Keesokkan harinya kami bangun dalam pukul 4 pagi selepas mendengar azan. Sebenarnya kami keliru sama ada sembahyang atau tidak waktu itu kerana biasanya azan subuh di Indonesia (maafkan aku kalau tersilap) dua kali. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk solat dalam pukul 6 pagi. Marah member dari Australia (seorang jer pun) sebab pasang lampu bilik. Nasiblah.
Kami bersiap-siap selepas itu untuk ke destinasi utama kami iaitu caving di Jomblang. Sebenarnya inilah aktiviti yang paling kutunggu, kunanti sejak berbulan-bulan lepas. Akhirnya masanya sudah tiba =)
Kami ke Gunungkidul dan Wonosari merupakan bandarnya dengan menaiki MPV pak/mas Kito. Pelbagai info yang dishare olehnya. Beliau sangat berinfo dan juga baik. Beliau sanggup memberhentikan kenderaanya setiap kali kami nampak bayang Gunung Merapi. Alhamdulillah cuaca sangat baik hari tu. Cuaca tidak panas dan paling penting tidak hujan. Perjalanan kami ke Jomblang ini mengambil masa dalam 2 jam. Segala transport, info dan sebagainya, Zilla yang sediakan. Thanks Zilla sebab beri peluang kami merasa pengalaman travel lain daripada yang lain.
|
Gunung Merapi. Alhamdulillah cuaca sangat baik dengan kami dan beri peluang kami melihatnya |
Oh ya, Zilla tiba pagi itu. Rasanya pengalaman yang dirasainya sama perit dan sama padan dengan kami. Tapi dia mampu hadapinya. Kalau aku.... errr janganlah jumpa... hehehe
Sebelum tiba di Jomblang, kami melalui menempuh pelbagai tanaman yang sedang menghijau. Khabarnya masa inilah paling cocok untuk bercucuk tanam dan masa lainsering kering kontang.
|
Jalan menuju ke Jomblang. Free massage sekejab |
|
pic kredit to Zilla.. Pintu utama ke dasar Gua Jomblang |
Ok perhatikan pintu utama tu. Ternganga jerkan. Memang buat saya kecut perut. Dahlah lama tak wat aktiviti mewall climbing nikan pula nak turun ke bawah dengan keadaan yang penuh dengan pokok-pokok. Habislah aku tersangkut dicelah-celah pokok tu. Huhu.. Sebenarnya untuk turun ke dasar Gua Jomblang kita boleh pilih dua cara iaitu menggunakan tali atau terjun jer kebawah.. Tak taula siapa nak sambut kat bawah tu.. kalau pilih cara tu.. hehe..
|
Sebelum turun, kami diberi minum air teh. Boleh pulak aku minum banyak-banyak. Kalau nak membuang, nasiblah ko iza.. |
Masa ini, kami dilepaskan berpasangan menggunakan tali. Dan kami dibiarkan tergantung seketika untuk menikmati pemandangan purba yang jarang ada dimana-mana tempat. Nak capture gambar tapi kamera dibelakang pula. Selepas itu kami direhatkan untuk menanti kedatangan beberapa peserta dari Bandung. Cowok yang turun tu buat aku terkedu sekejab sebab rupanya sama seiras seperti temanku. Haha..
Haish...
Disini pun dia menemaniku..
Bagaikan meneroka Gua Tempurung di Perak, kami turun dan naik bukit untuk seketika kemudian mendengar sayup-sayup bunyi deras aliran sungai bawah tanah yang menghubung ke Kalisuci tapi aliran dikhabarkan terlalu deras untuk kami menerokainya. Benarnya masa itu Jogjakarta sedang musim hujan. Kalaulah dapat ke bawah sana, gerenti masa dekat 2 jam kuhabiskan disungai itu. Tapi ia bukanlah agenda utama. Yes, ada satu yang kami nantikan. Terus menanti dan menanti sambil mencapture gambar. Sebenarnya aku tak reti nak setting camera jadi back light/siluet/ray of light jadi semua gambar yang kutangkap nampak cam selulit. Ketensionan melanda. Grrr...
Menurut Mas Patek dan Mas Cahyo (kot), cahaya yang kami nantikan
biasanya akan kelihatan dari 11.00am - 1.00pm. Tetapi dengan keadaan cuaca
yang mendung (Jogja kan musim hujan sekarang), beliau tidak memberi jaminan cahaya dari syurga itu akan muncul. Kami cuma mampu berdoa. Aku mengharapkan sesuatu keajaiban akan muncul. Rugilah kalau sampai kesini dengan menempuh pelbagai rintangan tapi agenda utama tak tercapai. Doa punya doa tetiba cahaya dari syurga mucul!!!
|
Cahaya dari syurga.. Err ni bukan cahaya dari tempat kami masuk tadi tapi cahaya dari gua yang lain..dan dibawahnya sungai |
Cahaya tu kejab muncul kejab menghilang. Bila ia muncul terjerit kami menyuruh master photographer (Zilla dan Mas Cahyo) menangkap gambar kami. Cowok-cowk dari Bandung pun sama join menjerit. Kami
lepak di dasar gua hingga puas. Penat bergambar kami disajikan dengan makanan iaitu nasi, ayam goreng dan kuah lemak. Sedap juga makan dalam gua sambil ditemani deruan air sungai ditambah dengan perut dah berdondang sayang.
Selesai makan, kami perlu naik ke atas semula menggunakan teknik yang sama. Aku orang keempat ditarik dan PM peserta terakhir yang ditarik naik ke atas. Macam turun juga aku dibiarkan tergantung seketika. Err memang dasyat kerana masa ditarik ni sebenarnya aku keseorangan. Oh ya turun berdua tapi naik seorang-seorang ya.
|
Cowok pertama naik ke atas |
Lega sangat-sangat bila dah sampai kat atas.
Selepas sessi bersalam-salam bertukar-tukar gambar dengan cowok dari Bandung, kami dalam keadaan basah kuyup berangkat menuju ke Goa Pindul dengan
Mas Lilik dan Pak Mursidi. Mereka inipun baik sangat. Mereka tidak kisah dengan keadaan kami yang basah kuyup.
Comments
Post a Comment