Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Saturday, February 16, 2013

Amazing Thailand - Krabi Hari Kedua Pagi

Bangun pagi, 

gosok gigi 

cuci muka dan mandi,

Kemas bag

lepas check out

nak round island...

Hehe.. nyanyi pulak. Okeh sebab tulah aku dan kenkawan kalau pergi mana-mana memang akan sewa hotel/chalet yang paling murah sebab tau kiteorang takkan tinggal lama dalam bilik tu. Tengoklah semalam sampai dalam pukul 10.30 malam dah dah check out pukul 7.30 pagi. Untuk tidur, sembahyang dan mandi saja gunanya bilik tu jadi buat apa nak membazir benda yang tak akan kita gunakan? Betul tak?

KL House Hotel




Kami tumpang bag kat reception kaunter sebab kalau nak check in hotel yang seterusnya pun belum masanya. Kini masanya kami akan ke Phi Phi Islands!!! Wah eksaited terlebih ni... 

Sebelum tu kami makan bekalan yang dibawa dari rumah. Lai..lai ada serunding, roti, sambal ikan bilis, roti lagi, jajan, dan nasi yang sempat dibeli dirembat oleh partner in crime aku sebelum tido. Sila..sila makan.. Makan pula di meja restoren yang berlambak ditepi jalan. Tumpang meja ya... Inilah konsep percutian kami. Bajet tapi best!!






Van tiba kami pun melompat naik van. Padahal kalau nak ke pantai boleh jer berjalan tapi disebabkan pakej dah sediakan van so naik jerlah. Sampai ditepi pantai kami pun mula mendaftarkan diri. Dapat sticker dan air mineral.  Speed boat kami bernombor 4 dan boleh memuatkan lebih kurang 80 orang dalam satu masa. 

Menurut suami kak min semalam kalau ke Phi Phi Island sebaiknya naik speed boat sebab dia ada 5 enjin dan kalau dua enjin mati, enjin lain boleh digunakan sebagai back up. Pakej untuk speed boat ke Phi Phi Islands RM 110/pax manakala kalau naik long tail (macam sampan berenjin) yang ada dua enjin harganya RM 50/pax cuma takut enjin mati ditengah jalan. Hah karang mendayung la kita sama-sama... dayung... dayung... dayung... sob..sob (TT). Hehe tak sanggup la pulak. Hah kalau nak ke Chicken Island leh la ambil long tail sebab dia lebih dekat dengan daratan.




Oleh kerana aku pergi masa musim high season dimana semua omputih lari dari negara dorang makanya barang-barang dan pakej semua naik lebih dari biasa. Maka bertabahlah. Boleh dikatakan 70% dari isipadu speedboat tu orang-orang berkulit putih, kami yang berkulit berwarna ni gigihla menyapu sun block bagai. Huhu..  

Pemandangan sekitar Phi Phi Island ni Subhanallah...Subhanallah sangat cantik.




Hentian pertama kami ialah Bamboo Island. Leh explore beach, coral dan berenang. Kami tak berenang pun sebab dah nampak obor-obor terdampar. Hehe.. pastu mulalah nampak aksi menggaru-garu badan.. Hehe.. Nasib baik kalau tidak mesti spoil moodkan..  Menurut guide tu, Bamboo Island ni dinamakan kerana ada pokok bambu ditengah-tengah pulau. Dia ada stop jab nak tunjuk pokok bambu tu.

Inilah dia obor-obor


Maya Beach - Ramainya manusia sedang berangan jadi sotong kering. Tempat boat nak mendarat pun sesak, jadi boat singgah sekejab kat Maya Beach tu. Sebelum turun aku bawak air cola. Owh air dalam boat ni unlimited eh. Jadi bole ambil bila-bila masa saja. Maya beach ni terkenal sebab jadi lokasi filem The Beach lakonan Leonardo Di Kopi O. Cantik pantainya tapi biasalah kalau dah terlalu ramai orang nak memfoto pun susah. Nak explore Maya Beach ni boleh tapi kemungkinan ditinggal oleh boat adalah tinggi sebab dorang bagi masa dalam 30 minit jer kot. Huhu 




tengok himpunan boat tu..



Hin Klang - Kat Hin Klang ni kami diberi goggle (mask dan snorkel) untuk snorke****. Kalau tak silap kedalaman dia 10 meter kot. Memang takde dasar lah. Harapkan life jacket je kiteroang kalau tidak jangan harap nak masuk dalam air. Hehe.. Terus terang aku cakap aku fail kat sini sebab salah gigit goggle tu dan tak betulkkan paip bernapas tu. Jadi aku tak nampak akuarium dalam laut. Aku sempat minum bergelen-gelen air masin saja dan tenggelam timbul..tenggelam timbul.. Hahaha nasib-nasib...


Hah mana tak sesak? Kapal pun datang..



Puas snorkel, naik atas terus bukak bekalan makanan. Lapar bersnorkel katakan.. sampaikan guide tu kata ok lepas ni kita pergi Phi Phi Don untuk makan.


Phi Phi Don - Ni tempat kami makan secara berjemaah. Kalau tak silap ada tiga dewan makan yang berstatus Muslim kaedah buffet. Ada macam-macam makanan seperti spagethi, nasi, ayam, sotong besar-besar, tomyam, fillet ikan, desert dan sebagainya. Unlimited ok. Tak rugi bayar rasanya    
Lepas makan-makan, kami ke surau berhampiran untuk menunaikan sembahyang jamak. Luas betul suraunya malah kain sembahyang disediakan. Dibelakang surau pula ada dalam 4-5 kubur Islam berdasarkan batu nesannya.Kemudian kami apa lagi sesi memfoto la, partner in crime aku ambil kesempatan untuk duduk dikerusi kain yang disediakan. Rasanya masa pembacaan aku kerusi ni ada dikenakan charge untuk duduk tapi masa kami pergi tak pula dikenakan sebarang charge. :)



Surau di Phi-phi Don





Viking Cave - Usai urusan di Phi Phi Don, boat kami ke Viking Cave, boat tak singgah sebab ia tidak mempunyai daratan. Ia bukanlah untuk tujuan komersil seperti pantai lain tapi ia merupakan tempat pengumpulan sarang burung layang-layang, kegunaan perubatan dan sebagainya.

Phi Leh Bay - Phi Leh diambil daripada perkataan Melayu iaitu bilik, kerana pantai ini menyerupai sebuah bili. Rasanya tak singgah juga...



Loh Samah Island - Kemudian kami dibawa ke Loh Samah Island untuk bersnoorkel lagi. Yeah!! Kali ni dah belajar betul-betul cara nak gigit goggle tu. Ok makanya aku berjaya tengok akuarium dalam laut. Serius cantik! Yeah!! yang pastinya dengan bantuan partner in crime aku. Wah gitu.. Siap bagi makan ikan lagi. Erk jakun jab.. :P


Monkey Beach - Aku tak pasti sama ada disini kami singgah atau tak

Lepas tu kami pun dihantar pulang dengan menggunakan lori.


Info
-Harga makanan,hotel, pakej selalunya bergantung pada musim. Low season, high season dan peak season





 
 

2 comments:

  1. time bila low season? high season? peak season terutamanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. low season bln 6-11 tapi kene tgk weather gak
      peak season 12-3 sebab ramai mat salleh berhimpun di sana

      Delete