Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Monday, September 9, 2013

Birthday di Kota Kinabalu



amacam macam Gunung Kinabalu tak?

Tiket Kota Kinabalu dibeli Laila bulan 6 tahun lepas. Sebenarnya susah tau nak dapat tiket murah ke Kinabalu kalau beli bukan masa promo. Jadi kami terutama Laila bertabah bersengkang mata bagi membeli tiket idaman aku. Hahaha.. Idaman aku tapi Laila kena bersengkang mata. Sebab kalau kita orang ke mana-mana dialah pembeli tiket kapal terbang, kereta sewa dan hotel dan aku biasanya sediakan itinerary. So kerja kami jadi senang bila dah buat macam ni.Dan plannya kami akan berlima nanti.

Dan paling best tarikh yang dipilih ialah masa hari jadiku. Wah keseronokan berganda gitu. Aku bukanlah seorang yang suka celebrate birthday tapi macam teruja jugalah sebab tak pernah sambut birthday di tempat orang. Motif?? Entah

Setahun menunggu akhirnya tibalah tarikh yang dinanti. Malangnya seorang menarik diri. Takpe still on bajet aku. Hehehe. Cuma biasalah kalau aku bersiaran bertravel dengan Laila mesti ade banyak dugaan dan cabarannya. Hehehe contohnya tarikh yang aku kene pergi ada kursus, mujur boleh tukar dengan rakan sejawat. Alhamdulillah.

Paling best penangan bag kami. Nanti aku cerita... Ni ala-ala teaser yang lapuk gitu..


 


No comments:

Post a Comment