Skip to main content

Amazing Thailand - Hadyai Petang

Selepas maghrib kami berpeleseran lagi disekitar bandar Hadyai. Tujuan kami mahu ke night market dan berjalan sekitar Hotel Lee Garden yang terkenal dikalangan pelancong. Oh ya hotel ini juga terkenal kerana dibom tahun lepas namun ia cepat pulih dari kerosakan.

Pemandangan malam sekitar hotel Lee Garden sungguh meriah. Ia bagaikan tempat tumpuan pelbagai pihak termasuk kami. Hehehe.. Kami kesini sebenarnya ingin melihat night market tapi hampa. Night market tiada. Menurut info night market ni dibuka dari Khamis - Ahad. So kami disana hari Isnin maka bertabahlah takde night market bagai. Ada la sikit-sikit stall jual baju, souvenier dan lain-lain tapi tak bolehlah melawan night market yang selalu diperkatakan iteeww. Waaa.. Takde rezeki namanya tu.

Untuk makan malam, kami bertabah beli makanan muslim distall-stall yang ada ditepi hotel Lee Garden dan makan dikaki lima hotel tu. Dah macam PATI dah tapi macam best jugak sekali sekala buat camni.

Suasana disana masa saya pergi..saya tak pasti pengalaman orang lain tapi masa saya disana ramai tentera bersenapang sedang mengawal kawasan. Mungkin kerana penagkapan pengebom disana atau mungkin itu suasana biasa yang dapat kita lihat disana.

Okeh jom tengok gambar jerlah









Selepas aktiviti tawar menawar dan sopink kami pun pulang ke hotel

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...

Blog travel ke blog pertanian

Saya sudah bertukar minat mungkin. Saya lebih fokus pada projek pertanian saya diatas tanah sekangkang kera. Memandangkan tidak ramai share tentang info-info pertanian baiklah saya share 0.1 persen info yang saya ada. ia juga jadi info untuk saya untuk hari-hari kemudian. Meh share sikit kenapa pertanian. Tak popular kot.  Minat kepada pertanian tercetus bila Malaysia banjir besar 2014. Percutian di Korea tak boleh buat saya bergembira risaukan pokok-pokok durian ratusan tahun terendam dek air banjir. Rumah sewa pun habis, rumah kampung habis. Habis ditenggelami air. Banjir surut saya segera periksa pokok-pokok durian tapi malangnya semua bagaikan sakit. Daun berguguran, dan ada saja dahan tumbang setiap hari. Bagaikan menanti rebah. Risaukan pokok rebah menimpa rumah tinggalan arwah ayah, saya dengan berat hati membenarkan pokok-pokok durian ditebang. Sobs. Pelbagai kecaman diterima masa tu. Saya redha. Hohoho Kalau nak tengok keadaan pokok durian tu leh zoom sikit gambar dibawah....