Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Friday, February 1, 2013

Jakarta - Pagi sebelum pulang ke Malaysia

Entry last untuk percutian aku ke bumi Indonesia.

Aku tiba di Pasar Senen, Jakarta dalam pukul 4 pagi waktu Indonesia. Sebenarnya dimalamnya aku agak risau dengan keadaan Jakarta yang dikatakan banjir. BFF aku yang memberi perkhabaran sebegitu rupa menerusi whatApps.

Sebelum aku terlupa sebenarnya aku membeli kartu/simkad SIMPATI dan ada kelebihan berinternet. Errmm walaupun orang sering melihat Indonesia mundur tapi aku tidak rasa begitu pada pandangan aku. Bayangkan disetiap tempat (aku sering buka internetku) semua tempat ada coverage internet. Malah semasa menaiki bas damri (airport transport) dan di stasiun Jogja ada WiFi dan tentunya free. :)

Ok berbalik pada Jakarta.Sampai saja distasiun tempat pertama yang kami (aku dan PM) singgah adalah tandas untuk menukar apa yang patut kemudian menunaikan solat Subuh distasiun. Seperti biasa bila tiba dimuka pintu kami diserbu oleh ramai prebet sapu/taxi/ojek dan sebagainya. Kami menolak dengan baik kerana ingin meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta api yang lain. Kaki kami melangkah dan terus melangkah. PM mengambil kesempatan untuk bertanya bagaimana ingin ke Kota Tua menggunakan kereta api dengan sekeluarga warga Indonesia yang sedang menunggu sesuatu. Malangnya kereta api tidak ke sana. Kami disarankan menaiki ojek/taxi atau berjalan kaki ke sana. Dan masa itu juga datangnya penyewa ojek. Ojek ni motor sewa yang kita menjadi penumpang. Kiranya kalau travel beramai-ramai tak sesuai pakai ojek.

Penyewa ojek itu menawarkan harga 25,000 rp untuk ke Kota Tua. Kami bersetuju. Sebelum berpisah ibu dan bapak itu sempat berpesan agar kami berhati-hati. Dup dap, dup dap jantung ini mendengarnya. Kami meredah keheningan pagi dengan menaiki ojek dan belakang kami sarat dengan backpack 10L yang padat berisi pelbagai barang. Kami tiba di Kota Tua lebih kurang 10 minit selepas itu.
 
Ojek/Motor


Tiba di Kota Tua diawal pagi mungkin pilihan yang kurang cerdik tapi kami buntu mahu ke mana lagi. Itu sajalah yang terlintas di fikiran ini. Ini kerana semua museum masih ditutup. Hajat memasuki pelbagai museum disana seperti Museum Fatahillah, Museum Bahari, ke pelabuhan terpaksa kami lupakan kerana masih terlalu awal untuk ia dibuka. Nak menunggunya? Aku tak sanggup dan rasanya PM pun tak sanggup. Aku peminat sejarah tapi dengan beban yang berat dibelakangku lebih 10kg (TT), minat itu terpaksa dilupakan...

Museum Fatahillah

Sekitar Kota Tua





Kami jalan-jalan dan ambil gambar sekitar Kota Tua dan kadang kala aku terpisah dengan PM. Tetiba PM datang kepadaku. Katanya dia rasa sungguh terharu kerana bapak yang kami temui distasiun tadi sanggup datang ke Kota Tua untuk melihat keadaan kami sama ada selamat atau tidak. Nah ini membuktikan bahawa warga Indonesia bukan semuanya jahat. Ini terbukti dari perjalanan aku sendiri. Tapi langkah berjaga-jaga tetap perlu diamalkan.

Melihat ramai gedelandangan mula keluar dari sekitar bangunan tua disekeliling Kota Tua, kami tinggalkan Kota Tua dan menuju ke stasiun Jakartakota untuk mencari loker. Malangnya tiada dan kami sepakat ke Mangga 2 yang dikhabarkan hanya 800 meter melalui signboard dengan berjalan kaki. Isk... bukan 800 meter tapi rasanya dekat 2km kami berjalan tidak ketemu yang kami cari. Akhirnya kami sepakat menahan angkutan (2500 Rp) tapi malangnya Mangga 2 masih belum dibuka. Haha silap percaturan lagi. Malas nak menunggu jam 10 pagi kami ambil angkutan ke stasiun bas transjakarta. Huhu rupanya dekat dengan stasiun Jakartakota.




Disini aku melihat satu sistem perjalanan bas yang sangat menarik bagiku. Setiap stasiun dijaga oleh penjaga kaunter, beraircond campur free air,tidak membenarkan lebihan penumpang dan paling penting jalannya khas untuk bas saja.   

Destinasi utama kami ialah stasiun Gambir 1, dari stasiun Kota kami perlu turun transit di st Harmoni dan seterusnya Gambir 1. Tetiba lak ade adegan yang tidak berapa best bila di stasiun Harmoni kami terpisah. Aku dah naik bas tapi PM tertinggal. Tunggu punya tunggu takde bayang PM langsung Call pun tak berangkat. Bateri HP kong pula tu. Waaa apa yang mesti aku buat?? Tunggu PM? pergi memfoto kat Monas atau amik jer bas Damri pergi Airport. Gerentilah tunggu PM. Lega rasanya bila dengar suara PM memanggil namaku.

Stasiun Gambir (ada perkhidmatan train, basway, dan transport ke airport) bersebelahan Monas, jadi kami singgah kejab dan tangkap beberapa gambar untuk dijadikan kenangan. Aku mengambil kesempatan nak beli t-shirt Jakarta. Sob...sob.. tercapai juga hajatku yang kecil ni. Di Jogjakan aku tak berbelanja langsung.
Monas
Dalam pukul 9.00 pagi, kami ambil damri bus untuk ke airport. Mujur jalannya tidak macet walaupun hari Natal. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Melalui tiket Damri, aku jadi konpius sama ada turun di terminal 1A, 1B, 2, atau terminal 3. Banyaknya terminal. Hahaha.. Masa tu badan dah penat, otak dah jadi sangat malas nak berfikir so turunlah kami kat Terminal 2 yang untuk international. Haha perasan lak international padahal balik Malaysia jer. Sebenarnya sebelum turun bas aku ada tanya pada pemandu bas dan dia kata ya disini. Dengan confidentnya turun bas dan perkara yang utama kami buat adalah cari toilet dulu, bersihkan diri dan salin baju. Lepas tu cari makan. Solat Jamak jab di surau. Lepak-lepak pastu lepak lagi sambil tunggu masa check in. Benarnya masa ni saya macam pelik kenapa langsung takde kelibat orang Malaysia melintas dan tak nampak langsung nama Airasia melintas di board. Hati dah pelik tapi diamkan dulu sebab tak mahu tergesa-gesa. Rupanya PM pun berfikir sama macam saya. Jadi kami ambil keputusan tanya kat mana nak check in. Err sepatutnya masa ni kalau ikut board tu kami dah kena check in. Tanya punya tanya memang sah,sohih dan pasti, kami tersalah terminal!! Patutla terminalnya pelik tak nampak kedai Donut Jco pun.. Aduh hari konpius sedunia kami ni. Hahaha..  Mungkin badan dan otak sudah terlalu letih.

Kami terus ambil shuttle bas ke terminal 3. Puh kaunter Tiger Airways dah lengang. Tapi nasib baik boleh check in lagi. Harus sujud syukur ni sampai Malaysia sebab banyak kejadian tidak diingini berlaku hari ni. Tapi inilah dinamakan pengalaman :)
Alhamdulillah kami sampai dalam pukul 9 malam.



Info
-Aku sangat menyukai sistem busway Indonesia
-Aku sangat menyukai  musholla di Terminal 2 kerana Imamnya melaungkan azan dan menunaikan sembahyang berjemaah. Paling kusukai ialah tempat berwuduknya dilengkapi palang untuk meletakkan kaki untuk memudahkan kita membasuh kaki untuk berwuduk.
-Aku sempat belajar Solat Menghormati Waktu dengan PM. Sesungguhnya Islam itu mudah :)
-Aku merasa menaiki pelbagai kenderaan awam di Jogja dan Jakarta. Bas, bas mini, ojek, kereta api, angkutan dan sebagainya

2 comments:

  1. hihi... gigihnya 4.11am posted entry.

    sememangnya hari tu hari conpius sedunia. haha.

    papepun jangan serik ye nak berbackpacking together2 lagi izza. :)

    ReplyDelete
  2. wow siap tgk masa tu.. rasanya timing tu salah.. hehe
    betul hari conpius sedunia hari tu...
    PM takkan serik jenjalan ngan awak.. eh kan kite ade dating bulan 5 ni.. jangan lupa :)

    ReplyDelete