Skip to main content

Trip Sempoi Ke Ganu Kite - Pengenalan

Pak Ali membeli keli 
Keli dibeli dikedai Pak Jali
TripSempoi nama diberi
Nani ketua trip sempoi ini

Errr abaikan rima yang tak berapa nak betul tu.. Malusssss larik sorok muka...




 


Idea ni dicetuskan oleh Anne masa kami di Jogja, disokong oleh saya kikiki tapi direalisasikan oleh Nani. Thanks Nani sebab bagi kami rasa pengalaman yang lain dari yang lain. Maksud lain dari yang lain ialah lupakan hotel mewah, lupakan makanan mewah, lupakan segala-gala yang mewah tapi kita belajar cara bercuti yang very-very sempoi. Best tau Nani. Lain kali buat lagi..

Nani memilih tarikh 24-26 Mei 2013 (nampak tak punyerlah malas baru bulan tujuh aku update pasal percutian ni)..Tarikh ni dipilih sebab ada cuti berderet dan permulaan cuti sekolah. Plannya pukul 9 malam bertolak dari Tol Gombak ke Terengganu.. Tapi disebabkan permulaan cuti sekolah jalan jadi jem maka rasanya kami start dalam pukul 10. Tak kisah la asalkan sampai.

Aku tumpang kereta Anne. Kira kiteorang 10 orang berkonvoi 3 buah kereta ke Terengganu. Pesertanya Nani, Anne, Su, Ita, Fathi, Kak Sham, Kava, Mei Ling, Li Tian dan aku. Peserta trip sempoi ni 1 Malaysia dan memang sempoi.. Kereta Anne, penumpangnya aku dan Su. Malangnya malam tu hanya Anne jer yang drive. Sori Anne. Hebat Anne!

Kisahnya malam kelmarin aku tak tidur langsung sebab menyiapkan tempahan coklat Ustazahku. Nak cari mood punya pasal pukul 11.30 malam baru aku start buat coklat. Hihihi. bermata panda lagi aku ni.Kemudian balik kerja ingatkan boleh tidur sejam dua, tengok-tengok coklatku rupanya sudah dijamu oleh sikecil.. Adoi.. Bersengkang mata lagi...

Okeh berbalik kepada trip sempoi, selepas sessi suai kenal kejab kami pun memulakan perjalanan. Mula-mula aku boleh tahan mata bersembang dengan Anne tapi entah macam mana masa bersembang-sembang tu aku boleh terlelap. Haha. Sedar-sedar dah masuk Kuala Terengganu lepas tu sampai rumah Nani. Aduhai teruknya aku ni...

Kami sampai ngam-ngam masa azan Subuh. Lepas solat subuh kami sambung tidur sementara menanti hari cerah. Bila dah bersiap barulah sedar yang mak Nani dan Nani sudah menyediakan sarapan pagi. Alamak malu sekejab sebab tak tolong mak nani siapkan sarapan untuk kami semua. Mak Nani jamu kiteorang dengan nasi kebuli/bolli. Wow ni first time dengar nasi kebuli ni. Yang aku tau cuma nasi dagang kuah banjir restoren Wau Bulan. Wah terpromote pula restoren tu. Kikiki... Lauknya gulai ikan tongkol dan acar timun. Perggggghh sedap sampai tambah berkali-kali...


p/s Nani saya suka dengan rumah awak. Susah nak cari rumah tinggi macam tu zaman sekarang ni.. Menyesal tak tangkap gambar :)










Comments

  1. jauh tu tempat cetusan idea, nun di tanah seberang..
    haha, lawak je.. tengah2 sembang, tup2 sunyi je, takde respon.. rupa2nya ai sembang sorang yu, hikhikhik..

    ReplyDelete
  2. tulah.. kite meeting jauh benar siap ada pencadang dan ada penyokong.. hehehe..
    yu, ai deactivate FB tau. Sbb gambar2 yang ditagkan oleh org lain (sedangkan kita dah setting private)leh ditengok oleh semua orang.. huhuhu.. nanti bila jumpa cara setting privasi, activate balik.. tgk email eh nanti....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Passport Hilang

Passport hilang Next travel hari jumaat (18/12/2015) tp baru semalam (15/12/2015) aku mencari passport. tapi malangnya passport tak dijumpai... arghhh sudah cari info dlm internet nampaknya tak berapa membantu kecuali bab buat polis report. Disebabkan aku perlu fly pd 18/12, aku kena bt passport secepat mungkin. Sesudah bosan mencari tempat harta karun kusimpan passport aku try pula godek-godek laman web imigresen Malaysia. Namun jawapan mendukacitakan katanya 5 hari bekerja. Arghhh parah!! Hari ni (15/12/2015) aku keluar seawal 7.00 pagi dan aku bermula dengan report police dulu. Kemudian aku buat keputusan nak ke tempat kerja sebentar dan akan ke imigresen Wangsa Maju. On the way ke tempat kerja aku try juga call hotline imigresen. Malangnya jawapan diberikan mendukacitakan. kaunter melayan kehilangan passport hanya di Putrajaya dan Jalan Duta. Dalam kes aku ni, aku ke Imigeresen Jalan Duta. Disebabkan aku terlupa 'short term memory lost' jalan ke imigresen Jalan