Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Saturday, June 14, 2014

Menjengah Cameron Highland - The Mossy Forest

Agenda kami hari ni ialah hiking gunung Irau yang terkenal dengan jolokan The Mossy Forest atau hutan lumutnya. Rata-rata blog yang aku baca mengambarkan magnificent hutan lumut ni.

Awal pagi, Firdaus (guide kami) sudah tercongok nak ambil kami. Oleh sebab masing-masing tak bersedia, agak lama jugalah Firdaus ni tunggu kami. Huhu.. Kami tak terus bergerak ke Irau tapi singgah sekejab di Jabatan Hutan Cameron Highland. Mungkin untuk melaporkan tentang kami disana. Lupa pula nak tanya pada Firdaus.


Pacuan empat roda Firdaus


Lepas tu kami sempat pula breakfast berat. Hehe. Nasi Lemak gitu dan buang apa yang patut sebab di atas sana tak ada tandas atau sumber air.

Nak ke Gunung Irau, korang perlu melalui Ladang Teh Sungai Palas dan perhatikan sebelah kiri ada signboard ke Gunung Irau dan Gunung Brinchang. Agak mencabar juga perjalanan dia sebab jalannya macam ular kena palu dan perlu mendaki. Ala-ala Bukit Larut gitu. Nasib baiklah Firdaus sudi bawa kami ke atas menggunakan 4wheel dia. Motip sayangkan kereta Anne. Hihihi

Kami singgah ke Gunung Brinchang dulu. Ha nak tengok kesejukan yang kami lalui?? Meh tengok gambar. Rata-rata gambor ni pada pukul 9-10 pagi.




Sejuk tak? Sejuk tak? Grrrr


Kemudiannya kami ke Irau. Tengok banyak kereta dah bersusun disini. Sebelum ni ada berita kereta dirosakkan disekitar parking ke gunung Irau. Kalau kereta kesayangan korang taknak diapa-apakan silalah jangan block kereta orang lain atau block jalan. Pikir sebelum tinggalkan kereta korang.



Okeh mari kita start..  Irau kami datang.. Yeay!!

Ekceli banyak gambor mahu kukongsikan tapi entahlah bila transfer ke komputer kebanyakan gambar jadi kosong.. aku banyak kali main transfer-transfer nasib baik adalah jugak yang berjaya. Pengsan.. Layankan jerlah gambar yang ada.. Hahaha












Ni pengalaman aku yer yang beginner dan tak fit. :D


Mula-mula naik tangga aku happy sangat-sangat. Wah cantik! Subhanallah! cantik... Tapi bila lepas tangga, aku shock!!
 

Jalan berselut!!! Ini aku tak suka sebab aku tahu imbangan badan aku kurang bagus! Kemudian jalan ke depan lagi aku merasakan kasut crocs aku sangat-sangat tak membantu. Yerp salah aku pakai kasut crocs. Hahaha. Patutnya pakai sport shoes.
Bertambah terkejut bila aku perlu memanjat/menuruni beberapa akar kayu dan batu batan yang besar. Seriusly aku down! Ni buat aku jalan perlahan-lahan sampailah ke Mini Irau. Demotivated gitu.



 

  


 

Sampai di Mini Irau, kami menghilangkan keletihan dan menjamah nasi sejuk beku (aku tak habis langsung) dua tiga suap je, Laila sempat menunaikan apa yang tertunggak sebab dia tak boleh jamak dan sempatlah kami tangkap gambar sekeping dua. Banyak gambor tak jadi!!! (TT). Untuk ke puncak, aku tak mampu! Kalau yang lain mampu, teruskan. Huhu..



Tapi pemandangan superb!! Setiap langkah kami ditemani oleh pokok-pokok yang berlumut cantik. Ala-ala span basuh pinggan gitu. Seriusly mesti try sekali seumur hidup. Meh tonton gambar aku yang tak seberapa sebab dah takde mood nak pegang kamera, cuaca sejuk dan satu badan kotor.







Tak sampai 1/2 jam aku decide turun balik. Aku freezing kat atas sana. Langkah aku teruskan perlahan-lahan. Firdaus cakap asalkan berjalan saja dah cukup. Perlahan pun tak apa. Lantaklah sesiapa nak potong siapa aku tak kisah yang penting aku sampai ke kereta walaupun lambat. Sampai dekat kereta barulah aku start batuk-batuk. Aku memang alah pada asap dan cuaca sejuk.  Oh ya aku terjatuh dalam kolam lumpur di atas sana. Hapus pinggang jugaklah. (TT)

Macam biasa, hari minggu jalan jem dan guesthouse jauh lagi. Kami suruh Firdaus singgah sekejab tandas berhampiran. Kelakor pula masa ni bila nak bayar duit toilet. Aku boleh pula bawak RM0.55 jer. So aku dengan muka kasihan minta bangla tu lepaskan kami (aku dan Laila) masuk ke toilet. Hahahah.. betul-betul tak malu. Sebenarnya bayaran RM 0.30 yang aku bayar tu tak setimpal dengan jumlah air yang aku pakai. Aku basuh segala-gala dalam toilet tu. Masa membasuh tu segala jenis perasaan ada! Risau ada pacat, lintah, binatang menjalar...Erk!! Alhamdulillah semua tu tak ada. Harap orang seterusnya bertabah untuk tunggu air besen penuh kembali. :D

Dalam pukul 8 malam, kami sampai di guesthouse, giliran nak membersihkan diri lama lagi. Terus aku ambil selimut membungkus badan. Puh sejuk...sejuk!! Satu yang aku tak suka dekat De Native ni, hot shower dia lambat panas. Bertabah mandi air sejuk!! Lepas tu kami boleh pula pergi makan steamboat. Wah memang tak reti penat.



Info Tambahan
-Ekceli, trail Irau tak teruk sangat mungkin sebab kami pergi masa selepas musim hujan jadi trail dia berselut. Jadi rancang masa korang nak naik.
-Aku rasa untuk beginner yang tak fit pun boleh naik sebab trail dia bukan mencanak naik macam Broga/Bukit Tabur tapi perlu ada kekuatan dalam nak memanjat/memegang akar-akar kayu.
-Kalau korang nak kesana, sila ambil guide kesana sebab jalan dia kadang-kadang mengelirukan dan ramai sesat disana. Korang boleh search geng-geng outdoor/laman web outdoor yang ada.
-Kenderaan ke parking Irau. Better korang amik/bayar lebih sikit untuk pacuan empat roda kalau ambil guide. Kalau nak jimatkan sikit wang tapi kereta berasap hah siapa nak tanggung?

9 comments:

  1. haruslah kena sayang kete ai lebih, banyak jasanya kat ai... hihihi
    tahniah, berjaya jugak mencabar diri mengharung cabaran..
    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerp sayang kete Anne lebih.. Kikiki
      Errr... mencabar diri sebab ada motivator bidan terjun.. Anne nak kenal dgn dia? Hehehe

      Delete
  2. Salam. Saudari, boleh saya tau siapa En Firdaus yg dalam post di atas? Sbb saya ada plan nak ke mossy forest jugak dlm mac-april tahun ni. Klu boleh carik tourguide pun okay jugak. Hopefully saudari boleh respon thru wassep 0196035529. May Allah bless you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... maaf lambat reply..
      kami ambil di sini
      www.orlgn.webs.com
      ORL Green Nature (FB)
      nanti mereka akan kasi person in charge disana..

      Delete
  3. good info btw :) sy sdg mencari geng hiking. teringin nk ke mossy forest. awl bln nie hari tue pegi ke taman negara phg....dr situ dah mula minat hiking. tgl geng hiking je x berapa nk ade huhu..klu sudi kita bole berkongsi minat yg sama. 0176100412 wassap aishah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah. Saya pun ada berencana ke sana lagi tapi tak pasti bila.

      Delete
  4. Assalamualaikum saudari, teruk sangat ke jalan dari hotel nova ke kaki bukit gunung irau? Agak agak boleh ke kereta biasa lepas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam.. jalan tak berapa teruk cuma kene pandai drive. actually banyak jer kereta biasa cth kerata sedan naik ke atas sana..

      Delete
  5. Assalamualaikum saudari, teruk sangat ke jalan dari hotel nova ke kaki bukit gunung irau? Agak agak boleh ke kereta biasa lepas?

    ReplyDelete