Hari kedua
Kami sampai ke daerah (mungkin) Jogjakarta dalam pukul 7.00 pagi.
Disini pula aktiviti penjualan makanan dan karyawan naik menghiburkan
penumpang dalam bas bermula. Agak sedikit menjengkelkan apabila bagaikan
dipaksa memberi wang selepas karyawan membuat persembahan. Mungkin
inilah cara mereka mencari sesuap nasi.
Kami bertiga sampai di Terminal Giwangan dalam pukul 10 pagi dan untuk ke hostel yang sudah dibooking, kami perlu mengambil bas
mini bernombor 15 dengan tambang Rp 2,500. Dalam perjalanan ke
hotel,sekali lagi aku rasa aneh kerana pemandu bas dan kontraktor bas
boleh berehat
sebentar bersama kit kat minum-minum dulu
baru meneruskan perjalanan. Mungkin inilah suasana Jogjakarta yang
tidak perlu rushing dan relax sepanjang masa. Pak cik konduktor turunkan
kami di simpang berhampiran Eduhostel dan rupanya Casa Raffles (hostel
kami) dibalik jalan sana.Kami tiba di hostel dalam pukul 11.00 pagi.
Rasa penat bagaikan hilang terus bila dapat jumpa hostel kami. Ya inilah hostel yang akan kami stay selama sehari. Hostelnya cantik dan hiasannya macam gaya english diraja malah stafnya juga sangat friendly. Selepas membersihkan diri kami terus ke ruang makan Hostel untuk menempah makanan. Bagiku tiada istilah berehat kalau ditempat orang. Akan kucuba menggunakan masa yang ada untuk meng'explore' Jogjakarta kerana kami akan berada di pekan Jogjakarta hanya sehari iaitu hari ini dan esok kami punya agenda lain dari yang lain.
Destinasi yang pertama kami tuju dengan berjalan kaki ialah Kraton (Istana). Namun malangnya Kraton sudah tutup apabila kami tiba. Owh tidak rezeki kami kesini. tak mengapalah kerana ia bukan agenda kami yang utama.
Dan kami mengambil keputusan untuk ke Taman Sari. Terima kasih Anne dan PM kerana menunaikan hajatku yang satu ini. Kasihan Anne apabila dia diserang cramp dalam perjalanan mengejar masa menuju ke Taman Sari. PM sangat baik hati kerana mengurut Anne yang cramp. Aku betul-betul tak tahu apa yang perlu dibuat kalau cramp, cuma mampu memandang saja sambil menenangkan Anne..Dalam masa yang sama aku puji dengan semangat Anne kerana masih mahu meneruskan perjalanan dalam keadaan kaki berdengkot-dengkot dan kami sempat singgah ke apotek (farmasi) untuk membeli minyak urut Anne dan ubat demam aku...selepas sessi mengurut Anne, kami sepakat mengambil beca untuk ke Taman Sari.
Masa naik becak ni, tetiba aku panas hati. Leh pula pakcik yang membawa aku nak tinggalkan kami selepas mengayuh beskal selama seminit dan bukannya pintu utama Taman Sari. Tapi apa pun nasib kami baik kerana penjaga pintu tunjukkan pintu yang sebenar pada pakcik beca. Jauh rupanya. Aduh..
Kami tiba di Taman Sari dalam pukul 2.30 petang. Nasib baik petugas disitu masih menerima kedatangan kami dan inilah hasilnya... Kami membayar lebih kurang rp 30000 untuk khidmat guide dan rp 7000 (biasa rp 8000) untuk bayaran masuk.
|
Taman mandi diraja dimana raja melihat gundik-gundiknya mandi sambil memilih gundik untuk dijadikan teman |
|
Tempat membakar alat wangi-wangian |
|
Perigi tempat orang membuat hajat. Kami idaklah buat.. tangkap gambor jer |
|
Istana Atas Air yang runtuh akibat germpa bumi tahun 2006 |
|
Sekitar Istana Atas Air adalah perkampungan suku sakat/ waris-waris diraja Jogja.. |
Masjid Bawah Tanah
|
Masjid Bawah Tanah.. Gambar lain-lain tiada cuma gambar tangga ini saja yang ku ada. Simbolik tangga-tangga ini mengambarkan lima rukun Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadat, sembahyang lima waktu, berpuasa dibulan Ramadhan, menunaikan zakat dan tangga teratas sekali ialah menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
Berjalan di Masjid Bawah Tanah bagaikan melalui satu terowong masa yang menyerupai laluan cerita Merlin.. hehehe
Info-Kebanyakan wisata seperti Kraton, Taman Sari dan sebagainya tutup awal dalam pukul 2-3 petang.
-Dinasihatkan
jika ke Taman Sari agar mendapatkan khidmat guide kerana beliau akan
menunjukkan masjid bawah tanah yang penuh bersejarah
|
Comments
Post a Comment