Skip to main content

Mahram atau tumpang mahram

gambar pacik gugel - Kaabah yang melambai-lambai diriku


Inilah isu yang aku sedang fikirkan bila Kaabah melambai-lambai diriku. Perasaan sedih, hampa, kecewa dan pelbagai perasaan bermain difikiran aku selepas dapat tahu (aku mungkin baru tahu) yang kerajaan negara Arab tidak membenarkan perempuan yang tanpa mahram memasuki Kota Mekah.

Apa yang aku ketahui, hanya mahram yang sah seperti ayah, abang, adik lelaki, bapa saudara sebelah ayah atau suami yang boleh menjadi mahram aku. Ayah? Ayahku sudah lama meninggal. Adik? Adikku baru saja umrah baru-baru ini. Abang? Aku tiada abang. Bapa saudara? Bapa saudara sebelah ayah (wali emas) hanya tinggal seorang saja. Suami? Aku masih belum berumah tangga.

Sememangnya aku dah lama merancang untuk kesana tapi keadaan, masa dan wang kurang mengizinkan namun apabila semuanya dapat disediakan perkara sebaliknya berlaku.

Mahram? Inilah masalah utama aku kini. Kalau yang lain insya Allah aku cuba usahakan. Rasanya dah berhari-hari aku asyik fikirkan masalah ni.

Orang lain senang cakap, ah kahwinlah cepat. Boleh kahwin cepat tapi dengan siapa? Nak cari dimana?
Kadang-kadang aku rasa peraturan baru yang dibuat oleh kerajaan negara Arab tu tidak bersesuaian dengan keadaan sekarang. Sebab dalam zaman serba moden ni ramai yang masih menyolo aku diantaranya.

Namun semuanya ada hikmah disebaliknya. Aku pasrah dan redha dengan ketentuanNya.


ni info dari Andalusia
Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi.

Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :-

1. Suami – surat nikah;
2. Bapa kandung – surat beranak;
3. Adik beradik lelaki kandung – surat beranak
4. Bapa saudara kandung – surat beranak wanita,surat beranak ibu/ bapa dan surat beranak bapa saudara
5. Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat beranak ibu/ bapa

Andalusia tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penolakan visa umrah sekiranya jemaah wanita gagal mematuhi peraturan – peraturan tersebut di atas.

Arahan Pengurusan,
ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD

Mungkin kerana mahram dikuatkuasakan kerana
Pasti ada banyak hikmah dari peraturan mahram ini. Sebelum ini pernah berlaku di tanah suci, seorang jemaah wanita tiba-tiba sakit dan dimasukkan ke Hospital Arab Saudi. Terpaksa lelaki yang ditumpang mahram menemaninya ke Hospital kerana statusnya sebagai mahram dalam visa Umrah yang dikeluarkan. Walhal lelaki ini langsung tidak mengenali jemaah wanita berkenaan. Hanya diperkenalkan di airport bahawasanya ada beberapa wanita yang menumpang mahramnya. Tambah tragis apabila jemaah wanita berkenaan meninggal dunia di Hospital Arab Saudi. Maka sekali lagi jemaah lelaki ini terbabit sama dalam urusan daftar mati pesakit dan pengkebumian. Kasihan kepada lelaki tua ini yang masanya banyak dihabiskan atas urusan yang bukan kena mengena dengan dirinya.

Aku ada dengar antara sebab mahram dikuatkuasakan kerana ramai pengarah shooting filem/drama di Kota Mekah dan ia mungkin disalah gunakan..

Ada sesetengahnya mengatakan kerana mungkin lebih baik bersama mahram kerana lebih terjamin keselamatannya.

Aku cuma mampu berdoa agar peraturan baru ini dipermudahkan.

Amin.. amin ya rabbal allamin...

Comments

  1. Izza, peraturan ni baru berkuatkuasa tahun ni.
    ia mungkin bukan isu yang besar bagi sesetengah orang, tapi bagi kita yang masih 'solo' ni mungkin menjadi satu masalah yang berat.

    xpe izza, doa banyak2 moga Allah permudahkan semua urusan. Niat yang baik dan usaha pasti Allah akan permudahkan. Ada hikmah disebaliknya tu... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah PM.. mungkin ada hikmah disebaliknya.. Jika dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesempatan insya Allah saya sampai disana... AMIN

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Blog travel ke blog pertanian

Saya sudah bertukar minat mungkin. Saya lebih fokus pada projek pertanian saya diatas tanah sekangkang kera. Memandangkan tidak ramai share tentang info-info pertanian baiklah saya share 0.1 persen info yang saya ada. ia juga jadi info untuk saya untuk hari-hari kemudian. Meh share sikit kenapa pertanian. Tak popular kot.  Minat kepada pertanian tercetus bila Malaysia banjir besar 2014. Percutian di Korea tak boleh buat saya bergembira risaukan pokok-pokok durian ratusan tahun terendam dek air banjir. Rumah sewa pun habis, rumah kampung habis. Habis ditenggelami air. Banjir surut saya segera periksa pokok-pokok durian tapi malangnya semua bagaikan sakit. Daun berguguran, dan ada saja dahan tumbang setiap hari. Bagaikan menanti rebah. Risaukan pokok rebah menimpa rumah tinggalan arwah ayah, saya dengan berat hati membenarkan pokok-pokok durian ditebang. Sobs. Pelbagai kecaman diterima masa tu. Saya redha. Hohoho Kalau nak tengok keadaan pokok durian tu leh zoom sikit gambar dibawah. Ada