Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Tuesday, June 17, 2014

Vietnam dan Bandung - The Shopping Heaven

Aci tak kalau aku compilekan ni dalam satu entry saja? Hehehe. Bukan apa sebabnya

  • Aku dah pernah pergi ke sana dan tempat yang aku lawati sama saja bezanya bawa rombongan
  • Aku rasa sebahagian besar yang pernah pergi ke sana (Vietnam dan Bandung) semua planningnya sama macam aku.
Dan atas sebab tu aku compilekan saja dalam satu entry.

Vietnam 2013
 Aku bawa 8 orang termasuk aku. Pada mulanya berat hati nak kesini sebab aku dah 3 kali ke tempat yang sama. Jadi keterujaan ke Vietnam tu dah hilang. Tapi disebabkan BFFku beria-ria nak kesana dan beberapa rakan sekerjanya join jadi aku bertabah mengikut mereka.

Jadi bermula aksi mencari tiket murah ke Vietnam. BFFku dapat tiket murah menerusi Airasia dan aku yang lambat nak join dapat tiket murah menerusi MAS. Oleh kerana aku tiba lebih lewat dari BFFku. Habis semua info Vietnam kuturunkan padanya. Urusan hotel dan guide telah aku lakukan menerusi telefon.


Sebenarnya dalam ittinerary kali ni aku merancang untuk ke Vung Tau tapi kekangan masa dan beberapa faktor mengatasi segalanya.

Meh tengok planning aku

Hari pertama
-Touch down Vietnam
-Naik teksi Vinasun atau Malinh ke Benh Than
-Check in hotel
-Free aktiviti  - Membeli belah sampai bosan

Hari Kedua (guide)
-Mekong River
-Chinatown


Hari Ketiga (guide)
-Chu Chi Tunnel
-Muzium Perang
-Post Office
-Hard Rock Cafe
-Perkampungan Yusuf

Hari Keempat
-Last minit shopping
-Naik teksi Vinasun atau Malinh ke Airport

Kos semua sekali untuk guide (2 hari termasuk transport, makan, guide, entrance fee, bot ke Mekong) dan hotel RM 350/RM 450/pax (aku tak berapa ingat)




KAMI


Thanks pada Laila sebab sanggup belanja naik belon ni. Hahaha..

Makanan pergi









Makanan balik

Jakarta Bandung 2014
Trip ni sudah lama kurancang.Cadangnya ingin naik kereta api dari Jakarta ke Bandung yang khabarnya cantik pemandangannya. Pada mulanya kami beli tiket untuk bertiga iaitu aku, Laila dan partner in crime. Wah gitu

Tapi manusia hanya boleh merancang namun Tuhan yang menentukan. Trip yang bertiga jadi 15 orang. Aku yang handle dah pening. Hehehe... Sesungguhnya aku pening dan hampir demam disebabkan hal ni dan ditambah pula ketua jabatanku tidak meluluskan keluar negara. Sobsssss... Katanya tak boleh luluskan sebab jabatan akan persoalkan kenapa aku boleh bercuti bukan semasa cuti sekolah. Chop aku bukan cikgi, tak tahu kenapa AKU tidak dibenarkan bercuti.. Sekali lagi sobsss (TT). Aku taknak pertikaikan cuti cikgi yang lain cuma aku harapkan mereka-mereka tidak bias.  Sobbbs again. Nasib badan

Trip yang dah lama aku ingin join. Oh ya, aku sebenarnya pernah beli tiket ke Bandung (Okt 2010) tapi disebabkan masalah peribadi yang besar aku menarik diri. Again aku sebagai perancangnya tinggal di Malaysia dan hanya menonton gambar dalam laman sosial. Rupanya jadi lagi tahun 2014. Setelah tiket,kenderaan dan hotel sudah dibooking, cutiku tidak diluluskan. Tenanglah duhai jiwa. (TT)

Akhirnya semua info aku berikan pada Laila untuk dia mengemudi trip ini.

Hari pertama
-Touch down Jakarta. Perlu naik shuttle bas ke terminal
-Call bapak supir
-Ke Mangga 2
Jalan sangat macet jadi beberapa plan terpaksa dibatalkan
-Journey ke Bandung


Hari Kedua (guide)
-Tangkuban Perahu
-Kampung Daun
-Factory Outlet


Hari Ketiga (guide)
-Pasar Baru
-Toko 3
-Kartika Sari
-Trans Studio (entrance fee sendirian berhad)


Hari Keempat 
(4 hari termasuk transport, hotel dan entrance fee dan tip) RM 400/pax
-Last minit shopping tepi hotel jer pun
-Hantar ke Airport
(untuk berempat orang)
-Untuk beberapa orang yang tinggal, kami suruh mereka deal sendiri dengan pak supir jika mahu kemana-mana

Hari Kelima (untuk mereka yang tinggal)
Kos semua (5 hari termasuk transport, hotel dan entrance fee dan tip ) RM 500/pax
-Hantar ke Airport 


Ermm tak tahulah mahal atau tak, sebab kos pengangkutan lima hari kami dikira Bandung-Jakarta-Bandung dan kami mengambil kenderaan paling besar sekali yang boleh memuatkan 15 orang. Namanya dutto gitu.. Hehehe..Kalau takde dutto ni gerenti mereka naik bas dan perbelanjaan bertambah-tambah gitu.

Err taknak share gambarlah.. Hahaha







1 comment:

  1. Ahahaha siap dlm 1 entry je! Daebak. Betul tu dh ramai org msia ke sana skrg ni

    ReplyDelete