Al-Fatihah
Aku mengenalinya hanya melalui satu forum yang terkenal di Malaysia. Melalui info-info arwah aku mempunyai sedikit keberanian ke BukitTinggi, Indonesia dan Ho Chi Minh City Vietnam tanpa mengunakan khidmat tour agent dari Malaysia.
Arwah seorang yang tidak lokek bercerita tentang ilmu perlancongan yang beliau ada. Malah boleh berkongsi tentang langit yang cantik jika dalam satu-satu flight. Kadang kadang arwah menyanyi lagu ayam den lopeh dan macam-macam info arwah sharekan.
Selama ni aku tercari-cari mana dia pergi? Kenapa tidak lagi ada post dari dia. Rupanya dia menjadi mangsa pembunuhan suami sendiri. Ada beritanya dua-tiga bulan lepas. Aku tidak mahu tahu tentang kenapa, bagaimana, atau apa sebab beliau dibunuh. Biarlah undang-undang menyelesaikannya. Cuma mahu mengajak korang diluar sana menyedekahkan sedikit al-fatihah untuk arwah dan suaminya. Semoga rohnya dan roh suaminya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Walaupun JM x pasti siapakah mereka, nk sedekahkan alfatihah kepada arwah. Al fatihah
ReplyDelete