Skip to main content

Surabaya - Kami datang, kami sentuh dan kami rasa keindahannya - Hari kedua (pagi)

Benornya sampai jer ke Bromo Permai, penginapan kami malam tu aku terus sewa jacket (30000 rp). Sebab malas nak mengangkut dari Malaysia jacket tu. Tapi rupanya suasana kurang sejuk seperti yang diberitahu (untuk badan aku). Rasa rimas lak pakai jacket, jeans jacket, sarung tangan dan muffler. Isk. Gaya mutu keunggulan betui la.

Kami dikejutkan dengan wake up call dalam pukul 3 pagi waktu Indonesia untuk kejar sunrise. Bertabahlah kami dan rasanya ribuan manusia dari setiap pelusuk dunia bangun pagi-pagi untuk mengejar sunrise. Suasana kawasan hotel boleh tahan padat dengan jeep yang bakal mengangkut kami.

Driver yang mengangkut kami bernama Rudy..
Nama saya Rudi. Jeep ini nombornya blabla.. ini nombor telefon saya boleh dinalipon jika tidak ditemui jeepnya..kembalinya sebelum jam 6.30 pagi ya... (err dekat 3 kali dia ulang cakap tu.. mungkin risau kami sesat atau dia lupa dia dah cakap).

Jalan menuju ke Penanjakan mengambil masa lebih kurang 30-40 minit bergantung cara pemanduan pak supir dan mereka perlu betul- betul mahir sebab keadaan jalan yang tak stabil dan berbahaya. Disebabkan waktu masih gelap gulita, kami tak nampak apa-apa kecuali cahaya daripada ratusan jeep yang sedang menuju penanjakan satu. Ramai juga yang berkonvoi naik motorsikal dan ada juga yang berjalan kaki. Err tak taulah dorang boleh sampai pukul berapa..  kekeke...
Di pertengahan puncak jeep kami terpaksa berhenti kerana sudah banyak jip yang diparking dibahu jalan. Maka bertabahlah kami naik ke puncak penanjakan 1. Pagi-pagi begini rasanya agak pening sedikit dengan mood nak tidur, bauan bensin dari ojek (motor) sewaan dan pelawaan pemilik ojek sewa. Okey sesiapa yang tak larat nak mendaki bolehlah sewa ojek ni.

Selepas mendaki berjalan lebih kurang 30 minit, kami tiba juga di kawasan pelantar. Mak aihh ramai giler manusia dah tertonggok kat situ! Sebelum mencari port nak bergambar, kami mengambil kesempatan mengerjakan apa yang tertunggak. Alhamdulillah disitu disediakan satu pelantar untuk menunaikan sembahyang, tempat mengambil wuduk cuma keadaanya terbuka dan tandas.


Bila matahari mula melimpahkan cahayanya...Subhanallah!! Itu yang terpacul dimulut kami. Indahnya ciptaanMu ya Allah. Memang cantik waktu mula-mula matahari dah menampakkan mukanya. Rasa macam tipu! Tapi itulah realitinya. Bagaikan menunggu tayangan gambar dan sedikit demi sedikit Gunung Bromo dan Gunung Batok mempamerkan wajahnya. Gunung Semeru gagal dikesan.. kekeke.. Ok... Mari menjerit bersama-sama.... Wah!!!!!
Masa ni macam-macam aksi dapat kami lihat.





Sayangnya aku tak terjumpa pemandangan ini.. siler nangis sambil pasang angan-angan nak pegi lagi ke sana untuk tengok sunset sekali.

credit to mr gugel

 Turun jer cari jeep




penjual bunga abadi (Edelweis)

Turun ke jeep barulah mata ni terbuka sikit nak tengok keadaan sekeliling. Wah ramai peniaga rupanya. Macam-macam ada. Dan aku beli fridge magnet Bromo. Wah tak ingat berapa tapi dalam RM 3-RM 4. Jadilah buat kenangan.


penduduk tempatan pakai kain sarong jer. Takde jacket, sarung tangan, muffler bagai.. Hehe


Kemudian kami dibawa turun dari Penanjakan 1 ke Kawah Bromo. Rudi offer naik kuda (80000rp). Memula aku dengan sombongnya.. heheh isk taknakla naik kuda. Tak thrill. Hah! bila tengok trek berjalan.. dalam hati dah cakap aku tak maula susah-susah. Naik jerlah kuda tu.. kesian kuda tu nak cari makan.. Hehehe dasar pemalas kuasa dua.. So bergantung pada korang nak naik kuda ke nak jalan kaki. So naiklah aku ke atas kuda sampai ke tangga kawah Bromo.


Dikaki tangga Bromo, sempat pulak aku berbisik pergh nasib baik dah prektis naik tangga Batu Caves, Mau semput juga ni. Pergh memang semput tau. Rasa nak baling jer semua beban dekat badan ni masuk kawah tapi sayang. Hehehe. Kadang-kadang Kawah Bromo batuk tersipu-sipu keluarkan asapnya. Dan bauan sulphur agak kuat bagiku. 
 


Hah! Garu kepala jab.. Tinggi ni..

Perghhhh ramai tak? :)


Kuil hindu dari kejauhan.. perhatikan ratusan jeep sedang tunggu kiteorang...menurut penduduk disini kebanyakan penduduknya menganut agama hindu.

Tapi bila turun, aku dengan baik hatinya bagi kuda tu jalan baik tanpa bebanan. Hehehe padahal aku takut naik dia masa turun cerun.. Buatnya dia berlari.. Mau aku menyanyi lagu Kudaku Lari Gagah Berani... errrrk..


Gunung Batok.. Sebelah Kawah Bromo

Sebelum ke lokasi lain aku sempat membeli beberapa helai baju. Wah! takper pesanan orang so aku just tolong belikan jer.



Kemudian kami ke Bukit Telletubbies. Sekali lagi Subhanallah. Bagi aku yang masih tidak jauh berkembara ni aku rasakan aku dah sampai ke New Zealand walaupun masih di Surabaya. Betul. Betullah orang kata Bromo adalah salah satu keajaiban dunia yang tidak ternilai. Diharap mereka (Indonesia) menjaganya sebaik mungkin. Jom layan gambar











Pastu kami dibawa ke Savannah/Pasir Berbisik. Masya Allah.. Subhanallah.. Aku tertiba rasa aku dah sampai kawasan gurun. Betul.. Jom layan gambar.

semangat melompat sambil pegang bendera Malaysia.. Mood mengundi masa tu



Bersama Rudy kami..


Err ade sesuatu bermain dikepalaku. Kenapa setiap aktiviti menarik kene bangun pukul 3 pagi?? Hahahaha layankan jerlah...

Comments

  1. Masa ke Surabaya tahun lepas, tak berkesempatan ke Bukit Teletubbies sbb masa tue dimaklumkan keadaannya kering. Tak hijau seperti dalam gambar. You're such a lucky one. :D

    ReplyDelete
  2. takper.. leh repeat lagi.. mcm saya dah pasang niat nak repeat lagi.. hehehe

    ReplyDelete
  3. wahhhh.. saya pun pergi tahun ni surabaya.. baru je balik bulan 4 hari tu.. best kan bromo? ketaq lutut kesejukan... :)

    ReplyDelete
  4. bestkan bromo zette... walaupun kedudukan surabaya dan bromo jauh tapi saya sanggup pergi lagi kalau ada kelapangan.. Rasanya ada yang tertinggal disitu.. hehehe :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Passport Hilang

Passport hilang Next travel hari jumaat (18/12/2015) tp baru semalam (15/12/2015) aku mencari passport. tapi malangnya passport tak dijumpai... arghhh sudah cari info dlm internet nampaknya tak berapa membantu kecuali bab buat polis report. Disebabkan aku perlu fly pd 18/12, aku kena bt passport secepat mungkin. Sesudah bosan mencari tempat harta karun kusimpan passport aku try pula godek-godek laman web imigresen Malaysia. Namun jawapan mendukacitakan katanya 5 hari bekerja. Arghhh parah!! Hari ni (15/12/2015) aku keluar seawal 7.00 pagi dan aku bermula dengan report police dulu. Kemudian aku buat keputusan nak ke tempat kerja sebentar dan akan ke imigresen Wangsa Maju. On the way ke tempat kerja aku try juga call hotline imigresen. Malangnya jawapan diberikan mendukacitakan. kaunter melayan kehilangan passport hanya di Putrajaya dan Jalan Duta. Dalam kes aku ni, aku ke Imigeresen Jalan Duta. Disebabkan aku terlupa 'short term memory lost' jalan ke imigresen Jalan