Skip to main content

Hat Yai, Thailand - Dugaan Overland (part 2)

~eh nak update blogla rini :P ~

20 Februari 2015

Kami bersiap agak lambat hari ni sebab perlu menunggu kaunter tiket bas dibuka. Kami aim kaunter bas Konsortium yang terletak berhampiran dengan Shopping Complex Lee Garden dan berhampiran dengan hotel Nam Huat kami.

Oh ya, ingin aku kongsikan yang Hat Yai ni banyak restoren halal. Cari saja singboard yang memaparkan lambang bulan bintang. Insya Allah halal. Antara yang sempat dilihat restoren Hamid, restoren Sulaiman, Meliyam dan sebagainya. Gerai tepi jalan pun ramai peniaga muslim. Tepuk dada tanya iman dan tanya selera.

Malangnya tiket bas di konsortium sold out!! Garu kepala kejab. Cepat-cepat kami minta lokasi kaunter tiket bas syarikat lain. Dan kami juga ada menyinggah kaunter ejen yang menjual tiket bas namun jawapan mendukacitakan. Ada yang stranded kang ni... Langkah kami terus mencari kaunter bas Sri Maju/Alisan/KKKL. Alhamdulillah bertemu dan jodoh kami bersama bas Sri Maju dengan mas kahwinnya 800 THB pada 7.00 malam 21 Februari 2015.

Alhamdulillah setel urusan bas dan usai mengisi perut di restoren Meliyam dengan kadar 80 THB kami menapak ke stesen kereta api yang tak jauh dari situ. Kira-kira dari Lee Garden tu dalam 10 blok bangunan kedai macam gitulah. Kena jalan cepat-cepat sebab kereta api dah dekat nak sampai. Tempat yang kami ingin tujui ni trainnya hanya sekali sekala je lalu. So perlu ikut masanya.
Destinasi kami ialah Hat Yai - Pak Khlong 21 THB

Korang boleh refer link dibawah ni untuk ke destinasi pilihan hati tapi maksure study betul-betul yer tentang train ni takut lain dengan kaunter seperti yang jadi pada kami nanti.

train thailand
thailand train
virail


Dah beli tiket train barulah rasa sangat lega barulah boleh bergambar.

Tapi perasaan lega tu tak lama apabila train yang dinanti tidak kunjung tiba. Kami bertanyakan status train kami dan kami dikhabarkan yang train kami delay akibat accident! Aduh dugaan apakah ini. Dan train akan sampai pukul 1.30 petang nanti.

Tak sanggup menunggu lama, aku mengajak Anne dan Hawa berjalan sekitar Hat Yai. Pergi market jer pun lepas tu fed up. Jiwa membeli belah belum nak naik lagi dan akhirnya kami lepak di train cafe di stesen kereta api HatYai. Meh minum dulu..




Train sampai dan kami perlu melalui perjalanan selama 2 jam 10 minit untuk sampai ke Pak Khlong. Sampai di stesen Patthalung kami hanya mampu memandang susuk bukit yang kami plan ingin ditrekking. Tak pe ada rezeki boleh repeat balik. Hihihi



Kami bercadang nak trekking di bukit ini. Tapi aku dah lupa namanya. PADAH suka sangat lambat update blog :P
 Patthalung ni dari keretapi yang kami naiki, aku dapat simpulkan ia besar dan mungkin sebesar Songkhla.



Kami ingatkan lepas stesen Patthalung ialah stesen Pak Khlong rupanya tidak. Stesen kecil-kecil (baca-pondok bas yang tidak berpenghuni) kami lepasi. Berayam itik tanya pada jiran sebelah katanya dia tak tahu, Tanya pada jiran depan confiden katanya dah lepas. Argh! sudah... Mujurlah jiran belakang cakap lepas ni ialah stesen Pak Khlong. Hahaha.. Drama sangat.

Memang stesen Pak Khlong stesen kecil yang hanya ada kaunter membeli tiket.. Tiada songthaew, tuk-tuk menunggu di stesen tu. Yang ada hanyalah motor yang meminta 50 THB per person untuk ke Thale Noi. Penjaga stesen tu menasihatkan kami ke jalan besar dan kami ikut nasihatnya dengan mengendong anak gajah dibelakang. Dan kami akhirnya berhenti di gerai penjual beras menunggu songthaew 20 THB untuk ke Thale Noi.

Sampai di Thale Noi, angin sepoi-sepoi bahasa menyambut kami. WAH!! Lautan ke tasik ni. Besar sangat besar.

Kami segera mencari penginapan kami malam ni dan alhamdulillah dapatlah bilik 600 THB untuk kami bertiga. Oklah masih dalam bajet kami ni.

Disebabkan lambat sampai, aktiviti mengejar sunset hanya dijalankan diberanda bilik saja. Hihihi... Plan asal nak pergi ke highway yang cantik sunsetnya. Tak perlah tak de rezeki. Sebelum malam kami sempat booking satu bot untuk mengelilingi Thale Noi.

Owh, aktiviti malam? Disini kampung mati. Tiada apa yang ada disini cuma kedai makanan seafood. Tiada sahabat baikku (7 Eleven) dan kedai. Maybe sebab kami tak sempat explore keseluruhan kampung ni.



 ~~Thanks pada Anne sebab mencari info tentang Pak Khlong. Kalau ikutkan aku mebi turun dekat Patthalung yang jaraknya 30 km jauh dari Thale Noi tapi atas bacaannya kami turun di Pak Khlong yang jaraknya hanya 8 km dari Thale Noi~~ 
So jimat masa disitu

Untuk ke Thale Noi, antara blog yang kami refer ialah phil dan blog-blog rider dan cyclist dari Malaysia




Comments

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Rayani Oh Rayani part 2

Sedikit update dari FB Rayani Air Pelanggan yang budiman, Kami pohon kemaafan kerana masih tidak mampu untuk membuat pembayaran balik (refund) ke atas tiket penerbangan walaupun telah mencuba sedaya upaya. Penarikan balik lesen-lesen ASL dan ASP kami dibuat ketika kami sedang memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan ini. Dengan penarikan balik lesen-lesen ini, tiada pelabur yang mahu bekerjasama dengan kami. Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen memasukkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan refund telah menarik diri di luar jangkaan kami. Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha keras untuk pihak DCA dan MAVCOM memberikan peluang kedua untuk kami beroperasi. Dengan peluang kedua ini, pelabur akan mengambilalih pemilikan syarikat dengan tim pengurusan baharu yang lebih baik. Kami tidak boleh menjanjikan tarikh ianya dapat dilaksanakan, namun yang pasti keutamaan kami adalah obligasi kami terhad