Skip to main content

Sesuatu yang menarik di Kanchanaburi- Hellfire Pass

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Okey hari ni agenda kami ialah menyelusuri sejarah pembinaan landasan keretapi maut dari Thailand ke Burma (Burma) yang panjangnya 415 kilometer dari Stesen Tha Rua Noi ke Stesen Thanbyuzayat, Myanmmar.

Oleh kerana hari ini hari last kami di Kanchanaburi, kami check out awal pagi dan mengangkut beg ke stesen bas Kanchanaburi. Tuk-tuk dari guesthouse kami mengenakan 20 baht/per person untuk ke stesen bas dari guesthouse. Rasanya tak sanggup nak mengangkut beg kami merata-rata jadi kami sepakat mencari tempat meletakkan beg.
Owh ada yang mahal dan ada yang murah. Yang murah ialah di Tourist Information disana iaitu 20baht. Oklah kot sebab kami akan letak sepanjang hari. Lepas letak beg, misi kami ialah cari tuk-tuk yang sanggup bawa kami ke Hellfire Pass.



Inilah dia tuk-tuk kami
Dengan kadar bayaran 70 bath/perperson kami dapat ke Hellfire Pass dan Saiyok Waterfall. Kami bersembilan hari ini berjalan mencari tinggalan sejarah yang menakutkan penduduk Asia Tenggara (Tanah Melayu, Siam, Myanmmar dan sebahagian kecil askar British) suatu ketika dahulu. Sebelum bergerak, sediakan jacket tebal yer kawan-kawan sebab udaranya boleh tahan sejuk tau.
 

Mari selusuri sejarah




Perhatikan matawang pisang di bawah ini. Mak dan ayah aku pernah bercerita tentang peritnya hidup dizaman penggunaan matawang pisang ini dan peritnya hidup di zaman Jepun (1941-1945).

Selepas kejatuhan Singapura ke dalam tangan Empayar Jepun pada 15 Februari 1942, pemerintahan tentera Jepun memperkenalkan mata-mata wang baharu sebagai ganti mata-mata wang yang digunakan dahulu di kawasan-kawasan Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei yang didudukinya. Mata wang baharu di Malaya dan Singapura dikeluarkan pada nilai yang sama dengan dolar Malaya dan diedarkan buat pertama kali pada tahun 1942. Sebagaimana dengan mata-mata wang yang dikeluarkan oleh Jepun di wilayah-wilayah yang lain yang didudukinya, penghuni tempatan dipaksa menggunakan jenis mata wang tersebut, dengan duit-duit syiling dahulu dibenarkan sehingga kekurangan duit syiling memerlukan pentadbiran Jepun mengeluarkan nota terbitan juga untuk sen.
Pemerintahan tentera Jepun mencetak nota-nota bank dengan sewenang-wenangnya apabila wang diperlukan. Ini mengakibatkan hiperinflasi serta susut nilai duit pisang yang dahsyat. Tambahan lagi, pemalsuan nota bank menular, akibat ketiadaannya nombor siri dalam banyak nota duit pisang. Inflasi yang semakin meningkat, bersama-sama dengan gangguan ekonomi Jepun oleh Pihak Berikat akhirnya memaksa pentadbiran Jepun mengeluarkan nota bank dalam jenis mata wang yang lebih besar serta menambahkan jumlah wang dalam edaran. Kejatuhan nilai duit pisang yang mendadak serta kenaikan harga barang-barangan seringnya berlaku selepas penewasan-penewasan Jepun dalam pertempuran di luar negeri.
Berbagai-bagai jenis mata wang duit pisang (atas dan kiri) dipaparkan di Memories at Old ford Factory, Singapura. Oleh sebab duit pisang tidak bernilai sejurus selepas Perang Dunia II, nota bank duit pisang kini terhad sebahagian besarnya kepada barang pameran muzium atau pengumpul duit syiling.Selepas penyerahan Jepun, duit pisang langsung tidak bernilai dan sehingga hari ini- sumber Wikipedia





Ada cakap ala setakat nak buat landasan je pun. Tak kemana sejarahnya. Aku jenis malas nak membangkang atau mematikan percakapan orang. Tapi rasa mereka ni cakap ikut sedap mulut. Landasan ni dibina menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. Zaman dulu-dulu ingat ada ke backhoe, drill machine dan sebagainya. Kita perlu pandang sejarah untuk memastikan sejarah takkan berulang. OK.



Tengok tenaga manusia yang dikerah buat impian gila Jepun ni, berpuluh ribu tenaga dikerah termasuk askar British. Bila tengok video dia lagi sedih sebab buruh ni dikerah buat kerja 18 jam tanpa henti dan hanya diberi makan nasi dan sayur masin. Mana nak datang khasiat. Tambahan pula mereka hanya memakai cawat macam orang bersumo tu. Sedih bagi orang yang berperasaan..






Inilah dia sebahagian sejarah Hellfire Pass yang tertinggal. Aku membayangkan macam mana mereka potong bukit ni untuk dijadikan landasan. Puh Jepun memang hebat. Dalam masa yang singkat mereka mampu buat banyak negara tumbang dan mengikut saja impian mereka.











Tak tahu rel ini kemana. Dibawah sana ialah bukit yang dipotong tadi


Take note yer. Kalau rasa-rasa kurang fit.. korang pusinglah ke jalan yang tadi sebab kalau ikut tangga ni memang tak ada apa-apa kecuali penat.Kami tinggalkan tinggalan sejarah ini dengan berbagai rasa. Sedih,risau,sayu dan sepi sebab bimbang sejarah mungkin berulang dengan cara yang lain. Minta dijauhkan.



Kepada yang rajin bolehlah baca The Railway Man

Atau tengok video The Railway Man


Dari Hellfire Pass, kami dibawa ke Sai Yok Waterfall. Terduduk sekejab sebab ia kurang cantik/menarik berbanding Erawan Waterfall. Mood nak jalan-jalan pun pudar. Hehe.. Tapi langkah ku teruskan juga sebab rasa lain suasananya.


Rupanya Sai Yok Waterfall ini lain dari air terjun biasa kerana ia mengalir secara bersepah. Kolamnya hanyalah seperti gambar di atas yang tak tinggi bentengnya manakala air selebihnya mengalir keluar mengikut parit-parit kecil yang ada.. Mengalir keluar sampai kebawah seperti air banjir.



Tak lama kami disini sebab kami berjanji 30 minit saja disini dengan pemandu tuk-tuk.


Kami sempat membeli roti canai telur kelapa pandan parut bersalut susu gula. Wah panjang tak namanya? Nama yang aku cipta sendiri. Kikiki.


Inilah hasilnya. Rasanya boleh tahan manis leting gitu. Itu pun puas cakap jangan letak susu dan gula lagi. Hehehe..


Comments

  1. hellsfire pass?...tempat yg mesti pergi ni dan best kan dpt g ramai2 cenggitu...JM ada gak hasrat nk ke sana selepas check tiket AA 2-3 hari lepas tapi tak ada yg minat..huhuh

    Kalau roti canai manis leting giteww...tak boleh nk telan lah :-) karang kencing pun kuar semut ahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kawan-kawan JM minat sejarah, tempat ni akan jadi memori terindah dalam bertravel. Tapi kalau tak minat susah sikit kot..
      Roti canai manis leting tu memang leting teramat. Oklah untuk rasa.. Hehehe

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Passport Hilang

Passport hilang Next travel hari jumaat (18/12/2015) tp baru semalam (15/12/2015) aku mencari passport. tapi malangnya passport tak dijumpai... arghhh sudah cari info dlm internet nampaknya tak berapa membantu kecuali bab buat polis report. Disebabkan aku perlu fly pd 18/12, aku kena bt passport secepat mungkin. Sesudah bosan mencari tempat harta karun kusimpan passport aku try pula godek-godek laman web imigresen Malaysia. Namun jawapan mendukacitakan katanya 5 hari bekerja. Arghhh parah!! Hari ni (15/12/2015) aku keluar seawal 7.00 pagi dan aku bermula dengan report police dulu. Kemudian aku buat keputusan nak ke tempat kerja sebentar dan akan ke imigresen Wangsa Maju. On the way ke tempat kerja aku try juga call hotline imigresen. Malangnya jawapan diberikan mendukacitakan. kaunter melayan kehilangan passport hanya di Putrajaya dan Jalan Duta. Dalam kes aku ni, aku ke Imigeresen Jalan Duta. Disebabkan aku terlupa 'short term memory lost' jalan ke imigresen Jalan