Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Friday, February 1, 2013

Jogjakarta the exciting places - Part 4 last

Sampai di rumah pak Murshidi terus kami dingatkan perlu bersedia sebelum pukul 9 pagi . Lepas makan-makan kami pun mengucapkan selamat tinggal pada keluarga pak Murshidi. Sempat pula tinggalkan nota kaki kat buku pelawat mereka. Destinasi pertama kami hari ini ialah Air Terjun Sri Gethuk.

Perjalanan kami dari rumah pak Murshidi mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai kesini. Perjalanan kami kesini dihiasi dengan pelbagai gunung yang dikatakan lebih 1000 gunung dan perlu melalui ladang jagung yang berekar-ekar. Sungguh cantik pemandangan itu.

Untuk sampai ke kawasan air terjun, kami perlu berjalan lebih kurang 300m untuk sampai ke tepi Sungai Oya dan merasai pengalaman menaiki rakit untuk ke air terjun. Menariknya rakit mereka diperbuat daripada papan untuk lantainya dan buluh sebagai pemegangnya. Untuk membuatkan rakit ini terapung, beberapa tong besar diletakkan dibawah papan dan untuk mengerakkannya diletakkan pula enjin bot. Kreatif dan inovatif mereka ini. Oleh kerana Jogja musim berlibur, maka kami pun bersesak-sesak bersama penduduk tempatan.








Bagaikan tetamu ekslusif, kami diberi naik rakit dulu berbanding yang lain dan kami mula menyelusuri Sungai Oya yang dikhabarkan banyak mitosnya. Maaf saya kurang mendengar apa yang diceritakan oleh Mas Lilik. Terdapat penduduk tempatan yang menjala disitu dan lebih kurang 5 minit kami sampai ke Air Terjun Sri Gethuk. Sampainya kami disana, Masya Allah ramainya umat manusia. Kira nak bergerak tu agak sukar sedikit. Zilla, Anne dan PM ke seberang untuk memfoto tapi aku memilih untuk ditempat ku tangkap gambar kerana risaukan batunya yang kelihatan licin dan sandalku rasanya tak cukup grip kalau sesuatu hal terjadi.
Selepas aktiviti memfoto, kami seterusnya dibawa ke Pantai Sepanjang.  Secara peribadi saya amat menyukai pantai ini kerana agak privasi berbanding pantai yang lain kami kunjungi.


Ombak disini terlalu tinggi dan deras.


Pantai Krakal. Disini kami dibelanja makan nasi bersama ikan kakap. Err jangan ditanya ikan apa.






Pantai Indrayanti merupakan pantai paling ramai pengunjung dan jalan menuju kesana lebih sesak berbanding pantai lain.


Kami berangkat pulang ke bandar Jogjakarta pada pukul lebih kurang 3 petang. Kami tiba di bandar Jogjakarta pada pukul 6 petang, dimana kami akan berpisah menuju ke destinasi masing-masing.
-Zilla akan berangkat ke Solo menggunakan bas dan seterusnya pulang ke Malaysia keesokan harinya
-Aku dan PM akan kembali ke Jakarta dengan menaiki kereta api dan akan pulang ke Malaysia keesokan harinya
-Anne pula meneruskan percutiannya di Jogjakarta dan Solo lebih kurang 8 hari lagi.

Bagusnya menggunakan perkhidmatan Pak Murshidi ialah beliau sangat menjaga kebajikan kami seperti memberi air mineral semasa di pantai, menjaga makan minum kami dan semasa Zilla menanti bas ke Solo, beliau sempat menitipkan pesan kepada seorang mbah agar menjaga Zilla. Paling terbaik ialah beliau sanggup memotong barisan jalan yang sangat jem kerana bimbang kami terlambat sampai ke stasiun kereta api.



Kami tiba di stasiun lebih kurang pukul 6 petang. Untuk melepasi kaunter tiket, kami perlu menunjukkan pasport dan tiket perjalanan sebelum dibenarkan masuk. Oh ya destinasi kami ialah Pasar Senen, Jakarta dan berkelas bisnes.

Sesampai kami di stasiun, tidak lama kemudian kereta api kami tiba dijalur 5. Agak merisaukan kerana sangkaanku kereta api ini seperti KTM yang bergerak selepas mengambil penumpang tapi meleset. Kereta api ini menanti penumpang selama setengah jam baru bergerak. Kaget juga sebenarnya apabila melihat keadaan kereta apinya dan paling tidak disangka kelas bisnis yang kami pilih rupanya kelas yang free air.. Maksudnya udara dari luar dan bukannya aircond yang kubayangkan semasa membeli tiket. Maka bermulalah perjalanan kami yang panjang. 9 jam dalam kereta api







Disaat semua sedang beradu (jam lebih kurang pukul 1 pagi, pakcik ni masih gigih mencari rezeki. Yang dijualnya ialah  minuman 3 in 1 yang dibancuhnya. Perhatikan sekeliling flask dihiasi dengan sachet air 3 in 1.

Pemandangan biasa dalam kereta api diwaktu malam
Disetiap perhentian ada peniaga. Aku sebenarnya kagum dengan semangat mereka yang gigih mencari wang.

Kami tiba di stasiun Pasar Senen pada jam lebih kurang 4 pagi waktu Indonesia.


Info

Tiket train Jogja - Jakarta dibeli oleh adik kawanku yang sedang belajar di Universitas Gadja Mada. Aku tak sempat berjumpa dengannya. Thanks to Sharifah Fatimah Zahra..

No comments:

Post a Comment