ke Adam Bungalow pula.. Tempat penginapan kami yang ketiga di Krabi.. Hahaha

Info
-Sebaiknya pilih ejen Muslim sebab kita tahu tentang halal haram makanan yang disediakan dan waktu rehat diberikan lebih lama sedikit berbanding pakej yang kami ambil.
-Seriusly aku jatuh hati /salute dengan toilet awam kat Thailand. Dorang jaga betul-betul tak macam toilet awam tempat peranginan di Malaysia.. Kebanyakan darinya semua hancus..

Comments

  1. salam izza. pakej ni izza amek agen ape? ape nama syarikatnye? elephant riding, emerald pool, tiger cave tu total 1000 baht shj ke? please replt to my email nurulwirdah88@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. yerrp 1000 baht. Tertinggal '0' lg satu..
    nama syarikat? alamak sy tak ingat maaf...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. adam bungalow? masa sy pergi dulu tak berapa elok sebab bilik airnya tersumbat dan lain-lain

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Passport Hilang

Passport hilang Next travel hari jumaat (18/12/2015) tp baru semalam (15/12/2015) aku mencari passport. tapi malangnya passport tak dijumpai... arghhh sudah cari info dlm internet nampaknya tak berapa membantu kecuali bab buat polis report. Disebabkan aku perlu fly pd 18/12, aku kena bt passport secepat mungkin. Sesudah bosan mencari tempat harta karun kusimpan passport aku try pula godek-godek laman web imigresen Malaysia. Namun jawapan mendukacitakan katanya 5 hari bekerja. Arghhh parah!! Hari ni (15/12/2015) aku keluar seawal 7.00 pagi dan aku bermula dengan report police dulu. Kemudian aku buat keputusan nak ke tempat kerja sebentar dan akan ke imigresen Wangsa Maju. On the way ke tempat kerja aku try juga call hotline imigresen. Malangnya jawapan diberikan mendukacitakan. kaunter melayan kehilangan passport hanya di Putrajaya dan Jalan Duta. Dalam kes aku ni, aku ke Imigeresen Jalan Duta. Disebabkan aku terlupa 'short term memory lost' jalan ke imigresen Jalan