Kellie Castle
Nasib baik member saya sempoi, selepas Gua Tempurung, dengan pakaian basah, kami tuju Kellie Castle pula. Destinasi yang tidak berapa jauh dengan Gua Tempurung. Kalau nak tahu sejarah Kellie Castle ni silalah guna pacik Google. Sebenarnya Kellie Castle ini biasa-biasa saja cuma ia merupakan salah satu tinggalan sejarah lebih 100 tahun.
Kellie Castle terzahir daripada cinta pemiliknya Mr Smith kepada isterinya untuk memujuk isterinya ke Malaya pada zaman kebangkitan getah. Namun ia menjadi tukun/gajah putih/terbengkalai selepas Mr Smith meninggal dunia akibat radang paru-paru semasa pulang ke negaranya untuk mengambil lifnya. Ia dikatakan agak seram sedikit selepas terbengkalai namun usaha kerajaan negeri Perak membangunnya semula telah menarik perhatian berkunjung ke Kellie Castle.
Namun, usaha ini mungkin dianggap bagaikan melepaskan batuk ditangga. Ini kerana maklumat yang ditampal hanya menggunakan kertas A4 berlaminate dan bertahi2 cicak diatasnya. Mungkin ia buat sementara saja, saya tidak tahu.
Bayaran masuk bagi dewasa RM 4. Kalau sesiapa yang nak buat outdoor wedding kene RM 50. Selepas melintasi jejambat, kami bagaikan berada di dunia lain. Yang pasti bangunan Kellie Castle yang berusia lebih 100 tahun bagaikan mengamit-gamit kehadiran kami agar cepat menerokai bangunannya.
Layan gambar saja boleh? Hehe
Istana Mr Smith ni sebenarnya sangat2 besar. Kalau tidak silap hampir 10 bilik semua bersaiz living room 12' x 12'. Dining room pun besar. Menariknya disini ia ada lif dari tingkat 1 ke tingkat 5 kalau saya tidak silap. Tingkat 5 merupakan kawasan lapang untuk Mr Smith berparti dan bermain tenis sekiranya ia siap dan lantainya diperbuat daripada getah seperti tikar getah. Tambah menarik disini ialah bilik anak lelaki dan anak perempuannya berhubung melalui 1 tangga rahsia. Mungkin untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tiba. Beliau dikatakan memiliki 40 orang gaji dan ada 1 bilik dikhaskan untuk menyimpan bantal, tilam dan sebagainya. Bilik ni siap berpara diperbuat daripada konkrit.
Melalui pemerhatian saya, istana ni memang sangat menarik untuk dikunjungi. Simen dinding dia berlainan sangat dengan dinding rumah kita hari ini,jubinnya besar-besar dan agaknya ia diukir semasa ia dipasang, bingkai tingkapnya lain daripada zaman sekarang dan lain-lain lagi.
Terdapat 3 terowong dibuat untuk menghadapi sebarang kemungkinan, Satu di bilik arak, namun suasana biliknya menyeramkan untuk kami menerokainya, dua lagi kami tidak jumpa cuma kami berjumpa Tokong Hindu yang ada patung Mr Smith.
berSambunG....
Nasib baik member saya sempoi, selepas Gua Tempurung, dengan pakaian basah, kami tuju Kellie Castle pula. Destinasi yang tidak berapa jauh dengan Gua Tempurung. Kalau nak tahu sejarah Kellie Castle ni silalah guna pacik Google. Sebenarnya Kellie Castle ini biasa-biasa saja cuma ia merupakan salah satu tinggalan sejarah lebih 100 tahun.
Kellie Castle terzahir daripada cinta pemiliknya Mr Smith kepada isterinya untuk memujuk isterinya ke Malaya pada zaman kebangkitan getah. Namun ia menjadi
Namun, usaha ini mungkin dianggap bagaikan melepaskan batuk ditangga. Ini kerana maklumat yang ditampal hanya menggunakan kertas A4 berlaminate dan bertahi2 cicak diatasnya. Mungkin ia buat sementara saja, saya tidak tahu.
Bayaran masuk bagi dewasa RM 4. Kalau sesiapa yang nak buat outdoor wedding kene RM 50. Selepas melintasi jejambat, kami bagaikan berada di dunia lain. Yang pasti bangunan Kellie Castle yang berusia lebih 100 tahun bagaikan mengamit-gamit kehadiran kami agar cepat menerokai bangunannya.
Layan gambar saja boleh? Hehe
Melalui pemerhatian saya, istana ni memang sangat menarik untuk dikunjungi. Simen dinding dia berlainan sangat dengan dinding rumah kita hari ini,jubinnya besar-besar dan agaknya ia diukir semasa ia dipasang, bingkai tingkapnya lain daripada zaman sekarang dan lain-lain lagi.
Terdapat 3 terowong dibuat untuk menghadapi sebarang kemungkinan, Satu di bilik arak, namun suasana biliknya menyeramkan untuk kami menerokainya, dua lagi kami tidak jumpa cuma kami berjumpa Tokong Hindu yang ada patung Mr Smith.
berSambunG....
Comments
Post a Comment