Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Friday, February 15, 2013

Amazing Thailand - Krabi Hari Pertama

Sebenarnya plan nak pergi ke Krabi tak berapa terancang sebab masa tu aku sibuk menghabiskan pembacaanku tentang Jogja. Tetiba Laila forward mesej adik dia kata tiket pergi Krabi murah. Aku on jer.. Tak berapa kisah sangat dapat ke tak tiket murah. Last-last dapat cuma pergi balik melalui Hadyai. Tak kisahla. Kalau tak dapat tiket murah aku nak suggestkan naik train jer ke sana. Macam best jerkan pergi sana naik train. So dapatla tiket RM 161/return. Jadi kami pun menghitung hari... Terima kasih tak terhingga pada Ketua Jabatan aku sebab membenarkan aku menakluk melancong ke Thailand.. Hehe



Kami touch down ke bumi Thailand dalam pukul 12.55. Masa nak punggah bag dalam cabin tertiba nampak En Ab. Ex Manager kami dari Jusco. Owh Malaysia besar rupanya tapi Air Asia Thailand kecik.. Leh pulak kiteorang jumpa dia disana.





Pas sesi memfoto dengan En Ab, kami pun amik van untuk ke terminal van untuk ke Krabi. Masa nilah masalah bahasa muncul. Ibarat kambing dengan itik bercakap lah kami semua. Hehe.. Kat kaunter ditanya van paling lewat ke Krabi, disuruhnya pegi kaunter no.14 padahal kaunter dia memang kaunter 14. Garu kepala jab aku. Heheh.. Tertiba partner in crime ku, jumpa sorang ni leh cakap bahasa Melayu Pattani. Dok tung tang tung tang cakap okeylah kami decide amik last van pukul 5 petang dari Hadyai ke Krabi sebab nak pegi floating market. So mintalah pertolongan mamat ni carikan tuk-tuk. Dichargenya RM 40 pergi balik. Aku rasa oklah sebab kira murah untuk 4 orang dan tempatnya boleh tahan jauh. Dan diarahkan kembali ke terminal van sebelum pukul 4.30 petang. Tengok mamat ni ketawa terbahak-bahak dengan geng dia. Aku rasa dah semacam dah.


Maka bermulalah perjalanan kami ke floating market. Jalan punya jalan,



ni sekitar pasar tu



last-last dihantarnya kami ke market mana ntah. Masa tu kiteorang dah mula bising. Ni bukan floating market tapi market biasa.. Jual baju, ada gerai makan dan lain-lain. Bila call balik mamat tu ada pula dikatanya market tu tutup. Maaf sebelum melancong kami (traveller lain pun sama) dah study betul-betul so tak mungkin pasar tu tutup. Kawan aku dah start marah. Okeh takper kite minum air kelapa dulu... nyum-nyum



Perkara kena tipu tu perkara biasa terutama masa melencong melancong lebih-lebih lagi kalau ke negara luar. Janji dengan tuk-tuk tu pukul 4.00 petang datang balik kat tempat yang dia turunkan kami. So merondalah kami di pasar mane ntah tu. Kawan aku dan Partner in crime merembat pelbagai jenis barang, aku lak hanya tengok jer keje aku. Cuci mata jer... Huhu.. Yerlah bagi aku mood kat Hadyai dah turun ke negatif 30 darjah sebab takleh pergi Floating Market. Sebenarnya dah terbayang dah agar-agar, air dalam bekas yang cute-cute dan lenlain lagi tapi........... hancus

Pukul 4 petang kami dah tercegat kat tempat tuk-tuk turunkan kami. Kami sempat jugak beli air mineral satu botol besar. Sebabnya risaukan keadaan panas dan boleh menyebabkan kami dehydrated nanti di Krabi. Kami terus naik tuk-tuk masa dia sampai tapi macam geram lak sebab dia bawak kiteorang round satu bandar Hadyai. Terasa macam dia plan/disuruh melengah-lengahkan masa supaya kami tertinggal van. Oh ya sebenarnya mamat tu cakap dia boleh sediakan van ke Krabi dengan bayaran RM 300. Ok fine kali ni kami tidak mahu tertipu lagi. Sempat pula tuk-tuk tu ambil pelanggan lain yang mahu ke Terminal Van padahal kami dah sewa khas kan tuk-tuk tu. Dalam hati dah mula merungut tapi Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Dia menolong hambanya dalam kesusahan. Allahu Akbar! Rupanya pasangan tu orang Patanni yang mahu ke Krabi juga bersama kami. Dan tuk-tuk tu cepat-cepat bawa kami ke Terminal Van. Masa tu terminal van agak sunyi juga mungkin kerana kekurangan pelanggan, mereka terpaksa menunggu kami.

Sebenarnya dalam tuk-tuk tadi kami sempat bercakap pelbagai perkara dengan pasangan dari Pattani tu cuma tidak bagitau yang kami telah ditipu.

Maka bermulalah perjalanan 4 jam kami. Bangun tidur balik pastu bangun balik tak juga sampai-sampai. Kepala lutut dah naik lenguh sangat. Pastu kami singgah di satu RnR. Ok kalau nak tahu kebanyakan tandas kat Thailand ni semua bersih-bersih dan wangi sampai leh buat bisnes dalam tu. Siap jual aksesori wanita lagi beb.  Pastu perjalanan kami diteruskan sampai ke Pekan Krabi. Masa dah dekat-dekat pekan Krabi, aku mulalah buat usul mengeramkan partner in crime 1 aku.. hehe
Kite amik van ni jerlah pergi Ao Nang. Tengok pekan dia macam pekan mati. Lagipun dah pukul 10 malam ni risau takde transport jer pergi sana....
partner in crime 2 setuju... risau woo memalam takde transport
Ko giler?? Nak bayar RM 100 pada dia. Saya tak sanggup. Kita turun kat pekan Krabi .. partner in crime 1 cakap

Tanya akak Patani tadi. Dia cakap ikut dia. Tapi on the way nak ke Pekan Krabi tiba-tiba suami dia turun. Ah sudah. Apa nak jadi dengan kita ni kenkawan?? Sampai kat Pekan Krabi, pemandu van tu mula buat muka bila kami bertegas nak turun kat Pekan Krabi. Turun pulak sama dengan akak Patani tadi. Akak Patani tu tolong tanyakan kereta sapu untuk ke Ao Nang. 500 baht. Kira oklah berbanding harga van tadi. Huhu.. Disitu juga kami sempat bertukar nombor dengan akak Min tu. Oh ya kakak tu kerja bawah muslim tour di Krabi jadi kami terus ambil pakej dengan dia. Tapi dia akan confirmkan kemudian. Tak lama kemudian suami dia muncul semula. Aku dah rasa semacam.

Korang tau sebab apa aku rasa semacam. Sebenarnya sebak, gembira dan bersyukur sebab aku rasa dalam kesusahan tu kami diutuskan dengan orang yang baik. Suami dia rupanya balik ke rumah ambil motor dan disuruhnya isterinya menemani kami. Ya Allah baiknya mereka.

Ok sampai ke Ao Nang, kami stay di Hotel KL House. Lepas check in kami terus pergi restoren untuk makan-makan. Ntah apa nama kedainya. Tapi makanannya bolelah aku bagi 1bintang. Hehe sangat kureng ya. Masa menunggu makanan siap, aku call kak min bertanyakan pakej yang kami mahukan.

Awak dimana ya?
Saya dekat kedai makan ntah apa namanya. Kenapa kak?
 Oh, akak depan hotel awak ni. Nak hantar pakej ni. 
 Hah!! akak sampai  kesini cari kite orang? Datanglah sini kak

Masa tu, kami rasakan kami sangat bernasib baik. Pakej dihantar depan mata, dan bayaran langsung tidak diambilnya. Padahal dia lagi penat dari Patani ke Hadyai kemudian ke Krabi kemudian ke Ao Nang pula mencari kami.  Kami merasakan sememanya pasangan itu diutuskan pada kami disaat kami kesusahan. Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!


Info

-Floating market ni ada hari Jumaat - Ahad jer tau start pukul 3 petang. Jadi rancang perjalanan anda
 -Van ni cuma sampai ke Pekan Krabi ya, bukan Ao Nang.
-Ao Nang tu ibarat pantai Chenang di Langkawi ya. Ia happening sangat.
 







 





2 comments:

  1. Bleh saya dapatkan nama TA kak min tu tak ? terima kasih

    ReplyDelete
  2. alamak.. sy tak pasti nama TA dia.. luper sangat2 nak ambil.. nnti kalau sy jumpa balik no phone dia sy tepek kt blog saya ya.. :)

    ReplyDelete