Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Monday, September 2, 2013

12 jam di Cherating

Yuhuuuu... Amacam gigih tak kira berapa jam aku berada di Cherating. Ni semua sebab cuti tak terancang dan tak terplan. Keluarga aku memang macam ni. Kalau nak buat terus buat. So jangan terkezut tetiba kami berada di Pahang, Melaka, Johor, Kelantan. Yerp kami memang macam ni.

1 Jun lepas masa public holiday Hari Keputeraan Agung mak aku ajak jalan. Okay kami pack baju lepas tu tuju ke Sungai Besi. Konon-konon nak ke Melaka. Tiba-tiba mak cakap alah Melaka dah selalu pergi jom pergi Bukit Tinggi, Pahang. Kami dengan gigih pusing kereta ke Lebuhraya Karak. Sampai ke simpang Bukti Tinggi, mak sekali lagi cakap jalan teruslah. Erk! Kami selaku anak-anak yang mengikut kata ikut jerlah kehendak mak.

Akhirnya kami tiba di Cherating dalam pukul 10 malam. Puh!!
Layan gambar jerlah

Ni chalet kami menginap

 Oleh kerana kami tiba lewat dan masa public holiday.. Ini sajalah chalet yang boleh kami dapat. Semua full house. Tak perlah asalkan dapat mandi-mandi, merehatkan badan dan mengerjakan apa yang sepatutnya dah syukur alhamdulillah. Hehehe




Mak kesayangan kami
 Sekitar Cherating












Sekitar chalet kami.






Tepat pukul 10 pagi kami pun pulang ke KL. Hihi... Sebabnya nak menghadiri majlis perkahwinan di Saujana. Wah memang tuang minyak dijalanan..... Takpe untuk mak, kami sanggup...

2 comments:

  1. tiap kali balik kg mesti lalu cherating ni, tapi tak pernah nak menyinggah.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. biasala tu Anne. Kalau dkt dgn kg memang xkan singgah macam saya gak pulau pangkor tu rasanya dah berzaman tak pergi padahal 30 minit jer dari kampung....

      Delete