Skip to main content

Sesuatu yang menarik di Kanchanaburi (part 2)

Entry lepas aku ceritakan kiteorang pilih pakej ke Erawan. Kami akan bergerak dalam pukul 8 pagi. Lepas sarapan ala kadar kami pun bergerak. Seramai 9 orang kali ini. Pertambahan ahli Pete apa ntah dari Wellington, New Zealand. Rasanya sampai sekarang dia masih berlegar-legar di Asia (tengok status dia di FB). Seronokkan berjalan camtu. Oh ya, guide kami hari ni ialah Niu. Im Niu here and this is my first day praktikal. Hah macam tulah dia perkenalkan diri.

Dari guesthouse (err guesthouse kami jauh tau dari bandar/pekan Kanchanaburi), kami dibawa ke destinasi pertama iaitu Erawan Waterfall. Dekat 2 jam jugalah perjalanannya sebab aku sempat membuter. Kikiki..

Sebenarnya korang boleh naik bas dari
Terminal Bas/Van Kanchanaburi -> Erawan Waterfall
Erawan waterfall --> Terminal Bas/VanKanchanaburi 
TAPI kalau terjah macam ni lebih tinggi belanjanya dari ambil pakej. So sebab tu kami pilih pakej.

 Erawan Waterfall

National Park Erawan (Taman Negara Erawan, Kanchanaburi) dan tarikan utamanya ialah Erawan Waterfall (Air Terjun Erawan). Tidak popular dalam kalangan pelancong Malaysia tapi terkenal pada pelancong Barat. Memasuki Taman Negara ini pada pintu masuknya kelihatan seperti hutan yang tiada apa tapi rupanya mengandungi air terjun 7 tingkat yang berwarna biru. Sangat cantik bagiku. Untung juga mengambil guide kerana beliau dan kawannya menerangkan tentang air terjun ini kerana pamplet yang dibekalkan bertulisan cacing kerawit. Hahaha... Tapi macam biasa mula-mula je follow guide lepas tu semua bertebaran menembak.

Disarankan jika kesini dengan memakai sandal/kasut yang bersesuaian sebab kita akan mendaki sedikit (santai-santai jer pun), kalau berkesempatan mandi atau fish spa. Aku? Pilih hanya mendaki dan menembak pemandangan saja. Mandi? Memang taklah sebab airnya boleh tahan sejuk walaupun perancangan awalnya nak mandi-manda disini. Aku siap bawak towel tau tapi dalam beg Nik la. Hehehe

Suka aku dengan suasana sini yang masih virgin/alami. Persekitarannya tidak kotor dan tercemar dengan sampah sarap. Kalau tak silap aku, di level 2 air terjun ada kaunter deposit botol air. Setiap pelancong yang membawa botol air akan dikenakan deposit (20 baht) dan akan dikembalikan jika botol yang didepositkan dibawa turun dengan selamat. Hah!! Takde kejekan?! Tapi tulah inisiatif mereka untuk jaga persekitaran Erawan. Aku rasa cara ini patut diamalkan di setiap hutan lipur di Malaysia yang sudah banyak kumpul botol-botol air terpakai. Huhuhu

Membebel banyak tak gunakan. Meh tengok gambor aku yang tak seberapa.


aku suka dengan material baju disini. Selesa dan murah

Tulisan cacing kerawit..

Faham Erawan National Park saja











fish spa




Waktu lunch kami makan nasi vegetarian yang disediakan. Aku hanya makan nasi putih, ikan bilis Anne dan bekalan Farah. Aku was-was.. Hihihi...

Lepas makan, kami dibawa menuju ke Death Railway di River Kwai. Alang-alang dah sampai ke Kanchanaburi, Thailand eloklah kiranya kita menyelusuri sejarah tentang landasan maut ini. Aku percaya mungkin ada diantara kita, mempunyai sanak saudara yang dijadikan buruh landasan maut ini. Sebab penduduk di Tanah Melayu juga ada dijadikan buruh landasan maut ini.   

Pengakuan ikhlas. Dulu selalu dengar tentang landasan keretapi maut. Tanpa belajar aku buat kesimpulan bahawasanya landasan ni untuk orang tunggu keretapi lepas tu bunuh diri. Erkkkkk!! Aku silap!!

Pada Jun 1942, pemerintah tentera Jepun mula mengumpulkan pekerja
bagi membina jalan keretapi dari Nong Pladuk, di daerah Kanchanaburi
di Thailand, ke Thanbyuzayat di Burma. -sumber google
Landasan maut ini diberi nama sebab kebanyakan buruh yang dikerah untuk membina landasan ini maut kerana pelbagai faktor yang akan aku share entry seterusnya.


Pasangan romantik gitu. Sorang tidur dan sorang dok kacau

Inilah tinggalan landasannya yang masih digunakan sehingga ke hari ini.




Aku dapat membayangkan keperitan buruh ketika itu... (TT)


Cuak juga bila tengok rel dan kayu landasannya yang macam dah uzur sebab kami akan naik keretapi melalui landasan itu nanti. Nak tak nak kena teruskan. Tak gitu?




 Oh ya. Sebenarnya ada gua kecil tau. Gua tu menjadi tempat tinggal dan tempat pembuangan mayat-mayat buruh pembinaan landasan maut ni dan mayatnya mengalir ke arah River Kwai. Terus aku teringatkan Lubang Jepang di Bukit Tinggi, Indonesia. Puh!


 Sementara menanti ketibaan keretapi kami sempat menjamu mata ke gerai jualan.


Landasan yang sangat sempoi
 Dalam train ini dipenuhi dengan pelajar Thai yang sedang buat lawatan sambil belajar. Nak menyelit pun tak selesa. Jadi kami (aku, Anne dan Nani) pilih untuk berada disebelah dalam train. Kang tak pasal-pasal sebab berat sebelah jatuh pula kami dalam Kwai River. Hihihi. Ayat memujuk diri tu.



side sini sajalah aku mampu duduk diam-diam

Kami dah macam paparazzi. Berlari nak tangkap gambar pemandu train ni
 Usai pengalaman menyeberangi Death Railway, van kami tadi bawa kami ke Bridge Railway pula. 




Tengok boleh jalan-jalan tau atas landasan dia.



Selepas itu kami dibawa pulang dan malam tu kami ke pekan Kanchanaburi untuk makan. Eh ada kedai makanan halal disana. Nasi ayam lagi dan pancake Heliza gitu. Jangan risau.  




Comments

  1. hai. nk tnye tntg pakej tour ke erawan ni you guys ambil kat mne ye ? or ade cntct nmber ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakej tour tu boleh didapati dkt hotel/guesthouse/hostel awak menginap.. don wori.. biasa memang ada jer :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Passport Hilang

Passport hilang Next travel hari jumaat (18/12/2015) tp baru semalam (15/12/2015) aku mencari passport. tapi malangnya passport tak dijumpai... arghhh sudah cari info dlm internet nampaknya tak berapa membantu kecuali bab buat polis report. Disebabkan aku perlu fly pd 18/12, aku kena bt passport secepat mungkin. Sesudah bosan mencari tempat harta karun kusimpan passport aku try pula godek-godek laman web imigresen Malaysia. Namun jawapan mendukacitakan katanya 5 hari bekerja. Arghhh parah!! Hari ni (15/12/2015) aku keluar seawal 7.00 pagi dan aku bermula dengan report police dulu. Kemudian aku buat keputusan nak ke tempat kerja sebentar dan akan ke imigresen Wangsa Maju. On the way ke tempat kerja aku try juga call hotline imigresen. Malangnya jawapan diberikan mendukacitakan. kaunter melayan kehilangan passport hanya di Putrajaya dan Jalan Duta. Dalam kes aku ni, aku ke Imigeresen Jalan Duta. Disebabkan aku terlupa 'short term memory lost' jalan ke imigresen Jalan