Skip to main content

Surabaya - Kami datang, kami sentuh dan kami rasa keindahannya - Hari ketiga (pagi)

Inilah hotel yang kami tidur di Malang. Err sebenarnya aku n the gang agak konpius perbezaan antara Malang dan Batu.




So terima dan redho jerlah apa yang dibawa oleh cik supir kami. Yang pasti rencana kami hari ni adalah ke Pasar Ahad, ke rumah kawan Awa, petik Apel dan ke Coban Rondo.

Pasar Ahad. Ini special request dari Awa. Katanya untuk memahami penduduk setempat tempat paling cocok adalah dengan ke pasar mereka. Wah, saya suka..saya suka... Tapi sayangnya pasar ahad ini telah dinaik tarafnya. Tiada lagi istilah wet pasar atau jual barang-barang yang pelik. Bagi ku ia ibarat pasar tani/pasar pagi saja yang jual lebih kurang sama barangnya. So layankan jerlah. Tiada apa yang menarik dipasar ini cuma kami sempat ke stadium berhampiran untuk melihat persembahan gamelan disana. Boleh tahan bagiku. Kami sempat juga mencuba pelbagai makanan disana. Oh ya, ada sesetengah gerai ada meletakkan tanda halal. Makanan halal adalah pilihan kami. (^^).

Kami tak habis meround keseluruhan pasar sebab kebanyakannya sama. Jadi kami balik ke mobil untuk ke destinasi seterusnya. Hoho tiada gambar untuk dikongsi dipasar ini.

Lepas tu kami bertungkus lumus pula baca peta untuk ke rumah kawan Awa. Hahaha inilah gunanya google map dan internet. Untuk mencari jalan yang lurus. Aku tersilap bagi direction kerana salah baca dalam gogel map mujur adanya Yatt untuk menunjukkan jalan sebenar. Alhamdulillah kami tiba dirumah kawan Awa setelah sesat selama 2 jam (kot).

Kemudian kami ke destinasi seterusnya iaitu ke ladang Apel (Epal). Yeay!! Destinasi ini pun kurang dikunjungi oleh pengunjung dari Malaysia. Mungkin kurang info atau tidak menarik (errr menarik apa epal kt kawasan khatulistiwa).. hehehe

Sebenarnya dalam perjalanan kami ke ladang epal tu kami dihiasi dengan pemandangan Gunung Arjuno. Wah mulalah nak menyanyi lagu Dewa ni.
Akulah arjuna... 
yang mencari cinta...
Wahai wanita...
Cintailah aku...
Erkk!! agak-agak siapalah yang sudi menyanyikan lagu ni pada aku.. Errr takperlah nyanyi sendiri-sendiri jerlah (TT)

gunung Arjuno yang sering diselubungi awan

Okeh kiteorang dah sampai ke ladang epal. Untuk pengetahuan semua, di Malang/Batu (err sy konpius-nilah natijahnya kalau asyik tido dan tido dalam mobil..hehehe) banyak menghasilkan epal/apel. Sempat juga aku menginterview pemilik kebun apel tu sama ada apel ini untuk dieksport ke atau kegunaan penduduk setempat? Jawapannya untuk kegunaan penduduk dalam Indonesia saja.Wow, ladang-ladang banyak ni pun tak mampu menampung keperluan rakyat Indonesia. Ini yang menyebabkan aku nak balik kampung tanam pokok-pokok senang nak jual.. Untuk kegunaan rakyat Malaysia pula.
 
epal Ana. Rasanya lemak masam. Ada lagi satu jenis epal namanya aku lupa tapi rasanya manis sangat




err ni bukan epal tapi jambu. sedap juga jambu ni. 

pemilik kebun epal ni. besarkan? saujana mata memandang

zoom masjid. Cantik viewnya..

Bayaran masuk ke Kebun Epal ni dalam 6,000 Rp makan sampai kembung
Sekilo epal 10,000 Rp


Next ke Coban Rondo pula.. hehehe
Apa yang ada di sana... sama-sama kita tunggu...



Comments

  1. Masa ke sana, tak sempat masuk ke Kebun Epal and Jambu tue. We reached there, tapi tinggal 30 minit nak tutup. We managed to catch a short visit to Coban Rondo before gelap. The waterfall, magnificient. Kena banyak keseluruhannya. Tak tau samaada mitos/ lagenda atau realiti.

    ReplyDelete
  2. zaraab... takper nanti bole ke Surabaya lagi.. mesti teruja sebab dpt tgk kebun epal di Indonesia..

    ReplyDelete
  3. saya suke epal MANA LAGI... sedapnya.. terbayang2 sampai sekarang.. mana nak cari epal ni.. sobss..

    ReplyDelete
  4. tq CS sebab ingatkan nama epal iteeew..epal yang warna hijau tu kan... Apalagi jom kiter pegi lagi.. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...

Rayani Oh Rayani part 2

Sedikit update dari FB Rayani Air Pelanggan yang budiman, Kami pohon kemaafan kerana masih tidak mampu untuk membuat pembayaran balik (refund) ke atas tiket penerbangan walaupun telah mencuba sedaya upaya. Penarikan balik lesen-lesen ASL dan ASP kami dibuat ketika kami sedang memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan ini. Dengan penarikan balik lesen-lesen ini, tiada pelabur yang mahu bekerjasama dengan kami. Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen memasukkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan refund telah menarik diri di luar jangkaan kami. Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha keras untuk pihak DCA dan MAVCOM memberikan peluang kedua untuk kami beroperasi. Dengan peluang kedua ini, pelabur akan mengambilalih pemilikan syarikat dengan tim pengurusan baharu yang lebih baik. Kami tidak boleh menjanjikan tarikh ianya dapat dilaksanakan, namun yang pasti keutamaan kami adalah obligasi kami terhad...

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...