Skip to main content

Menjejak bunga matahari di Lopburi, Thailand

Bangun tidur kami bergegas ke kaunter tiket kereta api ke Lopburi (28 baht-RM2.80). Kalau nak tahu station Hua Lamphong ni ibarat penghubung train ke semua lokasi di Thailand tau macam KL Sentral tapi ia lagi besar platformnya.. Seperti biasa kena tahulah laluan dia dan masa dia jika mahu perjalanan smooth n clear. 



Aku nampak persamaan stesen Hua Lamphong dan stesen Jakarta Kota di Indonesia
Disebabkan angin sejuk mencengkam kulit diawal pagi, maka aktiviti membuter adalah keutamaan walaupun seat keras dan berpaksikan 90 darjah. Lena jugalah tidur sampailah satu tempat bila pelajar-pelajar sekolah naik. Rasanya aku bangun sekejab untuk melihat sunrise lepas tu lelap balik. Itulah yang aku tahu dalam tempoh 4 jam tu. Hihihi.. Sedar-sedar dah sampai ke Lopburi. Lopburi ni merupakan stesen paling last tau. Lepas tu kereta api ni pusing balik ke Hua Lamphong. Okey kalau naik kereta api, jangan anggap yang kereta api macam STAR LRT, Putra LRT, ETS atau monorail. Takdenya dorang nak cakap "stesen seterusnya..next station" Pandai-pandai sendirilah. Hihihi..

Disebabkan kami tak ada sewa mana-mana hotel atau pengangkutan, maka kami bertabah mengendong/menjinjit/memikul/mengangkut beg kami kesana kemari dan mujur juga di stesen Lopburi menyediakan khidmat penyimpanan beg. Dengan kadar 10 baht (RM 1) sehari. Kira oklahkan dari kena mengangkut bag berkilo-kilo.  Keluar stesen, kami jadi blur sebab tak tahu kemana ingin dituju. Ada pakcik menawarkan keretanya dengan harganya tapi kami memilih untuk naik bas 15 baht ke Lopburi. Jenuhlah turun naik bas sebab miscommunication. Hehe.. Apalagi sambung tidur..  Bangun tidur wah! wah! nampak bunga matahari

Sesuai dengan waktu matahari sedang naik, bunga matahari yang kami lihat bagaikan sedang menghadap matahari. Bunga-bunga ni memandang satu arah saja iaitu Matahari. Cantik sangat. Semua bersedia dengan menembak dengan kamera masing-masing. Tengah syok tangkap gambar tiba-tiba kereta hilux berhenti dan tanya dan yang bestnya dia offer nak bawa kami ke ladang yang sebetulnya. Wah Alhamdulillah, nasib badan. Rupanya jauh lagi ladang sebenar. Dekat 2 km juga kedalam. Habislah kita nak menapak keluar balik nanti (TT)..Turun jer dari kereta, semua mata nampak bunga matahari/sunflower saja. Meh tonton gambar meh.











Dah jemu memfoto gambar, aku ke gerai jualan. Sis hilux tu menjual barang-barang cenderahati macam sepit rambut, frame dan sebagainya. Aku sambar dua sebagai balas budi baik dia. Pastu dia tanya aku, apa ntah aku angguk dan kata yes. Dia senyum dan keluarkan barang dari hilux dia. Masih tak sangka apa-apa lagi.  Bila barang dia unloading, dia cakap ok come. Hah?? Dia nak hantar kami ke pangkal jalan rupanya. Ya Allah baiknya sis hilux ni. Makanya tak perlulah kami menapak ke jalan besar. (TT) (TT) baiknya..baiknya.. Dahlah kami bagi duit pun dia tak mahu terima. Terima kasih Sis Hilux. Motip tak ingat nama dia...



Perjalanan pulang pula kami memilih mengambil tuk-tuk dan kembali ke station Lopburi. Disini kami berjumpa dengan backpacker Malaysia page Herviewfinder dari Kemboja ke Malaysia melalui jalan darat dan akhirnya bergabung dengan kami ke destinasi seterusnya. Tiket kembali ke Hua Lamphong kami 50 baht (RM5) dimana ia lebih selesa dan cepat. Aku sekali lagi memilih untuk membuter. Hahaha.. 

Sampai ke stesen, kami dibawa ke kedai makan seberang jalan. Sesungguhnya perut dah bergendang gendut berirama satu Malaysia dah. Hehe..

Lepas makan, kami mengangkut beg lagi ke destinasi seterusnya -train info - semua info train boleh tengok disini yer
-Sunflower/Bunga matahari ni berkembang sekitar hujung bulan 10 hingga bulan 12. Makesure pergi masa ni saja kerana kalau bulan 1 ke atas mereka dah harvest/menuai hasilnya untuk dijadikan kuaci
-Ladang bunga matahari ini terdapat di Lopburi (terbesar) dan Saraburi
-Ada direct train ke sana tau tapi ada tarikh nya. Sila rancang perjalanan korang. direct train ke sunflower fields. Hish harus mengulang ney..

Comments

  1. bestnya..one day nk pegi jugak ke sana...terima kasih Izza kongsi info...mesti best kan travel ngan Zilla and the geng tu..cam nk beli nyk je biji kuaci tu...JM suka mkn :-)

    ReplyDelete
  2. cik, nk ke sana xperlukan visa kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yerp.. ke Thailand tak memerlukan visa..

      Delete
    2. info tambahan
      kalau naik flight ke thailand melebihi 30 hari perlukan visa
      kalau ikut jalan darat melebihi 15 hari perlukan visa
      kalau kurang tidak perlu

      Delete
  3. salam...agak2 berapa jam diperlukan utk aktiviti di lopbhuri. sebab saya nak lanjutkan train ke chiang mai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..
      kalau sekadar luangkan masa ke ladang sunflower saja better awak sediakan masa dlm 2-3 jam. sebab dari train ke lopburi makan masa dalam 30 minit-40 minit.. ada uncle area stesen tu tawarkan perkhidmatan pergi ke Lopburi cuma bayarannya saya kurang pasti..

      Delete
  4. nak ke lopburi tu awak dari bangkok ke? kalau ya awak ke bangkok dulu, awak naik flight eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yerp flight ke bangkok. sy naik air asia so turun di don mueang

      Delete
  5. SALAM,

    SAYA BERANGAN NAK KE LADANG BUNGA MATAHARI NI PADA BULAN SEPT NI..RASANYA ADA KE LAGI BUNGANYA..AND NAK TANYA SELAIN KERETAPI ADA TAK VAN PENGANGKUTAN DARI BANGKOK KE LOPBURI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tetapi tak sampai ladang bunga
      www.facebook.com/RthTuDiThawrKrungthephMharachLphburi/photos/pb.217681511692714.-2207520000.1452982389./611681255626069/?type=3&theater

      Delete
  6. wsalam. ada tapi awak kene pergi ke Victory Monument dan cari terminal van disana.. Diterminal van tu semua tempat dia pergi

    ReplyDelete
  7. hi izza, kita group ada 6adult 2kids ingin ke lopburi sunflower pada bulan December. kita cadang nak nail keretapi. Berapa lamakah perjalanan dari Bangkok? Dan adakah train ini direct ke lopburi matahari ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi..
      bangkok ke lopburi 4 jam..
      yerp direct sampai lopburi tapi lepas tu awak amik pick up untuk ke ladang sunflower.. harap membantu..

      Delete
    2. www.youtube.com/watch?v=8olYmGWBFEU kereta api di station Saraburi http://ed.files-media.com/ud/news/1/138/411995/01-490x300.jpg

      Delete
  8. nak tanya saya pergi ke sini weekend nak tau weekend ada disediakan perkhidmatan train pukul 4 pg tu x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik leh cek time table train.. dengar cite dah tukar masa perjalanan.. :)
      apa2 pun goo luck ke sana

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Rayani Oh Rayani part 2

Sedikit update dari FB Rayani Air Pelanggan yang budiman, Kami pohon kemaafan kerana masih tidak mampu untuk membuat pembayaran balik (refund) ke atas tiket penerbangan walaupun telah mencuba sedaya upaya. Penarikan balik lesen-lesen ASL dan ASP kami dibuat ketika kami sedang memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan ini. Dengan penarikan balik lesen-lesen ini, tiada pelabur yang mahu bekerjasama dengan kami. Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen memasukkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan refund telah menarik diri di luar jangkaan kami. Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha keras untuk pihak DCA dan MAVCOM memberikan peluang kedua untuk kami beroperasi. Dengan peluang kedua ini, pelabur akan mengambilalih pemilikan syarikat dengan tim pengurusan baharu yang lebih baik. Kami tidak boleh menjanjikan tarikh ianya dapat dilaksanakan, namun yang pasti keutamaan kami adalah obligasi kami terhad